info

6 Makanan dan Minuman Tidak Boleh Dinikmati Bersama Durian

6/12/2020 04:20:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ermm memandangkan sekarang musim durian, pastinya peminat durian tidak akan melepaskan peluang ini.


kredit google

Tapi korang mesti tahu ya, bahawa kita tak boleh makan dan minum beberapa jenis makanan dan minuman bersama durian ya. Agak bahaya untuk diri sendiri. Jom semak.


Kopi



Kafein aktif dalam kopi membuatkan jantung kita berdegup dengan kadar lebih laju dan ianya mampu menyebakan suhu badan manusia menjadi lebih panas. Memandangkan kesan antara keduanya hampir sama, jadi pilihan untuk makan bersama adalah idea yang tidak baik terutamanya buat pesakit jantung.


Susu


Tekanan darah di dalam tubuh akan menjadi semakin meningkat jika kita minum susu bersama durian. Hal ini kerana durian juga memiliki kandungan sulfur sepertimana susu. Jadi jika ianya digandingkan bersama tubuh badan kita tidak mampu untuk berfungsi dengan sepenuhnya bagi mengeluarkan dan juga menghancurkan toksin.


Minuman Berkarbonat

Makanan yang tinggi karbohidrat (terutamanya karbohidrat ringkas seperti minuman berkarbonat). boleh menyebabkan peningkatan gula yang dengan cepat.

Bagi mereka yang sihat mungkin akan mengalami dehidrasi dan akhirnya pitam. Mereka yang mempunyai penyakit kronik ia sudah pasti akan menyebabkan masalah yang sama.


Terung

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa terung juga mampu menaikkan suhu badan manusia apabila dimakan bersama. Ini kerana kesannya sama seperti kita makan bersama kopi.


Daging Lembu dan Kambing

Daging lembu dan kambing mampu memberi kesan panas pada tubuh bdan kita dan sebaiknya ia tidak dinikmati dalam tempoh waktu yang dekat.

Hal ini mampu membawa kepada peradangan atau implimasi pada tubuh badan kita.


Ketam

Daging ketam mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Begitu juga buah durian juga mengandungi karbohidrat dan lemak yang tinggi.

Jika seseorang yang mempunyai masalah kolesterol tinggi, tindakan memakan durian bersama ketam secara tidak langsung ia akan memudaratkan kesihatan kita.



Gambar grafik
Info info

berlari

7 Tanggapan Salah Mengenai Larian Oleh Pelari Baru

1/24/2018 10:03:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak kongsi satu perkongsian daripada seorang doktor mengenai larian.

kredit Google

Eyda tahu masih ramai yang beranggapan mereka tidak boleh dan tidak mampu berlari. Eyda juga pernah beranggapan sebegini sehinggalah dua tahun lepas telah mengubah tanggapan ini kepada Eyda yang kini.

Sebenarnya semua orang mampu berlari seperti mana Eyda sekarang. Ada cara untuk anda berlari dan kekal aktif dengan aktiviti larian.

Jom kita baca dan hayati dengan apa yang disampaikan oleh Dr Fadly Khairie. Jangan tak tahu Eyda juga memang mempraktikkan cara sebegini untuk kekal berlari sehingga kini.


MITOS TENTANG LARIAN / JOGGING UNTUK MEREKA YANG  BARU NAK BERMULA

Sukan larian semakin mendapat tempat dalam masyarakat kita. Event pun semakin banyak tidak seperti dulu. Tapi saya perasan masih ada beberapa salah faham tentang sukan ini sendiri.

1 Berlari ni kena laju. Saya tak boleh lari laju.
Kita kena beza antara berlari atau berjogging dengan lari pecut. Yang kita nampak lari macam pelesit tu lari pecut, kalau mula berlari tak perlu laju macam usain bolt, laju macam mo farah pun tak payah, cuba mulakan dengan berjalan kemudian cepatkan sedikit langkah. Ha! dah lari lah tu

2 Saya tak mampu lari tanpa henti. Saya lari sekejap lepas tu berhenti.
Ok lah tu, percaya tak orang yang lari full marathon (42km) atau ultramarathon (50-100km) but sekejap berlari sekejap berjalan. Tak pernah jadi berdosa kalau anda selang lari dengan jalan. Siap ada nama lagi teknik ni. Kita panggil teknik Jeff Galloway. Jangan tak percaya ada orang pernah menang event marathon guna teknik ni.

