Kenangan

Kenangan Bersama Arwah Mak

8/19/2019 10:34:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Merindui orang yang telah tiada lebih sakit daripada merindui orang yang masih ada.

Hanya yang melaluinya saja yang lebih tahu, rasa sakitnya menanggung rindu pada orang yang telah tiada.

Masa mengemas folder gambar dalam pendrive Eyda baru-baru ini, Eyda terjumpa satu-satunya gambar keluarga Eyda bersama arwah mak. Ya Allah, menitis jugak air mata bila melihat gambar ini. Rindunya kat arwah mak.

Inilah kenangan kami bergambar keluarga di hari pertunangan adik. Tak sangka ianya menjadi kenangan pertama dan akhir kami bersama arwah mak.


Keluarga kami

Inilah saja gambar kenangan yang ada. Nasib masing-masing tergerak hati untuk bergambar bersama. Jika tidak, tiadalah gambar kami sekeluarga macam nih. Dah 3 tahun rupanya gambar kami ini.



Al-Fatihah, moga arwah mak tenang di sana. Sesungguhnya kami amat merindui dirimu.


Kenangan

Emak Dalam Kenangan

6/09/2017 01:01:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dah seminggu Eyda tak menulis di sini kan. Alhamdulillah kita masih lagi dapat bernafas pada hari ini. 

Hari ini memasuki separuh bulan kita berpuasa di bulan Ramadhan dalam tahun ini. Cepat jer masa berlalu. Maaf entri Eyda kali ini sedikit panjang kerana ianya catatan perjalanan terakhir mak Eyda.


HARI-HARI TERAKHIR EMAK

Hari mak disahkan kritikal


Bila membacakan tajuk, mesti semua dah boleh mengagak apa hasil penulisan Eyda pada hari ini. Semuanya ingin Eyda simpan di sini sebagai memori Eyda di masa akan datang.

Semua orang ada ibu, emak, mummy, mami, mama dan pelbagai lagi panggilan yang merujuk kepada seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan kita.

Eyda memanggil ibu Eyda dengan panggilan emak atau mak. Seorang mak yang pastinya akan Eyda rindui terutamanya masakannya. Sepanjang Eyda hidup, jarang sangat membeli makanan atau lauk pauk dari luar. Semuanya emak masak dengan penuh kasih sayang.

Bila mak mula jatuh sakit selepas Raya Aidiladha pada tahun lepas, semua mula berubah. Mak makin lama makin tak mampu untuk memasak. Masanya banyak dihabiskan di katil perbaringan.

Setelah kesihatan mak sedikit baik beberapa bulan kemudian. Kami rasakan harapan mak untuk pulih semula adalah tinggi. Tiba-tiba kesihatan mak kembali turun naik tidak menentu.


30 Mei 2017

Hari ini mak dijadualkan buat pemeriksaan dengan Doktor M. Amir Shah di Gleneagles Penang. Laporan bacaan sel kanser mak naik dari 30 lebih ke 83.

Makanya mak perlu menjalani kimoterapi kali ke-15 pada hari tersebut. Kimoterapi mak yang pertama adalah pada 12 Oktober 2016 yang lalu.

Pulang dari hospital, mak masih boleh berjalan seperti biasa walaupun perlahan. Malamnya mak meletakkan kain tuala yang dibasahkan di dahi.

Kesan ubat kimoterapi yang panas, membuatkan mak terpaksa letakkan kain tuala kecil yang dibasahkan itu.

Malam itu, mak mengadu kurang sihat pada ayah. Sedih Eyda dengar. Tapi Eyda tak mengganggu perbualan antara mak dengan ayah pada malam tersebut.


31 Mei 2017

Sekitar jam 3.00 pagi, mak mengadu penat atau lebih tepat lagi sesak nafas. Ayah terus membawa mak ke unit kecemasan hospital berhampiran rumah.

Ayah balik sekitar jam 4.00 pagi barulah Eyda tahu mengenai mak. Selepas ayah bersahur dan solat Subuh, ayah kembali ke hospital untuk melihat keadaan mak.

Sekitar jam 7.00 pagi mak dimasukkan ke wad 10 katil nombor 7. Katil dan wad yang sama mak masuk bulan sebelumnya.

