belajar

aDVaNCeNYa

4/15/2015 04:05:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih, Eyda nak cerita tentang pelajaran anak-anak sekarang.. Uiisshh makin mencabar Eyda tengok sukatan pelajaran anak-anak sekarang.. Kalau budak-budak yang jenis lambat pick up ntah macam mana laa keadaannya..

Eyda baru perasan sukatan pelajaran diaorang bila Kimie mintak Eyda tolong ajarkan kerja sekolahnya dua hari lepas.. Bila tengok soalan, adoi biar betul.. Kalau zaman Eyda belajar dulu, budak darjah 2 nih baru nak belajar tambah tolak apa bagai.. Budak sekarang, darjah dua dah belajar darab bahagi dah..

Betapa advancenya budak sekarang belajar kan..Kita dulu maunya darjah 5 ngan 6 baru betul-betul pandai nak hafal sifir apa bagai nih.. Jom Eyda tunjuk skit apa yang Kimie mintak Eyda ajarkan..



Ni yang sebahagian kerja yang Eyda ajar..


Ni yang dia buat kat sekolah..


Sifir pun tak berapa nak bijak pandai lagi bebudak nih.. Tapi tengok laa soalannya.. Boleh mencabar minda kanak-kanak.. Kita pun tercabar jugak nak mengajar diaorang untuk faham cara nak dapat jawapannya..

Memang salute laa kat bebudak sekarang dengan apa yang diaorang belajar sekarang.. Pada yang ada anak tuh, ajarlah sifir seawalnya.. Sekurang-kurangnya mereka lebih bersedia dengan pembelajaran mereka nanti..





kerja

BanGGaNYa TenGoK

2/17/2015 09:03:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak up entry pasal hasil kerja Kimie dan kumpulannya dengan menggunakan kertas surat khabar dan warna pensil..

Semalam Eyda lalu kat kelas dia baru perasan yang diaorang letakkan hasil kerja nih kat papan kenyataan di luar kelas diaorang.. Eyda apa lagi snap jelah untuk simpanan sendiri..

Nanti diaorang boleh tengok balik kat blog Eyda.. Apa yang Eyda simpan hasil kerja dan macam-macam hal berkaitan diaorang..



Berbangga jugak bila hasil kerja anak-anak diletakkan di papan kenyataan sebegini kan.. Semuanya sebagai semangat buat mereka juga dalam menyiapkan kerja yang diberikan dengan kemas dan baik..

Okey laa, Eyda tak tau laa busy sesangat sekarang, nak singgah sini sana pun agak terbatas.. Inikan plak nak berceloteh panjang lebar.. Huhuhu masa memang mencemburui Eyda..

Nanti Eyda singgah ye ke blog kengkawan.. Nak tinggalkan komen banyak-banyak gitu.. Hehehe macam laa Eyda banyak masa kan.. Apapun jangan kecik ati tau kalau Eyda tinggalkan sekomen dua jer..





kerja

BooKMarK HaKiMi

2/15/2015 10:27:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari minggu nih, mesti nak berehat-rehat bersama keluarga kan?

Okey laa, hari nih Eyda nak berkongsi bookmark hasil kerja tangan Kimie.. Ini sebenarnya salah satu hasil kerja seni di sekolah..

Siap hadiahkan buat Eyda lagi.. Sayang ke bodek nih Kimie? Hehehe.. Meh kita ushar skit.. Cantik ke tak hasil kerja budak darjah 2 nih..






Inilah hasil handmade pertama bookmark daripada Kimie.. Nanti boleh buat lagi cantik lagi daripada nih..

Nak suruh dia belajar daripada kak Farrah MF lerr.. Boleh ke kak Farrah? Boleh laa jadi sekreatif kak Farrah.. Hehehe..




izzat

HaRi PeRTaMa iZZaT & KiMie Ke SeKoLaH

1/12/2015 05:12:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ini merupakan hari pertama buat Izzat dan Kimie ke sekolah.. Tahun nih Eyda tak ambil cuti, memandangkan sekolah dengan opis dekat jer..