3 Saya lari sikit je dah tercunggap-cunggap.
Itu tandanya anda lari terlalu laju. Lari dalam keadaan anda boleh bersembang dengan kawan sebelah. Kalau anda rasa tercunggap-cunggap perlahankan kelajuan.

4 Macam mana lah saya nak masuk 5km? 500m pun saya tak mampu nak lari.
Untuk permulaan lupakan jarak ini semua. Kalau nampak orang lain tunjuk dia lari jauh-jauh pedulikan semua itu. Mulakan dengan jumlah masa. Minggu ini saya dapat lari sebanyak 30 minit, 2 minggu lagi saya dapat lari 45 minit. Jarak itu akan datang sendiri bila stamina anda meningkat

5 Saya tak mampu nak beli jam lari gps mahal-mahal macam semua orang.
Untuk orang yang baru berlari jam gps adalah satu kemewahan berbanding keperluan. Jam beli dekat pasar malam pun dah cukup untuk dah berapa lama anda dah lari. Lepas itu pastikan anda lari tak tercunggap-cunggap. Cukuplah tu

6 Saya tengok semua beli kasut canggih-canggih. Saya beli kasut murah waktu diskaun ok ke?
Ok sangat. Kasut yang sesuai bukanlah kasut yang mahal tetapi kasut yang sesuai dengan kaki anda. Kasut yang mahal tapi masih menyebabkan kecederaan pun tak berguna juga. Lagi satu dah ada kasut, stokin, seluar dan baju lari mahal bukan bermakna anda terlepas dalam melecet dan lelasan di lipatan, kalau ini selalu berlaku sapukan vaseline di bahagian tersebut sebelum berlari.

7 Saya gemuk/ tua. Saya tak mampu lari. Orang kurus/muda bolehlah lari. Diorang kuat stamina.
Saya banyak kali berlari dan tiba-tiba ada orang yang badan lagi besar atau ada uncle/auntie yang lagi tua potong saya. Yakin dengan diri sendiri. Stamina itu boleh dilatih. Tapi kalau orang tua yang ada kencing manis/darah tinggi kena periksa dulu dengan doktor, kena pastikan jantung tiada masalah sebelum berlari.

Ini dulu saya sertakan. Untuk kebanyakan masyarakat, kita mula berlari asalnya adalah untuk kesihatan jadi tak perlu kita disibukkan dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Larian yang sihat adalah larian dalam kadar yang sederhana tanpa risiko kecederaan. Nanti bila dah lama berlari anda nak cari keseronokan lain pula seperti pace/endurance. Itu cerita lain pula.

Nikmatilah larian anda seadanya. Pastikan anda sentiasa sihat dan elakkan kecederaan.

Marathoner anda
Doktor Kesihatan Awam


Jom kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dengan cuba menukar tanggapan sendiri berkaitan larian dan mempraktikkan tips yang telah disampaikan oleh seorang doktor yang turut sama terlibat dalam aktiviti larian termasuklah larian marathon.



berjalan

Pendaftaran Penang Starwalk 2017

6/23/2017 10:03:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ramai telah bercuti pada hari ini. Bagi yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya.

Penang Starwalk 2017


Berita baik buat sesiapa yang meminati aktiviti sukan atau yang menyihatkan. Penang Starwalk 2017 akan diadakan pada 10 September 2017 hari Ahad yang bertempat di Gurney Paragon Mall.

Acara ini merupakan acara tahunan yang diadakan dan dianjurkan oleh The Star. Pada tahun ini, acara ini akan bertukar ke lokasi baru sempena meraikan edisi ke 40 tahun Penang Starwalk 2017.

Jarak dan laluan Penang Starwalk 2017 telah pun ditetapkan dan ianya adalah sejauh 7km. Di sini Eyda sertakan laluan Penang Starwalk 2017 ini.
 
Laluan Penang Starwalk 2017

Pendaftaran boleh dilakukan secara manual atau online. Pendaftaran secara manual bolehlah berkunjung ke lokasi ini.

lokasi pendaftaran manual


Bagi pendaftaran secara online, sila layari http://sites.thestar.com.my/starwalk/ . Bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran ini ialah RM20 untuk dewasa dan RM15 bagi pelajar yang mendaftar melalui sekolah masing-masing.

Bayaran pendaftaran

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Facebook : http://www.facebook.com/StarWalk.my
Contact : janicetan@thestar.com.my
04-6473388 ext 3122


info

Sampul Raya PLUSMiles

6/22/2017 10:43:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini hari ke 27 kita berpuasa, in shaa Allah lagi 3 hari kita akan merayakan Hari Raya Aildilfitri.

