free gift

Cawan Kit Kat

2/25/2020 04:32:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lama betul tak update blog. Tulis separuh simpan dalam draf. Ntah bila nak publish pun tak tau.

Okay laa, yang mana masih dalam draf, Eyda simpan jap. Malas nak upload gambar. Yang mana boleh siapkan mengarang kita publish dulu.


Kit Kat Free Mug

Bulan lepas Eyda ada laa singgah ke mini market dekat dengan rumah Eyda. Bila jalan masuk tu nampak laa deretan bungkusan Kit Kat nih. Ehh ada 15 Kit Kat, harga baru RM10.99 siap percuma cawan comel lagi.

Selepas pusing membeli barangan yang diingini, apa lagi Eyda lalu dan rembat laa sebungkus Kit Kat nih. Bila difikirkan lama jugak Eyda tak makan Kit Kat, sesekali layan best jugak kan.

Free Mug Owl
Cantik laa plak cawan Owl nih, kombinasi warna dia pun menarik. Ermm cawan nih dah jadi cawan Kimie. Elok laa kena dengan warna kegemaran dia.

Selang beberapa hari kemudian, Eyda ada beli lagi sebungkus Kit Kat tu dan dapat cawan Mouse. Cawan ni pula kena dengan warna kegemaran Izzat plak. Okay laa tu, memasing dah ada cawan comel nih.


Comel kan cawan Kit Kat nih. Siap ada 2 gambar yang berbeza sebelah sini dan sana cawan. Sebelah macam kat cawan tu sebelah lagi macam kat bungkusan Kit Kat tu.

Bosan tengok gambar sebelah sini, kita pusing sebelah satu lagi kan.


free gift

Free Gift Kit Kat Green Tea

8/25/2016 09:58:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Siapa suka barangan percuma atau lebih mudah kata free gift? Kekadang ada produk yang menawarkan barangan percuma kan.. Itu sebagai salah satu cara untuk melariskan produk mereka.

Eyda kekadang suka juga mengumpul barangan percuma produk nih. Salah satu barangan percuma yang Eyda suka kumpul, koleksi barangan percuma Kit Kat. Pelbagai jenis barangan percuma Kit Kat Eyda dah pernah kumpul.

Baru-baru ini Eyda berkunjung ke Tesco, maka ternampak Kit Kat Green Tea yang menawarkan barangan percuma iaitu tabung berupa kenderaan. Memandangkan ianya menarik hati Eyda, maka ianya termasuk dalam barangan yang Eyda beli pada hari tersebut.




Cute kan tabung Kit Kat Green Tea nih. Walaupun kurang minat dengan Kit Kat Green Tea berbanding Kit Kat biasa, tabung nih telah menarik minat Eyda untuk memilikinya satu..


Isi di dalam tabung Kit Kat Green Tea. Harga terkini yang Eyda dapat untuk Kit Kat Green Tea termasuk tabung tu berharga RM9.29 di Tesco. Boleh laa kan kalau nak beli.

Jangan tak tahu, tabung ni pun boleh buat main. Anak-anak siap main buat macam kereta mainan. Roda yang ada pada tabung tu boleh bergerak bukannya statik..

Sekarang Eyda jadikan ianya tabung melancong bagi keluarga kecil Eyda. Masing-masing kena kumpulkan duit syiling yang ada simpan dalam tabung tu. Boleh juga menanam minat menabung buat anak-anak..



free gift

Free Gift Daripada WOOP

1/21/2016 03:03:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Citer dah basi, tapi baru sempat up kat sini.. Alkisahnya sebulan yang lepas, masa Eyda tengah bercuti dengan anak-anak, sampai 1 parcel nih..

Memang Eyda tak sangka nak dapat, memandangkan Eyda baru beberapa kali lengkapkan survey di web WOOP nih..

Inilah sepasang deodorant untuk wanita dan lelaki..



