pemenang segmen & GA

Pemenang Kontes Wow Wow Wow

8/21/2017 10:13:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah lebih seminggu yang lalu, Eyda menyertai Kontes Wow Wow Wow di Facebook.

Kontes Wow Wow Wow ini dianjurkan oleh pak long Suhaime Abu Bakar. Eyda sertai pun sekadar suka-suka dan menyokong kontes sahabat. Memandangkan dah lama tak menang sebarang kontes atau giveaway, memang Eyda tak menaruh sebarang harapan untuk menang.

Pak long Suhaime sampaikan hadiah Kontes Wow Wow Wow

Bila pak long Suhaime Abu Bakar sendiri menghubungi Eyda, macam tak percaya pula yang Eyda merupakan pemenang bagi Kontest Wow Wow Wow tu.

Hadiah tersebut Eyda dah terima seminggu yang lalu ketika pak long Suhaime sendiri ada kerja di kawasan utara. Memandangkan Eyda merupakan pemenang Kontes Wow Wow Wow tu, makanya pak long Suhaime singgah untuk berikan hadiah tersebut ke tangan Eyda sendiri.



Kontes Wow Wow Wow

Alhamdulillah rezeki minyak enjin kereta untuk ayah. Rezeki yang memang Eyda tak sangka langsung akan diterima di saat Eyda dirundung kesedihan. Cerita mengenai kesedihan tu akan Eyda tulis di entri akan datang.

Minyak Platinum Oil ini yang menjadi rezeki kereta ayah Eyda

Sebelum membeli, kena pastikan CC kenderaan dan umur kenderaan untuk mudah kita memilih produk Platinum Oil yang sesuai dengan enjin kenderaan kita.

Antara produk lain Platinum Oil

Boleh lah cuba minyak enjin Platinum Oil nih. Manalah tahu sesuai dengan enjin kenderaan korang. Apapun terima kasih sekali lagi buat pak long Suhaime kerana memilih Eyda sebagai pemenang Kontest Wow Wow Wow ini.


pemenang segmen & GA

Pemenang Contest Abang Brian

3/15/2017 04:48:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semoga semua sahabat Eyda berada dalam keadaan yang baik dan sihat hendakNya. Lama tak menulis, jadi kekok pula ya.. 

Baru-baru ini Eyda ada join Contest Abang Brian melalui instagram Abang Brian. Itu pun Eyda sesaja join selepas Eyda tengok Cikpinz join dan repost. Tanpa menaruh sebarang perasaan akan menang, Eyda ikut semua syarat yang diperlukan dan jawab soalan yang diberikan.

Ni laa penyertaan Eyda kat Instagram

Penyertaan suka suki Eyda yang telah terpilih sebagai salah seorang pemenang Contest Abang Brian. Tengok laa Eyda join hari Rabu minggu lepas.

Direct Messages dari Abang Brian
Bila Eyda buka Instagram hari Jumaat, nampak ada direct message. Bila buka, Eyda nampak Abang Brian minta detail diri Eyda untuk pengeposan hadiah contest. Macam tak percaya bila tengok mesej tu, baca dua tiga kali juga laa..

Pengumuman Pemenang Contest Abang Brian

Punya tak puas hati, Eyda tengok kat Instagram Abang Brian pula. Alhamdulillah rezeki di hari Jumaat. Dah lama tak menang sebarang giveaway, segmen atau contest. Kiranya rezeki Eyda  join contest pertama di tahun 2017.

Hadiah yang selamat diterima

Inilah hadiah Contest Abang Brian yang Eyda terima. Memang best hadiah nih. Terima kasih Abang Brian kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang contest.


pemenang segmen & GA

Pemenang Birthday Giveaway By Izzeyda

7/01/2016 04:06:00 PM



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Maaf kesibukan melanda diri.. Tak sempat Eyda nak blogwalking ke semua blogger yang sudi menyertai GA yang tidak seberapa ini..

In shaa Allah nanti Eyda akan kunjungi blog korang.. Maaf sekali lagi ya..