Eyda ingatkan tahun nih tiada apa-apa perubahan mendadak daripada tahun-tahun yang lepas.. Rupanya ada perubahan dari segi waktu pembelajaran pada tahun ini..





Nasib Eyda laa tadi terpaksa menunggu lama sehingga bebudak tuh balik.. Rupanya setiap hari Isnin pelajar kena balik lewat.. Kalau ikutkan tahun lepas, tahun 2 jam 1 petang dah boleh balik.. Tahun nih dari tahun 1 hingga 3 kena balik kul 1.30 petang.. Tahun 4-6 balik jam 2.00 petang.. Dah laa tadi Eyda sampai awal ke sekolah.. Huhuhu..

Izzat plak dari hari Isnin-Rabu balik jam 1.30 petang.. Hai terpaksa laa menunggu Eyda untuk hari Selasa dan Rabu memandangkan waktu pulang yang berbeza..

Izzat tahun nih dapat guru kelas yang sama dengan tahun 2 dulu.. Jadinya, cikgu kelas dah sedia maklum laa dengan perangai majoriti anak murid cikgu..

Kimie plak masuk kelas Izzat masa tahun 2 dulu.. Follow memfollow laa mereka.. Apapun gembira bila tengok mereka gembira ke sekolah hari nih.. Masing-masing tak da masalah nak ke sekolah hari nih..

Semoga mereka akan sebegini sehingga akhir tahun.. Harap mereka lebih success pada tahun ini..





izzat

KeJoHaNaN SuKaN TaHuNaN SKPB 2014 PaRt 1

9/27/2014 07:21:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Excited nih nak citer pasal karnival sukan sekolah anak.. Izzat tak masuk sebarang acara, sebabnya tahun 1 dan 2 hanya ada acara larian.. Acara lain hanya untuk tahun 3-6..

Tapi untuk acara pada hari nih hanya acara larian yang diadakan.. Acara lain telah pun berlangsung di sekolah.. Hanya upacara penyampaian hadiah jer diadakan pada hari nih..

Sebelum tuh jom kita tengok tentatif program dan upacara pembukaan.. Huhuhu macam sukan hebat plak bunyinya..


Lama tu penat tau

Senarai acara sukan tahun ni

Tentatif program



Rumah Delima

Rumah Mutiara

Rumah Zamrud


Rumah Nilam


Selesai jer upacara pembukaan macam biasa laa ada nyanyian lagu Negaraku, Negeri dan Sekolah.. Bacaan ikrar sekali.. Barulah bacaan doa..

Ucapan aluan apa bagai, lastly ucapan perasmian daripada Adun Bertam.. Okey, barulah acara dimulakan.. Matahari dah memancar mengenai kulit.. Huhuhu boleh tahan juga kena sauna free kat sini..

Acara seterusnya akan sambung dalam entry seterusnya.. Lebih kepada acara Kimie join laa.. Ada acara special juga tau.. Nak tau acaranya, nantikan entry seterusnya.. Penat tunggu upload gambar.. Internet slow teramatnya..





Kenangan

ThRoWBaCk ZaMaN SeKoLaH

8/12/2014 08:57:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ni story throwback ke zaman sekolah dulu-dulu.. Dah lama betul meninggalkan zaman nih..

Yelah zaman muda mudi 16 tahun dulu nih.. Lama betul kan.. Ni pun sebab terbaca entry blogger Karya Mahirah dan kebetulan member sekelas ada share gambar nih dalam whatsapp group kelas kami baru-baru nih.. Maka timbul perasaan nak berkongsi gambar nih..


Mengimbas kembali memori lama.. Tetiba rasa sebak bila melihat gambar arwah, member yang depan sekali sebelah kanan.. Meninggal di usia yang muda..Seorang yang amat baik..

Bergambar depan Kowloon Hotel.. Sempat jugak naik LRT sebelum sampai ke sini..

Gambar ni tak berapa ingat kat mana lokasinya.. Yang pastinya time lawatan sambil belajar lerr..

Okey bergambar bersama guru yang mengiringi kami.. Gambar nih diambil masa KLIA baru dibuka ya.. Teruja gitu..



Semua gambar nih diambil masa kami ada lawatan sekolah masa form 5..Time nih selepas cuti pertengahan tahun..

