sakit

Bila Eyda Tidak Sihat

10/23/2017 12:54:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Macam mana semua, sihat? Eyda macam mana pun kurang sihat sikit sebenarnya.

Hampir seminggu kesihatan kurang memuaskan, harap semuanya cepat sembuh sepenuhnya. Banyak aktiviti sendiri dan tugasan yang perlu dihadkan di atas faktor kesihatan Eyda ini.

sumber mr.google

Sebenarnya Eyda nih jarang sekali nak sakit dan sebagainya. Tapi bila mula sakit, memang akan memakan masa untuk sembuh sepenuhnya.

Kalau ikutkan lebih daripada 2 tahun Eyda tak berkunjung ke mana-mana klinik untuk rawatan diri sendiri, tapi bila terasa badan tak mampu lagi bertahan, Eyda terpaksa berserah saja.

Lewat malam 18 Oktober 2017, bermulalah sesi kurang sihat yang melibatkan cirit birit berlaku. Beberapa kali Eyda berulang ke bilik air.

Memang teruk Eyda cirit birit, seperti membuka pili air jer. Rasa badan kekurangan bendalir akibat cirit birit yang berlaku sehinggakan Eyda membeli air Cool Rhino untuk sejukkan badan.

Pagi hari 19 Oktober 2017, Eyda ke pejabat seperti biasa. Rasanya seperti mampu bertahan kerana ada janji temu kerja. Tapi sangkaan Eyda meleset, ianya masih berlarutan selepas Eyda bersarapan dan berlanjutan seharian Eyda di pejabat.

Tengahari tu Eyda dah mula rasa tidak berselera untuk makan bila dah mula muntah, Eyda ada beli set happy meal McDonalds. Kononnya nak makan bubur ayam bagi mengembalikan selera yang tiba-tiba hilang. Rupanya selera memang hilang terus. Eyda makan saja apa yang mampu dan terus mendapatkan ubat di farmasi yang berdekatan.

Bukan main menu, tapi tak mampu habiskan

Petang tu, Eyda masih cirit birit dan muntah-muntah. Kali ini muntah teruk sehingga muntah keluar dari hidung. Ya Allah, memang makin teruk kesihatan Eyda. Badan pun macam nak demam. Eyda terpaksa minta tolong rakan pejabat untuk hantarkan Eyda ke klinik.

Vitamin hadiah dari doktor

Alhamdulillah Eyda dapat juga cuti sakit untuk sehari dan dapat juga berehat di rumah. Tapi cuti pun kena ganggu dengan anak-anak. Macam-macam permintaan ada. Haishh laa anak.

Disebabkan selera makan dah menghilang, Eyda hanya mampu menelan roti sekeping, cicah dengan air coklat separuh mug. Huarghh tu pun, puas nak telan. Terpaksa makan untuk makan ubat kan.

Seronok pula bila si Kimie buatkan air coklat dan bawakan roti yang ada lukisan bentuk love nih. Sayang juga dia dengan ibu yang tak sihat nih.

Sweetnya Kimie

Hari Sabtu barulah Eyda ada selera skit, Eyda masakkan Ikan Masak Asam. Alhamdulillah dapat juga menelan nasi walaupun sikit.

Nasi pertama selepas tidak sihat

Alhamdulillah tiada lagi muntah dan cirit birit berlaku. Tapi ianya tak berpanjangan, ianya berulang kembali bila diri terlalu teruja dan ikut sama anak-anak makan. Akibatnya, Eyda muntah kembali setelah sampai ke kereta.

Muka dah ada senyum skit

Ianya berhenti, setelah habis semua makanan yang Eyda makan bersama anak-anak. Letih kembali menguasai diri. Malamnya Eyda habiskan lauk Ikan Masak Asam, alhamdulillah kali ini Eyda tidak muntah. Lega rasa hati.

Badan kembali down bila Eyda ke pejabat hari ini. Suara Eyda dah mula serak, selera ntah ke mana. Hari ini hanya mampu menelan kuih talam dua potong dan sekeping murtabak mini beserta secawan air milo.

