makanan

McDonald's | Thai Green Curry Burger

6/17/2020 10:02:00 AM


Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap jer masa berlalu, tinggal beberapa hari saja lagi Syawal akan meninggalkan kita.

Masih ada lagi ke yang buat puasa 6 atau pun menggantikan puasa Ramadan. Moga semuanya dapat diselesaikan sebaiknya.

Alhamdulillah Eyda dah habiskan puasa 6 dan berada di garisan akhir menghabiskan puasa ganti. Harap dapat beraya esok sebelum Syawal melabuhkan tirainya.


Thai Green Curry Burger 

Baru-baru ini iaitu pada 15 Jun 2020 yang lalu, McDonald's ada mengeluarkan satu burger baru iaitu Thai Green Curry Burger. Ianya didatangkan di dalam 2 pilihan iaitu Thai Green Curry Chicken Burger dan juga Thai Green Curry Fish Burger.


kredit

Untuk pengetahuan korang, McDonald's menyediakan menu baru iaitu Thai Green Curry Burger dengan hidangan aroi-matik untuk memenuhi keinginan citarasa anda terhadap rasa Thailand. Semua burger ini di hiasi dengan sos Thai khas bersama sayur-sayuran pelbagai warna di antara roti bujur.



Thai Green Curry Chicken Burger 

Hari isnin lepas, iaitu 15 Jun 2020, Eyda bersama anak-anak ke sekolah kerana cikgu kelas diaorang minta untuk hadir ambil modul dan juga buku kalau ada yang tinggal di sekolah.

Alhamdulillah semua urusan habis dengan cepat. Tak ramai pelajar atau waris yang hadir pada waktu yang sama. Lega hati Eyda selesai semuanya.

Ermm cuma sekarang, anak-anak kena siapkan modul untuk diserahkan ke sekolah pada 30 Jun 2020 ni. Cikgu siap pesan, buat bagi dapat markah penuh ya. Belajar laa korang dan jawab sehabis baik.

Habis ja urusan di sekolah, Eyda tanya jugak pada anak-anak nak makan apa. Lepas tu apa lagi yang abang Izzat nak burger baru McDonald's.

Okay, Eyda pun memenuhi permintaan anak-anak sebelum masuk kerja semula. Yelah, Eyda minta time off ja untuk urusan ke sekolah tu. Jadinya tak sempat nak masak untuk anak-anak. Sempat beli bungkus jer.

Thai Green Curry Chicken Burger


Sesampainya di McDonald's, Eyda pesan Thai Green Curry Chicken Burger. Ermm nak order Thai Green Curry Fish Burger pun anak-anak tak minat burger ikan.

Bila buka bungkusan, alahai kenapa tak meriah sayur-sayuran dia macam poster iklan tu. Ermm ni letak pun sikit jer macam syarat. Kalau peminat sayur mesti tak puas kan. Kalau jenis tak minat sayur, senang ja dia nyahkan daripada kepingan ayam tu.

Thai Green Curry Chicken Burger


Nak tahu apa komen anak-anak, Kimie cakap "Ibu, burger ni rasa macam tomyam laa". Pandai jelah dia komen. Eyda nak komen pun tak tau sebabnya puasa. Jadi, tak dapat laa rasa dan komen apa rasa sebenarnya burger ni.

Kimie sambung lagi, "Ibu, baik dia letak nama burger tomyam bukan thai green curry". Wah kau punya komen.

Cuma apa yang Eyda dapat komen, sayur tu letak laa meriah macam iklan. Baru laa semangat nak menikmati burger ni setimpal dengan harga.



review

Pastikan Diri Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol

5/21/2019 10:07:00 AM




Kekal sihat dan dilindungi sepanjang bulan Ramadan dengan Dettol!

Tahukah anda bahawa dengan mengamalkan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.

Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek.

Waktu berbuka bersama keluarga merupakan masa yang terbaik berkumpul beramai-ramai ketika bulan Ramadan

Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!



Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. 



Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.
 

Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan.

Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan:
* Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;
* Sanitiser tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air; dan
* Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.




Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.


Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan

Dettol merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan dipercayai sejak tahun 1932 sebagai produk pembunuh kuman yang disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya dalam mengekalkan kesihatan keluarga.


Berdasarkan perkara itu pada tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. 




Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol.



Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!



minuman

Moodmojee Menampilkan Minuman Unik dan Sedap

12/06/2018 08:40:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini pihak Anchor Food Professional telah pun melancarkan kempennya yang terbaru iaitu Moodmoojee.


Kempen Moodmojee ini menampilkan 6 minuman bercirikan kesukaan rakyat Malaysia yang baru dengan menggunakan produk tenusunya.

Di dalam kempen Moodmojee ini, pihak Anchor telah bekerjasama dengan 15 outlet makanan dan minuman di seluruh Malaysia. Minuman yang berasaskan kopi, teh dan kopi ini mampu memberi "Mood Booster" kepada peminumnya.

