Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Salam Isnin.. Kesihatan Eyda masih kurang memuaskan.. Seksanya rasa.. Apapun maaf ya, agak lambat Eyda update kengkawan yang Rajin Mengomen September 2015 nih..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Minggu yang agak sibuk dengan menyiapkan seberapa banyak kerja yang dah bertimbun-timbun atas meja.. Alhamdulillah majoriti dah hampir siap.. Baru laa nampak rupa meja skit..
Maaf laa sekiranya dah agak kurang Eyda berkunjung ke blog korang.. Blog sendiri pun dah agak terabai.. Tapi kekadang update jugak laa citer yang simple-simple.. Citer yang panjang berjela masih lagi berada dalam simpanan.. Huhuhu banyak hutang blogwakling ngan entry dah ni..
Okey laa, panjang lebar plak membebelnya.. Jom layan cerita pendek Eyda di petang hari.. Amboi sebelum Eyda nak tutup PC, masih ada lagi yang buat serangan kat blog Eyda..
Sapa laa yang merajin tinggalkan begitu banyak komen nih.. Setelah Eyda bukak, rupanya kerja Cik Mimie dan juga Jari Manis.. Thanks sudi menceriakan blog Eyda yang agak tak terurus kebelakangan nih.. Maaf ya, Eyda pun dah jarang menyerang macam dulu.. Sibuk teramatnya..
Jom tengok sebahagian komen yang mereka tinggalkan..
Inilah sebahagian komen yang masuk.. Serangan hari terakhir di bulan September.. Esok kan dah berubah ke bulan Oktober.. Eyda jugak tak mampu nak menyerang sebanyak nih..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah dua hari di bulan September, baru hari nih dapat menyiapkan entry untuk sahabat yang Rajin Mengomen Ogos..
Terima kasih kepada semua yang sudi menyinggah ke sini sambil meninggalkan sebarang komen.. Tak dilupakan terima kasih diucapkan kepada yang menjadi silent reader.. Tanpa semua, tak meriah blog Eyda nih..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu.. Dah pun memasuki bulan Ogos pada tahun nih..
Seperti biasa Eyda akan senaraikan blogger yang rajin meninggalkan komen yang banyak di blog Eyda.. Meh jenguk sikit siapa yang kena..
Wah tak sangka kali nih menampakkan ramai blogger baru yang memasuki carta Rajin Mengomen Julai Eyda pada kali nih.. Kebanyakkannya datang daripada group #bloggerutara.. Terima kasih semua yang sudi singgah sini dan meninggalkan komen buat Eyda..
Bagi yang tidak memasuki carta tu jangan sedih-sedih Eyda tetap sayang korang jugak.. Seperti biasa Eyda akan masukkan semua yang berada dalam carta ke dalam Bloglist Ogos Eyda kali nih..
Jom kita saling kunjung mengunjungi blogger yang lain.. In shaa Allah kunjungan korang akan dibalas nanti..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu kan.. Kita dah pun masuk ke bulan Julai.. Dah setengah tahun kita lalui dalam tahun 2015.. Bulan Ramadhan pun dah memasuki ke pertengahannya..
Ada lagi yang belum siapkan persiapan nak berhari raya? Kalau ada tuh, kita geng laa.. Hehehe.. Ada skit lagi persiapan untuk raya yang Eyda belum siapkan.. Rasanya boleh settle laa nanti..
Seperti biasa Eyda akan buat entri special untuk sahabat Eyda yang rajin singgah ke sini.. Jom ushar skit siapakah yang berada di dalam carta kali ni..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Korang rindu Eyda tak? Yelah, tenggelam timbul Eyda kan semenjak dua menjak nih..
Apapun Eyda cuba sedaya upaya untuk up story mory atau entry yang terkini buat semua sahabat Eyda yang sudi meluangkan masa menyinggah ke teratak kecil Eyda nih..
Okey laa buat permulaan bulan Jun yang indah nih, Eyda nak berterima kasih kepada sahabat blogger Eyda yang tak jemu menyinggah sambil meninggalkan kata-kata dan komen buat Eyda..
Oppss lupa plak nak ucapkan selamat bercuti kepada kengkawan yang bergelar guru dan juga pelajar.. Seronok korang ye, dapat cuti panjang.. Ermm tak ketinggalan laa, anak-anak Eyda pun cuti sakan laa.. Hehehe..
Nampaknya ada yang masih kekal dalam carta Eyda nih.. Tak ketinggalan, ada juga blogger yang pertama kali berjaya berada dalam carta Eyda..
Apapun terima kasih banyak-banyak kerana sudi memeriahkan teratak kecil Eyda yang tak seberapanya nih.. Kunjungan korang amatlah Eyda hargai..