Dikesempatan ini, Eyda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua kenalan Eyda tidak kira di alam maya atau diluar sana.

Hari ni nak cerita kisah semalam, memandangkan setiap bulan memang rutin biasa untuk Eyda tambah nilai kad Touch n Go Eyda.

Jadinya semasa dalam perjalanan nak ke tempat mesyuarat semalam, Eyda tambah nilai kad Touch n Go Eyda di kaunter tambah nilai di plaza tol saja memandangkan semalam merupakan hari terakhir untuk tambah nilai di plaza tol.

Tak sangka pula, Eyda akan menerima sampul raya daripada pihak PLUSMiles. Comel jer rekaannya. Banyak juga sampul raya yang Eyda ada sekarang. Nanti kena mulakan operasi memasukkan duit raya.

sampul raya daripada PLUSMiles


MAKLUMAN

Mulai hari ini, 22 Jun 2017 hingga 2 Julai 2017, semua 134 lorong tambah nilai di plaza tol Lebuh Raya PLUS akan ditutup untuk urusan tambah nilai.

Jadinya, bagi yang akan membuat perjalanan balik kampung atau urusan lain, sila pastikan nilai yang mencukupi bagi Touch n Go anda bagi mengelakkan perjalanan anda terganggu.

Tambah nilai kad Touch n Go boleh dilakukan di mesin ATM Bank, stesen-stesen minyak, kedai serbaneka dan lain-lain kedai yang menawarkan khidmat tambah nilai bagi kad Touch n Go.



info

Resepi Jus Susu Kurma Nabeez

5/31/2017 12:35:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah kita masih dapat menjalani ibadah puasa lagi pada hari ini. Sahur apa pagi tadi? Moga ianya mampu memberikan tenaga buat kita untuk berpuasa sepanjang hari.



AIR NABEEZ

Pernah dengar Air Nabeez? Mungkin ada yang pernah dengar dan amalkan, tidak ketinggalan yang tak pernah dengar tapi tahu fungsinya.

Okaylah, hari ini Eyda nak kongsikan apa itu air nabeez. Selain itu, Eyda akan kongsikan kenapa ia sesuai untuk anda amalkan.

Air Nabeez Kurma dan Air Nabeez Kismis


Air Nabeez merupakan air rendaman semalaman kurma atau kismis dan merupakan salah satu amalan pemakanan Rasulullah S.A.W. Ianya sunah untuk diamalkan.

Air Nabeez ini mengandungi alkali yang berkhasiat untuk mengeluarkan racun berbahaya dari dalam tubuh serta membantu proses pembuangan asid berlebihan dalam perut dan mampu memperbaiki sistem pencernaan tubuh.

Kandungan serat yang ada di dalam air nabeez ini dapat melancarkan proses pencernaan, menajamkan akal fikiran agar sentiasa fokus pada sesuatu dan menguatkan ingatan agar tidak mudah lupa.


Cara Membuat Air Nabeez Dengan Kurma

Air Nabeez Kurma


1  Ambil beberapa biji buah kurma (disarankan dalam jumlah yang ganjil)
Air suam segelas untuk rendam buah kurma (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum air rendaman kurma ini ketika sahur keesokkan harinya. Buah kurma ini mudah untuk dimakan kerana ianya menjadi lembut.


Cara Membuat Air Nabeez Dengan Kismis

 
Air Nabeez Kismis


1  Ambil segenggam buah kismis
Air suam segelas untuk rendam buah kismis (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum air rendaman kismis ini ketika sahur keesokkan harinya.



JUS SUSU KURMA DENGAN AIR NABEEZ

Jus Susu Kurma Dengan Air Nabeez ini merupakan gabungan air Nabeez dan Jus Susu Kurma. Fungsinya sama dengan air nabeez tapi ianya memberi lebih tenaga pada pengamalnya. Sesuai diamalkan ketika berpuasa untuk memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari.



Cara Membuat Susu Kurma Nabeez

1  Ambil beberapa biji buah kurma (disarankan dalam jumlah yang ganjil)
Air suam segelas untuk rendam buah kurma (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum separuh gelas air rendaman kurma ini ketika sahur keesokkan harinya.
5  Kisarkan atau blender lebihan air nabeez tadi. Anda boleh tambahkan susu untuk menjadikannya segelas sebelum kisar atau anda juga boleh tambah susu selepas kisar air nabeez tadi.
Anda boleh menggunakan sebarang jenis susu segar, susu UHT atau susu kambing. Tidak digalakkan menggunakan susu tepung atau susu pekat manis.