Kakak Eyda juga dimaklumkan mengenai mak yang berada di hospital. Kakak kata ayah sebak masa bagitau mengenai keadaan mak pada kakak. Eyda pula hanya dapat melawat mak pada waktu petang selepas pulang dari pejabat, masak menu untuk berbuka barulah ke hospital melawat mak.

Untuk pengetahuan, wad ini tidak dibenarkan untuk sesiapa menemani pesakit. Jadinya kita hanya dapat melawat ketika waktu melawat sahaja.


1 Jun 2017

Kakak sekeluarga pulang untuk melawat mak. Kalau ikutkan, kakak rancang nak balik minggu depan cuti hari minggu bersambung dengan Nuzul Al-Quran.

Tapi memandangkan mak kurang sihat, kakak balik untuk ziarah mak seminggu lebih awal. Kakak sekeluarga sampai di hospital petang waktu melawat.


2 Jun 2017

Kakak melawat mak masa waktu melawat tengahari dan juga petang. Kakak sempat mengelap badan mak pada waktu melawat tengahari hari tersebut. Eyda hanya melawat mak pada petangnya selepas pulang dari pejabat.


3 Jun 2017

Titik akhir kesihatan mak mula merosot teruk pada hari ini. Ayah yang melawat mak pada pagi hari tersebut telefon meminta sesiapa untuk ziarah mak. Memandangkan kakak sedang membasuh baju, makanya Eyda yang pergi melawat mak di hospital.

Sampainya di hospital, Eyda tengok ayah sedang mengurut dan memicit kaki mak. Eyda tengok air mata ayah mengalir. Bila Eyda pegang kaki mak, ya Allah sejuknya kaki mak dari bawah lutut ke bawah. Eyda turut sama menitiskan air mata sambil mengurut dan memicit kaki mak.

Eyda memang tak bawa sebarang minyak panas. Eyda minta kakak untuk bawa nanti. Kakak bawa minyak panas masa waktu melawat tengahari kerana pengawal tak benarkan kakak masuk awal.

Abang juga melawat mak pada waktu tengahari tersebut. Mak agak gembira pada ketika itu. Walaupun mak masih tak mampu menggerakkan badan terlalu banyak kerana masih berasa penat bila bergerak.

Kakak sekeluarga balik pada petangnya kerana pada keesokkan harinya perlu menghantar anak sulungnya masuk semula ke UiTM. Ini kerana sesi pertama akan bermula pada hari Isnin.

Malamnya, selepas berbuka dan solat Maghrib Eyda terus bergegas ke hospital untuk menjaga mak. Ini kerana doktor memberi keiizinan untuk menemani mak pada malam tersebut.

Selepas adik dan ayah pulang, jururawat dan doktor mula mengerumuni mak. Doktor mendekati Eyda dan menerangkan mengenai keadaan mak pada masa itu.

Luluh hati Eyda bila doktor mengklafikasikan mak berada dalam keadaan kritikal. Eyda masih mampu lagi menahan air mata ketika itu.

Doktor ingin berjumpa dengan ayah untuk menerangkan dan memberitahu mengenai keadaan mak ketika itu.

Eyda hubungi ayah untuk maklumkan mengenai hasrat doktor. Ayah datang mendengar penerangan doktor dan bertegas tak membenarkan doktor melakukan CPR atau menggunakan mesin elektrik untuk menyedarkan mak sekiranya mak pengsan pada malam tersebut.

Eyda mula menghantar mesej WhatApp pada kakak menyatakan keadaan mak ketika itu. Kakak terus menyatakan akan kembali secepat mungkin.

Alhamdulillah urusan kakak dipermudahkan bila adik ipar yang ke Ipoh ingin bertolak pulang pada malam tersebut. Makanya kakak menumpang adik ipar saja pada malam tersebut.

Bacaan surah Yassin mula meniti bibir Eyda pada malam tersebut sambil mata Eyda ligat memantau bacaan nadi mak yang tak stabil. Bacaan tekanan darah mak juga adakalanya stabil, adakalanya rendah. Tidak ketinggalan ada bacaan tekanan darah tidak dapat dibaca langsung.


