pemenang segmen & GA

Pemenang Kontes Wow Wow Wow

8/21/2017 10:13:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah lebih seminggu yang lalu, Eyda menyertai Kontes Wow Wow Wow di Facebook.

Kontes Wow Wow Wow ini dianjurkan oleh pak long Suhaime Abu Bakar. Eyda sertai pun sekadar suka-suka dan menyokong kontes sahabat. Memandangkan dah lama tak menang sebarang kontes atau giveaway, memang Eyda tak menaruh sebarang harapan untuk menang.

Pak long Suhaime sampaikan hadiah Kontes Wow Wow Wow

Bila pak long Suhaime Abu Bakar sendiri menghubungi Eyda, macam tak percaya pula yang Eyda merupakan pemenang bagi Kontest Wow Wow Wow tu.

Hadiah tersebut Eyda dah terima seminggu yang lalu ketika pak long Suhaime sendiri ada kerja di kawasan utara. Memandangkan Eyda merupakan pemenang Kontes Wow Wow Wow tu, makanya pak long Suhaime singgah untuk berikan hadiah tersebut ke tangan Eyda sendiri.



Kontes Wow Wow Wow

Alhamdulillah rezeki minyak enjin kereta untuk ayah. Rezeki yang memang Eyda tak sangka langsung akan diterima di saat Eyda dirundung kesedihan. Cerita mengenai kesedihan tu akan Eyda tulis di entri akan datang.

Minyak Platinum Oil ini yang menjadi rezeki kereta ayah Eyda

Sebelum membeli, kena pastikan CC kenderaan dan umur kenderaan untuk mudah kita memilih produk Platinum Oil yang sesuai dengan enjin kenderaan kita.

Antara produk lain Platinum Oil

Boleh lah cuba minyak enjin Platinum Oil nih. Manalah tahu sesuai dengan enjin kenderaan korang. Apapun terima kasih sekali lagi buat pak long Suhaime kerana memilih Eyda sebagai pemenang Kontest Wow Wow Wow ini.


pemenang segmen & GA

Pemenang Contest Abang Brian

3/15/2017 04:48:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semoga semua sahabat Eyda berada dalam keadaan yang baik dan sihat hendakNya. Lama tak menulis, jadi kekok pula ya.. 

Baru-baru ini Eyda ada join Contest Abang Brian melalui instagram Abang Brian. Itu pun Eyda sesaja join selepas Eyda tengok Cikpinz join dan repost. Tanpa menaruh sebarang perasaan akan menang, Eyda ikut semua syarat yang diperlukan dan jawab soalan yang diberikan.

Ni laa penyertaan Eyda kat Instagram

Penyertaan suka suki Eyda yang telah terpilih sebagai salah seorang pemenang Contest Abang Brian. Tengok laa Eyda join hari Rabu minggu lepas.

Direct Messages dari Abang Brian
Bila Eyda buka Instagram hari Jumaat, nampak ada direct message. Bila buka, Eyda nampak Abang Brian minta detail diri Eyda untuk pengeposan hadiah contest. Macam tak percaya bila tengok mesej tu, baca dua tiga kali juga laa..

Pengumuman Pemenang Contest Abang Brian

Punya tak puas hati, Eyda tengok kat Instagram Abang Brian pula. Alhamdulillah rezeki di hari Jumaat. Dah lama tak menang sebarang giveaway, segmen atau contest. Kiranya rezeki Eyda  join contest pertama di tahun 2017.

Hadiah yang selamat diterima

Inilah hadiah Contest Abang Brian yang Eyda terima. Memang best hadiah nih. Terima kasih Abang Brian kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang contest.


pemenang segmen & GA

Pemenang Birthday Giveaway By Izzeyda

7/01/2016 04:06:00 PM



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Maaf kesibukan melanda diri.. Tak sempat Eyda nak blogwalking ke semua blogger yang sudi menyertai GA yang tidak seberapa ini..

In shaa Allah nanti Eyda akan kunjungi blog korang.. Maaf sekali lagi ya..