Kempen ini bukanlah yang pertama ditampilkan oleh pihak Anchor kerana sebelum ini pihak Anchor pernah menjalankan kempen seperti Say Cheese, PizzArt dan Anchor TravelCakes.



Pengurus Jualan National Chua Chern Shian yakin bahawa penggemar kopi, teh dan coklat pasti akan menyukai minuman baru ini.

Menurut beliau, minuman tenusu sangat popular di negara Barat. Oleh itu, kali ini mereka ingin menggabungkan pelbagai bahan bagi menghasilkan minuman yang mengikut citarasa rakyat Malaysia.

Enam minuman yang dimaksudkan ialah Lemon Mint Meringue, White Chocoffee, Kaya-nika Fusion, Pom and Grey Twist,  Tangy Brew dan Yuzu Chocolate Surprise. Semua minuman ini dihasilkan dengan menggunakan produk tenusu Anchor termasuklah susu penuh krim, keju krim dan juga krim putar.

Semua pengusaha juga diberikan kursus dalam menghasilkan semua minuman ini bagi memastikan rasa yang sama di semua outlet.

Untuk pengetahuan, semua produk yang digunakan di dalam penghasilan minuman ini telah pun berada di dalam pasaran Malaysia sejak tahun 70-an lagi. Kini pihak Anchor ingin mempelbagaikan cara yang lebih kreatif untuk menarik lebih ramai menikmatinya.

Moodmojee di Overstepped Sungai Petani

Baru-baru ini, pihak Anchor Food Professional telah mengadakan kempen Moodmojee di Overstepped Cafe, Taman Sejati dan Overstepped Cafe Perdana Height di Sungai Petani.

Tahukah anda, produk Anchor yang seringkali digunakan di dalam makanan ini, telah digunakan dalam minuman.

Ia kedengaran pelik bukan tetapi ianya telah menghasilkan minuman yang unik dan sedap.

Antara minuman yang dimaksudkan ada di dalam kempen ini. Eyda juga sempat merasai sendiri 3 jenis minuman iaitu Lemon Mint Meringue, White Chocoffee dan Kaya-nika Fusion.


Minuman Lemon Mint Meringue mirip rasa lemon yang berkrim kerana ianya menggabungkan Anchor Whipping Cream, meringue (telur putih) dan ditambah dengan biskut lemon di atasnya.


Minuman White Chocoffee sesuai bagi yang meminati kopi dan coklat kerana minuman ini menggabungkan keduanya kopi putih dan coklat disamping Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream dan juga bersama mentega kacang.


Minuman Kaya-nika Fusion pula mirip rasa cendol kerana ianya menggabungkan Anchor Whipping Cream, lapisan kaya,  gula melaka, pulut dan kacang merah.

Kempen ini telah bermula November 2018 hingga Januari 2019.

Jadinya penduduk sekitar Sungai Petani bolehlah merasai sendiri minuman yang telah diperkenalkan ini.

Outlet yang turut sama dalam minuman Moodmojee 

Hoon Guan Coffee Shop - Klang, Selangor

Gafe Cafe - Semenyih, Selangor

Love Tea F & B - Kulai, Johor

Living Room - Johor Bahru

Cofeology Cafe & Restaurant - Bukit Beruang, Melaka

Overstepped - Sungai Petani, Kedah

La Taste - Gurun dan Sungai Petani, Kedah

Bakery Lavish Fusion - George Town, Pulau Pinang

HIVE by Love A Loaf - Bayan Lepas, Pulau Pinang

La Taste - Butterworth, Pulau Pinang

Family Confectionary - Kampar, Perak

Baker's Hut - Seri Manning, Perak

Kilang Delight - Kota Kinabalu, Sabah

Chub's Grill - Kota Kinabalu, Sabah

Cafe, Chiu - Kota Kinabalu, Sabah

Lucky Bean - Kota Kinabalu, Sabah


review

Promosi Kari Kepala Ikan Sempena Bulan Kemerdekaan | The Light Hotel, Penang

8/07/2018 04:43:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sekejap saja masa berlalu dan kini kita telah pun berada di bulan kemerdekaan iaitu bulan Ogos.

Pada tahun ini kita akan meraikan Kemerdekaan negara yang ke 61 dan juga Hari Malaysia pada bulan hadapan.

Sempena bulan kemerdekaan ini, pihak The Light Hotel, Pulau Pinang mengadakan promosi Kari Kepala Ikan atau Authentic Claypot Fish Head Curry Set. Bagi penggemar kari dan juga kari kepala ikan tidak seharusnya melepaskan peluang ini.


AUTHENTIC CLAYPOT FISH HEAD CURRY SET

Untuk promosi ini, pihak The Light Hotel mengetengahkan menu Kari Kepala Ikan Merah sebagai menu utama. Menu ini disajikan oleh Chef Halim Mohamad iaitu Executive Chef di sini. Beliau menggunakan rempah yang diadun sendiri untuk membangkitkan rasa yang lebih enak.