4 Jun 2017

Awal pagi itu Eyda menutup kipas angin yang menghala mak sebab mak mengadu sejuk sambil tangannya diletakkan di dalam kain.

Sekitar jam 3.40 pagi, mata Eyda dah tak mampu buka lagi. Hinggakan beberapa kali Eyda terlelap ketika membaca surah Yassin. Akhirnya Eyda terlelap di katil sebelah mak dengan izin jururawat.

Ketika Eyda sedar sekitar jam 4.00 pagi, Eyda dikejutkan oleh jururawat. Tangan mak berdarah gara-gara jarum yang ada pada tangan mak tercabut. Ya Allah, lalainya Eyda sehingga terlelap dan tak perasan keadaan tu.

Selepas jururawat menukar baju dan sarung bantal yang kena darah. Eyda juga lapkan tangan mak yang kena kesan darah. Ketika ini Eyda nampak bacaan nadi mak kembali stabil. Eyda minta izin mak untuk pulang untuk sahur.

Siangnya kakak pula mengambil tempat untuk menjaga mak. Ketika itu, doktor bertanya pelbagai maklumat sejarah kesihatan mak. Eyda pun kurang tahu kesemua maklumat.

Eyda maklumkan ayah mengenainya, dan ayah bergegas ke hospital. Selang beberapa jam kemudian, kakak nyatakan yang doktor ingin berjumpa semua ahli keluarga terdekat.

Memandangkan abang Eyda hanya dapat hadir petang, makanya hanya ayah, kakak, Eyda dan adik sahaja yang berjumpa doktor ketika itu.

Doktor menerangkan keadaan mak yang makin merosot. Bacaan keputusan darah makin hari makin merosot. Pelbagai rumusan dari kesihatan mak dapat doktor simpulkan.

Kami memang tak memberi izin untuk melakukan CPR atau menggunakan elektrik untuk selamatkan mak kerana risiko untuk patah tulang rusuk, hanya 50% mak kembali sembuh dan lain-lain lagi.

Doktor juga memberi izin untuk ahli keluarga melawat mak pada hari tersebut bila-bila masa. Semua ahli keluarga diberitahu akan perkara ini. Ramai yang datang melawat termasuklah kawan-kawan mak selalu pergi mengaji.

Eyda meminta izin untuk balik, kerana tidur Eyda dah terganggu. Eyda pun rasa kurang tenaga untuk berjaga lagi.

Sampainya di rumah selepas solat Zohor Eyda tidur sehingga hampir jam 6.00 petang. Terjaga dari tidur, Eyda terus solat Asar dan ke bazar Ramadhan untuk membeli sedikit juadah untuk berbuka.

Selepas berbuka dan solat Maghrib, Eyda ke hospital untuk menjaga mak. Abang pun nak balik ke rumah selepas Eyda sampai. Malam ini Eyda akan menjaga mak bersama kakak.

Doktor dah memberi izin 2 orang boleh menjaga mak malam tersebut. Alhamdulillah, dapat kami sama-sama bergilir membaca surah Yassin dan berada di sebelah mak.

Doktor Faizal yang bertugas malam itu, memaklumkan keadaan mak terlalu nazak. Doktor memberi pilihan kepada kami untuk membawa mak pulang atau berada di hospital.

Ini kerana bacaan tekanan darah mak sukar untuk dibaca dan akhir bacaan menggunakan alat bacaan tekanan darah jenis lama dan bacaan tekanan daah mak hanya 20/10. Ya Allah terlalu rendahnya.

Kami terus telefon ayah dan mak sedara untuk meminta pendapat. Semuanya meminta untuk dibawa pulang sahaja.

Tetapi mak tidak mahu pulang dan tetap ingin berada di hospital sahaja. Ayah tidak mahu mengecilkan hati mak. Maka dengan berat hati izinkan mak berada di hospital sahaja.


5 Jun 2017

Sempat juga kami makan kudapan yang kakak beli bersama-sama. Eyda dah bekalkan Nescafe perisa Kopi O. Itulah senjata Eyda untuk berjaga malam tersebut. Tak mampu lagi untuk Eyda terlelap macam malam sebelumnya.