Memang kena marah la dengan cikgu-cikgu lain sebabnya tarikh exam SPM kan dah nak dekat time tuh.. Kitaorang plak 2 kali pegi lawatan.. Huhuhu.. Nasib dengan kata-kata semangat guru yang turut sama pergi, kami dapat memperbaiki result di dalam SPM..




izzat

HaNdKerCHieF CaMPaiGN

4/24/2014 10:49:00 AM


Assalamualaikum semua.. Korang penah tak dengar handkerchief campaign??? Saya dah penah dengar sebelum nih.. Masa keja di ibu pejabat.. Masa tuh banyak terlibat dengan program berkaitan dengan penjagaan sungai dan alam sekitar..

Tetiba teringat zaman sekolah rendah dulu.. Letak duit dalam sapu tangan.. Memang hari2 la bawak sapu tangan ke sekolah.. Pernah jugak duit hilang, mungkin sebab seluk poket ambik sapu tangan.. Masa tu baru darjah satu.. Teriak jelah, dah duit hilang.. Sedih kan.. Huhuhu..

Ermm ok lah nak citer satu contoh sekolah yang mengadakan kempen seperti ni.. Dulu penah la ke Methodist Girl School kat Penang.. Sekolah tuh mengamalkan tiada penggunaan tisu di sekolah.. 

Hanya sapu tangan dibenarkan digunakan di sekolah.. Hasilnya sekolah ni memang bersih dari sampah sarap.. Sekolah ini juga menjalankan kitar semula makanan yang tidak abis dimakan dengan menjadikannya sebagai baja.. Sekolah ini mengadakan sudut yang menempatkan pokok2 buah2an dan sayur2an....

Baguskan kempen yang diaorang adakan.. Kali nih nampaknya sekolah anak2 jugak ingin mengamalkan program seperti ini.. Memang bagus mewajibkan kanak2 membawa sapu tangan ke sekolah.. Diaorang boleh lap tangan, mulut selepas makan.. Lebih bersih kan..


Sapu tangan sorang satu ye.. Yang warna kuning, Izzat punya.. Yang warna hijau, Kimie punya..ok la senang nak beza kan???
 

Surat arahan dari sekolah tentang sapu tangan nih..



Ok lah sekian saja cerita berkaitan bebudak tuh.. Jumpa lagi ye..


sekolah

HaRi ORieNTaSi KiMie dan HaRi PeRTaMa PeRSeKoLaHaN IzZaT dan KiMie TaHuN 2014

1/04/2014 08:29:00 AM

Assalamualaikum semua..Maaf lah terlalu banyak entry yang dipublishkan di awal tahun nih.. Yelah sebelum nih cuti menguruskan hal persekolahan anak2.. Yelah kan dah story mory yang bebudak 2 orang tuh dah mula sekolah..

Ermm kita mulakan story ari Kimie Orientasi dulu lah ye..


 
Semangat nak ke sekolah.. Kimie ada Orientasi ye.. Orientasi bermula jam 8.00 pagi.. Memang ngam2 la sampai sekolah jam 8.00 pagi.. Hehehe..



 
Selepas selesai urusan pendaftaran pada cikgu.. Kimie mendapat satu fail yang kat atas meja tuh yang mengandungi buku rekod kesihatan yang perlu diisi oleh ibu bapa dan kertas soalan untuk menentukan kelas mana untuk diduduki nanti.. Pensil dan pemadam juga disediakan.. Semangat nih, kengkawan yang sama masa Prasekolah dulu pun ada sama..
 
Semasa anak2 menjalani ujian, ibu bapa diberi taklimat serba sedikit berkaitan sekolah dan sistem pendidikan sekarang.. Ok kali nih lebih banyak info dapat dari guru2..
 
Dah selesai Kimie menjalani ujian, ibu bapa boleh membayar duit buku dan mengambil anak2 pulang ke rumah..
 
 
 
Hari Pertama Persekolahan Tahun 2014



 
Senyum lebar la budak tecik nih.. Izzat silau ngan flash kamera.. Hehehe..
 

 
Lambat sebenarnya nih.. Tapi sempat jugak snap gambar.. Hahaha..
 