Apapun thanks pihak WOOP yang sudi hadiahkan set deodorant Rexona nih.. Wangi plak yang warna merah tuh.. Eyda selalu pakai yang warna torquise tuh, Rexona Fresh..

Deodorant yang untuk lelaki tu dah selamat anak-anak Eyda guna.. Ada jugak tukang nak guna.. Hehehe..

Bagi yang ingin dapatkan barangan percuma daripada WOOP, boleh register, jawab survey, kumpul mata dan tebus barangan yang ditawarkan di SINI ..



free gift

Pantiliner Libresse

9/03/2015 04:44:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Entry nih lebih kepada kaum hawa atau lebih dikenali perempuan ya.. Tapi lelaki nak baca pun boleh jer..

Kat sini ada yang pakai pantiliner? Korang pakai jenama apa? Atau jenis tak kisah jenama apa pun, semua rembat jer.. Eyda selalu beli antara jenama Carefree atau Libresse.. Okey jer dua-dua jenis nih dengan Eyda..

Apapun kali nih Eyda beli jenama Libresse.. Nak tau kenapa? Sebabnya ada free gift yang comel.. Ada 3 pilihan rekaan yang boleh dipilih..




Eyda pilih yang ada laci comel nih..


Ini dalam peket yang dibeli.. Pasang sendiri yer.. Ala mudah jer..


Hasilnya, comel tak?


Cantik tak bekas yang Eyda dapat tuh? Nak? Cuba ushar kat pasaraya atau kedai yang berdekatan..



free gift

CruNcH WaFeR DaN CooLeR BaG

8/22/2015 02:38:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Cuba buat entry autopublish agar blog tak sunyi.. Jenuh jugak mencari idea nak mengarangkan..

Itulah bila dah bergelar blogger nih, kena laa berusaha agar blog sentiasa berupdate dan rajin-rajin blogwalking (BW) ke blog kengkawan blogger yang lain.. Barulah ramai kawan.. Ye tak?

Tapi itulah, bab update dapat jugak sesekali mencuri sedikit masa untuk update.. Tapi bab nak BW nih kengkadang masa amat mencemburui..

Kalau ada tinggalkan satu dua komen tuh kira ok laa.. In shaa Allah akan cuba untuk mengeBOM jugak sesekali..

Okey laa, baru-baru nih masuk Econsave, mulanya lebih kepada nak window shopping jer.. Lastly, membeli jugak.. Hehehe.. Itulah perempuan kan..

Apapun Eyda beli barang makanan dan jugak alat tulis untuk anak-anak.. Haa bila cakap barang makanan nih, Eyda beli yang ada free gift.. Amboi pilih yang ada hadiah saja kan.. Beli pun sebab makan jugak benda tuh.. Apa salahnya ambik kesempatan beli barang yang ada hadiah sekali..


Crunch Wafer bersama Cooler Bag


Beli dua pek Crunch Wafer dan dapat free gift Cooler Bag.. Crunch Wafer tuh dia letak dalam beg tuh.. Kiranya memang letak sekali dengan hadiah free gift..

Eyda sampai bawak ke opis Crunch Wafer tuh sebagai kudapan Eyda di masa lapar.. Hahaha perut Eyda dah kembali seperti sediakala setelah lama berpuasa di bulan Ramadhan dan berpuasa di bulan Syawal..

Kalau tak percaya baca ENTRY NIH..





free gift

FRee GiFt KiT KaT

3/31/2015 10:07:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih tak tau Eyda nak update pasal apa.. Tetiba tengok gambar, ada laa something untuk berkongsi di sini..

Ini kejadian Jumaat lepas.. Operasi membeli barangan umah yang sudah dan akan menghabiskan dirinya.. Biasa laa kan.. Benda dah guna mesti laa nak abis apa bagai kan..

Seperti biasa Eyda akan rembat coklat Kit Kat kalau shopping nih.. Ada jer tukang makan nanti.. Eyda pun suka jugak makan time mencari benda nak mengunyah di rumah..


