Eyda

WoRdLeSS WeDNeSDaY #18

6/24/2015 07:54:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Busy betul minggu nih, sampai Eyda tak sempat nak jenguk blog nih.. Okey laa, sempat jengah sekejap hari ni pun dah ok..




Jumpa lagi nanti ya, selepas kesibukan Eyda agak terkawal.. Rindu kat kengkawan semua.. Nanti Eyda singgah blog korang ya.. Maaf tau..





blogger

KeNaPa Ya?

6/22/2015 08:50:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah hari Isnin.. Dah masuk hari ke-5 kita berpuasa.. Alhamdulillah masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa..

Eyda sebenarnya menghadapi sedikit masalah dengan blog Eyda.. Tak pasti plak di mana silap dan salahnya.. Tetiba jer tak boleh nak edit gadget bloglist Eyda..

Ada sesiapa boleh tolong Eyda? Dah hampir seminggu Eyda usahakan, tapi masih tak berjaya.. Sebelum nih senang jer nak add list.. Sekarang nih bila klik add list ini yang jadi.. Apa pun tak boleh nak edit.. Huhuhu..


Sebelum Eyda nak add blog masuk list


Selepas klik add blog to your list..


Nampak tak apa yang jadi? Bahagian sort tu masa sebelum klik add blog ada.. Bila klik menghilangkan item pada sort.. Blog tetap tak boleh add kat dalam list blog Eyda jugak..



izzat

TeLeFoN BuaTaN SeNDiRi

6/08/2015 04:50:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ermm dah seminggu lebih budak-budak bercuti sekolah kan.. Lagi seminggu je lagi nak bercuti pun.. Mesti ada yang bawak anak-anak jalan-jalan makan angin, balik kampung dan sebagainya..

Eyda just jalan-jalan dekat umah jer.. Ada jugak bawak keluar beli persiapan untuk raya sikit-sikit.. Nanti tak laa kalut sangat nak beli kan..

Hari Sabtu baru nih, gara-gara tengok citer Pocoyo, Kimie dapat satu idea.. Nak tau apa bendanya? Dia nak buat telefon buatan sendiri..

Jom tengok hasil buatannya..

telefon buatan sendiri..

Cantik tak telefon buatan Kimie nih.. Cuma lubang nak letak benang tu, tok wan dia tolong.. Suka betul dia boleh buat telefon nih.. Main dengan Izzat laa.. Tu pun kekadang ajak Eyda main sama.. Asalnya pendek jer benang nih.. Izzat ngan Kimie laa cari benang lain, buat punya panjang.. Jenuh sesekali nak menyimpan..

Ada jugak aktiviti diaorang time cuti sekolah kan.. In shaa Allah, Eyda nak bawak jugak jalan-jalan walaupun dekat.. Nak buat apa, bila tu kena tunggu laaa..



izzat

aPa Tu?

6/04/2015 01:04:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama kan tak kongsi perihal budak berdua tuh.. Hari nih nak kongsi perihal si budak bulat.. Sapa lagi kalau bukan Izzat..

Ntah laa kat dia, tetiba nak mereka cipta something plak.. Nak tengok hasil kerja Izzat tak? Tapi yang ni yang kedua, yang pertama yang lagi menarik tak sempat nak snap..

Mulanya dia bentukkan jadi arnab, yang tu nampak cute, tapi tak sempat nak snap.. Baru nak snap dia buat benda lain.. Nak tau apa bendanya.. Jom ushar skit..




Ntah laa nak kategorikan sebagai apa.. Macam orang pun ada, bukan orang pun ada.. Itulah imaginasi kanak-kanak yang sedang membesar kan..




kerja

RaJiNnYa MeLuKiS

5/20/2015 03:01:00 PM


Assalamalaikum dan selamat sejahtera semua.. Banyak betul alkisah Kimie minggu nih ya.. Apa nak buat, Eyda nak share apa berkaitan Izzat tak ada plak.. Si budak kecik Kimie plak yang merajin buat macam-macam.. Jadinya hasil kerja dia yang Eyda banyak kongsikan..

Ni hasil kerja Kimie selepas dia mengamuk ntah apa-apa kat abangnya Izzat.. Tetiba jer datang kat Eyda tunjuk lukisan nih..

Kimie : Ibu cantik tak Kimie lukis nih?

Ibu : Cantik.. mana Kimie tiru nih?

Kimie : Ntah.. (Sambil senyum-senyum gelak-gelak)..

Cantik plak Eyda tengok lukisan nih.. Cara lukis tuh macam dia ada tiru dari mana-mana tempat.. Tapi Eyda tak jumpa plak buku ke majalah ke apa yang berkaitan dengan gambar nih..