Eyda harap ianya kembali sembuh seperti sediakala dan tiada lagi drama cirit birit dan muntah seperti sebelumnya. Memang Eyda rasa dalam badan sedikit panas. Rasanya faktor cuaca juga mengganggu.


Eyda

Sakit Kepala

4/25/2016 12:10:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ermm minggu lepas Eyda agak sibuk, jadi tak sempat nak update blog.. Minggu nih baru relax sikit.. Baru boleh nak update.. Banyak story tertangguh nih..

Ok tinggal jap bab tu.. Sekarang Eyda nak tanya nih, korang sihat ke hari ni? Eyda kurang sihat sikit, sakit kepala plak hari nih.. Nasib laa tak banyak kerja, jadi ok laa skit.. Jap lagi kena cari laa air 100 plus buat penawar sakit kepala Eyda nih..

kredit

Korang selalu sakit kepala apa yang korang buat? Eyda kalau sakit kepala, selalu suka minum secawan air 100 plus bersama secawan air panas atau suam.. Tak pun Eyda campur sama banyak air 100 plus dengan air panas atau suam tu.. Memang sentiasa spare air 100 plus kat rumah..

Eyda dah lama tinggalkan panadol, gara-gara demam makin teruk selepas makan panadol.. Jadi fobia plak dengan panadol.. Lagipun tak bagus sangat makan panadol tu, kecuali laa terdesak sangat..




Eyda

uBaT oH uBaT

10/13/2015 08:52:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah suara Eyda makin baik dan semakin baik.. Eyda dah cuba beberapa petua, tapi macam lambat jer..

Kena plak beberapa kali nak ke farmasi dan seangkatan dengannya asyik terlupa jer walaupun bercuti di hujung minggu.. Akhirnya semalam selepas abis jer meeting, Eyda terus singgah ke farmasi yang berdekatan.. Eyda dapat laa beberapa ubat macam kat bawah nih..


Ubat antibiotik, ubat sakit tekak dan ubat untuk suara serak..


Alhamdulillah selepas Eyda makan semalam, pagi nih rasa okey sikit suara dan tekak Eyda.. Semoga suara Eyda pulih sepenuhnya dalam minggu nih.. Amin..


Eyda

Suara Menghilang?

10/09/2015 02:24:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jerebu nampaknya semakin baik, kesihatan Eyda plak yang kurang memuaskan..

Sebelum nih Eyda ada laa batuk sedikit masa keadaan jerebu yang meningkat teruk baru nih.. Eyda pun buat tak kisah laa, ingatkan sebab jerebu jer.. Kebetulan plak Eyda minggu nih memang busy dengan kursus dan mesyuarat di luar dan tak banyak masa kat opis..

Semalam sebelum bermula program explorace, Eyda ada rasa badan macam panas sebelah dalam sikit.. Tapi Eyda abaikan saja, sebab rasa macam okey lagi.. Tapi selepas abis handle program explorace, Eyda rasa suara Eyda dah makin menghilang..

Ingatkan tak lama laa sebabnya hari sebelumnya hampir jadi macam nih.. Tapi sangkaan Eyda meleset, sampai ke saat Eyda taip entry nih, suara Eyda masih teruk..

Sampai hari nih Eyda pesan kat kerani yang jaga kaunter yang Eyda tak mau terima sebarang call.. Kalau ada apa-apa, mintak diaorang mesej Eyda jer.. Nanti tak pasal jadi macam itik sembang ngan ayam.. Tak paham apa yang Eyda nak bagitau..

Sekarang pun badan ada rasa macam panas sebelah dalam badan skit.. Tekak pun dah rasa perit dan asyik rasa kering jer.. Eyda nih dah laa jenis banyak mulut, maunya kena banyak diam laa sampai suara kembali pulih.. Huhuhu..




Cara Mengatasi Suara Serak

Makan buah delima
Makan delima dengan serta-merta tetapi jangan lupa untuk mengeluarkan bijinya.