Memandangkan Eyda pun dah nak bercuti raya, jadi Eyda cuba sedaya upaya melengkapkan GA yang Eyda anjurkan ini..

Alhamdulillah hari ini dan ketika ini Eyda akan mengumumkan pemenang bagi Birthday Giveaway by Izzeyda ini.. Pemilihan pemenang telah dijalankan oleh En. Random..


SENARAI PEMENANG



Pemenang Wang Tunai RM30




Pemenang Wang Tunai RM10






Tahniah kepada semua pemenang.. Yang tidak menang cuba lagi.. In shaa Allah Eyda akan menganjurkan GA lagi selepas ini.. Rajin-rajin la singgah ke blog Eyda ya..

Kepada pemenang sila tinggalkan semua maklumat ini di dalam kotak komen di bawah atau SMS / WHATSAPP ke 0174597615 untuk tuntutan hadiah anda.

Nama :
Nombor Akaun :
Nama Bank :
URL Blog :
Nombor Anda :




hadiah

TeRiMa KaSiH MaSTuRaDiN

6/27/2015 10:55:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah masih ada rezeki untuk Eyda.. Hari Isnin yang lepas Eyda terima satu parcel.. Rupanya hadiah GA Dotter of Mohd Din Birthday..

Terima kasih banyak-banyak Masturadin di atas hadiah nih.. Eyda memang tak sangka nak menang.. Apapun, itulah dinamakan rezeki kan..

Inilah hadiahnya sebatang pen Singapore

Cantik tak?

http://www.masturadin.com/2015/06/senarai-nama-pemenang-dottersofmohddinbirthdaygiveaway.html
Keputusan GA


Sesiapa yang ingin mengenali dengan penghantar hadiah nih.. Singgah laa ke blognya.. Masturadin nih jugak seorang peniaga online.. Antara barangan yang dijual adalah emas, pakaian, makanan dan keperluan harian.. Banyak kan.. Dia juga adalah salah seorang ahli EFG (Exchange Feed Group).. Jom kita singgah sambil berkenalan dengannya..




pemenang segmen & GA

TeRiMa KaSiH aYuNi RaFiLaH

6/17/2015 04:01:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak kongsi hadiah yang Eyda menang.. Alhamdulillah masih ada rezeki buat Eyda.. Umpama hadiah sempena hari kelahiran Eyda jer.. Sampai pun hampir dengan hari lahir Eyda..

Apapun Eyda nak berterima kasih kepada Ayuni Rafilah dengan hadiah GA sempena hari ibu yang dianjurkan.. Ada yang tak ingat GA yang mana, meh klik SINI.. Keputusan GA plak di SINI..

Apapun sebelum tuh meh berkenalan skit dengannya.. Ayuni Rafilah tinggal di Selangor.. Dia nih memang suka dengan kucing.. Dia ada berkongsi mengenai kucing di blognya.. Bukan tu saja, dia juga ada buat review mengenai sesuatu produk.. Malah ada pelbagai tips juga ada di dalam blognya..




 

Alhamdulillah rezeki.. Tapi memang Eyda tak ingat langsung nak semak keputusan GA nih.. Almaklum sajalah agak busy kan time tuh.. Thanks Ayuni sebab informkan Eyda..

Cantik kotak FlexiPack nih

Inilah hadiah yang dimenangi Eyda


Ermm nak bagi kat mak, tapi mak plak jenis tak pakai rantai sebegini.. Nampaknya sendiri laa yang melaram.. Tak apa lah asalkan ada yang memakai kan..



hadiah

TeRiMa KaSiH My BeauTy HeRbS & MiaLiaNa

6/09/2015 04:57:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hahaha baru nak cerita hadiah bulan lepas yang tak abis lagi.. Hadiah nih sebenarnya sampai lebih kurang dengan hadiah kak Jari Manis.. Kalau tak ingat boleh klik kat SINI..

Dah berapa minggu terima hadiah baru nak update ya.. Tak apalah, asalkan berupdate jugak.. Dah orang memberi hadiah, apa salahnya mengadakan entry penghargaan buat mereka kan..

