virtual run

Virtual Run | Run The Music

1/10/2020 12:21:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini Eyda nak kongsikan aktiviti senaman Eyda di tahun 2019.

Memandangkan di tahun 2019, Eyda suka merajinkan diri Eyda joging di hujung minggu, maka dengan itu Eyda rajinkan diri dengan daftar virtual run. Bila dah daftar tu automatik Eyda akan ada sesuatu untuk Eyda joging.

Yelah, itu salah satu pendorong buat Eyda untuk kekal aktif bersenam di hujung minggu. Kalau Eyda tak daftar, mesti urat malas tu timbul ja selalu.

Okay untuk larian virtual run kali ini Eyda memilih larian Run The Music yang dianjurkan oleh Beestorm. Nak tau sebab apa Eyda pilih larian ini sebab medal dan juga baju tangan panjang yang ditawarkan.


Cantik kan baju yang Eyda dapat ni selepas berjaya habiskan larian sejauh 21km untuk tempoh sebulan bagi bulan November 2019 yang lalu.


Eyda suka kumpul baju sukan berlengan panjang sebegini sebab mudah bagi Eyda gunakan masa joging nanti. Masa tu dah tak perlu nak pakai inner bagai. Lebih selesa jadinya.

Baju yang ada daripada event semuanya bertangan pendek, suka atau pun tak terpaksa pakai inner pula kan. Bila dah ada baju berlengan panjang nih mudah laa, hanya pakai baju ni ja. Tak perlu nak pikir nak cari inner bagai.

Eyda baru ja buka laman web Beestorm tertengok pula ada lagi virtual run yang menawarkan baju berlengan panjang. Masih berfikir nak sertai atau pun tak. Baju kali ni comel jugak.



larian

International Youth Day 2018

9/13/2018 09:35:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Banyak betul cerita pasal larian Eyda dah langkau. Tak apalah Eyda cuba kongsikan yang mana termampu.

Kali ini Eyda nak kongsikan mengenai larian secara virtual run. Iaitu larian yang dibuat di mana saja korang berada pada tarikh yang ditetapkan dengan jumlah jarak larian yang diberikan atau yang didaftarkan.

Kali ini Eyda masih nak berkongsikan larian virtual run daripada 42race. Ianya menarik kerana selain mempunyai sijil, no bib dan tidak ketinggalan juga kedudukan kita di dunia dan juga Malaysia.

Okay kali ini Eyda kongsikan larian virtual run yang percuma, tanpa medal tapi diberikan badge untuk anda dalam bentuk maya.



Biasanya larian secara percuma ini ditetapkan sejauh 3km saja. Manakala larian virtual run yang mempunyai medal dan perlu bayar pula korang boleh pilih samada 3km, 5km, 10km atau 21km. Semuanya perlu berlari secara 'one off'.

Sebelum mendaftar sebarang larian, korang perlu mendaftarkan diri dalam laman web tersebut. Ini membolehkan korang mendaftar larian yang diingini dan seterusnya mendapatkan no e-bib.


e-bib nombor

Anda akan menerima email peringatan bila mana larian korang akan bermula. Jadinya korang akan lebih beringat bila sampai tarikh larian anda.

Biasanya larian sebegini, pihak 42race hanya akan menetapkan masa selama 3 hari untuk korang selesaikan. Oleh itu, kita kena bijak merancang masa untuk menyelesaikan larian ini.

Selesai saja larian, korang hantarkan terus keputusan larian korang ke laman web 42race. Ini bagi mengelakkan korang terlupa untuk menghantar keputusan larian korang. Selepas keputusan larian korang disahkan, badge anda akan berwarna.

Selepas tamat tempoh larian, korang akan menerima sijil beserta tempoh larian anda dan juga kedudukan korang dalam larian tersebut.

Ranking / kedudukan pun boleh tahu

Sijil yang anda akan terima. Ianya boleh dimuat turun dari akaun yang anda daftar.

Semua larian korang yang berjaya direkodkan oleh pihak 42race boleh disemak semula di dalam akaun yang korang telah daftarkan. Jadinya korang boleh melihat jumlah jarak larian dan larian yang telah dibuat melalui akaun korang sahaja. Mudah bukan.

