kedai makan

Western Homemade Sedap di JS 17 Cuisine, Penang

11/16/2018 10:03:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bila berkunjung ke Pulau Pinang, pastinya lokasi tempat makan menjadi pertanyaan.

Bukan apa, Pulau Pinang kan merupakan antara tempat yang menjadi syurga makanan. Pelbagai makanan yang sedap ada di Pulau Pinang.

Baru-baru ini Eyda berkesempatan singgah makan di Kompleks Makanan Padang Brown, Jalan Dato Keramat, Pulau Pinang.

Lokasi yang menyediakan pelbagai menu makanan dan minuman dengan kawasan tempat makan yang terbuka.

Di sana, Eyda makan di kedai makanan western di JS 17 Cuisine. Iaitu kedai yang menyediakan  homemade burger dan western food.


Mesti ada yang tertanya kan apa istimewanya menu western yang disajikan di JS 17 Cuisine. Sebenarnya keistimewaan yang ada pada menu western JS 17 Cuisine itu sendiri ialah semua bahan yang digunakan dalam penyediaan semua menu daripada bahan mentah sehinggalah ke sosnya dibuat sendiri oleh pemiliknya.

Jadinya tak mustahil menu yang disajikan disini lain daripada yang lain kerana cara pembuatannya itu sendiri.

Banyak menu yang disajikan di sini sedap dan pastinya memenuhi tekak peminat menu western. Tak percaya? Tengoklah apa yang disajikan di sini.

Jika anda antara pengemar cheese, anda boleh memilih antara menu di bawah nih. Semuanya sedap kerana ia penuh dengan limpahan campuran 3 jenis cheese menjadikan cheezy mozarellanya begitu sedap dengan warnanya yang menarik.


Chicken Chop Mozarella Cheese

Chicken Mozarella Cheese Burger
Soft Crab Special Burger Mozarella

Meatball Cheezy

Cheezy Chicken Wing

Jika anda tidak meminati cheese dan lebih suka menu yang pedas. Anda jangan risau, anda boleh memilih menu yang dipenuhi dengan sos black pepper.

Bukan saja sos ini sedikit pedas malah ianya penuh dengan biji lada yang boleh anda kunyah bagi menambahkan lagi rasa pedas. Untuk pengetahuan anda, sos black papper ini juga dibuat sendiri oleh pemiliknya.

Chicken Chop Blackpepper

Fish and Chip Blackpepper

Lamb Chop Blackpepper

Jumbo Sausage Blackpepper

Kalau anda nak tahu, anak Eyda sukakan menu Chicken Chop Mozarella Cheese kerana limpahan sos cheese dia yang sedap sampaikan dia makan dengan cicah sos tu sehingga licin.

Tidak ketinggalan Lamb Chop Blackpepper juga menjadi pilihan anak Eyda kerana kerana dia sukakan menu yang sedikit pedas.

Selain daripada pilihan menu di atas, ada lagi menu lain yang korang boleh pilih. Pastinya rambang mata untuk memilih menu yang diingini.




Untuk pengetahuan anda juga, jika anda sukakan tempat terbuka dan memilih menu lain sebagai memenuhi tekak anda. Kompleks Makanan Padang Brown tempat yang sesuai buat anda.

Jika anda lebih suka tempat yang agak tertutup dan sedikit privasi, anda boleh ke HQ JS 17 Cuisine yang bertempat di Komplkes Letak Kereta Bertingkat, Bangunan MBPP.

Ohh sebelum Eyda terlupa, pihak JS 17 Cuisine juga menawarkan perkhidmatan penghantaran di Pulau Pinang. Untuk pembelian melebihi RM50 anda layak mendapat khidmat penghantaran secara percuma. Walaubagaimana pun perkhidmatan ini tidak termasuk kawasan Balik Pulau dan Seberang Perai.