Inilah hadiah yang Eyda menang hasil daripada menyertai GA yang dianjurkan oleh Mialiana dengan kerjasama daripada pihak My Beauty Herbs..



Hadiah yang diterima

http://www.mialiana.com/2015/05/pengumuman-pemenang-giveaway-whitening.html
Keputusan GA


Alhamdulillah ada jugak nama Eyda dalam senarai 10 pemenang GA yang diumumkan Mialiana..Terima kasih juga kepada semua sahabat dan kenalan yang sudi mengklik LIKE pada review testimoni Eyda mengenai produk nih.. Dapat jugak Eyda menjadi salah seorang pemenang GA nih..

Alhamdulillah jugak, dapat menstokkan pencuci muka.. Hahaha tak payah pikir untuk sebulan atau lebih nak beli pencuci muka.. Jimat belanja..

Yang ingin mendapatkan produk nih boleh laa layari laman web MY BEAUTY HERBS untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pembelian produknya..





hadiah

PeMeNanG SeGMeN CaSh RM200 by iNaNi HaZWaNi

6/03/2015 10:10:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Walaupun dah seminggu berlalu, Eyda nak update jugak.. Yelah, sebagai menghargai hadiah pemberian blogger lain di atas kemenangan segmen yang dimenangi..

Terima kasih Inani Hazwani atau lebih suka membahasakan diri dengan nama Nani.. Alhamdulillah rezeki di bulan Mei.. Duit kemenangan dah selamat diterima dan akan disimpan untuk pembelian something..

Sesaja nak kumpul duit hadiah menang segmen atau GA, tak ketinggalan menabung sikit-sikit.. Nak beli something sebagai reward untuk diri sendiri.. Sesekali buat macam nih best plak rasa..

Okey laa, jom tengok sapa lagi yang menang selain dari Eyda..



Senarai pemenang




































Duit yang dah selamat masuk akaun bank


Masih ada lagi hadiah yang Eyda belum update.. Nanti Eyda update ya.. Bukan tu saja, ada jugak story mory nak cerita kat korang.. Nanti ya Eyda update skit-skit.. Harap bersabar ya..




pemenang segmen & GA

TeRiMa KaSiH SanG PeNuLiS

5/15/2015 03:06:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah hari Jumaat, seronoknya esok boleh bercuti-cuti dan berehat-rehat.. Tak sabar nak tunggu.. Hehehe..

Seronok seronok jugak, blog pun kena berupdate jugak kan.. Hehehe.. Okey laa, hari nih Eyda nak share hadiah yang Eyda terima hari Rabu yang lepas..

Hari tuh Eyda agak busy skit, masa nak balik member bagitau ada surat.. Tengok sampul amboi jauhnya dari Sarawak tuh..

Bila bukak, yeay hadiah yang dinantikan telah tiba.. Hadiah GA anjuran Sang Penulis a.k.a SP atau nama sebenar Aisyah.. Tak sangka cepat jugak sampai hadiah nih.. Terima kasih banyak-banyak SP kerana menjadikan Eyda salah seorang pemenang GA anjuran SP..

Keputusan GA


Hadiah yang selamat diterima


Bagi yang ingin mengenali SP meh klik SINI.. Ada info berkaitan travel, tips, percutian bajet dan tempat makan menarik sekitar Kuching, Sarawak..




pemenang segmen & GA

aLHaMDuLiLLaH ReZeKi

4/28/2015 01:13:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah separuh hari di hari Selasa.. Sepagi meeting hari nih.. Hai busy betul laa Eyda nih kan..

Apapun Eyda nak jugak update blog Eyda agar berupdate.. Entry yang mungkin ringkas dan padat dari Eyda di waktu rehat nan indah ini.. Hehehe indah laa sangat kan.. 

Alhamdulillah rezeki Eyda menang Giveaway Projek April by Syira Lokman.. Eyda semak semalam keputusan giveaway nih dan tak sangka nama Eyda berada bersama pemenang yang lain..

