izzat

Penganugerahan Rambu Pengakap Negeri Kedah

10/29/2018 01:02:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak kongsikan mengenai pencapaian anak Eyda iaitu Izzat dalam kokurikulum.

Penerima Anugerah Rambu Daerah Kulim / Bandar Baharu




Alhamdulillah pada 17 Oktober 2018 baru-baru ini, Izzat antara 900 orang ahli pengakap Kedah telah pun menerima anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak dalam Majlis Istiadat Penganugerahan Anugerah Rambu Pengakap Peringkat Negeri Kedah di Dewan Al-Farabi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah.

Izzat bersama rakan sekolah yang manjadi Penerima Rambu Kanak-Kanak

Tak sangka Eyda yang Izzat mampu mencapai kecemerlangan tertinggi dalam pengakap berdasarkan info yang Eyda ambil nih.


Pesuruhjaya Program Negeri, Badrul  Hisham Abdullah berkata, majlis berkenaan diadakan untuk memberi penghargaan atas pencapaian ahli pengakap yang memenuhi syarat kelayakan pemakaian rambu dan sijil di negeri ini.

Katanya, pihaknya ingin memberi  pengiktirafan kepada Pengakap Kanak- Kanak yang lulus lencana Emas, Pengakap Muda lulus lencana Jaya dan Pengakap Remaja lulus lencana Tertinggi.

"Anugerah Ketua Pengakap Negara, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri serta  Sijil Rambu Pengakap adalah anugerah kecemerlangan tertinggi dicapai seseorang ahli pengakap.

"Mereka akan diberi penghargaan itu setelah berjaya menyempurnakan semua  lencana kemajuan dan kepandaian serta memenuhi syarat berdasarkan Skim Latihan Pengakap Malaysia," katanya.

Menurutnya, anugerah berkenaan diharapkan membantu memberi perangsang  dan semangat kepada penerima dan rakan-rakan pengakap lain untuk terus maju dalam perkara dilakukan mereka.

Terdahulu, Majlis Istiadat Penganugerahan Anugerah Rambu Pengakap Peringkat Negeri Kedah dirasmikan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Abdul Aziz Selaiman.

Kredit gpsbestari

Tahniah Izzat dan kawan-kawan. Kamu dah tunjukkan bahawa kamu juga mampu berjaya dan aktif.

cuti sekolah

Bercuti di Lexis Suites Penang

12/06/2016 12:45:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Apa perancangan korang nak bawa anak-anak bercuti musim sekolah ini? Eyda sempat juga bawa anak-anak bercuti di awal cuti sekolah.

Eyda belek punya belek kalendar, nampaknya hanya awal cuti sekolah jer waktu yang sesuai nak bawa anak-anak bercuti.. Kebanyakkan tarikh di bulan Disember penuh dengan pelbagai hal lain, jadinya agak sibuk kalau nak merancang percutian bersama anak-anak masa tu.

Bukan apa Eyda nak bawa anak-anak bercuti.. Eyda cuma nak reward anak-anak terutamanya Izzat yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan untuk peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.


LEXIS SUITES PENANG 

Mula-mula masa Eyda dapat tahu mengenai hotel baru di Pulau Pinang iaitu Lexis Suites Penang nih, Eyda memang dok pasang angan-angan nak bermalam di sini sambil seronokkan hati anak-anak.

Yelah hotel ni agak mewah kan, siapa yang tak mau kena plak setiap bilik hotelnya ada kolam mandi persendirian lagi. Boleh laa anak-anak berendam puas-puas dalam kolam mandi tu. Pantang jumpa kolam, suka laa.

Lagi menambahkan niat Eyda ke sini, bila dah ramai kawan post gambar bilik hotel ni kat Facebook. Memang jeles tau bila tengok. 😂😂😂😂

Alhamdulillah dalam perancangan yang singkat, Eyda menempah bilik Executive Pool Suites di Lexis Suites Penang.

Eyda memang survey pelbagai laman web online untuk tarikh yang sama bagi hotel yang sama, kebetulan  laman web Expedia menawarkan harga yang paling murah untuk tarikh pilihan Eyda.
 
Memandangkan sekarang merupakan cuti sekolah, harga untuk semalam bagi bilik Executive Pool Suites ini Eyda dapat hampir RM500 untuk satu malam. Jika hari biasa, harganya sekitar RM360 dan ke atas.

Nampaknya impian Eyda nak bawa anak-anak ke Lexis Suites Penang terlaksana.


EXECUTIVE POOL SUITES, LEXIS SUITES PENANG

Di Lexis Suites Penang ni ada dua pilihan bilik hotel, kita boleh pilih sama ada nak bilik Executive Pool Suites atau pun Premium Pool Suites

Beza antaranya keduanya ialah saiz bilik, susun atur bilik dan pemandangan balkoni itu sendiri. Kalau nak jimat, ambil jer bilik Executive Pool Suites pun dah memadai. Besar dan puas hati.

Jom tengok rupa Executive Pool Suites, Lexis Suites Penang dari laman web Lexis Suites Penang dan gambar yang Eyda sempat snap semasa menginap di sana.

kredit Lexis Suites Penang

kredit Lexis Suites Penang

Jom tengok rupa bilik Executive Pool Suites kami.


