selamat tahun baru

Berakhir Sudah Tahun 2019

12/31/2019 04:36:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lagi beberapa jam saja lagi kita akan meninggalkan tahun 2019 dan akan melangkah ke tahun 2020.

kredit


Fuh mesti banyak cerita suka duka di tahun 2019 ni kan. Eyda pun tak terkecuali ada suka duka sepanjang tahun 2019.

Apapun yang gembira Eyda lakarkan dalam memori, yang sedih-sedih tu apa lagi cuba campak jauh-jauh agar tak memakan diri. Buat apa nak sedih kan, hidup mestilah ceria dan gembira.

Sebenarnya banyak coretan tahun ini yang belum sempat Eyda karang. In shaa Allah, nanti Eyda akan coretkan kenangan tu di blog Eyda yang dah banyak sawang nih.

Harap korang jangan laa bosan plak baca coretan yang dah basi nanti.


selamat tahun baru

Selamat Tahun Baru 2017

1/03/2017 11:33:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur Eyda ke tahun 2017 ini.


Hari ini merupakan hari ke 3 kita di tahun 2017. Bagi pelajar di negeri selain Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor baru memulakan sesi persekolahan pada hari ini.

Bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor sudah memasuki hari ketiga persekolahan pada hari ini kecuali kawasan yang dilanda banjir di Terengganu dan Kelantan.

kredit Mr.Google

Biasanya bila masuk ke tahun baru, pastinya azam yang menjadi perkara pertama yang hangat diperkatakan. Eyda pada tahun ini ingin menjadi insan yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Lagi satu Eyda ingin meneruskan minat untuk memasuki pelbagai acara larian yang ada di kawasan berhampiran dengan Eyda.

Bila diri dah terjebak dengan aktiviti sihat ni, tangan asyik nak godek di mana acara seterusnya akan berlangsung.

Apapun, Eyda akan memastikan kesesuaian aktiviti tersebut dengan jadual diri Eyda dan juga keluarga. Fuhh, kali ini Eyda nak buat persediaan awal sebelum menyertai mana-mana acara larian yang Eyda daftar.

Okey, korang ada apa-apa azam atau keinginan untuk dilakukan pada tahun ini? Kalau tak keberatan share laa dengan Eyda.

Mana tau Eyda pun akan terjebak sama dengan azam korang tu. Hehehe..


selamat tahun baru

SeLaMaT TaHuN BaRu 2016

1/05/2016 09:52:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu, hari ini dah hari ke-5 kita berada di tahun 2016 ini..

kredit

Alhamdulillah kita masih lagi hidup ke hari ini untuk meneruskan kehidupan kita.. Eyda pasti ramai yang kembali sibuk dengan rutin harian menghantar anak-anak ke sekolah..

Sama laa macam Eyda jugak, sibuk menguruskan persekolahan anak-anak.. Jalan pun kembali sibuk dengan kenderaan terutamanya kereta yang menghantar anak-anak ke sekolah..

Rasanya masih belum terlambat untuk Eyda ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua sahabat blogger Eyda.. Semoga kehidupan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..


kredit


Bila bermulanya tahun baru, bulan yang pertama yang akan muncul ialah bulan Januari.. Ramai juga sahabat Eyda yang lahir di bulan ini.. Eyda ingin ucapkan Happy Birthday kepada semua yang lahir di bulan Januari ini.. Semoga kehidupan kalian baik-baik saja..


selamat tahun baru

SeLaMaT DaTanG TaHuN 2015

1/01/2015 12:20:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Tahun 2014 telah pun melabuhkan tirainya.. Pelbagai peristiwa suka dan duka telah menghiasi sepanjang tahun 2014.. Sekarang tahun 2015 telah pun tiba..

Semoga di tahun yang baru ini membawa sinar suka dan kegembiraan buat kita semua sebagai pengubat dengan pelbagai peristiwa yang telah berlalu dengan seribu satu kenangan di dalamnya..




Di kesempatan yang ada ini Eyda ingin mengucapkan selamat menempuh tahun 2015.. Apa impian dan harapan anda pada tahun nih? Semoga ianya tercapai hendakNYa..


selamat tahun baru

SeLaMaT TinGGaL TaHuN 2014

12/31/2014 11:58:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ini merupakan entry terakhir Eyda untuk tahun ini.. Tak sangka tahun ini banyak Eyda menulis dalam blog nih termasuk menambah kenalan yang banyak..

Terima kasih kawan-kawan kerana sudi menjadi sahabat Eyda dan melawat blog picisan Eyda nih.. Semoga ukhwah kita nih akan berkekalan selamanya..

Sebenarnya banyak kisah suka duka yang berlaku di tahun ini.. Diharapkan tahun depan akan menjadi lebih baik berbanding tahun ini buat kita semua..




Adakah azam kita pada tahun ini tercapai? Bagi Eyda ada yang tercapai dan ada yang tidak.. Semoga tahun 2015 impian Eyda yang belum tercapai tuh dapat dilaksanakan.. Amin..



selamat tahun baru

SeLaMaT TaHuN BaRu 2014

1/03/2014 10:54:00 AM

Assalamualaikum semua.. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca yang sudi berkunjung ke blog saya nih.. Tahun nih In Shaa Allah saya akan meneruskan menulis dengan lebih banyak entry yang menarik untuk dikongsikan bersama kengkawan di alam maya nih..






Okey jangan lupa ikuti entry berkaitan persekolahan bebudak 2 orang tuh dan masa yang dihabiskan bersama sebelum menjelang persekolahan..




selamat tahun baru

Selamat Tahun Baru

1/01/2013 12:01:00 AM



SeLaMaT TaHuN BaRu BuaT SeMua RaKaN-RaKaN BLoGGeR.. SeMoGa KeHaDiRaN TaHuN BaRu Ini MeMBaWa SiNaR KeBaHaGiaaN DaN KeBaiKaN KePaDa KiTa SeMua.. DiDoaKaN KaLiaN SeMua BeRaDa Di DaLaM KeSiHaTaN YaNG BaiK BaGi TaHuN 2013..

Tahun ni bertambah bz la dengan anak2 dah nak mula sekolah.. Tahun ni Izzat dah masuk tahun 1 manakala Kimie plak ke prasekolah.. Susah la nak ponteng2 selalu, dulu boleh jugak ponteng tadika sampai kat seminggu gara-gara ibu terpaksa pergi kursus luar kawasan.. Anak2 nak tak nak terpaksa hantar balik kampung.. Tahun ni rasanya kena cari kursus yang dekat2 jelah.. Kalau pi jauh2 sapa plak nak jaga budak2 ni kecuali antaq balik kampung jer.. Dah nama balik kampung, terpaksa memonteng sekolah plak kan.. Hehehe..




Gambar kredit dari kreavi.com

Blog yang Diikuti