Banyak saingannya, tapi nampaknya ada rezeki Eyda dalam giveaway tersebut.. Nak tau apa hadiah yang Eyda dapat tak? Meh ushar kat bawah nih..




Alhamdulillah Eyda memenangi hadiah wang tunai RM10 daripada sponsor Khaty Aiman.. Cepat sungguh Khaty Aiman bank in hadiah giveaway nih.. Selepas beberapa lama Eyda reply PM, Khaty Aiman terus bagitau dah bank in.. Terkejut tau, cepat betul Eyda terima hadiah.. 




Malam semalam dah masuk hadiah giveaway Eyda.. Terima kasih banyak-banyak buat Syira Lokman kerana sudi menjadi penganjur dan juga kepada Khaty Aiman kerana menjadi sponsor giveaway nih.. Semoga rezeki kalian dimurahkan lagi hendakNya..




pemenang segmen & GA

aKHiRnYa SaMPai JuGaK

4/24/2015 02:36:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari yang menggembirakan sebabnya esok kan cuti.. Hehehe nama cuti ja mesti seronok..

Okeylah, entry yang agak ringkas dan padat rasanya Eyda buat hari nih.. Apa nak buat, kerja agak mencemburui Eyda.. Eyda just nak buat entry penghargaan buat Syamimi di atas hadiah yang telah pun selamat diterima tengahari semalam..

Sepatutnya hadiah nih dah lama sampai, disebabkan banyak kerenah pejabat pos di kawasan Eyda, makanya Syamimi terpaksa menghantar semula hadiah nih.. Apapun terima kasih banyak-banyak buat Syamimi kerana sudi menganjurkan GA nih..

Meh kita ushar skit hadiah yang Eyda terima nih..




Cantikkan tasbih tuh.. Husband semalam cakap gelang ya.. Yelah kan comel jer rupanya.. Colourful plak tuh.. Tasbih dah bertukar menjadi gelang ya.. Hehehe lawak laa plak Eyda rasa..




pemenang segmen & GA

TeRiMa KaSiH CiK iMM

4/08/2015 03:22:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Taraa Eyda bersiaran dari opis.. Degil kan Eyda nih, nak masuk keja jugak hari nih.. Bukan apa, Eyda rasa stay boleh bekerja lagi hari nih..

Thanks kepada sahabat yang sudi doakan kesihatan Eyda.. Suara hari nih okey skit berbanding semalam.. Selesema pun agak ok, batuk jer boleh tahan..

Okey laa, hari nih Eyda nak buat entry penghargaan buat Cik Imm di atas hadiah yang selamat sampai ke tangan Eyda petang hari Isnin yang lepas..

Sebenarnya Eyda kebetulan ke blog Cik Imm nih.. Tetiba Eyda ada baca entry Segmen Kisah Aku Cinta ESP nih, apa lagi Eyda drop laa komen.. Tak sangka plak nak menang..

Eyda memang tak ingat sangat, sebab ianya just tinggalkan komen, tak payah nak buat entry apa bagai.. Mudah dan senang..



Tadaa parcel dari Cik Imm



Kata ucapan dari Cik Imm..


Thanks ya Cik Imm untuk hadiah ESP nih.. Eyda dah cuba, harap ianya okey laa dengan Eyda.. Semalam dah bancuh dengan milo, sedap jugak..

Jom melawat ke blog Cik Imm nih.. Boleh jer nak order barangan Shaklee atau CMD..






pemenang segmen & GA

Pemenang Segmen Bloglist by JINDRISSKA

3/28/2015 09:47:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Selamat berhujung minggu semua.. Hari nih Eyda nak update tentang segmen yang Eyda join dan berjaya.. Alhamdulillah Eyda dah berjaya memenuhi bloglist sahabat blogger kita.. Siapa? Jawapannya Aisya.. Thanks kepada pakcik Random dan Aisya..