Tips!

Anda disarankan minum air jus susu kurma dengan air nabeez ini selepas sahur. Anda juga boleh menambah serbuk kulit kayu manis atau kacang almond cincang untuk menambahkan kesedapan jus susu kurma dengan air nabeez.



Rujukan :
http://www.tribunnews.com/ramadan/2015/07/07/air-nabeez-infused-water-kurma-kegemaran-rasulullah
http://www.aktualita.co/keutamaan-manfaat-dan-cara-membuat-nabeez-air-rendaman-kurma-kesukaan-rasulullah-saw/4164/
https://inkesehatan.blogspot.my/2015/07/manfaat-air-nabeez-minuman-kesehatan.html
Facebook

Gambar :
Sumber dari Mr. Google



buffet Ramadhan

Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung Di Lexis Suites Penang

5/22/2017 12:25:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak kongsikan mengenai pakej buffet Ramadhan yang ditawarkan oleh pihak Lexis Suites Penang.

Di Lexis Suites Penang, ia mengetengahkan tema Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung. Ia membuatkan anda terasa seperti berbuka puasa di kampung kerana pengunjung dapat berbuka di dalam khemah yang bertemankan bintang berhadapan pantai berhampiran hotel.

Buffet Ramadhan Lexis Suites Penang akan bermula pada 27 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 dari jam 6.30 petang setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

Buffet Ramadhan ini menawarkan lebih dari 100 menu berbuka yang menampilkan menu tempatan, antarabangsa termasuk Arabic.

Nasi Putih

Baked Mussel Gratin

Otak-Otak

Hati Ayam Masak Lada

Ketam Masak Sambal

Telur Ikan Masak Lemak Pedas

Sotong Masak Kunyit

Ayam Percik

Ekor Lembu Assam Pedas

Crispy Noodles with Seafood Gravy

Braised Trio Mushroom with Vegetables
Di Buffet Ramadhan ini untuk mengetengahkan chef yang berpengalaman untuk menyediakan menu istimewa iaitu Char Koay Teow Kambing, Sup Gear Box, Shawarma Ayam, Kuzi Kambing, Ekor Lembu Assam Pedas dan Ikan Panggang. Semua menu ini disediakan dengan menggunakan bahan rempah ratus yang dihasilkan oleh chef sendiri.

Char Koey Teow Kambing

Roti Jala

Ekor Lembu Assam Pedas
Sebagai pembuka selera, pihak Lexis Suites Penang menyediakan Ulam-ulaman dengan 3 jenis sambal yang berbeza, Kerabu Sotong, Kerabu Udang, Kerabu Pucuk Paku, Rojak, Buah Kurma Madu, Jeruk Buah dan menu tradisi Lemang dan Ketupat.

Sambal

Ulam-Ulaman

Ikan Masin dan Telur Masin

Salad

Kerabu

Kerabu

Pasembur

Rojak

Lemang, Ketupat dan Serunding

Selain dari menu istimewa, di sini ada bahagian BBQ iaitu Ikan Bakar Kampung, bahagian sup pula ada menu Soto Yam, Sup Ketam Berempah dan menu Indonesia iaitu Satay Ayam, Daging dan Rendang.

Satay



Untuk menu pencuci mulut pula, pengunjung boleh menikmati kuih tempatan seperti Kuih Talam, Kuih Lapis, Kuih Kaya, Kuih Sago, Kuih Nona Manis, Kuih Kosui, Kuih Ketayap. Selain itu, Ais Kacang dan pelbagai Ais Krim juga disajikan.

Pelbagai jenis kuih muih

Ais Kacang

Ais Krim
Selain itu, semua pelanggan yang hadir berpeluang untuk cabutan bertuah harian dan memenangi Voucher Buffet Ramadhan. Bagi pemenang cabutan bertuah mingguan pula akan memenangi penginapan 2 hari 1 malam di salah satu hotel di bawah Lexis Hotel Group's.

Di sini juga disediakan surau bagi pengunjung yang akan menunaikan solat semasa menjamu selera menikmati buffet Ramadhan yang disajikan.