Memandangkan Eyda pun dah nak bercuti raya, jadi Eyda cuba sedaya upaya melengkapkan GA yang Eyda anjurkan ini..

Alhamdulillah hari ini dan ketika ini Eyda akan mengumumkan pemenang bagi Birthday Giveaway by Izzeyda ini.. Pemilihan pemenang telah dijalankan oleh En. Random..


SENARAI PEMENANG



Pemenang Wang Tunai RM30




Pemenang Wang Tunai RM10






Tahniah kepada semua pemenang.. Yang tidak menang cuba lagi.. In shaa Allah Eyda akan menganjurkan GA lagi selepas ini.. Rajin-rajin la singgah ke blog Eyda ya..

Kepada pemenang sila tinggalkan semua maklumat ini di dalam kotak komen di bawah atau SMS / WHATSAPP ke 0174597615 untuk tuntutan hadiah anda.

Nama :
Nombor Akaun :
Nama Bank :
URL Blog :
Nombor Anda :




hadiah

TeRiMa KaSiH MaSTuRaDiN

6/27/2015 10:55:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah masih ada rezeki untuk Eyda.. Hari Isnin yang lepas Eyda terima satu parcel.. Rupanya hadiah GA Dotter of Mohd Din Birthday..

Terima kasih banyak-banyak Masturadin di atas hadiah nih.. Eyda memang tak sangka nak menang.. Apapun, itulah dinamakan rezeki kan..

Inilah hadiahnya sebatang pen Singapore

Cantik tak?

http://www.masturadin.com/2015/06/senarai-nama-pemenang-dottersofmohddinbirthdaygiveaway.html
Keputusan GA


Sesiapa yang ingin mengenali dengan penghantar hadiah nih.. Singgah laa ke blognya.. Masturadin nih jugak seorang peniaga online.. Antara barangan yang dijual adalah emas, pakaian, makanan dan keperluan harian.. Banyak kan.. Dia juga adalah salah seorang ahli EFG (Exchange Feed Group).. Jom kita singgah sambil berkenalan dengannya..




pemenang segmen & GA

TeRiMa KaSiH aYuNi RaFiLaH

6/17/2015 04:01:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak kongsi hadiah yang Eyda menang.. Alhamdulillah masih ada rezeki buat Eyda.. Umpama hadiah sempena hari kelahiran Eyda jer.. Sampai pun hampir dengan hari lahir Eyda..

Apapun Eyda nak berterima kasih kepada Ayuni Rafilah dengan hadiah GA sempena hari ibu yang dianjurkan.. Ada yang tak ingat GA yang mana, meh klik SINI.. Keputusan GA plak di SINI..

Apapun sebelum tuh meh berkenalan skit dengannya.. Ayuni Rafilah tinggal di Selangor.. Dia nih memang suka dengan kucing.. Dia ada berkongsi mengenai kucing di blognya.. Bukan tu saja, dia juga ada buat review mengenai sesuatu produk.. Malah ada pelbagai tips juga ada di dalam blognya..




 

Alhamdulillah rezeki.. Tapi memang Eyda tak ingat langsung nak semak keputusan GA nih.. Almaklum sajalah agak busy kan time tuh.. Thanks Ayuni sebab informkan Eyda..

Cantik kotak FlexiPack nih

Inilah hadiah yang dimenangi Eyda


Ermm nak bagi kat mak, tapi mak plak jenis tak pakai rantai sebegini.. Nampaknya sendiri laa yang melaram.. Tak apa lah asalkan ada yang memakai kan..



hadiah

TeRiMa KaSiH My BeauTy HeRbS & MiaLiaNa

6/09/2015 04:57:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hahaha baru nak cerita hadiah bulan lepas yang tak abis lagi.. Hadiah nih sebenarnya sampai lebih kurang dengan hadiah kak Jari Manis.. Kalau tak ingat boleh klik kat SINI..

Dah berapa minggu terima hadiah baru nak update ya.. Tak apalah, asalkan berupdate jugak.. Dah orang memberi hadiah, apa salahnya mengadakan entry penghargaan buat mereka kan..