Jom sertai larian yang dianjurkan oleh pihak 42race, sekurang-kurangnya korang ada target untuk berlari / berjalan dalam tempoh tertentu.




aktiviti

Hari Raya Virtual Run 2018

7/25/2018 11:44:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Anda salah seorang yang suka berlari dan suka mengumpul medal yang cantik-cantik? Tapi anda memang sukar untuk menyertai acara yang dianjurkan di mana-mana tempat kerana kekangan masa.

Sebenarnya masih ada cara untuk anda aktif berlari sambil mengumpul medal yang cantik dan menarik. Anda juga boleh susun waktu anda sendiri.

Dengan menyertai Virtual Run anda juga boleh mengumpul medal sepertimana orang lain yang menyertai acara larian.

42race

Caranya memang mudah, anda hanya perlu mendaftar larian anda di laman web yang menganjurkan virtual run nih. Salah satunya ialah 42race di laman web ini ada pelbagai virtual run yang boleh anda pilih. Tarikh tutupnya sekitar sehari dua sebelum tarikh larian itu dijalankan, apapun bergantung kepada jumlah pendaftaran yang dibuka.

Setelah anda berlari mengikut tarikh yang ditetapkan, anda perlu menghantar screenshot bukti larian anda tu ke dalam akaun yang dah anda daftar di 42race. Setelah bukti larian anda disahkan, anda hanya perlu menunggu medal anda diposkan ke alamat yang didaftarkan. Mudah bukan.



HARI RAYA VIRTUAL RUN 2018

Hari Raya Virtual Run 2018 ini merupakan virtual run pertama Eyda dengan 42race nih. Ianya menarik kerana dengan hanya RM29.90 anda akan menerima medal yang diukir nama anda sendiri pada medal tersebut (ianya hanya dibuka untuk beberapa tempoh yang ditetapkan). Selain itu, anda juga berpeluang untuk cabutan bertuah.

Selain itu, anda akan diberikan e-bib sama seperti nombor bib yang dipakai ketika acara larian. Selain itu, anda akan menerima e-sijil yang mengandungi jarak larian, catatan masa anda dan juga kedudukan anda.

Setiap peserta yang mendaftar akan menerima e-Bib masing-masing


e-Cert yang diberika

Menarik bukan virtual run yang dianjurkan pihak 42race nih.


TEMA VIRTUAL RUN 42RACE

Biasanya pihak 42race mengadakan Virtual Run mengikut tema yang sesuai dengan masa dan perayaan.

Seperti Hari Raya Virtual Run 2018 ini juga dianjurkan mengikut bermulanya tarikh Hari Raya. Biasanya virtual run sebegini pihak 42race hanya mengadakan selama 3 hari sahaja. Kali ini dijalankan selama lebih seminggu.

HARI RAYA VIRTUAL RUN 2018

Fakta menarik : Adakah anda anda tahu Hari Raya jika diterjemahkan ke bahasa Inggeris menjadi "Great Day"?

Hari Raya Aidilfitri dirayakan selepas 30 hari berpuasa untuk menandakan kejayaan dengan disiplin untuk berpuasa.

Umat Islam akan berpakaian pakaian tradisional yang cantik dan makanan makanan tradisional seperti ketupat, lemang, rendang dan kuih tradisional serta makanan yang lain.

Rayakan dengan 42race kerana kami menghargai perayaan yang indah ini.

Kalau diikutkan Eyda kurang sihat sepanjang tempoh virtual run ini dijalankan. Bermula dengan batuk dan diikuti selsema dan demam menjelang hari raya.

Tapi memandangkan Eyda dah daftar virtual run nih, makanya Eyda tamatkannya dengan hanya berjalan sahaja.

Alhamdulillah, walupun pace tak bagus, tapi Eyda berjaya juga menghabiskan jarak yang diberikan dalam tarikh yang diberikan.

Pandangan hadapan medal

Pandangan belakang medal


Cantikkan medal dan poskad yang diberikan bersama nih. Medal Eyda ni ada dicetak nama padanya. Lebih bermakna rasanya. Jangan tak tahu, ini bukan satu-satunya virtual run yang Eyda daftar dengan 42race, ada lagi larian lain.

