Liebster Award

Liebster Award #5 - By Schaz

10/01/2014 05:19:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lagi Liebster Award yang di tag oleh rakan blogger iaitu Schaz.. Maaf ye kerana terlalu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan jawapan bagi soalan-soalan nih..





1) Korang ade 1st love dan sejak bila ade 1st love?
Mestilah ada.. Huhuhu masa form 4.. Kengkawan yang pasangkan kami..
 
2) Apa impian korang?
Impian nak menunaikan ibadah haji..

3) Apa yang buat korang cepat melenting? sebab?
 Bila ada manusia yang tidak mahu paham apa yang dikatakan.. Atau lebih mudah, tak paham bahasa..

4) Korang rasa sukan permotoran kereta sesuai tak dengan perempuan? sebab?
Kureng skit, sebabnya ia merupakan antara sukan yang lasak..

5) Tempat paling best korang pernah pergi. sebab?
 Pulau Payar.. Lautnya yang cantik, dapat melihat bermacam jenis ikan..

6) Dah tengok citer Lagenda Budak Setan 3? komen sikit.
Belum.. Jadi tak tahu nak komen..
 
7) Apa tema perkahwinan korang nanti?
Huhuhu dah kahwin, jadi tak delah tema perkahwinan lagi..
 
8) Adakah korang peminat KPop? kenapa?
Tak berapa minat.. Ntahlah mungkin tak berapa masyuk dengan jiwa..
 
9) Perkataan paling best untuk gambarkan blog korang.
Blog e-diari..
 
10) Ada idea best untuk belia macam kita nei menghabiskan hujung minggu?
 Nak berehat bersama keluarga.. Orang dah berkeluarga laa katakan..

11) Apa perasaan setelah selesai menjawap soalan-soalan diatas?
Banyak soalan untuk belia remaja.. Huhuhu macam tak berapa sesuai akak nak jawab..



Alhamdulillah berjaya juga menyiapkan semua Liebster Award yang di tag oleh kengkawan.. Maaf ye ada yang mengambil masa begitu lama untuk disiapkan..






Liebster Award

Liebster Award #4 - By Olahbersama

10/01/2014 05:08:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Huhuhu dah lama kena tag sebenarnya, tapi baru hari nih dapat jawab semua soalan-soalan nih.. Maaf ya Marziah sebab mengambil masa yang lama untuk jawab..





1. Nama anda. Maksud nama anda.
Suhaida.. Tiada maksud kerana ejaan yang salah.. 
2. Umur anda.
Umur dah cecah 33 tahun.. 
3. Tarikh lahir anda dalam kalendar islam. Tak tau boleh google.
8 Syaaban 1401 
4. Bekerja/ belajar/ suri rumah/ dll
Bekerja 
5. Impian anda
Impian saya nak menunaikan ibadah haji..
6. Bila nak capai impian anda tu?
Tak pasti.. Belum daftar lagi..
7. Menu makan tengahari hari ini. Kalau puasa boleh guna menu buka puasa. Sertakan gambar jika ada.
Menu tengahari nih hanyalah bihun sup..

8. Menu yang suka dimasak oleh anda/ pasangan anda/ kedai fav anda. Kalau ada gambar sertakan.
Daging masak kunyit special..
9. Makanan paling mahal pernah dimakan. Kalau ada gambar boleh sertakan.
 Mee Udang Special
10. Port dalam Malaysia yang paling best bagi anda.
 Melaka
11. Kenapa port tu paling best bagi anda.
 Mempunyai banyak tempat bersejarah..




Liebster Award

Liebster Award #3 - By Budak

9/26/2014 05:08:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Huhuhu soalan mencabar minda di petang hari.. Dah lama peram, baru hari nih dapat siapkan sepenuhnya.. Sori ye Budak baru hari nih dapat jawab ke semuanya..





1. Pasukan bola sepak pilihan anda.
Tak minat bola

2. Lagu patriotik kesukaan anda.
Di sini lahirnya sebuat cinta.. Sesuai dengan kemerdekaan tahun nih..

3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat di dalam negeri tersebut.
Pulau Pinang.. Ada 5 daerah di Pulau Pinang..

4. Asam pedas berasal dari negeri mana? 
Rasa-rasanya Melaka.. Betul tak?

5. Dalam banyak-banyak pantun, pantun apa yang paling anda sukai?
Pecah kaca, 
Pecah gelas, 
Sudah baca,
Harap balas

Guna time hantar kad raya dulu-dulu..

6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa?
Warna pink.. Huhuhu ada baju putih yang terkena baju yang warna merah.. Tak pasal-pasal bertukar warna baju..

7. Apa yang anda faham tentang "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan".
Buah cempedak di luar pagar tu bukanlah milik kita.. Kalau nak ambik sekalipun memang kena ambik dari luar..

8. Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?
Mestilah Korea.. K tu melambangkan korea.. POP tuh menunjukkan jenis lagu yang dinyanyikan..

9. Siapakah yang mencipta blogger.com?
Mr. Google.. Hahaha memang tak tau nak jawab..

10. Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best.
Sebabnya ia berkisah kehidupan berkeluarga.. Kekadang ada info yang diselitkan di dalam entry yang ditaip..

11. Apa perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan diatas?
Fuhhh berpeluh ngan mencabar minda juga nak jawab.. Ada jawapan pakai jawab ikut logik jer.. Ada yang hentam sajalah..

SOALAN TAMBAHAN :

12. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan diatas. 
 Hahaha.. memang mencabar di petang hari..

13. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan diatas?
Menjawab guna akal fikiran yang tengah tak berapa betul nih.. Hehehe..







Liebster Award

Liebster Award #2 - By Lissa

9/22/2014 12:29:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Maaf ya tuan blog kerana baru hari nih dapat jawab semua soalan yang diajukan.. Apapun thanks sudi tag saya.. Thanks Lissa ..



Peraturan Liebster Award :

● mention blogger yang calonkan anda dan letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
● jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau
● calonkan 11 blogger lain yang anda tengok followers kurang daripada 1000
● buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut
● maklumkan kepada those bloggers

1. Bulan kelahiran anda?
 Bulan Jun
2. Binatang yang anda takuti?
Ular
3. Lagu jiwang yang anda suka?
 Lagu yang terkini yang sedap didengar
4. Sekolah menengah terakhir anda?
 Sekolah Menengah Teknik Kulim
5. Warna kegemaran anda?
 Warna yang lembut seperti peach dan torquise
6. Sifat peribadi anda?
 Sifat yang lembut, kelakar, happy go lucky, tapi bila hati disakiti amat susah untuk diubati
7. Nama manja?  
Sue
8. Pelakon pujaan?
Yang tengah popular sekarang.. 
9. Cerita Bollywood yang anda suka?
 Cerita moden.. Huhuhu tak de yang betul-betul minat..
10. Jika diberikan peluang untuk menyertai 1 program realiti, anda akan menyertai program mana?  

Program yang menawarkan wang yang banyak.. Boleh bayar hutang-hutang dan mencapai impian memiliki kediaan sendiri.. Materialistiknya.. Hehehe..
11. Bila kali terakhir anda menangis?
 Dalam beberapa hari nih.. Huhuhu..

Liebster Award

Liebster Award #1 - By Dhiya

9/22/2014 12:17:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sebenarnya dah lama kena tag dengan Dhiya nih.. Tapi paham-paham jelah bila guna tab dan internet plak slow memang tak de semangat jadinya.. Hari nih dengan sedaya upaya cuba menyiapkan seberapa banyak yang boleh..

Peraturan Liebster Award : 
  • Mention blogger yang calonkan anda & letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
  • Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
  • Calonkan 11 bloggers lain yang anda tengok followers kurang dari 1000.
  • Buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut.
  • Maklumkan kepada those bloggers.


1. Tiga perkataan yang menghuraikan diri anda?
Suka senyum, happy go lucky dan mudah sensitif terhadap perkara yang melibatkan perasaan..


2. Sumber inspirasi dan motivasi anda?
Insan bermula dari susah yang akhirnya berjaya di dalam kehidupan membuatkan saya ingin menjadi sepertimana mereka..

3. Gajet yang mesti ada dalam poket anda?
Mestilah handphone.. Susah bila dalam kecemasan..

4. Apps yang paling penting dalam gajet anda?
Whatsapp.. Menjimatkan wang dalam menghantar mesej termasuk mesej bergambar..

5. Apa yang anda impikan buat masa sekarang?
Untuk menyelesaikan semua hutang-hutang..

6. Hobi waktu senggang?
Suka layan FB dan blog

7. Menonton TV atau mendengar radio?
Kedua-duanya.. Kalau di rumah, menonton tv.. Jika di dalam kereta pastinya radio..

8. Destinasi pelancongan yang anda ingin pergi?
Pastinya menunaikan haji di Mekah.. Impian yang sememangnya diidamkan oleh umat Islam..

9. Bakat terpendam/ kebolehan anda yang tidak ramai orang tahu?
Menulis cerpen.. Pernah menulis, tapi tak siap.. Huhuhu..

10. Situasi yang buat anda tertekan?
Dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukai..

11. Komen anda tentang blog Dhiya Dahlia? 
Blog Dhiya Dahlia memang menarik kerana ia ada memaparkan maklumat tentang melancong.. Jadinya saya boleh jadikan rujukan jika berhajat untuk melancong kelak..



Blog yang Diikuti