Inilah hadiah yang Eyda menang hasil daripada menyertai GA yang dianjurkan oleh Mialiana dengan kerjasama daripada pihak My Beauty Herbs..



Hadiah yang diterima

http://www.mialiana.com/2015/05/pengumuman-pemenang-giveaway-whitening.html
Keputusan GA


Alhamdulillah ada jugak nama Eyda dalam senarai 10 pemenang GA yang diumumkan Mialiana..Terima kasih juga kepada semua sahabat dan kenalan yang sudi mengklik LIKE pada review testimoni Eyda mengenai produk nih.. Dapat jugak Eyda menjadi salah seorang pemenang GA nih..

Alhamdulillah jugak, dapat menstokkan pencuci muka.. Hahaha tak payah pikir untuk sebulan atau lebih nak beli pencuci muka.. Jimat belanja..

Yang ingin mendapatkan produk nih boleh laa layari laman web MY BEAUTY HERBS untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pembelian produknya..





hadiah

PeMeNanG SeGMeN CaSh RM200 by iNaNi HaZWaNi

6/03/2015 10:10:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Walaupun dah seminggu berlalu, Eyda nak update jugak.. Yelah, sebagai menghargai hadiah pemberian blogger lain di atas kemenangan segmen yang dimenangi..

Terima kasih Inani Hazwani atau lebih suka membahasakan diri dengan nama Nani.. Alhamdulillah rezeki di bulan Mei.. Duit kemenangan dah selamat diterima dan akan disimpan untuk pembelian something..

Sesaja nak kumpul duit hadiah menang segmen atau GA, tak ketinggalan menabung sikit-sikit.. Nak beli something sebagai reward untuk diri sendiri.. Sesekali buat macam nih best plak rasa..

Okey laa, jom tengok sapa lagi yang menang selain dari Eyda..



Senarai pemenang




































Duit yang dah selamat masuk akaun bank


Masih ada lagi hadiah yang Eyda belum update.. Nanti Eyda update ya.. Bukan tu saja, ada jugak story mory nak cerita kat korang.. Nanti ya Eyda update skit-skit.. Harap bersabar ya..




pemenang segmen & GA

TeRiMa KaSiH SanG PeNuLiS

5/15/2015 03:06:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah hari Jumaat, seronoknya esok boleh bercuti-cuti dan berehat-rehat.. Tak sabar nak tunggu.. Hehehe..

Seronok seronok jugak, blog pun kena berupdate jugak kan.. Hehehe.. Okey laa, hari nih Eyda nak share hadiah yang Eyda terima hari Rabu yang lepas..

Hari tuh Eyda agak busy skit, masa nak balik member bagitau ada surat.. Tengok sampul amboi jauhnya dari Sarawak tuh..

Bila bukak, yeay hadiah yang dinantikan telah tiba.. Hadiah GA anjuran Sang Penulis a.k.a SP atau nama sebenar Aisyah.. Tak sangka cepat jugak sampai hadiah nih.. Terima kasih banyak-banyak SP kerana menjadikan Eyda salah seorang pemenang GA anjuran SP..

Keputusan GA


Hadiah yang selamat diterima


Bagi yang ingin mengenali SP meh klik SINI.. Ada info berkaitan travel, tips, percutian bajet dan tempat makan menarik sekitar Kuching, Sarawak..




pemenang segmen & GA

aLHaMDuLiLLaH ReZeKi

4/28/2015 01:13:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah separuh hari di hari Selasa.. Sepagi meeting hari nih.. Hai busy betul laa Eyda nih kan..

Apapun Eyda nak jugak update blog Eyda agar berupdate.. Entry yang mungkin ringkas dan padat dari Eyda di waktu rehat nan indah ini.. Hehehe indah laa sangat kan.. 

Alhamdulillah rezeki Eyda menang Giveaway Projek April by Syira Lokman.. Eyda semak semalam keputusan giveaway nih dan tak sangka nama Eyda berada bersama pemenang yang lain..