 

 
Dan lagi..
 
 
 
Program hari pertama persekolahan dimulakan dengan ucapan dari Guru Besar dan para pelajar diperkenalkan dengan guru kelas masing2..
 
Izzat mendapat guru Puan Mazikiah untuk kelas 2 Bitara.. Manakala Kimie mendapat guru Puan Rozita untuk kelas 1 Bestari..
 
Kimie dapat cikgu Izzat tahun lepas.. Apapun kali nih penentuan kelas lebih cepat berbanding tahun lepas.. Tahniah buat guru2 yang berusaha untuk memastikan pelajar Tahun 1 mendapat tahu kelas masing2 dengan lebih awal.. Apapun anak2 ibu,didoakan semoga lebih berjaya di tahun ini.. Belajar rajin2 tau..
 
 
 
 
 

sekolah

PeRSiaPaN PeRSeKoLaHaN IzZaT DaN HaKiMi

1/03/2014 02:48:00 PM

Assalamualaikum semua.. Selamat Tahun Baru 2014.. Sekejap jer kan sekolah dah pun membuka lembarannya untuk tahun 2014.. Tahun nih persiapan persekolahan adalah banyak berbanding tahun sebelumnya..

Mana taknya, Izzat tahun ni masuk ke darjah 2..Kimie plak darjah 1.. Kimie plak 31 Disember 2013 yang lepas ada Orientasi okey.. Makanya dia perlu ke sekolah dan menghadapi ujian bagi menentukan kedudukan kelas nanti..

Okey ni lah antara rembatan 2 kali barangan sekolah untuk kedua2 bebudak nih.. Kali nih uniform baju sekolah dan seluar beli 3 pasang trus.. Senang, boleh sekali iron untuk seminggu.. Hehehe.. Dasar pemalas kan..

Buku tulis dan t-shirt sukan dah dibeli ye ari Selasa 2 minggu lepas.. T-shirt beli untuk Kimie jelah sebabnya dia jer yang tak de lagi baju sukan.. Izzat dah ada 2 helai okey, baju sukan dan baju ikut warna rumah sukan..

Meh tengok barangan yang agak banyak untuk sekolah kali nih.. Hehehe..


 
Beg2 pilihan anak2 sendiri..
 

 
Set tambahan ye.. Alhamdulillah dapat jugak sediakan 2 pasang kasut dan 3 pasang baju sekolah..

 

 
Buku tulis untuk Kimie dan Izzat..



Okey la lepas nih nak citer apa plak yer.. Tungguuu banyak story mory nak citer di awai tahun nih.. Mana taknya banyak aktiviti yang diatur dipenghujung tahun lepas..





event

JaMuaN KeLaHiRaN & ReSePi PuDiNG MaRbLe

8/28/2013 11:15:00 AM

Assalamualaikum semua.. Jamuan apa plak nih kan.. Ni lah lebih kurang tajuk surat yang cikgu bagi untuk Kimie dan kengkawan dia yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Julai-Disember..

Memandangkan birthday Kimie kena pada 13 Julai 2013 bersamaan bulan  Ramadhan yang lepas makanya kali nih prepare apa yang patut untuk dibawa ke sekolah pada hari ganti sekolah ari Sabtu yang lepas..

Meh la layan hasil buah tangan yang dihasilkan malam sebelum nak bawak kat sekolah.. Oppss terlupa nak snap hasil bungkusan puding marble ngan sumi laici ngan strawberi.. Kalut nak bawak pegi sekolah punya pasal, sampai terlupa nak snap.. Hehehe..




Ni lah hasil Puding Marble.. Buat dua kali tau sebabnya tak cukup.. Hehehe salah kiraan..




Adiah dari cikgu.. Terima kasih Cikgu Nor Aishah..



Inilah rupanya adiah dari cikgu..



Meh nak berkongsi resepi Puding Marble yang terhasil dari tangan sendiri.. Resepi ni pun dikorek dan diselongkar dalam internet.. Sori terlupa plak tuan punya resepi nih, maaf ye tuan empunya resepi.. Ermm lama betoi tak buat puding, nasib menjadi.. Hehehe..