Lukisan Kimie


Banyak sungguh hasil seni Kimie semenjak dua menjak nih.. Semuanya Eyda abadikan kat blog nih.. Kalau hilang kertas lukisan atau hasil seni tuh, masih boleh tengok kat blog nih.. Itupun jika blog masih boleh digunakan sampai bila-bila kan..




kerja

KaD HaRi GuRu KiMie

5/18/2015 04:40:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Abis laa kertas warna yang Eyda beli.. Macam-macam hasil kerja seni Kimie nak guna kertas warna.. Kekadang tuh agak membazir jadinya..

Mana taknya, dah buat tak jadi, buang.. Tak pun sesaja potong kertas warna buat itu ini.. Lastly ke tong sampah tempat kertas tuh berada..

Apapun Eyda suka tengok hasil kad Hari Guru Kimie nih.. Tengok laa siap ada lukisan cikgu lagi.. Amboii rajin betoi Kimie melukis semenjak dua menjak nih..

Jom ushar hasil lukisan Kimie pada kad ucapan hari guru pada guru kelasnya..


Cikgu Hashimah.. Guru kelas Kimie..


Jadi laa ada rupa manusia jugak.. Cute plak tuh.. Masih boleh diperbaiki lagi hasil lukisannya.. Apapun esok Kimie dan Izzat akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015.. Harap diaorang boleh menjawab dengan baik..





kerja

KiPaS Ke BunGa?

5/13/2015 03:02:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih Eyda nak share something.. Menarik jugak rupanya, bukan saja boleh buat hiasan.. Malah boleh mencambahkan hasil kreatif yang sediada..

Cantik tak kipas atau bunga nih? Rasa-rasa korang siapa laa yang merajin buat semua nih? Hasil cetusan idea dari mana ya? Tetiba jer kan..


Pandangan atas

Pandangan sisi







Nak tau sapa punya kerja nih? Jawapannya ialah Kimie.. Amboii laa anak teruna ibu sorang nih, tetiba jer nak buat benda nih.. Mana laa datangnya idea dia nih?

Asalnya dia cari botol air yang kosong.. Eyda tunjuk laa, ada botol air oren F&N yang kosong.. Dia pun apa lagi terus ambik.. Eyda pun tak kisah dan tak ambik tau pun apa dia nak buat.. Eyda ingatkan dia nak letak air dalam botol tu ja..

Rupa-rupanya dia hasilkan benda nih.. Masa Eyda tengok, dia tengah dok gunting kelopak bunga tuh.. Kimie kata dia buat kipas, tapi tak boleh buat berkipas dengan kipas nih.. Sebabnya kipas nih tak rasa angin..

Eyda cakap kat dia, ibu nampak macam bunga laa.. Dia pun ngaku macam bunga jugak.. Apapun kreatif laa budak sorang nih.. Dalam diam dia buat benda nih sendiri tanpa bantuan sesiapa..

Kalau warnakan mesti lagi cantik kan? Inilah salah satu idea yang boleh buat dengan botol plastik kosong kan..




kerja

JoM BeLaYaR BeRSaMa KiMie

5/12/2015 10:07:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Amboii tajuk, tak ingat dunia ya.. Seronok kan kalau boleh belayar, sambil menikmati angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.. Tak kisah laa bahasa apapun, asalkan paham.. Hehehe..


sumber


Hahaha setakat nak berangan belayar sini sana, boleh laa.. Tapi realitinya tak ada pun.. Ala ni gara-gara Kimie laa yang dapat hadiah masa buat majlis makan-makan, dan sukaneka skit kat umah tok.. Semua nih anjuran Mak Cik..

Banyak game yang Kimie dan Izzat main, diaorang menang.. Macam-macam laa hadiah yang diaorang dapat.. Tapi hadiah yang diaorang layan sangat, papan putih nih laa.. Macam-macam lukisan yang Izzat dan Kimie lukis..

Tapi ini jer yang Eyda sempat snap.. Menarik kapal dia.. Tapi kali nih tak ada ikan jerung ke ikan dolphin ke ikan apa ya.. Jom layan skit lukisan si budak kecik Kimie tuh..




Jom kita belayar bersama kapal Kimie nih.. Hehehe.. Boleh naik ramai-ramai tau.. Free jer Kimie bagi..





kerja

aNgRy BiRd KiMie

4/19/2015 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ni alkisah beberapa hari yang lepas.. Ada-ada saja laa si Kimie tuh.. Tengok laa hasil kerja budak yang tak ada kerja nih.. 