Bilik 912


Dua katil king

TV

Sinki

Tab mandi

Almari

Tandas

Bilik Sauna

Apapun bagi Eyda memang puas hati bermalam di sini, bukan apa Eyda tak perlu habiskan banyak masa menunggu di tepi kolam mandi untuk teman anak-anak mandi. Kat sini Eyda boleh berehat sambil menonton tv dan sesekali melayan anak-anak mandi di dalam kolam.

Cantik tau kolam mandi persendirian kat sini. Besar pula tu, memang berbaloi. Jom layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan. Jangan muntah sudah la ya 😂😂😂 





 




Lagi satu, anak-anak boleh mandi sehingga malam. Lampu di dalam kolam akan bernyala sehingga jam 10 malam. Tapi jika nak mandi lebih dari 10 malam boleh saja kerana ada lampu di balkoni.


Kimie sambung mandi sampai pukul 10 malam

Teman budak kecik Kimie mandi manda


Aktiviti anak-anak sebelum tidur

Sebelum balik, posing-posing dulu laa kan..




KEMUDAHAN LAIN YANG ADA DI LEXIS SUITES PENANG

Sebelum balik, sempat la Eyda singgah kat tingkat 8. Rupanya banyak kemudahan yang kita boleh guna kat sini. Tapi kami singgah tengok-tengok jer. 
 

Amboi gaya macam pro main karom. 😁😁😁

 Izzat dan Kimie memang seronok betul la dapat bermalam kat sini, nak tau diaorang boleh tanya "kenapa ibu tempah bilik untuk satu malam jer?"

Eyda jawab, "kalau murah boleh laa ibu tempah dua malam." Tapi Eyda janji nak bawa lagi anak-anak ke sini, dengan syarat diaorang kena menyimpan seorang RM1. Cukup jer untuk tempah bilik satu malam, Eyda akan belanja lagi satu malam.

Nampaknya mulai sekarang Izzat dan Kimie termasuk Eyda kena mula menabung dari sekarang untuk ke Lexis Suites Penang lagi.

Rasanya hotel nih rasanya akan menjadi salah satu pilihan hotel untuk percutian pendek kami. Dah la dekat, berbaloi dengan harga plak tu.




cuti sekolah

Karnival Jom Heboh 2016 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang

12/06/2016 12:01:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah, tahun ni dapat juga bawa anak-anak ke Karnival Jom Heboh di Pulau Pinang.

Dah anak-anak bersuara kan, bawa jelah, lagipun hujung minggu dan Eyda ada juga surprise untuk anak-anak.

Anak-anak cakap nak ke booth Bananana. Kiranya sampai tu terus menuju ke booth Bananana jelah.



Persembahan dari Jabatan Pergigian Negeri Pulau Pinang


Juruhebah Liza Kool FM dan El HotFM

Macam-macam aksi dan gaya kena buat

Lastly kena promote barang

Ni plak kena suap pasangan masing-masing

Muka happy Izzat dan Kimie

Ambil peluang posing jugak

Sebelum balik, anak-anak nak main bola angin plak. Layan jelah, satu bola angin RM15. Nasib laa Izzat mau naik dengan Kimie.. Jimat duit ibu 😀😀😀







Okey, dah selesai anak-anak bermain di Karnival Jom Heboh. Meh kita teruskan perjalanan kita ya. Memandangkan masa Eyda masuk ke Penang waktu tengah hari, memang waktu mencari makanan laa.

Punya tak tahu nak makan apa, singgah satu kedai nih, jamah menu kat bawah nih.


Siap Izzat suruh snap gambar dia. Okey jom laa layan bakal pengacara baru untuk program Jalan-jalan Cari Makan 😂😂😂



Dah selesai makan kat sini, apa lagi ke destinasi seterusnya. Surprise buat anak-anak. Bila anak-anak seronok, ibu sudah tentunya seronok.



Eyda

DIY Rak Buku

8/19/2016 03:45:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Amboi tajuk boleh tahan kan.. Macam laa pasang rak buku besar mana..

Sebenarnya Eyda ada beli rak buku yang balik kita kena pasang sendiri kat rumah tu.. Eyda beli kat Tesco masa dia buat offer RM10 jer untuk 1 set rak buku tu..

Eyda beli rak tu untuk letak buku anak-anak.. Yelah kalau tak, anak-anak letak buku-buku dalam kotak kosong jer.. Kesian plak, macam susah untuk anak-anak ambik buku diaorang dan agak berselerak sikit.. 

Bila dah beli rak tu, Alhamdulillah masing-masing memang teruja nak membantu Eyda memasang rak tu.. Untuk rak pertama, Izzat dengan Kimie yang tolong pasangkan skru pada rak buku tu..

Untuk rak yang kedua, Izzat seorang yang tolong pasangkan skru pada rak buku tu.. Eyda hanya tolong pasang dan pegang untuk Izzat jer..





Masa pasang rak pertama terlupa nak snap gambar.. Untuk rak yang kedua, sempat jugak snap.. Tu pun snap masa dah nak siap.. Yelah, masa awal tu susah sikit sebab nak kena tolong pegang.. Dah nak siap, boleh jer nak snap bagai..



Blog yang Diikuti