RESEPI PUDING MARBLE

Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )

- saya buat semuanya dalam gandaan dua cuma telur saya kurangkan 2 biji untuk gandaan 2 dan sukatan gelas saya guna cawan plastik..
  • 2 gelas air 
  • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
  • 2 Gelas susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar mentega/majerin
  • 1 sudu besar serbuk koko(sy gn choc emulco)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 gelas gula (sy gna 2/3 gelas)

Cara-cara

  1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
  2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
  3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.


Apapun puding nih memang sedap laa sesedap rasa.. Tak terlalu manis atau tawar.. Memang sedap.. Kalau nak sedap lagi makan bersama susu duch lady full cream @ susu segar atau pun bersama coklat yang dicairkan.. Boleh dibuat pencuci mulut..



Ok la nantikan entry perihal basikal baru Kimie plak.. Banyak sungguh entry baru nak coret kat sini.. Penat karang citer ngan upload gambar.. Hahaha..





sekolah

Every TUESDAY is English Day

2/27/2013 03:38:00 PM

Assalamualaikum semua.. Mesti kengkawan tertanya2 kan kenapa la tajuk entry dlm english plak ari ni.. Padahal hari ni bukannya ari selasa kan.. Hehehe..

Sebenarnya nak citer skit pasal aktiviti yang sekolah anak2 ku buat semalam (ari Selasa).. Diaorang buat majlis perasmian "Every TUESDAY is English Day" oleh PANITIA Bahasa Inggeris dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru..

Macam2 program diaorang selitkan untuk program tersebut.. Program tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Supian bin Paimin, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pejabat Pelajaran Daerah SPU...

Untuk pengetahuan korang, anakku yang kecik, si Kimie plak antara salah seorang yang mengadakan persembahan di atas pentas pada hari tersebut..

Nak tau persembahan apa pelajar Prasekolah buat??? Diaorang kena nyanyi lagu ABC.. Si Kimie kena sebut "P is for Pail" sambil memegang kad gambar baldi.. Menarik kan??? Mesti comel jer..Tapi sayang sekali aku tak dapat nak tengok dan merakamkan detik tu..

Try jugak bukak blog sekolah diaorang, tak berupdate pun.. Kalau boleh mau jer aku nak tolong update kan.. Sempat ke, blog sendiri pun sambil2 jer nak update.. Hahaha..

Pelbagai persembahan yang cikgu adakan sempena perasmian ari tersebut.. Antaranya persembahan dari badut dan silap mata dari orang luar.. Nyanyian dan persembahan dari para pelajar sekolah tersebut juga ada diselitkan juga sepanjang ari tersebut..

Berbalik citer pasal Kimie.. Patut la ari isnin masa ambik dia, pembantu cikgu cakap dia ada kat dewan.. Rupa2nya diaorang praktis untuk persembahan keesokannya iaitu ari selasa.. Tapi masa aku ambik dia, diaorang dah beratur nak balik kelas.. Meh layan gambar2 yang ada..


Lencana yang Izzat dan Kimie dapat.. Tapi yang Kimie nyer dia kata cikgu ambik simpan..

Cikgu siap tulis nama kat Izzat..

Gambar ni clear skit lencana.. Cute jer tengok..


Persembahan terakhir dari para pelajar yang menyanyikan serta menari lagu "Oh My English".. Lagu yang Liyana Jasmay nyanyi tuh.. Sempat tengok yang ni jer sebab nak ambil Izzat.. Sebelum tu, singgah kedai beli barang skit dengan Kimie.. Gambar persembahan ni, Kimie yang nak snap sangat..






Suka jer usik budak2 ni snap gambar pagi2..

Hasil gambar yang terbaik di pagi hari..


Ni snap tghari tadi masa tunggu nak ambik Izzat balik..

Ni la banner program semalam yang diorang anjurkan..

Banner yang lain-lain.. Cara bertanya dan menjawab dalam bahasa inggeris..


Cute jer tengok budak sorang nih..