Alamat JS 17 Cuisine

Cawangan



JS 17 Cuisine
No 45, Kompleks Makanan Padang Brown
Jalan Dato Keramat
Pulau Pinang

Waktu Perniagaan
4.00 petang hingga 11.00 malam
Setiap hari (Isnin - Ahad)
 

HQ:



JS 17 Cuisine
Lot 17, Kompleks Letak Kereta Bertingkat
Bangunan MBPP 
10300 Georgetown
Pulau Pinang
(Landmark dalam bangunan Kompleks Letak Kereta Bertingkat Berdepan Standard Charted Bank)
 
Waktu Perniagaan 
11.00 pagi hingga 11.00 malam
Cuti hari Ahad

Servis penghantaran

Sila hubungi
017-5377747 untuk tempahan

Info

kedai makan

Jom Breakfast

12/15/2017 09:48:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Eyda nak sambung balik cerita nih. Balik saja dari larian 5km Posibble Fun Run 2017, haruslah ada sesi menjamu selera.

Lokasi pilihan sarapan kami pada hari tersebut adalah di Jom Breakfast. Haa dah tertulis kat situ breakfast, maknanya memang mensajikan menu sarapan sajalah.


JOM BREAKFAST

Jom Breakfast ini bertempat di Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah. Ianya beroperasi di rumah kediaman bersebelahan dengan pasaraya Parkson, Taman Sejati.


Inilah rupa bahagian depan kedai Jom Breakfast

Memasuki ke premis ini, kita akan dapat melihat beberapa barangan lama menjadi hiasan di sini, tidak ketinggalan kereta mainan pun ada.

Menjejaki ke kedai makan, pastinya menu yang akan menjadi tatapan kita untuk memesan makanan. Menunya agak ringkas tapi mampu membuatkan kita rambang mata memilih menu untuk memenuhi selera tekak kita.

Menu Breakfast Meal

Menu Super Brunch Plate

Menu Drinks

Air minuman yang dipesan pun dah sampai. Basahkan tekak dulu sementara menunggu menu yang dipesan. Yelah, dah penat kan baru selesai berlari, haruslah minum air dengan banyak.

Air kami pesan

Sempat lagi berswafoto dengan anak-anak semantara menantikan makanan yang dipesan. Lawak laa bebudak nih, tak ada gambar yang dua-dua serius. Apapun layan jelah.

Swafoto dulu sementara menunggu makanan

Macam-macam mimik muka ada

Jom tengok menu yang telah menjadi santapan kami pada hari tersebut. Jangan terkejut ya tengok menu kami bertiga dah pesan dan pilih.


Menu pilihan Eyda, Kacang Pool dan Roti Bakar. Menu ini disarankan oleh Cikpinz. Bila Eyda cuba rasa, memang sedap dan memenuhi selera.

Bagi sesiapa yang memiliki kekurangan enzim G6PD atau G6PD Deficiency dilarang untuk menikmatinya. Kesannya amat teruk bagi diri orang yang kekurangan enzim G6PD. Jadi jangan pandai-pandai mencubanya ya. Ini merupakan pantang larang bagi pengidapnya.

Kacang Pool + Roti Bakar

Menu yang turut sama disarankan ialah Roti Kukus Telur Sambal Bilis. Menu ini juga dipilih oleh Izzat. Bagi Eyda menu ini sedap, cuma sambal bilisnya agak pedas bagi tekak kami pada hari tersebut.

Roti Kukus Telur Sambal Bilis

Pilihan menu Kimie pula ialah Roti Bakar Cheese. Suka betul dengan keju budak sorang tu. Apapun nasib habis dijamahnya.

Roti Bakar Cheese

Izzat pula memilih 1/2 Boiled Egg, tapi ianya dikongsi oleh kami bertiga. Merasa seorang sedikit. Nasib elok jer rupa telur separuh masak tu.

1/2 Boiled Egg

Telur Separuh Masak yang cantik jer rupanya

Selesai makan, apa lagi basuh tangan lah jawabnya. Melihatkan sinki yang unik dan comel ini, apa lagi laju jer tangan Eyda merakamkan gambar sinki basuh tangan.

Uniknya sinki basuh tangan

Di pagar premis ini ada diletakkan waktu urusan dan juga hari ianya beroperasi. Jadi jangan tersalah masa dan hari jer. Nanti kempunan pula.