Beli dua pek Kit Kat dapat laa bekas nih.. Kit Kat + Stackable Container


Hajat dihati nak tambah koleksi Stackable Container dari Kit Kat nih.. Sebelum nih dah pernah beli.. Menarik jugak bekasnya.. Boleh guna kalau ada potluck atau nak berkelah dengan family..

Tapi bila beli tuh, Eyda dapat free gift Kit Kat kat bawah nih.. 1 pek Kit Kat dalam bekas tin gitu.. Asal nak beli 2 pek, Eyda dapat 3 pek.. Untung tak? Free gift yang Eyda dapat nih ikut harga barang Kit Kat yang kita bayar.. 



1 pek Kit Kat dan bekas tin nih..


Boleh laa Eyda letak apa-apa barang kat dalam tin Kit Kat nih.. Menarik tau.. Okey laa kat bawah nih Stackable Container yang Eyda beli sebelum nih.. Yeay, Eyda dah ada 2 bekas nih.. Tak sabar nak guna.. Hehehe benda free laa katakan..


Ni Stackable Container sebelum nih..


Okey laa korang.. Eyda nak sambung buat keja balik.. Esok ada meeting lagi.. Penatnya rasa..



anak-anakku

SNaCK PouCH DuTcH LaDY @ PeTRoNaS

3/21/2015 03:16:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ingat lagi tak dengan entry Snack Pouch Dutch Lady? Yeay Eyda nak bagitau yang Eyda dah berjaya kumpul dua Snack Pouch tuh..

Satu dibooking oleh Izzat dan satu lagi dibooking oleh Kimie.. Ibu dia tak dapat apa.. Huhuhu.. Alaa Eyda tak kisah sangat.. Beli pun suka-suka jer.. Dah tau mesti ada yang rembat..


Sekali hadap licin susu tuh.. Hehehe..

Dah kena booking..


Kimie pilih warna coklat.. Izzat ambik warna biru.. Okey dah jadi hak milik diaorang.. Lepas nih boleh laa letak air kotak yang sejuk dalam Snack Pouch nih..





free gift

SNaCK PouCH DuTcH LaDY

3/14/2015 10:25:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sesapa kat sini suka barangan free atau pun free gift gitu.. Eyda rasa ada, yelah bila beli barang yang kita suka atau perlukan, dapat plak barangan free.. Siapa tak happy kan..

Petang hari Khamis yang lepas, Eyda singgah laa ke Petronas yang terdekat.. Niat dihati just nak beli topup hp yang nak menghabiskan dirinya dan aiskrim menghilangkan rasa panas kerana cuaca panas sekarang..

Tetiba hasrat beli aiskrim terbantut.. Nak tau apa yang membantutkan hasrat Eyda.. Barangan kat bawah nih laa jawapannya.. Hehehe asal nak beli aiskrim, lastly air kotak dutch lady yang dirembatnya..

Lama betul Eyda tak beli dan minum air kotak Dutch Lady nih.. Bila beli nih, dapat jugak hilangkan kepingin Eyda.. Hehehe..



Nak dapat barang free punya pasal, sekali beli 3 kotak terus.. Cantik tak Snack Pouch tuh?


Ini bahagian belakang snack pouch tersebut..

Ini promosi yang sedang berjalan disemua kedai Mesra, Petronas..


Sesapa yang berminat, boleh laa terjah Petronas yang berhampiran.. Dapat jugak Snack Pouch Dutch Lady nih.. Semoga stok masih ada..

Okey laa jap lagi nak menghadiri jemputan majlis perkahwinan.. Lepas tuh ingat nak ke majlis akikah anak sedara yang baru..Banyak betul jemputan hari nih ngan esok.. Untuk minggu depan tak dak plak..

Apa program korang hari minggu nih? Kongsi laa dengan Eyda skit..


 


Blog yang Diikuti