info

2017 Money Saving Challenge

1/11/2017 10:55:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada sesiapa sukar nak menabung? Eyda pun kekadang tergelincir jugak.

Apapun tahun nih tambah lagi tabungan lain selain tabung syiling dan duit gaji. Harap ada yang bertahan tanpa usikan. Sebelum nih berusik pun atas perkara kecemasan dan perkara diluar jangkaan.

kredit mr.google

Bagi yang belum, boleh laa mula sekarang, masih belum terlambat untuk memulakan aktiviti menabung.


selamat tahun baru

Selamat Tahun Baru 2017

1/03/2017 11:33:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur Eyda ke tahun 2017 ini.


Hari ini merupakan hari ke 3 kita di tahun 2017. Bagi pelajar di negeri selain Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor baru memulakan sesi persekolahan pada hari ini.

Bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor sudah memasuki hari ketiga persekolahan pada hari ini kecuali kawasan yang dilanda banjir di Terengganu dan Kelantan.

kredit Mr.Google

Biasanya bila masuk ke tahun baru, pastinya azam yang menjadi perkara pertama yang hangat diperkatakan. Eyda pada tahun ini ingin menjadi insan yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Lagi satu Eyda ingin meneruskan minat untuk memasuki pelbagai acara larian yang ada di kawasan berhampiran dengan Eyda.

Bila diri dah terjebak dengan aktiviti sihat ni, tangan asyik nak godek di mana acara seterusnya akan berlangsung.

Apapun, Eyda akan memastikan kesesuaian aktiviti tersebut dengan jadual diri Eyda dan juga keluarga. Fuhh, kali ini Eyda nak buat persediaan awal sebelum menyertai mana-mana acara larian yang Eyda daftar.

Okey, korang ada apa-apa azam atau keinginan untuk dilakukan pada tahun ini? Kalau tak keberatan share laa dengan Eyda.

Mana tau Eyda pun akan terjebak sama dengan azam korang tu. Hehehe..


Blog yang Diikuti