Hanya entri penghargaan dan masukkan blog kengkawan sekalian ke dalam Bloglist Jun yang mampu Eyda berikan sekarang.. In shaa Allah jika dimurahkan rezeki, akan Eyda berikan sesuatu buat korang yang sudi menjadi peneman Eyda di kala suka dan duka.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah 5 hari di bulan Mei ya.. Tup tup cuti plak.. Minggu yang penuh cuti sini sana.. Bab cuti laju je kan..
Okey laa hari nih Eyda nak selesaikan satu hutang di bulan Mei nih.. Kan Eyda belum lagi update 10 rakan yang paling banyak menyinggah sambil meninggalkan komen buat Eyda.. Hari nih Eyda nak update rakan yang Rajin Mengomen April 2015..
Wahh banyak betul komen yang mereka tinggalkan.. Ada sampai yang mencecah angka ratus.. Huhuhu padahal entry Eyda ada 57 jer bulan April.. Apapun terima kasih banyak-banyak kepada yang tersenarai dan tidak tersenarai kerana sudi memeriahkan dan menyerikan blog Eyda yang tak seberapanya nih..
Seperti biasa Eyda akan masukkan ke semua 10 rakan Eyda nih dalam bloglist Eyda untuk bulan Mei nih.. Terima kasih semua.. Eyda sayang semua..
In shaa Allah Eyda akan berkunjung balas ke rumah korang.. Kalau lambat tuh Eyda mintak maaf ya.. Kekadang masa amat mencemburui Eyda..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah 3 hari di bulan baru, Eyda belum lagi update perihal rakan blogger yang rajin mengomen di dalam blog Eyda yang tak seberapanya nih..
Sebagai penghargaan Eyda buatkan entry khas nih sebagai menghargai penat lelah korang singgah dan meninggalkan komen buat Eyda..
Kepada yang singgah tanpa meninggalkan sebarang jejak buat Eyda pun Eyda hargai.. Cuma Eyda dapat ucapkan terima kasih kerana sudi singgah di sini..
Ada beberapa nama baru dalam list kali nih.. Semuanya akan Eyda masukkan ke dalam bloglist Eyda.. Jom berkenalan dengan mereka, bagi yang belum kenal.. Yang dah kenal, mungkin nak singgah melawat pun boleh jugak..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Memandangkan bulan Januari, bulan yang agak sibuk buat Eyda.. Jadi tak banyak entry yang Eyda buat.. Apapun alhamdulillah Eyda berjaya juga buat mini giveaway yang pertama..
Eyda memang tak sangka ramai yang sudi join mini giveaway Eyda yang tak seberapanya.. Eyda bagi peluang kepada semua peserta untuk blogwalking dan semak link penyertaan masing-masing, kerana Eyda tak mau berlaku masalah setelah pengumuman keputusan dibuat nanti..
Okeylah, walaubagaimanapun tidak dilupakan buat kengkawan Eyda yang sudi menjengah dan meninggalkan beberapa komen buat diri Eyda..
Di bawah ini Eyda senaraikan 10 blogger yang sudi menjengah dan meninggalkan komen buat Eyda.. Bolehlah kengkawan berkunjung ke blog berkenaan sambil berkenal-kenalan..
Semua yang tersenarai ini kan Eyda masukkan ke bloglist bulan Februari.. Apapun terima kasih sekali lagi buat mereka..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu kan? Budak sekolah pun dah seminggu bercuti..
Ini merupakan bulan terakhir dalam tahun 2014.. Lagi sebulan lagi, anak-anak akan kembali ke sekolah.. Memang masa terlalu pantas meninggalkan kita..
Okeylah, sebagai menghargai rakan-rakan blogger yang rajin singgah dan meninggalkan sebarang kata-kata dalam entry di dalam blog Eyda nih..
Meh Eyda paparkan senarai blogger yang rajin menyinggah dan meninggalkan sedikit kata-kata membina dan bertukar pendapat di sini..
Sebagai menghargai semua blogger nih, blog mereka akan Eyda masukkan ke dalam Bloglist Disember.. Nanti korang boleh laa berkenalan dengan blogger yang awesome nih.. Tak rugi tau berkenalan dengan diaorang..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Bulan Oktober telah pun melabuhkan tirainya dengan pelbagai kisah suka duka di dalamnya..
Kini bulan November datang menggantikan bulan Oktober.. Jadi di sini Eyda ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan blogger yang sudi memberikan pelbagai komen, idea, pendapat, ucapan tahniah dan sebagainya..
Jom tengok siapa yang rajin menyinggah sambil meninggalkan komen di blog nih..
Tahniah kepada 10 blogger yang sudi meninggalkan sedikit kata-kata pada setiap entry yang dipaparkan.. Moga persahabatan kita akan terus berkekalan..