Minum limau nipis dan kicap Mencampurkan jus limau nipis dan kicap dan gaul rata dalam jus limau untuk menyembunyikan rasa yang masam

Memperbanyakkan meminum air putih

 Meminum air putih sebanyak-banyaknya juga boleh dijadikan penyembuhan untuk suara yang serak dan hilang. Anda tidak perlu mencampurkan dengan apa-apa, cuma minum air putih sebanyak-banyaknya.

Elakkan pendedahan kepada habuk

Persekitaran memang berpengaruh besar pada keadaan badan, maka ada baiknya kita menjaga khususnya saluran pernafasan kita agar menghindari persekitaran yang kotor dan berdebu kerana pasti akan membawa penyakit 
 

Berhenti merokok
Jika anda merokok dan kemudian mengalami suara hilang atau serak, anda perlu mula berhenti merokok daripada menjadi semakin parah.

Kurangkan bercakap

Ada baiknya anda berehat dengan mengurangkan bicara anda agar tekak anda dapat pulih dengan cepat. Bercakap dengan bisik-bisik boleh mengurangkan kita untuk bercakap 


Sumber diedit daripada http://tipskesehatanlengkap.com




Eyda

SaKiTnYa GiGi

7/30/2015 05:44:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Semua sihat? Tak kisah laa daripada segi mental dan fizikal.. Eyda rasa macam kureng ja dari kedua-dua segi tuh..

Mana taknya, gigi geraham Eyda yang hujung sekali sakit.. Sebelum nih dah pernah sakit gigi yang sama masa bulan Ramadhan yang lepas.. Eyda biar sampai gigi tuh hilang rasa sakit sendiri.. Apa lagi lepas tu terus lupa sakit kat gigi tuh..

Tetiba semalam, gigi tu mula rasa sakit balik.. Adoi, rasa macam nak cabut terus gigi tuh.. Ermm nampaknya kena tunggu gigi tuh kurang rasa sakit baru boleh ke klinik.. Bila teringat bab cabut gigi, terus rasa gerun.. Mana taknya, dah masuk angka puluh tahun tak cabut gigi nih..

Eyda nih penakut jugak bab macam nih.. Ingat lagi masa kecik, first time kena cabut gigi dalam umur 5 tahun.. Sampai ayah kena umpan nak beli aiskrim Cornetto baru setuju nak ke klinik cabut gigi.. Memang penakut betoi kan Eyda nih..


sumber google
 
 
Dah sakit sangat nih, sempat laa godek cari petua apa bagai yang boleh diguna pakai buat seketika.. Meh Eyda kongsikan kat sini untuk panduan kita bersama.. Kalau ada petua yang lain, sudi-sudikan lah berkongsi dengan Eyda..  
 
 
Petua Sakit Gigi

Bawang putih, itu ubat yang paling mujarab untuk mengubati sakit gigi anda, kerana bawang putih mengandungi sebatian antiseptik yang berfungsi membunuh bakteria penyebab sakit gigi anda.
  
 
Cara Merawat Sakit Gigi
 
Cara mengubati sakit gigi ini sebenarnya mudah sekali, ambil satu ulas bawang putih kemudian dibersihkan dan letakkan pada gigi yang berlubang atau sakit. Lakukan selama 5 minit, kemudian keluarkan bawang putih dan bilas mulut dengan air hangat.
 
Insyaallah gigi anda yang sakit akan sembuh dalam beberapa waktu. Jika anda masih merasakan sakit pada gigi anda, mungkin sakit gigi anda sudah terlalu teruk sehingga memerlukan pengendalian perubatan dari doktor secara langsung.
 
 
Kredit SUMBER
 
 
 
 


Eyda

SeLeSeMa DaN BaTuK

4/07/2015 05:07:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Semalam Eyda story pasal anak-anak sakit.. Hari nih nak story pasal diri sendiri plak.. Hari nih lambat entry menjelma kan..

Bukan apa, bila badan kureng sihat, abis semua mood ikut bersama.. Nasib kerja urgent dah disiapkan, tinggal beberapa kerja lagi nak kena disiapkan..