Chef Halim Mohamad bersama menu Authentic Claypot Fish Head Curry Set
Menu yang disajikan bersama Kari Kepala Ikan dan juga menu ala carte yang boleh ditambah bersama set kari kepala ikan.

Menu yang disajikan di dalam Authentic Claypot Fish Head Curry Set


Promosi Authentic Claypot Fish Head Curry Set 

Promosi Authentic Claypot Fish Head Curry Set ini akan bermula pada 8 Ogos hingga 16 Ogos 2018 dengan harga serendah RM130 per set yang mengandungi Kari Kepala Ikan Merah, 2 jenis sayuran dan 4 hidangan nasi Basmati.

Bukan itu saja, anda akan menerima diskaun sebanyak 20% untuk menu ala carte. Voucher boleh dibeli dalam tempoh 8 Ogos hingga 16 September 2018. Selepas tarikh itu, harga menu adalah seperti biasa.

Anda boleh menikmati hidangan ini ketika hidangan waktu makan tengahari atau makan malam.

Kari Kepala Ikan Merah

Chinese Style Mixed Vegetable with Oyster Sauce

Stir Fried Water Spinach with Sambal Shrimp Paste

Stir Fried Wing Bean with Sambal Shrimp Paste

Untuk hidangan Sambal Udang, Kari Ketam bersama Mantau, Sotong Rojak Goreng dan Ayam Kampung Goreng anda boleh pilih sebagai menu tambahan secara ala carte.

Prawn Sambal

Crab Curry

Mantau


Deep Fried Giant Squid (Sotong Rojak)


Deep Fried Ayam Kampung

HARGA PROMOSI AUNTHENTIC CLAYPOT FISH HEAD CURRY SET

Senarai harga Aunthentic Claypot Fish Head Curry Set dan juga menu yang dihidangkan secara ala carte.





Hidangan ini disajikan setiap hari untuk makan tengahari dan juga makan malam iaitu dari jam 12.00 tengahari - 2.30 petang dan 7.00 - 10.00 malam.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, anda boleh hubungi 04-382 1111 atau email ke info@thelighthotelpg.com





promosi makanan

Promosi 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch | Flamingo Hotel by The Beach

7/09/2018 12:41:00 PM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Siapa di sini hari minggu biasanya makan di luar? Kalau anda biasa makan di luar di hari minggu, apa kata kali ini anda cuba makan tengahari di Flamingo Hotel by The Beach Penang pula.

Mulai 17 Jun 2018 hingga 100 hari akan datang, pihak Flamingo Hotel by The Beach Penang menawarkan promosi 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch. Ianya diadakan bersempena penubuhan Malaysia Baru.


Banyak menu yang disajikan, pasti mampu memenuhi perut anda bila anda berada di sini. Rambang mata memilih menu untuk dijamah.



MENU UTAMA

Biasa menu utama bagi makan tengahari rakyat Malaysia, pastinya nasi. Tidak lengkap rasanya menu makan tengahari tanpa nasi. Di sini ada pelbagai jenis lauk pauk yang sedap untuk dinikmati. Dari lauk kampung hingga ke lauk siput turut ada disajikan.








  Tidak lengkap menu makan tengahari tanpa sayuran, kerabu dan ulam-ulaman. Barulah lengkap piramid makanan anda.





GERAI / DAPUR AKSI

Di sini anda juga turut ditawarkan menu yang di masak panas-panas terus ke pinggan anda. Anda boleh memilih pelbagai gerai yang ada di sini. Daripada menu kesukaan penduduk Pulau Pinang hingga menu mengikut pelbagai kaum di Malaysia turut ada di gerai ini.










PENCUCI MULUT / DESERT

Anda juga turut di sajikan dengan pelbagai jenis bubur sebagai pencuci mulut.

















Memang kenyang perut kalau makan semua jenis makanan yang ada. Tapi mampu makan sebahagian menu yang ada saja. Apapun majoriti sedap-sedap makanan yang disajikan di sini.




PROMOSI 100 DAYS NEW MALAYSIA SUNDAY BUFFET LUNCH


Promosi 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ini bermula dari 17 Jun 2018 hingga ke 100 hari akan datang.

Promosi ini juga menawarkan 'Buy 1 Free 1' untuk dewasa sahaja. Jadinya anda dapat berjimat untuk tawaran buffet ini.

Harga buffet ini RM48 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak yang berumur 4-11 tahun. Murah dan berbaloi untuk anda.

Buffet ini dibuka dari jam 12.30 tengahari hingga 2.30 petang. Jadi anda mempunyai masa yang panjang untuk menikmati pelbagai juadah yang disajikan.

Sebarang tempahan sila hubungi +604-8927167.


LOKASI


Flamingo Hotel by The Beach Penang
Jalan Tanjung Bungah,
11200 Penang
Email : fnb.pg@flamingo.com.my



Blog yang Diikuti