aktiviti

Hari Raya Virtual Run 2018

7/25/2018 11:44:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Anda salah seorang yang suka berlari dan suka mengumpul medal yang cantik-cantik? Tapi anda memang sukar untuk menyertai acara yang dianjurkan di mana-mana tempat kerana kekangan masa.

Sebenarnya masih ada cara untuk anda aktif berlari sambil mengumpul medal yang cantik dan menarik. Anda juga boleh susun waktu anda sendiri.

Dengan menyertai Virtual Run anda juga boleh mengumpul medal sepertimana orang lain yang menyertai acara larian.

42race

Caranya memang mudah, anda hanya perlu mendaftar larian anda di laman web yang menganjurkan virtual run nih. Salah satunya ialah 42race di laman web ini ada pelbagai virtual run yang boleh anda pilih. Tarikh tutupnya sekitar sehari dua sebelum tarikh larian itu dijalankan, apapun bergantung kepada jumlah pendaftaran yang dibuka.

Setelah anda berlari mengikut tarikh yang ditetapkan, anda perlu menghantar screenshot bukti larian anda tu ke dalam akaun yang dah anda daftar di 42race. Setelah bukti larian anda disahkan, anda hanya perlu menunggu medal anda diposkan ke alamat yang didaftarkan. Mudah bukan.



HARI RAYA VIRTUAL RUN 2018

Hari Raya Virtual Run 2018 ini merupakan virtual run pertama Eyda dengan 42race nih. Ianya menarik kerana dengan hanya RM29.90 anda akan menerima medal yang diukir nama anda sendiri pada medal tersebut (ianya hanya dibuka untuk beberapa tempoh yang ditetapkan). Selain itu, anda juga berpeluang untuk cabutan bertuah.

Selain itu, anda akan diberikan e-bib sama seperti nombor bib yang dipakai ketika acara larian. Selain itu, anda akan menerima e-sijil yang mengandungi jarak larian, catatan masa anda dan juga kedudukan anda.

Setiap peserta yang mendaftar akan menerima e-Bib masing-masing


e-Cert yang diberika

Menarik bukan virtual run yang dianjurkan pihak 42race nih.


TEMA VIRTUAL RUN 42RACE

Biasanya pihak 42race mengadakan Virtual Run mengikut tema yang sesuai dengan masa dan perayaan.

Seperti Hari Raya Virtual Run 2018 ini juga dianjurkan mengikut bermulanya tarikh Hari Raya. Biasanya virtual run sebegini pihak 42race hanya mengadakan selama 3 hari sahaja. Kali ini dijalankan selama lebih seminggu.

HARI RAYA VIRTUAL RUN 2018

Fakta menarik : Adakah anda anda tahu Hari Raya jika diterjemahkan ke bahasa Inggeris menjadi "Great Day"?

Hari Raya Aidilfitri dirayakan selepas 30 hari berpuasa untuk menandakan kejayaan dengan disiplin untuk berpuasa.

Umat Islam akan berpakaian pakaian tradisional yang cantik dan makanan makanan tradisional seperti ketupat, lemang, rendang dan kuih tradisional serta makanan yang lain.

Rayakan dengan 42race kerana kami menghargai perayaan yang indah ini.

Kalau diikutkan Eyda kurang sihat sepanjang tempoh virtual run ini dijalankan. Bermula dengan batuk dan diikuti selsema dan demam menjelang hari raya.

Tapi memandangkan Eyda dah daftar virtual run nih, makanya Eyda tamatkannya dengan hanya berjalan sahaja.

Alhamdulillah, walupun pace tak bagus, tapi Eyda berjaya juga menghabiskan jarak yang diberikan dalam tarikh yang diberikan.

Pandangan hadapan medal

Pandangan belakang medal


Cantikkan medal dan poskad yang diberikan bersama nih. Medal Eyda ni ada dicetak nama padanya. Lebih bermakna rasanya. Jangan tak tahu, ini bukan satu-satunya virtual run yang Eyda daftar dengan 42race, ada lagi larian lain.

Jom kita sama-sama menjalani gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti berjalan, berlari atau berbasikal. Boleh juga keluarkan peluh dan menjaga kesihatan sendiri.



aktiviti

KeRanG DaN aNaK-aNaK

5/08/2015 12:32:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hai kerang pun boleh jadi bahan ya.. Tak kisah laa apapun, asalkan menarik untuk berkongsi Eyda kongsi jer..

Alkisah nih hari Jumaat yang lepas.. Eyda keluar nak cari kaki ayam untuk masak tomyam kaki ayam.. Malangnya apa yang dicari tidak ketemui.. Akhirnya, Kimie tengok kerang, dia suruh Eyda beli.. Okey dari menu kaki ayam kita bertukar ke kerang rebus..

