Siapa kat sini suka dapat sourvenir? Eyda memang suka, terutamanya kalau dapat menambah koleksi fridge magnet yang pelbagai bentuk dan unik. Sourvenir biasanya kita dibeli buat keluarga dan kawan bila berkunjung ke suatu tempat sebagai tanda kenang kenangan dan ingatan kita kan.
Kali nih Eyda dapat sourvenir dari rakan blogger yang suka melancong. Mesti ramai yang kenal kan dengan sis Jari Manis atau lebih dikenali sebagai sis JM. Dulu Eyda kerap juga dapat sourvenir daripadanya. Bila dah lama tak dapat nih rasa teruja lebih pula.
Terima kasih sis JM sudi berikan fridge magnet Shanghai dan keychain Hatyai. Cantik dan ianya telah berada di bersama koleksi fridge magnet Eyda yang lain.
Walaupun Eyda tak pernah jejakkan kaki kedua-dua tempat dan negara tersebut. Ingatan rakan blogger memberikan sourvenir sebagai buah tangan dari sana pun dah terasa diri seperti dah sampai ke sana.
Bagi yang ingin berkenalan dan singgah ke blognya meh singgah SINI.
































