makan

McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe

11/08/2017 07:48:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Maaf agak kurang kemaskini blog sejak akhir-akhir ini. Macam yang Eyda bagitahu sebelum ini yang kesihatan Eyda kurang memuaskan.

Alhamdulillah, kesihatan Eyda dah agak baik. Moga ianya kekal sihat seperti sebelumnya. Rindu nak sihat seperti dulu.


McDONALD'S DOUBLE SPICY CHICKEN McDELUXE

Memandangkan anak-anak Eyda nak makan burger McDonald's makanya minggu lepas Eyda bawalah anak-anak ke McDonald's Kulim.

Eyda hanya beri duit pada anak-anak untuk pesan makanan yang ingin dijamah. Bila sampainya talam di atas meja, fuhh burger McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe yang menjadi pilihan.



Set besar McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe bersama Bubur Ayam McDonald's

Ermm viral sangat kan burger McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe nih kononya pedas melampau itu yang membuatkan anak-anak nak mencuba.


Ushar kotak burger McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe

Meh tengok balutan McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe

Burger McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe

Jom tengok isi burger McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe

Nak tahu siapa gerangannya yang nak makan burger McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe nih. Pemilik burger tu ialah Izzat. Amboi, besarnya selera anak bujang ibu sorang nih. Jom tengok adakah dia berjaya makan tanpa minum air?



Ermm Kimie pun tak ketinggalan beli aiskrim Sundae kon dan juga minuman Cappucino. Ahh ni ubat nak bagi ibu berjaga ya. Selalunya ibulah tempat habiskan apa makanan atau minuman yang anak-anak tak dapat habiskan.

Hot Cappucino

Siap ada tulisan lagi di atas minuman Hot Cappucino nih. Lawa laa plak Eyda tengok sekali dengan corak cawan baru nih.

Lawa corak cawan nih

Kiranya viral yang mengatakan McDonald's Double Spicy Chicken McDeluxe nih pedas memang tak betul lah. Anak-anak Eyda pun dapat makan tanpa rasa pedas.


challenge

Ramen Double Spicy Challenge

10/02/2017 10:06:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hai, buat cabaran pula ya. Mampu ke makan megi pedas macam tu kan. Ramen biasa pun dah pedas, inikan pula Ramen Double Spicy. Dua kali ganda pedasnya.

Inilah megi Ramen Double Spicy yang akan beraksi bersama pesertanya. Mampukah pesertanya habiskan semangkuk atau sebungkus megi Ramen Double Spicy nih?

Ramen Double Spicy Challenge

Peserta yang menyahut cabaran megi Ramen Double Spicy Challenge malam Khamis yang lalu ialah Izzat dan juga Kimie. 

Mentang-mentang masing-masing mampu makan megi Ramen Spicy yang biasa tu, kali ini nak cabar diri makan megi Ramen Double Spicy Challenge pula.

Jom tengok aksi Izzat dan Kimie yang menyahut Cabaran Ramen Double Spicy. Macam-macam aksi ada. Habis atau tidak, jom tengok video yang telah dicepatkan menggunakan aplikasi Time-Lapse Photography dari Vivo V5s. 

Kiranya gambar video ini telah dicepatkan sebanyak 4 kali dari waktu sebenar. Nampak lawak pula bila tengok balik video yang dicepatkan tu..



Nampaknya Izzat agak tabah menghabiskan megi Ramen Double Spicy Challenge tu berbanding Kimie. Dalam video tu Izzat dapat menghabiskan 2 kali lebih cepat daripada Kimie. Kiranya cepat juga dia. 

Tu pun ada hati nak habiskan megi Kimie, berapa kali minta masa Kimie dah surrender kali pertama. Tapi Kimie tetap habiskan walaupun pelbagai talian hayat yang dia guna untuk menghabiskan Ramen Double Spicy tu.

Hah baru korang tau pedas macam mana Ramen Double Spicy tu. Nak sangat rasa kan kepedasan Ramen Double Spicy tu.


makan

Spicy Korean Burger McDonald's

8/15/2017 12:49:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Asyik citer pasal larian jer kan. Hari ni tukar topik sikit. Cerita makan-makan.

Kisahnya semalam selepas Eyda ambil hadiah kontes daripada pak long Suhaime Abu Bakar. Balik jer rumah, anak-anak ajak keluar makan. Selepas mandi dan solat, terus Eyda bawa anak-anak keluar makan.

Rupanya anak nak makan Spicy Korean Burger, burger terbaru di McDonald's. Memandangkan Eyda dah makan sebelum balik, makanya kali ini sesi menemani anak-anak makan.