Banyak saingannya, tapi nampaknya ada rezeki Eyda dalam giveaway tersebut.. Nak tau apa hadiah yang Eyda dapat tak? Meh ushar kat bawah nih..




Alhamdulillah Eyda memenangi hadiah wang tunai RM10 daripada sponsor Khaty Aiman.. Cepat sungguh Khaty Aiman bank in hadiah giveaway nih.. Selepas beberapa lama Eyda reply PM, Khaty Aiman terus bagitau dah bank in.. Terkejut tau, cepat betul Eyda terima hadiah.. 




Malam semalam dah masuk hadiah giveaway Eyda.. Terima kasih banyak-banyak buat Syira Lokman kerana sudi menjadi penganjur dan juga kepada Khaty Aiman kerana menjadi sponsor giveaway nih.. Semoga rezeki kalian dimurahkan lagi hendakNya..




pemenang segmen & GA

aKHiRnYa SaMPai JuGaK

4/24/2015 02:36:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari yang menggembirakan sebabnya esok kan cuti.. Hehehe nama cuti ja mesti seronok..

Okeylah, entry yang agak ringkas dan padat rasanya Eyda buat hari nih.. Apa nak buat, kerja agak mencemburui Eyda.. Eyda just nak buat entry penghargaan buat Syamimi di atas hadiah yang telah pun selamat diterima tengahari semalam..

Sepatutnya hadiah nih dah lama sampai, disebabkan banyak kerenah pejabat pos di kawasan Eyda, makanya Syamimi terpaksa menghantar semula hadiah nih.. Apapun terima kasih banyak-banyak buat Syamimi kerana sudi menganjurkan GA nih..

Meh kita ushar skit hadiah yang Eyda terima nih..




Cantikkan tasbih tuh.. Husband semalam cakap gelang ya.. Yelah kan comel jer rupanya.. Colourful plak tuh.. Tasbih dah bertukar menjadi gelang ya.. Hehehe lawak laa plak Eyda rasa..




pemenang segmen & GA

TeRiMa KaSiH CiK iMM

4/08/2015 03:22:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Taraa Eyda bersiaran dari opis.. Degil kan Eyda nih, nak masuk keja jugak hari nih.. Bukan apa, Eyda rasa stay boleh bekerja lagi hari nih..

Thanks kepada sahabat yang sudi doakan kesihatan Eyda.. Suara hari nih okey skit berbanding semalam.. Selesema pun agak ok, batuk jer boleh tahan..

Okey laa, hari nih Eyda nak buat entry penghargaan buat Cik Imm di atas hadiah yang selamat sampai ke tangan Eyda petang hari Isnin yang lepas..

Sebenarnya Eyda kebetulan ke blog Cik Imm nih.. Tetiba Eyda ada baca entry Segmen Kisah Aku Cinta ESP nih, apa lagi Eyda drop laa komen.. Tak sangka plak nak menang..

Eyda memang tak ingat sangat, sebab ianya just tinggalkan komen, tak payah nak buat entry apa bagai.. Mudah dan senang..



Tadaa parcel dari Cik Imm



Kata ucapan dari Cik Imm..


Thanks ya Cik Imm untuk hadiah ESP nih.. Eyda dah cuba, harap ianya okey laa dengan Eyda.. Semalam dah bancuh dengan milo, sedap jugak..

Jom melawat ke blog Cik Imm nih.. Boleh jer nak order barangan Shaklee atau CMD..






pemenang segmen & GA

Pemenang Segmen Bloglist by JINDRISSKA

3/28/2015 09:47:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Selamat berhujung minggu semua.. Hari nih Eyda nak update tentang segmen yang Eyda join dan berjaya.. Alhamdulillah Eyda dah berjaya memenuhi bloglist sahabat blogger kita.. Siapa? Jawapannya Aisya.. Thanks kepada pakcik Random dan Aisya..






Yang pertama plak tuh menjadi pilihan pakcik Random.. Memang tak sangka Eyda.. Apapun thanks banyak-banyak Aisya.. Tak sabar akak nak tunggu GA Aisya.. 






Blog yang Diikuti