Yang pertama plak tuh menjadi pilihan pakcik Random.. Memang tak sangka Eyda.. Apapun thanks banyak-banyak Aisya.. Tak sabar akak nak tunggu GA Aisya.. 






pemenang segmen & GA

HaDiaH GA DaRiPaDa MiaLiana DaN My BeauTy HeRbS

3/13/2015 03:08:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak citer hadiah GA yang baru Eyda menangi.. Alhamdulillah setelah beberapa kali menyertai GA anjuran Mialiana dan pengedar pelbagai produk.. Kali ini Eyda berjaya memenanginya..

Tak sabar Eyda nak mencuba produk ini..  Nak tengok kesannya terhadap kulit muka Eyda macam mana.. Harapnya ianya berkesan untuk Eyda..

Yelah Eyda nih jenis jarang cuba macam-macam produk.. Jadi kebarangkalian kesesuaian kulit Eyda dengan sesuatu produk akan cepat menampakkan hasilnya..





Memandangkan hadiah nih sampai petang semalam dan pagi nih baru Eyda dapat.. Makanya mungkin malam nih atau esok pagi baru Eyda cuba produk nih..

Apapun terima kasih banyak-banyak buat Mialiana dan pihak My Beauty Herbs kerana memilih Eyda sebagai salah seorang untuk mencuba produk dan membuat review mengenainya..

Doakan Eyda dapat menyiapkan review yang terbaik untuk produk nih dan berjaya menerima like terbanyak dan memenangi hadiah daripada pihak My Beauty Herbs..




pemenang segmen & GA

TeRiMa KaSiH SaLLy SaMSaiMaN

3/11/2015 06:17:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak buat entry penghargaan buat Sally yang sudi menganjurkan GA yang simple dan menarik..

Alhamdulillah hadiah Vintage Bookmark dah selamat sampai ke tangan Eyda petang Isnin yang lepas.. Maaf baru hari nih Eyda dapat up kan entrynya.. Thanks Sally untuk hadiah GA nih..




Cantik Vintage Book Marker nih.. Sayang plak nak guna sebab cantik..




pemenang segmen & GA

HaDiaH GA BuLaN Ni

3/06/2015 04:41:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ni entry terakhir berkenaan hadiah GA yang Eyda terima buat masa sekarang..

Kalau ada lagi, akan Eyda up kan dalam entry akan datang.. Alhamdulillah Eyda tak sangka mencurah-curah rezeki Eyda dalam GA dan Segmen nih..

Masa mula join dulu suka-suka nak blog sentiasa berupdate dan ingin menambah kenalan di alam maya.. Tapi tak sangka, ianya dah menjadi antara hobi Eyda..

Apapun semuanya ikut mood jugak.. Kalau mood nak join tuh memang berderet-deret laa entry berkaitan.. Kalau tak dak mood, entry lain-lain yang Eyda rasa nak sumbat menyumbat dalam blog nih..

Okey laa, ini hadiah GA yang Eyda maksudkan.. Datangnya daripada Fadhil Eda.. Kalau ikutkan kedua- dua hadiah nih Eyda terima asing-asing.. Yang gambar kat atas tuh Eyda terima penghujung bulan Februari.. Yang bawah tu Eyda terima hari Isnin yang lepas..

Jika ikutkan ini hadiah yang Eyda patut terima, tapi dapat extra.. Apapun terima kasih banyak-banyak Eda dengan hadiah nih..


1.http://izzeyda.blogspot.com/2014/12/giveaway-mega-review-by-eda.html
memenangi hadiah jam silikon + free keahlian tupperware
+ bloglist shokugan no shana


Ni plak hadiah kerana menjadi keahlian Tupperware secara percuma.. Lepas nih boleh beli barangan Tupperware la palak..



Thanks sekali lagi buat Eda kerana sudi menganjurkan GA nih.. Ini merupakan hadiah kedua yang menawarkan keahlian percuma untuk sesuatu produk.. Sebelum nih Eyda pernah dapat keahlian percuma Sophie Paris, kali nih keahlian Tupperware plak..




pemenang segmen & GA

HaDiaH GA FeBRuaRi #2

3/04/2015 12:15:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ni entry last hadiah GA di bulan Februari.. Alhamdulillah banyak juga rezeki Eyda dalam berGA dan berSegmen apa bagai nih.. Memang Eyda tak sangka akan dapat semua hadiah-hadiah nih..