SPICY KOREAN BURGER McDONALD'S

Sampai saja di McDonald's, Kimie memesan set Spicy Korean Burger dan Izzat pula memesan Bubur Ayam McDonald's bersaiz besar. Izzat minta air Heaven and Earth, Kimie pula nak minum air Latte.

Set besar Spicy Korean Burger


Macam-macam laa hai anak, Eyda layankan jer. Kesian pula kan, dah anak-anak pula baru beberapa hari balik dari perkhemahan Jambori Pengakap.

Meh kita tengok dari jarak dekat set Spicy Korean Burger tu. Tak mampu Eyda nak makan roti berwarna hitam tu. Rasa macam tak mampu nak telan.. Hahaha..

Inilah rupa Spicy Korean Burger

Spicy Korean Burger ini disajikan dengan daging burger kimchi bersama sos pedas Korea, ianya dihiasi dengan keju, sayuran salad dan diapit dengan roti arang hitam.

Ini Criss Cut Chips rangup macam keropok pula

Sedap makan Criss-Cut Chips nih sebab rangup macam keropok. Hehehe. Memandangkan anak Eyda memang suka makan makanan pedas. Bagi diaorang burger ni boleh jer diaorang makan.

Kimie makan dengan penuh perasaan

Berselera tengok diaorang makan. Seronok Eyda tengok sambil snap beberapa keping gambar. Bateri smartphone pun dah nak habis, maka tak mampu nak snap banyak-banyak.

Rupa tu macam ada pedas skit

Bagi pendapat Kimie dia cakap sedap Spicy Korean Burger tu. Tahap kepedasan dia kurang sikit daripada megi Ramen. Ermm maknanya tahap kepedasan yang dia mampu makan laa. Izzat ada juga rasa sedikit, apapun anak-anak minta nak makan lagi nanti.


Harga Spicy Korean Burger McDonald's

Ala Carte - RM12.99
Set (R) Spicy Korean Burger bersama Fanta Frozen - RM15.99
Set (L) Spicy Korean Burger bersama Fanta Frozen - RM17.90


Nampaknya selepas ini akan ada sesi lagi membeli set Spicy Korean Burger laa. Bagi yang sukakan sesuatu yang pedas, bolehlah mencuba Spicy Korean Burger McDonald's ni pula.



info

Resepi Jus Susu Kurma Nabeez

5/31/2017 12:35:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah kita masih dapat menjalani ibadah puasa lagi pada hari ini. Sahur apa pagi tadi? Moga ianya mampu memberikan tenaga buat kita untuk berpuasa sepanjang hari.



AIR NABEEZ

Pernah dengar Air Nabeez? Mungkin ada yang pernah dengar dan amalkan, tidak ketinggalan yang tak pernah dengar tapi tahu fungsinya.

Okaylah, hari ini Eyda nak kongsikan apa itu air nabeez. Selain itu, Eyda akan kongsikan kenapa ia sesuai untuk anda amalkan.

Air Nabeez Kurma dan Air Nabeez Kismis


Air Nabeez merupakan air rendaman semalaman kurma atau kismis dan merupakan salah satu amalan pemakanan Rasulullah S.A.W. Ianya sunah untuk diamalkan.

Air Nabeez ini mengandungi alkali yang berkhasiat untuk mengeluarkan racun berbahaya dari dalam tubuh serta membantu proses pembuangan asid berlebihan dalam perut dan mampu memperbaiki sistem pencernaan tubuh.

Kandungan serat yang ada di dalam air nabeez ini dapat melancarkan proses pencernaan, menajamkan akal fikiran agar sentiasa fokus pada sesuatu dan menguatkan ingatan agar tidak mudah lupa.


Cara Membuat Air Nabeez Dengan Kurma

Air Nabeez Kurma


1  Ambil beberapa biji buah kurma (disarankan dalam jumlah yang ganjil)
2  Air suam segelas untuk rendam buah kurma (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum air rendaman kurma ini ketika sahur keesokkan harinya. Buah kurma ini mudah untuk dimakan kerana ianya menjadi lembut.


Cara Membuat Air Nabeez Dengan Kismis

 
Air Nabeez Kismis


1  Ambil segenggam buah kismis
2  Air suam segelas untuk rendam buah kismis (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum air rendaman kismis ini ketika sahur keesokkan harinya.



JUS SUSU KURMA DENGAN AIR NABEEZ

Jus Susu Kurma Dengan Air Nabeez ini merupakan gabungan air Nabeez dan Jus Susu Kurma. Fungsinya sama dengan air nabeez tapi ianya memberi lebih tenaga pada pengamalnya. Sesuai diamalkan ketika berpuasa untuk memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari.