Waktu urusan dan menu yang menarik

Tidak ketinggalan menu istimewa yang menjadi pilhan juga ada diletakkan di pagar premis. Ianya boleh dijadikan sebagai panduan pemilihan menu pilihan bila berkunjung ke sini.



kedai makan

OldTown White Coffee, Kulim, Kedah

10/10/2017 09:52:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Entry yang lepas Eyda cerita mengenai larian UniKL MSI Auto Run 2017. Balik dari acara ini, kami singgah menjamu selera sambil mengisi perut yang mula kelaparan.


OldTown White Coffe

kredit

Lokasi pilihan anak-anak Eyda kali ini ialah Oldtown White Coffee, kelas ya anak-anak. Inilah kali pertama ke sini, begitu juga dengan anak-anak.

Menu yang menjadi sarapan pagi anak-anak pun tak kurang hebatnya. Meh kita jengah apa yang dah menjadi pilihan tekak anak-anak.

Supreme Curry Mee

Pagi-pagi dah hadap pedas ya. Nak tahu siapa pemilik Supreme Curry Mee nih? Pemiliknya ialah Kimie, terkejut Eyda bila dia minta nak makan menu nih. Tak reti pedas ke? Tapi budak nih memang suka makanan yang pedas.




Ipoh Chicken Hor Fun

Izzat pula memilih sesuatu yang tidak pedas, Ipoh Chicken Hor Fun. Okay laa makan sesuatu yang tidak pedas di pagi hari.

Fresh Lemon Tea

Kedua-duanya memilih air Fresh Lemon Tea sebagai membasahkan tekak. Memang suka betul budak-budak nih dengan air lemon tea.


Half Boil Egg

Eyda pula memilih menu yang ringkas, telur separuh masak dan garlic bread. Sedap pula makan kedua-duanya. Sesekali layan sarapan ringkas sebegini.

Garlic Bread

Tapi bila balik tak lama selepas tu, masing-masing dah minta menu tengahari. Lastly, suruh tunggu sambil Eyda betulkan kaki yang dah mula sakit.



kedai makan

Laksa Tumis Seafood Iejazol

9/28/2017 09:53:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Laksa pastinya ada peminatnya yang tersendiri, laksa utara antara salah satu menu yang menjadi kegemaran penggemarnya.

Bagi penduduk sekitar Kulim dan Lunas, Kedah apa kata korang singgah ke Laksa Tumis Seafood, Iejazol. Kuah laksanya ditumis ini memberi kelainan selain ditambah dengan bahan tambahan di dalam hidangannya. 

Anda boleh memilih hidangan yang ingin ditambah dalam laksa pilihan anda itu. Anda boleh memilih hidangan laksa ini ditambah sama ada dengan sambal udang, sambal sotong atau sambal seafood.

Harga Laksa Tumis di sini sekitar RM3.50 - RM6.00 bergantung pada bahan yang ditambah di dalam Laksa Tumis itu sendiri.

Laksa Tumis Seafood

Laksa Tumis Sotong

Selain laksa tumis, korang boleh juga memilih menu yang lain. Antaranya set nasi bawal goreng, set nasi keli goreng, dan set nasi ayam goreng. Ayam ni korang boleh pilih sama ada ayam biasa atau ayam kampung.

Set Nasi Bawal Goreng

Set Nasi Ayam Goreng

Set Nasi Keli Goreng

Bukan itu saja, korang juga boleh memilih makanan yang agak ringan seperti roti canai. Pelbagai jenis roti canai boleh anda pilih di sini.

Roti Canai

Berseleranya Kimie makan roti canai di sini. Ini baru menu lapik perut Kimie sebelum disusuli dengan Nasi Ayam Goreng.

Sedapnya Kimie makan

Pelbagai pilihan kita boleh pilih di sini. Kiranya tak payah nak gaduh la kalau tekak masing-masing tak sama kan. Masih boleh menjamu selera ikut tekak masing-masing.