Bila selesema dan batuk menyerang, memang tak tahan rasanya.. Tuh tak termasuk, rasa nak demam, kepala pun ting tong skit.. Dan macam-macam lagi..


sumber

Sebenarnya, Eyda start selesema selepas balik dari main bowling hari Jumaat yang lepas.. Batuk baru jer menjengah hari Ahad baru nih.. Memang tak tahan rasanya.. Kena plak time nak tido.. Memang tak selesa sangat..

Nasib laa tak ada meeting minggu nih, kalau tak buat bising jer batuk-batuk dalam bilik mesyuarat.. Eyda paling tak suka kalau time batuk, ada banyak meeting sini sana.. Uuhh memang tak selesa jadinya.. Kalau tahan diri dari batuk, boleh sampai meleleh air mata menahannya..

Encik abang kata nak belikan madu.. Dia kata bagus makan madu tualang tuh untuk batuk.. Yang Eyda tau makan madu ngan habatussauda yang bagus.. Ada lagi petua untuk ubati batuk nih.. Eyda pernah baca dan dengar orang bagitau, tapi tak ingat plak Eyda.. Time macam nih laa tak ingat langsung petua apa bagai kan..

Huhuhu.. Tambah lagi satu di petang hari nih.. Suara Eyda dah ala-ala Ella nih.. Jap lagi boleh meyumbang mambangkan lagu.. Adoiii suara Eyda tetiba dah serak teruk.. Nampaknya kesihatan Eyda makin teruk, perlukah Eyda bercuti? Nantikan esok..





izzat

CHaRLie @ KuMBanG RoVe

4/06/2015 02:02:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Entry sebelum nih Eyda ada bagitau pasal anak-anak Eyda kan.. Meh Eyda story mory pasal apa yang dah berlaku kat diaorang tuh.. 

Anak-anak Eyda kena Charlie atau nama lain Kumbang Rove.. Selalunya Izzat yang kena serangga nih.. Tapi kali nih dengan Kimie sekali kena.. Pagi nih pakat tak mau ke sekolah kerana masing-masing mengadu sakit sangat..


Charlie @ Kumbang Revo


Eyda apa lagi bawa laa diaorang ke klinik.. Nasib laa dapat surat cuti sakit.. Lega skit, kalau tak Eyda kena buat surat kat cikgu diaorang.. Ermm lepas nih kena simpan laa krim sapu yang diaorang dapat tuh..

Boleh laa guna lagi bila kena Charlie nih.. Jom Eyda share skit info pasal Charlie atau Kumbang Revo..




Charlie nih suka kat kawasan yang ada cahaya atau lampu.. Jadi pada rumah sesiapa yang ada Charlie nih cuba laa tido jauh daripada cahaya atau lampu.. Kalau jumpa jangan picit dengan tangan tau.. Kalau ada pada lantai, guna kertas atau tisu untuk buangkannya.. Kalau ianya berada atas badan, hembus atau tiup.. Kalau terkena, cepat-cepat laa basuh kawasan tersebut dengan sabun dan air..

Ada member opis kata kalau tak salah boleh guna kapur kasut sapukan kat tempat yang kena Charlie.. Ada sesiapa ada petua lain kalau kena Charlie nih?





sakit

SeLeSeMa Laa PLaK

10/04/2014 06:02:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Rasa tak best plak bila tak update entry ari nih.. Biar pun kekurangan kesihatan sikit hari nih.. Semangat untuk blogwalking dan update entry berkobar-kobar..

Sebenarnya malam semalam rasa macam nak selsema.. Apa lagi telan ubat siap-siap.. Bangun pagi nih rasa sakit tekak skit, kering tekak dan berkahak..

Rasa macam nak demam pun ada juga nih.. Huhuhu dah lama benar tak rasa sihat macam nih.. Kureng semangat nak raya nih..


Gatal tekak.. hidung berair..
Kredit google

Semoga gugurnya dosa lalu dengan sakit nih..
Kredit I Luv Islam.com


Apa pun masak jugak untuk tengahari tadi.. Menu yang simple mample jer tengahari nih.. Ketam masak lemak cili padi dan ikan masak asam.. Jadilah, ada juga lauk untuk dijamah.. Malam nih mungkin tambah lauk skit..