Cara Membuat Susu Kurma Nabeez

1  Ambil beberapa biji buah kurma (disarankan dalam jumlah yang ganjil)
2  Air suam segelas untuk rendam buah kurma (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum separuh gelas air rendaman kurma ini ketika sahur keesokkan harinya.
5  Kisarkan atau blender lebihan air nabeez tadi. Anda boleh tambahkan susu untuk menjadikannya segelas sebelum kisar atau anda juga boleh tambah susu selepas kisar air nabeez tadi.
Anda boleh menggunakan sebarang jenis susu segar, susu UHT atau susu kambing. Tidak digalakkan menggunakan susu tepung atau susu pekat manis.


Tips!

Anda disarankan minum air jus susu kurma dengan air nabeez ini selepas sahur. Anda juga boleh menambah serbuk kulit kayu manis atau kacang almond cincang untuk menambahkan kesedapan jus susu kurma dengan air nabeez.



Rujukan :
http://www.tribunnews.com/ramadan/2015/07/07/air-nabeez-infused-water-kurma-kegemaran-rasulullah
http://www.aktualita.co/keutamaan-manfaat-dan-cara-membuat-nabeez-air-rendaman-kurma-kesukaan-rasulullah-saw/4164/
https://inkesehatan.blogspot.my/2015/07/manfaat-air-nabeez-minuman-kesehatan.html
Facebook

Gambar :
Sumber dari Mr. Google



buffet Ramadhan

Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung Di Lexis Suites Penang

5/22/2017 12:25:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak kongsikan mengenai pakej buffet Ramadhan yang ditawarkan oleh pihak Lexis Suites Penang.

Di Lexis Suites Penang, ia mengetengahkan tema Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung. Ia membuatkan anda terasa seperti berbuka puasa di kampung kerana pengunjung dapat berbuka di dalam khemah yang bertemankan bintang berhadapan pantai berhampiran hotel.

Buffet Ramadhan Lexis Suites Penang akan bermula pada 27 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 dari jam 6.30 petang setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

Buffet Ramadhan ini menawarkan lebih dari 100 menu berbuka yang menampilkan menu tempatan, antarabangsa termasuk Arabic.

Nasi Putih

Baked Mussel Gratin

Otak-Otak

Hati Ayam Masak Lada

Ketam Masak Sambal

Telur Ikan Masak Lemak Pedas

Sotong Masak Kunyit

Ayam Percik

Ekor Lembu Assam Pedas

Crispy Noodles with Seafood Gravy

Braised Trio Mushroom with Vegetables
Di Buffet Ramadhan ini untuk mengetengahkan chef yang berpengalaman untuk menyediakan menu istimewa iaitu Char Koay Teow Kambing, Sup Gear Box, Shawarma Ayam, Kuzi Kambing, Ekor Lembu Assam Pedas dan Ikan Panggang. Semua menu ini disediakan dengan menggunakan bahan rempah ratus yang dihasilkan oleh chef sendiri.

Char Koey Teow Kambing

Roti Jala

Ekor Lembu Assam Pedas
Sebagai pembuka selera, pihak Lexis Suites Penang menyediakan Ulam-ulaman dengan 3 jenis sambal yang berbeza, Kerabu Sotong, Kerabu Udang, Kerabu Pucuk Paku, Rojak, Buah Kurma Madu, Jeruk Buah dan menu tradisi Lemang dan Ketupat.

Sambal

Ulam-Ulaman

Ikan Masin dan Telur Masin

Salad

Kerabu

Kerabu

Pasembur

Rojak

Lemang, Ketupat dan Serunding

Selain dari menu istimewa, di sini ada bahagian BBQ iaitu Ikan Bakar Kampung, bahagian sup pula ada menu Soto Yam, Sup Ketam Berempah dan menu Indonesia iaitu Satay Ayam, Daging dan Rendang.

Satay



Untuk menu pencuci mulut pula, pengunjung boleh menikmati kuih tempatan seperti Kuih Talam, Kuih Lapis, Kuih Kaya, Kuih Sago, Kuih Nona Manis, Kuih Kosui, Kuih Ketayap. Selain itu, Ais Kacang dan pelbagai Ais Krim juga disajikan.

Pelbagai jenis kuih muih

Ais Kacang

Ais Krim
Selain itu, semua pelanggan yang hadir berpeluang untuk cabutan bertuah harian dan memenangi Voucher Buffet Ramadhan. Bagi pemenang cabutan bertuah mingguan pula akan memenangi penginapan 2 hari 1 malam di salah satu hotel di bawah Lexis Hotel Group's.