Suhu badan mak sedikit naik, 38 darjah. Jururawat memberi panadol yang dihancurkan untuk disuapkan ke mulut mak. Alhamdulillah mak masih makan ubat ni walaupun tidak habis.

Sekitar jam 3.00 pagi, kakak dah mula mengantuk walaupun dia dah mengambil wuduk sebelumnya. Siap terlelap beberapa kali semasa membaca surah Yassin. Alhamdulillah Eyda masih boleh bertahan penangan air Kopi O yang Eyda minum tu.

Eyda pula berada di sisi mak, memegang tangan mak sambil zikir dan diselang seli dengan mengucap tanpa henti. Dengan harapan mak mengikutinya walaupun mak tidur.

Sekitar jam 3.30 pagi, seorang bayi yang baru lahir bilik sebelah tiba-tiba menangis dengan kuat. Kakak tersedar sekejap, tiba-tiba tertidur semula. Kali ini teriakan bayi itu bertambah kuat, bacaan nadi mak dari 144 terus turun dengan lajunya.

Eyda sempat memanggil kakak. Kakak terbangun terus bergegas memanggil jururawat. Ternyata mak pergi dulu. Eyda perasankan mata mak tiba-tiba celik dan nafas mak tiba-tiba berhenti.

Eyda terus telefon ayah dan adik untuk datang ke hospital dengan segera. Doktor sahkan mak meninggal jam 3.50 pagi.

Ayah pulang untuk membuat persiapan di rumah. Eyda dan kakak ayah tugaskan untuk menguruskan jenazah mak pulang.

Alhamdulillah urusan untuk membawa pulang jenazah mak dipermudahkan. Jenazah mak dapat dibawa pulang ketika azan Subuh berkumandang.

Status yang Eyda muat naik ke akaun Facebook sehari selepas mak meninggal


Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan dari mula hingga akhir. Terima kasih buat semua yang membantu dan terlibat secara langsung atau tidak langsung.



Eyda

TinGGaL KeNaNGaN

8/23/2015 10:25:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sedih plak bila baca tajuk kan.. Itu belum masuk ceritanya.. Memang banyak memori sebenarnya, tapi semuanya akan disimpan rapi di dalam blog.. Boleh jugak sesekali baca mengamit memori..

Mesti semua tertanya kan apa benda yang tinggal kenangan nih? Sebenarnya Eyda nak cerita pasal kereta ayah yang dah pun dijual..


Kereta Mazda model 808

Kereta yang dimaksudkan ialah kereta Mazda model 808.. Mengikut cerita ayah, kereta nih kalau tak salah menghampiri 40 tahun usianya.. Ayah dah guna sekitar 37 tahun.. Maknanya dari usia abang Eyda laa kereta nih.. Memang penuh kenangan laa..

Eyda pun membesar dengan kereta nih.. Tapi memang Eyda tengok ayah agak keberatan nak lepaskan kereta nih setelah sekian lama dia berjasa kepada kami sekeluarga..

Tapi apakan daya, bila ada beberapa kerosakan yang berlaku dan melibatkan angka ribuan jugak untuk membaikinya.. Setelah menimbang beberapa lama, hari Selasa lepas dengan rasminya kereta nih tiada lagi dalam garaj kereta ayah..

Jom tengok gambar yang sempat Eyda snap beberapa hari sebelum ianya dijual.. Orang kedai datang ambil kat rumah sebab kereta nih tak boleh nak hidupkan..








Rupanya tokey kedai pun tak sanggup nak scrap kereta nih.. Dia kata elok kereta nih sayang laa, enjin original, barang kereta pun majoritinya original.. Dia kata nak repair dan guna sendiri.. Kalau ianya seperti yang dikatakan, tak mustahil nanti Eyda boleh jumpa lagi kereta nih bersama orang lain..


Kenangan yang ada bersama kereta nih..

* Kami sekeluarga jalan-jalan makan angin sehingga ke Kelantan, Cameron Highland, ulang alik ke Bayan Lepas (rumah arwah tok wan) setiap hujung minggu dan lain-lain tempat yang Eyda sendiri tak ingat..