Sekian entry aktiviti anak-anakku di sekolah.. Nanti masa anak-anakku dah pandai menggunakan internet, boleh la terjah blog ibu diaorang nih.. Banyak citer pasal diaorang sebagai kenang-kenangan untuk diingati bila dah besar nanti..

cuti-cuti

Maulidur Rasul & Bantuan Khas Awal Persekolahan

1/25/2013 04:48:00 PM

Assalamualaikum semua.. semalam kan cuti hari Maulidur Rasul.. Apa korang buat?? Aku pagi2 hentam pi kedai borong beli barangan basah untuk memasak semalam ngan ari cuti 3 ari ni.. Balik dari kedai borong tu apa lagi, bersilat besiang semua lauk yang beli lerr.. Kena plak menu semalam yang simple jer, laksa.. Lama betoi tak masak laksa.. Semalam buat jugak laa.. Sebab anak2 ngan aku memang feberet sangat..

Ni barangan yang rembat kat kedai borong.. Barang basah dah abis proses masuk peti ais.. Ikan untuk buat kuah laksa, dah selamat bersemadi dalam periuk..

Ni pinggan kedua aku telan.. Masa mula siap masak lupa nak snap, dah makan semangkuk.. Ni tambah lagi semangkuk.. Baru la nak snap.. Jemput2.. Hai dah selamat jadi bahan kumbahan ari ni.. Hehehe..


Menjelang petang lepas dah settle makan apa semua, aku keluar mencari barangan rumah yang habis dan yang memang nak borong lerr.. Aku menjelajah tesco sorang2 jer.. Malas nak bawak bebudak tu, bukan apa, nanti macam2 diaorang nak borong.. Tinggai ngan abah depa lerr semalam.. Memang seronok shopping sorang2, tak kalut sangat..

Ni hasil rembatan kat tesco ngan pasar malam.. Borong sakan.. Sori lupa nak snap apa yg ada dalam beg.. Hehehe..


Dah penat memborong, ni la yang aku telan..

Skali ngan yang ni.. Prut cap apa la aku nih.. Cap raksasa kah??? Hahaha.. Suka sungguh makan.. Kalau tak makan, sian kat perut menyanyi macam2 lagu mintak makanan.. Untuk tidak menghampakan permintaan perut.. Makan jelah..


Citer ari ni plak, awal2 pagi lagi antaq anak2 pi sekolah macam biasa... Tapi hari ni diaorang cikgu suruh pakai baju melayu bagi lelaki, baju kurung bagi perempuan.. Rancangan asal cikgu nak buat perarakan Maulidur Rasul untuk sekolah diaorang.. Tup2 awal2 pagi lagi dah hujan sampai la antaq diaorang pun masih hujan lagi.. Lupa plak nak snap diaorang berbaju melayu pagi tadi..

Kabur plak snp gambar ni.. Sebab zoom bagi dekat skit ker??? Ni masa tunggu cikgu bagi tau kat mana nak daftar untuk terima duit bantuan khas awal persekolahan.


Ikut jadual, ibu/bapa/penjaga kena buat pendaftaran untuk menerima duit bantuan khas awal persekolahan jam 8 pagi.. Tup2 pukul 9 pagi baru start.. Nasib la diaorang asing2 kelas, tak la menunggu lama.. Lagi pun kelas untuk tahun 1 tak banyak.. Hanya ada 3 kelas sahaja.. Pas tu ikut jadual pukul 10.30 pagi majlis penyampaian duit bantuan tersebut.. Ingatkan Y.B nak bagi banyak kelas, nasib dia bagi untuk tahun 6 jer.. 
Yang lain2 ambik kat kelas jer.. Lepas dah ambik duit tu, apa lagi dah boleh angkut budak2 balik.. Yang Kimie plak cikgu cakap kena ambik macam biasa, last2 pembantu cikgu cakap dah boleh ambik lepas cikgu call pegawai atasan sekolah nak confirm.. Lega boleh bawak anak2 balik awal ari ni..

Dah dapat duit bantuan RM100..



Meh layan budak2 nih..

Cuba teka apa benda yang Izzat lukis nih???


Nak tau jawapannya.. Ni burung kakak tua la ibu.. Hehehe.. Macam burung murai pun ada, macam mulut budak2 nih.. Hehehe..


Sekian entry rangkuman dua ari..


Blog yang Diikuti