Mulanya Eyda tinggalkan kerang tuh seketika, sambil buat kerja yang lain.. Nak tau, si Kimie tuh ambik satu kerang dan bermain dengan kerang tuh.. Main?

Nak tau si budak Kimie ambik kayu aiskrim dan letakkan kat kerang tuh masa dia buka cengkerangnya.. Banyak kali dia main macam tuh, baru dia letak kerang tuh dalam cawan yang diletakkan air bercampur garam.. Eksperimen Kimie nak bela kerang..

Hehehe kengkononnya nak bela laa.. Amboii ada-ada saja lah budak Kimie tuh.. Pandai mereka cipta dan buat eksperimen macam-macam.. Jom laa kita ushar kerang yang dia ambik tu..


Siap snap dekat-dekat lagi


Kimie siap abadikan kerang tuh dengan snap gambar untuk simpanan.. Izzat pun tengok kerang sampai terlentok.. Diaorang suka usik kerang yang terbuka.. Lama jugak laa diaorang main..

Lewat petang Eyda saja laa ushar kerang tuh, tengok-tengok dah kojol.. Hai dah mati kerang yang diaorang main tuh.. Apapun mereka dapat belajar sedikit sebanyak tentang kerang..




aktiviti

aKTiViTi Di KaLa TeNSioN

4/30/2015 10:06:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer masa berlalu kan.. Dah pun hari Khamis.. Sekejap jer nak cuti balik.. Tapi cuti panjang tu.. 4 hari direct gitu..

Okey laa, jom straight to the point.. Korang pernah tak tension? Tak kira laa tension di rumah ke pejabat ke? Dengan rakan pejabat atau family sendiri.. Kalau tension, apa yang korang buat?




Eyda ada aktiviti yang boleh Eyda buat kalau tension nih.. Nak tengok tak apa aktiviti Eyda di kala tension di pejabat..

Jom ushar gambar kat bawah nih.. Haa menarik tak aktiviti melepaskan tension kat bilik tempat keja Eyda nih? Selalunya Eyda main nih time tension sangat.. Lagi satu tak ada orang dalam bilik Eyda..









Inilah hasil pemain amatur macam Eyda.. Main sekali sekala jer.. Eyda paling tak lupa first time main benda nih tahun lepas.. Sempena pemilihan sukan mewakili negeri dalam sukan jabatan..

Baling dart nih ntah macam apa lagi.. Siap kena dinding pun ada.. Nasib laa tak ada orang dok dekat.. Naya tu kalau kena orang..

Okey nak tengok tak part yang paling sukar nak dapat.. Jeng jeng jeng..


V


V


V


V


V




Susah tuh nak kena tengah-tengah tuh.. Ni pun ntah berapa kali balingan baru nak kena.. Time nak tunjuk kat korang baru kena.. Kekadang baling kena kat dinding pun ada.. Nasib laa nama pun main untuk suka-suka.. Kalau game, rugi tuh..

Nampak sangat sekali sekala jer Eyda main dart nih kan.. Kiranya kategori tak tension sangat laa.. Okey laa, ni laa aktiviti melepaskan tension Eyda kat opis.. Best tak aktiviti Eyda?






aktiviti

SePeTanG BeRSaMa NoRa DaNisH @ MyDiN BeRtaM

4/27/2015 10:34:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah hari Isnin kan? Tup tup bulan April bakal meninggalkan kita beberapa hari lagi.. Sekejap jer masa berlalu kan..

Hari nih Eyda nak share skit apa yang Eyda dan anak-anak buat hari Sabtu yang lepas.. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu bahawa Nora Danish datang ke Mydin Bertam hari Sabtu baru nih..




Dia datang mempromosikan barangan Safi Rania Gold dan seterusnya peraduan belayar bersama Nora Danish ke Langkawi.. Menarik kan hadiah peraduan tuh.. Tapi korang kena karang pantun yang menarik bagi melayakkan diri memenangi hadiah pelayaran tuh..

Okey setelah ditapis apa bagai, hanya beberapa keping gambar jer yang agak okey untuk dikongsikan.. Jom ushar Nora Danish dari jarak dekat..

Nora Danish dan Linda Onn.. Try banyak kali nak snap gambar Linda Onn tak dapat laa..

Masa untuk sign autograph dan bergambar bersama Nora Danish..


Ni Kimie yang snap.. Dia bawak kamera depan Nora Danish dan ni laa hasilnya..

Sebelum balik, posing dulu.. Sempat laa shopping barang skit kat Mydin..

Jom belayar bersama Nora Danish..


Hari Ahad, hari bersantai di rumah jer.. Kimie plak tak sihat.. Hari nih Kimie bercuti di rumah, nasib husband ada kat umah.. Semoga esok Kimie dapat ke sekolah seperti biasa.. Sian plak kat dia..





Blog yang Diikuti