Menu tengahari kami.. Ini yang tinggal..

Tadi sebelum taip entry nih, sempat jamah kek coklat moist hasil tangan hubby.. Dah selamat masuk perut.. Jom layan gambar sekeping..

Menu minum petang..

Okeylah nak rest-rest dulu.. Moga cepat sembuh.. Wish buat diri sendiri.. Korang mesti tengah sibuk buat persiapan untuk raya esok..



sakit

Demam Campak

11/30/2011 08:25:00 AM

Assalamualaikum semua.. Minggu lepas merupakan minggu yang mencabar bagi aku.. Mana taknya aku terpaksa sorang2 jaga izzat yang kena demam campak besaq..

Hari2 pertama hingga ketiga memang paling mencabar sebab dia asyik merengek sakit bila aku bagi mandi ngan sapu ubat sapu kat campak dia.. Malam2 kena pantau takut dia demam truk, risau jugak sebab dia penah jadi tarik kerana panas terlebih..

Tapi alhamdulillah ada member tolong carikan daun mambu. Aku gunakan daun ni  untuk mandian izzat ngan lapik bawah tempat tido dia.. Daun 2 jugak aku jadikan sebagai benda untuk menggaru badannya bila dia terasa gatai.. Syukur la dia mau jugak dengar cakap aku jangan garu ngan makan benda2 yang gatai..

Aku ada jugak bagi dia minum air kelapa bagi cepat keluar campak dalam badan.. Lagipun takut jugak ada campak yang tak keluar dari badan dia.. Alhamdulillah setelah seminggu ni campak dia makin sembuh elok.. Cuma tunggu campak 2 baik ja.. Sebab tengok banyak biji campak dah mengering ngan dah ok..

Izzat, ibu doakan semoga Izzat cepat sembuh dan baik seperti sediakala.. Sekarang dia berada di kampung.. Minggu lepas tak dapat antar balik kampung sebab ada baby kecik kat kampung.. Mau tak mau terpaksa la jaga sendiri..

sakit

Tangan Luka

9/07/2011 09:14:00 AM

Assalamualaikum semua.. Masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin..

Hari ahad baru ni petang, masa untuk aku membasuh pinggan mangkuk, cawan, canca, garpu, periuk termasuk la pisau.. Mana taknya dah penuh sinki.. Sekejap2 jer dah penuh.. Sehari ntah berapa kali basuh pun tak tau.. Nak dijadikan citer, lepas aku basuh pisau, lepas aku letak pisau kat tempat pisau, camca apa tu.. Tetiba jer tempat letak camca tu jatuh, tak semena2 pisau jatuh terkena di tepi pergelangan tangan aku.. Masa kena tu aku tak berasa apa lagi, cuma berasa ada benda kena tangan jer.. Ntah macam mana aku tertengok tangan aku terkena pisau.. Panjang jugak luka tu, sepanjang kapas kat plaster yang slalu kita guna untuk plaster luka kita tu.. Ternampak la isi putih, tapi masa tu darah tak keluar lagi, dan tak berasa sakit lagi.. Panik jugak aku masa tu, tinggal abis semua pinggan mangkuk dalam sinki tu pi cari plaster sebab darah baru mula keluar..

Masa aku plaster tangan aku, sempat jugak aku call hubby aku bagitau pasal tangan aku tu.. Nasib baik dia ada kat kedai yang dekat dengan rumah.. Terus hubby aku balik.. Dia tanya macam mana boleh kena, macam2 la soalan ada.. Dia cakap tak boleh trus plaster macam tu.. Pas tu dia bukak la plaster kat tangan aku, dia cuci luka dan boh ubat skit.. Dia balut tangan aku elok2 dan dia suruh aku berehat.. Siap pesan kat anak2 jangan kacau ibu.. Lega jugak la hubby belum balik ke KL lagi, kalau tak ntah macam mana la keadaannya.. Dah la aku ni seriau nak tengok luka2, darah nih.. Thanks sayang..

Blog yang Diikuti