Eyda tanya apa Kimie lukis tuh.. Kimie kata ini Angry Bird laa.. Angry Bird pun Angry Bird laa.. Ini Kimie lukis guna komputer ya.. Pandai plak dia cari program untuk dia melukis apa bagai nih.. Bukan apa, sebelum tuh Kimie main game kat komputer, tetiba jer dia panggil Eyda dan tunjuk lukisan nih.. 

Gambar nih, dia yang snap sendiri.. Lawak plak Eyda tengok lukisan dia.. Tak nampak macam Angry Bird pun.. Korang nampak macam apa ya?




kerja

MoToR BoaT?

4/11/2015 11:48:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Selamat berhujung minggu semua.. Hai asyik cerita hasil lukisan dan kerja tangan Kimie jer kan.. Merajin laa plak anak teruna sorang tuh..

Okey laa hari nih Eyda nak kongsi lukisan Kimie semalam.. Bila puji bab melukis, tetiba nak melukis laa plak budak sorang tuh.. Tapi Eyda lebih suka Lukisan Kimie nih lagi berbanding lukisan nih..

Pendapat korang macam mana pulak.. Mungkin masing-masing ada pendapat sendiri.. Ini pun lukisan spontan Kimie.. Mula-mula dia nak main tebuk lubang dengan kertas.. Lastly ambik pensil dan mula melukis..


Cute ke?

Lukisan orang yang naik motor boat ya.. Itu yang kimie bagitau Eyda.. Hahaha siap ada tayar lagi ya.. Siap boleh naik kat dalam air dan darat gitu.. Dwi fungsi motor boat nih.. Hehehe..

Siap ada ikan jerung lagi.. Hai laa Kimie banyak betul imaginasimu.. Sampaikan Eyda menaip entry nih sambil tersenyum gitu.. Hehehe..





kerja

KaPaL TeRBaNG GuNa BaHaN TeRPaKai

4/10/2015 03:38:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu meninggalkan kita.. Hari nih dah Jumaat, esok ngan lusa cuti.. Yahoo, bestnya cuti.. Tapi adakah dapat berehat secukupnya? Selalunya tak cukup, tapi boleh laa nak lelap mata seketika..

Sebelum nih Eyda kongsi lukisan Kimie kan.. Hari nih Eyda nak kongsi kapal terbang ciptaan Kimie.. Bahan terpakai yang dia guna adalah botol air mineral dan kad jemputan kahwin yang lama..

Nak tengok ke rupa kapal terbangnya.. Sori laa sayap dan ekor kapal terbang sedikit terpenyet kerana terhempap dengan beg yang berat.. Kat depannya dah tercabut kertas yang lekat.. Huhuhu..


Kapal terbang yang sedikit rosak..


Apapun masih ada laa rupa kapal terbang ciptaan Kimie.. Kapal terbang nih dia buat hari Ahad yang lepas.. Cuma kertas hiasan kat badan kapal terbang tuh jer yang beli.. Yang lain guna apa yang ada..

Botol dia guna sebagai asas kapal terbang dan kad jemputan kawin yang lama dia alas pada sayap kapal terbang agar sayap tuh kelihatan keras..

Banyak sungguh hiasan kapal terbang nih.. Itulah imaginasi kanak-kanak umur 8 tahun.. Eyda sebagai ibu, layankan jer apa yang Kimie suka..





kerja

BanGGaNYa TenGoK

2/17/2015 09:03:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak up entry pasal hasil kerja Kimie dan kumpulannya dengan menggunakan kertas surat khabar dan warna pensil..

Semalam Eyda lalu kat kelas dia baru perasan yang diaorang letakkan hasil kerja nih kat papan kenyataan di luar kelas diaorang.. Eyda apa lagi snap jelah untuk simpanan sendiri..

Nanti diaorang boleh tengok balik kat blog Eyda.. Apa yang Eyda simpan hasil kerja dan macam-macam hal berkaitan diaorang..



Berbangga jugak bila hasil kerja anak-anak diletakkan di papan kenyataan sebegini kan.. Semuanya sebagai semangat buat mereka juga dalam menyiapkan kerja yang diberikan dengan kemas dan baik..

Okey laa, Eyda tak tau laa busy sesangat sekarang, nak singgah sini sana pun agak terbatas.. Inikan plak nak berceloteh panjang lebar.. Huhuhu masa memang mencemburui Eyda..

Nanti Eyda singgah ye ke blog kengkawan.. Nak tinggalkan komen banyak-banyak gitu.. Hehehe macam laa Eyda banyak masa kan.. Apapun jangan kecik ati tau kalau Eyda tinggalkan sekomen dua jer..





Blog yang Diikuti