Malahan setiap pelanggan yang berkunjung juga dijemput untuk berkongsi pengalaman menikmati buffet Ramadhan Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung di media sosial dengan menggunakan hashtag #RamadanLSP2017

Bagi yang berminat dengan buffet Ramadhan ini, anda boleh daptkan tiket dengan harga :-
HARGA BUFFET RAMADHAN



RM68 nett bagi Dewasa
RM40 nett bagi Kanak-Kanak dan Warga Emas

Early birds

RM58 nett untuk 1000 tetamu yang terawal.

Harga diskaun sebanyak 15% ditawarkan buat tetamu yang menginap di hotel sepanjang bulan Ramadhan.

Dalam usaha pihak Lexis Suites Penang untuk menyumbang kepada komuniti. Bagi setiap tiket yang dijual, RM2 akan didermakan kepada rumah anak yatim yang terpilih. 

Sepanjang bulan Ramadhan ini, setiap pelanggan dapat menikmati harga penginapan istimewa bilik hotel dari harga RM340 untuk semalam.


Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi :-



Lexis Suites Penang

28, Jalan Teluk Kumbar,

11920 Bayan Lepas,

Pulau Pinang.

Tel :- +604-6282888



Email :- fbc@lexissuitespenang.com

Website :- www.lexissuitespenang.com



buffet Ramadhan

Kampungku Citarasaku Ramadhan Buffet Dinner | The Light Hotel, Penang

5/18/2017 04:52:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bulan Ramadhan makin menghampiri. Makanya pelbagai pakej buffet Ramadhan telah mula dikeluarkan oleh semua pengusaha restoran atau hotel.

The Light Hotel juga tidak ketinggalan untuk mengadakan buffet Ramadhan sempena bulan Ramadhan ini. Di sini, banyak pilihan makanan yang boleh anda pilih mengikut selera anda.

Ini kerana pihak The Light Hotel mengadakan tiga buffet yang berbeza mengikut selera dan budget anda. Jadinya anda mempunyai pilihan untuk memilih pakej buffet Ramdahan yang diingini.

Bagi tahun ini, pihak The Light Hotel telah memilih tema Kampungku Citarasaku kerana menu pada kali ini lebih mengetengahkan kepada menu kampung. Menu ini pastinya membuatkan anda terasa seperti makan di rumah. 

Di sini disediakan lebih 120 menu dengan bantuan 10 pasukan chef yang istimewa untuk anda pilih sambil mengimbau kenangan di kampung. Antara menu tempatan dan antarabangsa yang ada di sini seperti gulai kawah, ais kacang, buah-nuaham tempatan dan salad. Tidak ketinggalan kerabu, sup, hidangan utama dan juga pembuka selera yang dihidangkan setiap malam.

Menu di sini juga akan ditukar setiap hari bagi menampilkan kelainan di dalam sajiannya. Oleh itu, akan ada pelanggan yang akan kerap berkunjung ke sini.




 













 
Asam pedas ikan tenggiri

Gulai udang nanas

Sotong masak lemak tempoyak

Sambal telur ikan


Tidak ketinggalam 10 menu 'live' juga disajikan di sini seperti mee udang hokkien, roti jala, roti canai dan murtabak.




Menu kampung yang lain seperti sambal belacan, ikan kering turut di sajikan di sini.
 



Pelbagai jenis serunding

Jika anda penggemar salad, di sini ada pelbagai jenis salad disajikan. Anda boleh memilih mengikut citarasa anda sendiri.


Apple Salad

Potato Salad

Coleslaw

Tidak ketinggalan pelbagai jenis desert untuk anda nikmati selepas menikmati hidangan yang disediakan di sini.

Desert

Pelbagai jenis kurma
 
Buah-buahan

Kuih muih

Pelbagai kek dan puding




Harga Buffet Ramadhan di The Light Hotel

Kampung Style Buffet Dinner
RM108nett (A)
RM88nett (C & SC)

BBQ Buffet Dinner
RM88nett (A)
RM68nett (C & SC)

Corporate Package
RM68nett (A)
RM48nett (C & SC) (terms apply/subject to menu selection)


PROMOSI!!!

Anda boleh dapatkan baucer buffet Ramadhan pada harga istimewa RM80nett seorang. Promosi ini terhad sehingga 26 Mei 2017.






THE LIGHT HOTEL (M) SDN BHD
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya,
Penang, Malaysia.

Telefon:
+604-3821111

Website:
www.thelighthotelpg.com
 

Blog yang Diikuti