Thanks kepada yang menganjurkan GA nih.. Ini entry penghargaan buat korang semua.. Siap boleh buat koleksi hadiah-hadiah GA Eyda nih..

Hadiah pertama nih datangnya daripada Aisya.. Jauh datangnya hadiah nih.. Dari oversea gitu.. Nak ke sana mungkin tak sampai laa.. Dapat poskad pun jadilah kan.. Apapun thanks buat Aisya dan Hanis Amanina yang sudi menganjurkan GA nih..





Hadiah kedua nih plak dari seorang doktor.. Namanya Dr. Shikin.. Inilah hadiah yang Eyda dapat.. Fridge magnet dan face mask.. Thanks Shikin untuk hadiah nih..


Hadiah ni plak daripada Beba Ifa.. Jika ikutkan GA nih dah lama, cumanya hadiahnya baru jer terima.. Tak apa, Eyda paham bila kekangan masa mencemburui kita dalam melakukan sesuatu.. Apapun Eyda suka sangat, comel gitu key chain nih..


Hadiah yang terakhir nih plak merupakan topup.. Hadiah nih Eyda terima daripada Shad.. Thanks Shad untuk hadiah nih..


Apapun terima kasih kepada semua yang telah baik hati memberikan Eyda semua hadiah-hadiah ini.. Semoga rezeki kalian akan dimurahkan lagi hendakNya..




hadiah

HaDiaH GA FeBRuaRi 2015 #1

3/03/2015 11:15:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sebenarnya dah lama Eyda menang peraduan atau GA nih.. Cumanya hadiahnya Eyda baru terima..

Inilah entry yang mengumumkan kemenangan Eyda di dalam peraduan atau GA tersebut.. Memang Eyda tak sangka betul, yelah Eyda join peraduan nih pun last minute.. Kiranya hampir dengan tarikh tutup.. Memang Eyda tak berharap langsung akan menang, yelah join pun last minute laa katakan..

Apapun Eyda nak ucapkan terima kasih kepada Dila Gebu kerana sudi menjadi penganjur peraduan ini.. Jom nantikan peraduan atau GA terkini daripada Dila Gebu..

Jika nak baca pelbagai info berkaitan kesihatan, silalah terjah blog Dila Gebu nih.. Dia juga seorang pengedar barangan Shaklee.. Nak beli barangan Shaklee boleh laa berhubung dengannya..


http://dietdietsihat.blogspot.com/2015/01/keputusan-peraduan-tonton-dan-menang.html


Alhamdulillah , inilah peraduan atau GA pertama yang Eyda menang wang tunai sebagai hadiahnya.. Sebelum nih pernah dapat tapi sebagai salah seorang top komentar.. Nak simpan hasil kemenangan nih untuk membeli sesuatu yang bermakna laa untuk Eyda.. Boleh jugak ingat bila tengok barang tersebut kan..

Okey laa, ada beberapa lagi hadiah belum up kat sini..Harap bersabar ya.. Apapun terima kasih kepada penganjur yang sudi mengadakan peraduan atau GA sebegini..




pemenang segmen & GA

HaDiaH GA JaNuaRi 2015 #2

3/02/2015 06:14:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sori kerana entry nih terpendam dalam draft lama sangat.. Bukannya apa, gambar yang berkaitan tak dapat nak upload kerana kabel kamera menghilangkan diri setelah sekian lama..

Bila dah jumpa, kena cepat-cepat upload dan publish laa kan.. Okey laa, harap korang jangan plak meluat tengok entry yang dah agak basi nih..

Apapun entry nih sebagai penghargaan kepada penganjur GA dan sponsornya.. Tidak lupa juga sebagai ingatan Eyda kepada mereka yang sudi memberikan hadiah-hadiah nih..

Jom kita tengok hadiah-hadiah GA yang telah selamat sampai ke tangan Eyda..