Jom kita sama-sama menjalani gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti berjalan, berlari atau berbasikal. Boleh juga keluarkan peluh dan menjaga kesihatan sendiri.



virtual run

Ultra V Runner

4/18/2018 09:47:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat hendakNya.

Pagi tadi Eyda dapat email daripada Ultra V Runner, tak sangka pula gambar yang Eyda share dalam Facebook di ambil untuk beri semangat buat semua ahli Ultra V Runner.




Bagus sebenarnya berdaftar dengan Virtual Run (VR) daripada Ultra V Runner, ini kerana pelbagai VR diadakan samada secara percuma atau berbayar turut ada di sini.

Selain itu, kita akan lebih bermotivasi kerana pihak Ultra V Runner sentiasa berkongsi tips, kata-kata semangat dan juga berkongsi medal atau baju yang ahli lain pernah terima di dalam VR yang telah diadakan.

Antara tips yang dikongsikan

Kata-kata motivasi

Medal yang dikongsikan ahli yang lain dalam Facebook

Info mengenai VR ada Eyda kongsikan di dalam entri yang lalu di SINI. Mana tahu ada kawan-kawan yang turut sama berminat sepertimana Eyda.



virtual run

Escape Run | 15km Virtual Run

4/11/2018 10:03:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pernah dengar Virtual Run? Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan virtual run?

Bagi yang biasa dengan larian mungkin pernah dengar, tapi yang tidak biasa akan sedikit tertanya  mengenainya.


VIRTUAL RUN

Virtual Run (VR) ialah salah satu aktiviti larian / jalan yang anda boleh lakukannya pada bila-bila masa dan tempat mengikut jumlah jarak yang telah anda daftar.

Jadinya anda kena berlari / jalan mengikut jarak yang didaftarkan menggunakan aplikasi yang ditetapkan oleh penganjur aktiviti virtual run itu sendiri.

Anda jangan risau, anda boleh melakukan larian ini beberapa kali sehingga cukup jumlah yang didaftarkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Walaubagaimana pun, anda kena lebih peka kerana ada juga virtual run yang anda perlu berlari untuk sekaligus. Biasanya untuk jarak yang pendek seperti 5km.

Biasanya penganjur akan membuka untuk mendaftar sekitar sebulan atau seminggu sebelum aktiviti larian / jalan ini dimulakan. Anda boleh mendaftar untuk medal sahaja atau bersama dengan baju.

Selepas tamat sahaja aktiviti larian mengikut jumlah yang didaftarkan, anda perlulah menghantar screenshot larian anda itu melalui email atau whatsapp yang diberikan.

Medal atau baju akan diposkan kepada anda setelah pihak penganjur mengesahkan larian anda itu. Larian ini memang sesuai bagi yang sukar untuk mendaftarkan larian lebih awal atau masa kerja / aktiviti lain yang tidak menentu.


Escape Run | 15km Virtual Run

Medal VR Escape Run

Untuk pengetahuan anda, Eyda telah pun mendaftarkan diri untuk Virtual Run dari Ultra V Runner 
pada bulan Februari yang lalu.

Cuma medalnya sahaja yang Eyda baru terima minggu lepas. Ini kerana terdapat sedikit kesulitan berkaitan medal yang ditempah oleh pihak Ultra V Runner.

Apapun medal yang cantik ini menaikkan lagi semangat Eyda untuk turut sama berlari secara virtual run dan juga menyertai event larian yang biasa.

Sehingga kini, Eyda dah daftar 3 virtual run yang menyediakan medal selain 2 virtual run untuk melayakkan diri mendapat t-shirt dari pihak Ultra V Runner selain dapat mengumpul mata.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut, 3 virtual run yang Eyda daftar ini bukan sahaja dari pihak Ultra V Runner. Malah dari Marathonmy.com dan juga Score Run . Medalnya nanti akan Eyda kongsikan di dalam entry akan datang bila Eyda terimanya nanti.


Blog yang Diikuti