pemenang segmen & GA

HaDiaH MaJaLaH AiSYaH

9/22/2014 08:54:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih nak citer pasal 'gift' dari Anies.. Dah hampir terlupa GA yang Anies anjurkan..

Setelah seminggu bercuti, hari nih baru terjah opis.. Tengok beberapa surat atas meja opis.. Almaklum sajalah, semua surat menyurat majoritinya menggunakan alamat opis.. Senang kalau terima parcel.. Ada yang tolong terima..

Pagi-pagi lagi dah angkut pewangi kereta yang order minggu sebelumnya.. Hari nih usung parcel dan surat jer..


Cantik setem dan stiker ana muslim kat sampul tuh

Majalah nih merupakan majalah terbaru keluaran ana muslim.. Sekali imbas pembacaan saya ianya merupakan majalah berbentuk islamik.. Ianya amat sesuai buat remaja..

Saya cadangkan kepada remaja yang inginkan majalah berbentuk islamik yang sesuai buat remaja, pilihlah majalah ini.. Pelbagai info, soal jawab, fesyen, resepi dan sebagainya ada di dalam majalah ini..

Harga langganan lebih murah berbanding harga sebuah buku.. Harga sebuah rm8.. Harga langganan setahun hanya rm80 termasuk kos pos.. Murah bukan kalau langgan..

Okeylah esok nak story mory pasal 2 hadiah giveaway yang dah sampai petang tadi.. Alhamdulillah rezeki yang tak disangka-sangka.. Moga pemberi hadiah ni dimurahkan rezeki ya.. Amin..







Liebster Award

Liebster Award #2 - By Lissa

9/22/2014 12:29:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Maaf ya tuan blog kerana baru hari nih dapat jawab semua soalan yang diajukan.. Apapun thanks sudi tag saya.. Thanks Lissa ..



Peraturan Liebster Award :

● mention blogger yang calonkan anda dan letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
● jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau
● calonkan 11 blogger lain yang anda tengok followers kurang daripada 1000
● buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut
● maklumkan kepada those bloggers

1. Bulan kelahiran anda?
 Bulan Jun
2. Binatang yang anda takuti?
Ular
3. Lagu jiwang yang anda suka?
 Lagu yang terkini yang sedap didengar
4. Sekolah menengah terakhir anda?
 Sekolah Menengah Teknik Kulim
5. Warna kegemaran anda?
 Warna yang lembut seperti peach dan torquise
6. Sifat peribadi anda?
 Sifat yang lembut, kelakar, happy go lucky, tapi bila hati disakiti amat susah untuk diubati
7. Nama manja?  
Sue
8. Pelakon pujaan?
Yang tengah popular sekarang.. 
9. Cerita Bollywood yang anda suka?
 Cerita moden.. Huhuhu tak de yang betul-betul minat..
10. Jika diberikan peluang untuk menyertai 1 program realiti, anda akan menyertai program mana?  

Program yang menawarkan wang yang banyak.. Boleh bayar hutang-hutang dan mencapai impian memiliki kediaan sendiri.. Materialistiknya.. Hehehe..
11. Bila kali terakhir anda menangis?
 Dalam beberapa hari nih.. Huhuhu..

Blog yang Diikuti