* Mak pernah terlanggar tembok depan rumah (tempat orang dok duduk tuh) sebab belok tak lepas dan juga mak pernah terlanggar dinding rumah sebab ayah suka tinggalkan kereta dalam Gear 1.. Maunya melompat kereta tuh.. Hehehe.. 

* Mak cik pernah terlanggar pokok mempelam yang besar depan rumah arwah tok.. Masa tu makcik baru dapat lesen..

* Kakak dan abang belajar memandu kali pertama dengan kereta nih.. Ayah laa yang jadi pengajarnya..


Apa lagi ya, ermm terlupa nak taip kat sini kenangan yang ada.. In shaa Allah kalau ada, akan Eyda kongsikan kat sini agar kenangan bersama kereta tuh kekal di dalam memori..




arnab

HaNYa TinGGaL KeNanGaN

11/25/2014 09:41:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Perjalanan hidup hari nih penuh dengan cerita suka duka dalam hidup Eyda..

Eyda mulakan dengan cerita sedih dulu lerr.. Banyak cerita sebenarnya, memandangkan internet sekarang sedikit laju, Eyda akan cuba siapkan semua cerita dalam entry yang berbeza..

Nak letak dalam satu entry nanti citer jadi panjang lebar plak.. Takut juga internet nak slowkan dirinya kembali..

Ni citer lepas Eyda balik dari bengkel yang dibuat separuh hari.. Singgah rumah sekejap, sebelum ke pejabat plak.. Setibanya Eyda di rumah, Eyda dikejutkan dengan kehilangan salah seekor anak arnab..

Anak arnab tu baru jer mati masa Eyda sampai rumah.. Memang Eyda dah rasa akan kehilangannya bila mana pagi-pagi hari lagi sebelum Eyda nak ke pejabat, seterusnya ke bengkel yang dibuat separuh hari..

Pagi tadi, anak arnab tu kelihatan terlalu lemah, tak mau makan, tak mau minum.. Lastly tangkap ibunya bagi anak arnab tu isap susu..

Nampak anak arnab tu macam segar skit, memang harap sangat anak arnab tu akan ok.. Tapi nampaknya meleset.. Ia mati juga akhirnya..






Sedih plak Eyda bila tatap gambar nih.. Memang terasa sebabnya lebih kurang sebulan kita orang bela anak arnab nih.. Semoga akan ada pengganti anak arnab ni nanti.. Maybe dapat mengubati kehilangan nih..

Entry lain akan menyusul kemudian ya.. Internet slow laa, lambat betul nak tunggu upload gambar-gambar nih..



Kenangan

ThRoWBaCk ZaMaN SeKoLaH

8/12/2014 08:57:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ni story throwback ke zaman sekolah dulu-dulu.. Dah lama betul meninggalkan zaman nih..

Yelah zaman muda mudi 16 tahun dulu nih.. Lama betul kan.. Ni pun sebab terbaca entry blogger Karya Mahirah dan kebetulan member sekelas ada share gambar nih dalam whatsapp group kelas kami baru-baru nih.. Maka timbul perasaan nak berkongsi gambar nih..


Mengimbas kembali memori lama.. Tetiba rasa sebak bila melihat gambar arwah, member yang depan sekali sebelah kanan.. Meninggal di usia yang muda..Seorang yang amat baik..

Bergambar depan Kowloon Hotel.. Sempat jugak naik LRT sebelum sampai ke sini..

Gambar ni tak berapa ingat kat mana lokasinya.. Yang pastinya time lawatan sambil belajar lerr..

Okey bergambar bersama guru yang mengiringi kami.. Gambar nih diambil masa KLIA baru dibuka ya.. Teruja gitu..



Semua gambar nih diambil masa kami ada lawatan sekolah masa form 5..Time nih selepas cuti pertengahan tahun..

Memang kena marah la dengan cikgu-cikgu lain sebabnya tarikh exam SPM kan dah nak dekat time tuh.. Kitaorang plak 2 kali pegi lawatan.. Huhuhu.. Nasib dengan kata-kata semangat guru yang turut sama pergi, kami dapat memperbaiki result di dalam SPM..




Blog yang Diikuti