Kedai ini dibuka dari jam 12.00 tengahari hingga ke 10.00 malam. Hari Jumaat tutup ya. Kalau nak singgah waktu malam jangan lewat sangat, takut ada menu yang dah habis terutamanya laksa tumis.




Laksa Tumis Seafood Iejazol
Lorong Tiram 5/5, 
Taman Tiram,
09600 Lunas, Kedah

Facebook : Laksa Tumis Seafood Iejazol



kedai makan

D'Seafood Paradise, Teluk Tempoyak, Penang

8/22/2016 05:27:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah baru-baru nih Eyda dapat bawa anak-anak makan seafood.. Bukan main seronok diaorang boleh makan seafood..

Sebenarnya Eyda memang tak rancang langsung nak bawa anak-anak singgah makan seafood.. Tapi tetiba jer hari tu Eyda rasa nak bawa anak-anak makan seafood..

Kali ini Eyda memang bagi kuasa sepenuhnya buat pemilihan menu kami pada dua orang hero Eyda.. Fuhh boleh lap peluh jugak dengan pemilihan diaorang..

Kalau ikutkan ada lagi yang diaorang nak pilih, tapi Eyda terpaksa hadkan.. Bukan apa takut membazir plak.. Kalau habis okey laa, kalau sebaliknya siapa plak nak makan kan..


Gambar kredit FB D'Seafood Paradise

Inilah destinasi pilihan Eyda.. Kalau ikutkan first time Eyda dan anak-anak makan di kawasan sekitar nih.. Tapi nasib laa ianya memenuhi tekak kami..

Suasana di situ.. Gambar ehsan FB D'Seafood Paradise

Jom tengok menu kami.. Alhamdulillah memang cukup untuk perut kami bertiga pada hari tu..

Ketam Nipah Black Paper

Sotong Goreng Kunyit

Lala Masak Lemak Cili Padi

Aksi sementara nak menunggu hidangan kami siap, apa lagi berposing laa dulu.. Ehh siap Kimie hadiahkan LOVE buat ibu.. Terima kasih sayang..


Aksi permata hati Eyda.. Walaupun adakalanya mencabar kesabaran Eyda, tapi tanpa mereka hidup Eyda pastinya sunyi.. Sayang anak ibu.. Ehh Eyda nih dah kenapa.. Hahaha..

Permata hati ibu a.k.a Hero Ibu


LOKASI D'SEAFOOD PARADISE



D'Seafood Paradise
Jalan Teluk Tempoyak
Pulau Pinang


kedai makan

Breakfast Pilihan Keluarga Eyda

8/20/2016 09:58:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Bila hujung minggu korang selalu breakfast di rumah atau di kedai?

Bagi Eyda ikut mood dan keadaan.. Kekadang di rumah kekadang di kedai atau gerai jer.. Kekadang tapau bawa balik..

Kali nih Eyda nak share breakfast yang seringkali menjadi pilihan bila bersama anak-anak..

Bagi Eyda kalau berkunjung kat kedai nih memang Eyda dan anak-anak suka makan Koey Teow Kerang.. Rasanya memang cukup membuatkan anda nak makan lagi dan lagi.. Jadinya tak hairanlah kalau adakalanya  korang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan Koey Teow Kerang korang tu..

Koey Teow Kerang (Besar) - RM5.00

Koey Teow Kerang (Besar + Telur ) - RM6.00

Ni plak menu Roti Bakar Telur Goyang kat gerai sebelah.. Beli masa Kimie buat perangai.. Huhuhu.. Bagi Eyda boleh laa makan, tapi Eyda lebih suka makan Koey Teow Kerang lagi kat gerai sebelah..

Roti Bakar Telur Goyang - RM3.00

Kat tempat Eyda makan nih banyak gerai yang menawarkan pelbagai jenis menu yang boleh dipilih.. Makanya di sini ada lebih kurang 5 gerai yang menawarkan pelbagai menu breakfast yang boleh dipilih.. Semuanya berada di bawah satu bumbung.. Jadi tak risau laa kalau nak makan dengan orang yang mempunyai citarasa yang lain kan..



Blog yang Diikuti