Hadiah pertama ni daripada Scha Nazri.. Dia merupakan salah seorang sponsor hadiah.. Terima kasih Scha Nazri untuk hadiah tudung dan shawl nih.. Walaupun lambat kerana dia terlalu sibuk, tapi Eyda tak kisah.. Asalkan hadiahnya dah selamat tiba..




Hadiah kedua nih plak daripada Ibu Zarith.. Hadiah utama bagi GA nih memang lumayan, iaitu berupa emas 1gm.. Ni GA yang Eyda sertai.. Apapun hadiah nih pun memang bagus untuk kesihatan dalaman kita..

Eyda teringin nak beli setnya yang lain.. Bagus pantilinear nih, walaupun harganya mungkin dirasakan agak mahal, tapi ianya bagus untuk kesihatan dalaman bagi perempuan atau wanita..



Ini antara cloth pad yang dijual.. Kita boleh pilih dalam web pagenya iaitu Snowdrop.. Macam-macam pakej ditawarkan mengikut bajet dan kesesuaian diri kita sendiri.. Boleh laa korang tengok sendiri ya kat link yang Eyda sertakan tuh..


Hadiah terakhir di bulan Januari 2015 datangnya daripada Mommy Irra.. Thanks Mommy Irra kerana dengan tiket nih, Eyda dah berjaya bawa anak-anak ke Kidzania..





Terima kasih kepada semua yang sudi memberikan hadiah-hadiah nih.. Hadiah-hadiah di bulan Februari akan menyusul nanti.. Tunggu ya.. Maaf laa kalau entry nih terlalu ringkas dan padat..




hadiah

HaDiaH GA DaN SeGMeN JaNuaRi 2015 #1

2/16/2015 03:42:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu, dah hari isnin.. Hari nih nak up pasal hadiah GA.. Banyak hadiah GA yang Eyda belum sempat up kan kat sini.. Eyda upkan sikit-sikit yer..

Hadiah pertama datangnya daripada Mamaniza.. Seorang yang ceria dan mudah berkawan dengannya.. Dia juga akan blogwalking ke blog picisan yang sudi berkunjung ke blognya..

Dia juga sering support GA atau segmen yang dibuat oleh blogger yang lain.. Memang merendah diri orangnya.. Apapun jangan jadi stalker ya, baru-baru nih Mamaniza dah warning kepada stalker..


Tengok tuh, blog Eyda ada dalam My Ohsem Bloglist Mamaniza.. Bloglist nih akan berada di dalam blog Mamaniza selama 3 bulan yer.. Jom kita berkenal-kenalan dengan blogger yang kita belum pernah kenal selama nih..



Hadiah GA yang kedua pula datangnya daripada Diana Rashid.. GA nih Diana Rshid anjurkan bersama sponsor-sponsor yang lain.. Eyda bertuah berjaya mendapat hadiah dari salah seorang sponsornya.. Dapat topup gitu..

Pelbagai info mengenai kekeluargaan, artis, resepi dan sebagainya boleh kita dapati dari blog Diana Rashid nih.. Jom berkunjung ke blognya untuk mengenalinya dengan lebih rapat..



Inilah hadiahnya berupa topup RM10 daripada Cetusan Minda.. Jom kita melawat ke blog Cetusan Minda nih kerana banyak info yang berguna ada di sana..


Hadiah ketiga plak datangnya daripada Ema Hassan.. Hadiah topup gitu.. Banyaknya hadiah topup Eyda bulan lepas.. Tak payah nak beli topup dah, guna jer yang dapat hadiah nih.. Hehehe.. 

Okey, Ema Hassan nih dah lama mempunyai blog.. Cuma baru aktif berblog sejak bulan Disember 2014 yang lepas.. Kepada yang belum dan ingin berkenalan dengannya, klik jer link yang Eyda sertakan tuh ya..

Hadiah yang dah selamat digunakan.. Hehehe.. Eyda memang tak sangka tau menang tempat pertama dengan hadiah topup RM30..




Terima kasih kepada yang menganjurkan GA dan segmen.. Tidak lupa juga kepada sponsor yang sudi sponsor hadiah..



Blog yang Diikuti