Di sini juga disediakan surau bagi pengunjung yang akan menunaikan solat semasa menjamu selera menikmati buffet Ramadhan yang disajikan.

Malahan setiap pelanggan yang berkunjung juga dijemput untuk berkongsi pengalaman menikmati buffet Ramadhan Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung di media sosial dengan menggunakan hashtag #RamadanLSP2017

Bagi yang berminat dengan buffet Ramadhan ini, anda boleh daptkan tiket dengan harga :-
HARGA BUFFET RAMADHAN



RM68 nett bagi Dewasa
RM40 nett bagi Kanak-Kanak dan Warga Emas

Early birds

RM58 nett untuk 1000 tetamu yang terawal.

Harga diskaun sebanyak 15% ditawarkan buat tetamu yang menginap di hotel sepanjang bulan Ramadhan.

Dalam usaha pihak Lexis Suites Penang untuk menyumbang kepada komuniti. Bagi setiap tiket yang dijual, RM2 akan didermakan kepada rumah anak yatim yang terpilih. 

Sepanjang bulan Ramadhan ini, setiap pelanggan dapat menikmati harga penginapan istimewa bilik hotel dari harga RM340 untuk semalam.


Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi :-



Lexis Suites Penang

28, Jalan Teluk Kumbar,

11920 Bayan Lepas,

Pulau Pinang.

Tel :- +604-6282888



Email :- fbc@lexissuitespenang.com

Website :- www.lexissuitespenang.com



makan

Ubi Kemili

2/12/2017 04:31:00 PM


Siapa yang tahu dan kenal rupa ubi kemili? Siapa pula yang suka makan ubi kemili?

Kalau yang tak tahu rupanya, meh Eyda belanja gambar ubi kemili yang dah direbus.



Minggu lepas, Eyda sempat menjamah ubi kemili nih di pejabat. Lama benar Eyda tak makan ubi kemili. Sedap tau ubi kemili nih, kalau dah mula makan, fuh susah betul nak berhenti.

Ubi kemili nih sebenarnya dibawa oleh rakan pejabat dan direbus oleh kak cleaner. Rajin betul laa diaorang, sekurang-kurangnya dapat juga Eyda menjamah ubi nih kan.

Kalau ikutkan Eyda tak rasa nak buat pun sebarang entri hari ni. Tapi bila terpandangkan gambar nih dok dalam galeri handphone, terus mencetuskan idea untuk menulis. Dapat juga kikis mood malas menulis entri.

Okey lah, Eyda nak sambung rehat. Selamat berhujung minggu bagi yang bercuti hari ini dan selamat bertugas bagi yang bekerja.



kedai makan

D'Seafood Paradise, Teluk Tempoyak, Penang

8/22/2016 05:27:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah baru-baru nih Eyda dapat bawa anak-anak makan seafood.. Bukan main seronok diaorang boleh makan seafood..

Sebenarnya Eyda memang tak rancang langsung nak bawa anak-anak singgah makan seafood.. Tapi tetiba jer hari tu Eyda rasa nak bawa anak-anak makan seafood..

Kali ini Eyda memang bagi kuasa sepenuhnya buat pemilihan menu kami pada dua orang hero Eyda.. Fuhh boleh lap peluh jugak dengan pemilihan diaorang..

Kalau ikutkan ada lagi yang diaorang nak pilih, tapi Eyda terpaksa hadkan.. Bukan apa takut membazir plak.. Kalau habis okey laa, kalau sebaliknya siapa plak nak makan kan..


Gambar kredit FB D'Seafood Paradise

Inilah destinasi pilihan Eyda.. Kalau ikutkan first time Eyda dan anak-anak makan di kawasan sekitar nih.. Tapi nasib laa ianya memenuhi tekak kami..

Suasana di situ.. Gambar ehsan FB D'Seafood Paradise

Jom tengok menu kami.. Alhamdulillah memang cukup untuk perut kami bertiga pada hari tu..

Ketam Nipah Black Paper

Sotong Goreng Kunyit

Lala Masak Lemak Cili Padi

Aksi sementara nak menunggu hidangan kami siap, apa lagi berposing laa dulu.. Ehh siap Kimie hadiahkan LOVE buat ibu.. Terima kasih sayang..


Aksi permata hati Eyda.. Walaupun adakalanya mencabar kesabaran Eyda, tapi tanpa mereka hidup Eyda pastinya sunyi.. Sayang anak ibu.. Ehh Eyda nih dah kenapa.. Hahaha..

Permata hati ibu a.k.a Hero Ibu


LOKASI D'SEAFOOD PARADISE



D'Seafood Paradise
Jalan Teluk Tempoyak
Pulau Pinang


Blog yang Diikuti