resepi

Resepi Ketam Masak Telur Masin

5/21/2018 04:07:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Jangan marah tau bila mana Eyda berkongsi resepi kat sini. Manalah tahu nanti ada yang marah Eyda pula post gambar makanan kat sini.

Hari ini Eyda nak berkongsi resepi yang Eyda cari dalam Google. Yelah, ini kali pertama Eyda masak Ketam Masak Telur Masin. Gigih tau cari resepi yang paling mudah dan simple. Yang pastinya sedap.




RESEPI KETAM MASAK TELUR MASIN

Hidangan 1-2 orang

Bahan-bahan :
1 ekor Ketam Bunga sederhana besar 
5 biji Cili Padi (ikut selera dan kepedasan masing-masing)
1 tangkai Daun Kari
1 sudu besar Butter (Eyda guna Buttercup)
2 biji Telur Masin - bahagian kuning telur (Eyda guna 1 1/2 biji telur kuning dan 1/2 biji telur putih)
1 sudu kecil gula
3 sudu besar Susu Cair (Eyda gantikan dengan santan)
2 biji Bawang Putih (diketuk)
Garam
Serbuk Kunyit
Minyak Masak (untuk menggoreng)


Cara-cara :
1. Rebuskan telur masin sehingga masak, asing dan hancurkan 1 1/2 biji kuning telur dan ditambah 1/2 biji bahagian putih telur masin. Ketepikan.
2. Bersihkan ketam dan potong kepada dua dan letakkan garam dan serbuk kunyit untuk menggoreng. 
3. Gorengkan ketam dengan cara tenggelamkan ketam di dalam minyak yang panas. Jika ingin kurangkan kuantiti minyak, pastikan ketam digoreng dengan sempurna. Ketepikan.
4. Tinggalkan 1 sudu besar minyak di dalam kuali dan masukkan butter dan tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sehingga naik bau.
5. Masukkan telur masin yang telah dhancurkan tadi. Gaul rata.
6. Masukkan santan dan gula. Kacau rata dan tunggu sehingga kuah sedikit berbuih.
7. Masukkan ketam dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.


Resepi diolah semula dari Kak Zila@zila4ever

Moga resepi yang Eyda kongsikan ini hasil daripada olahan semula ini mampu memberikan idea dan manfaat kepada yang membaca. Selamat mencuba ya.


resepi

Resepi Daging Masak Kicap

5/20/2018 03:56:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah dah memasuki hari ke-4 kita berpuasa hari ini.

Memandangkan ada yang meminta Eyda memberikan resepi air tangan Eyda. Disini Eyda cuba coretkan resepi bagi menu juadah berbuka Eyda sekeluarga.

Resepi ada dari hasil pencarian di dalam Google dan diubah mengikut kesesuaian sendiri.

Daging Masak Kicap


RESEPI DAGING MASAK KICAP

Bahan-bahan

Bahan Perapan
250-300gm Daging dipotong nipis
2 camca besar Sos Tiram (ikut kesukaan)
2 camca besar Serbuk Kari Daging
2 camca besar Kicap Lemak Manis
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
*1/2 biji Bawang Besar
*3 ulas Bawang Putih
* kisar / tumbuk / hiris halus

1 inci Halia dipotong halus
5 biji Cili Padi (ikut selera sendiri)
1/2 biji Bawang Besar dipotong
2 tangkai Daun Kari
Minyak masak
Air

Cara-cara
1. Perap daging bersama bahan perapan terlebih dahulu. Memadai perap beberapa ketika.
2. Panaskan minyak ke dalam kuali. Masukkan bahan kisar dan halia,  tumis hingga naik bau.
3. Masukkan perapan daging ke dalam kuali. Kacau rata.
4. Masukkan air ikut kesukaan.  Banyakkan jika inginkan lebih kuah.
5. Masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi. Biarkan seketika sehingga betul-betul masak.
6. Tutup api dan siap.




resepi

Resepi Nasi Goreng 3 Minit oleh Kimie

9/18/2017 12:49:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini Eyda nak kongsi perihal anak Eyda si Kimie tu. Baru-baru ini, Kimie ada bagitau yang dia nak masak nasi goreng untuk Eyda makan.

Jadinya, Kimie terus ke dapur dan ambil semua bahan, cuma bawang jer dia minta Eyda potongkan. Lainnya dia buat sendiri. Dapat juga Eyda merasa air tangan anak sendiri kan.

Sebenarnya, inilah nasi goreng paling mudah yang boleh disiapkan dalam masa 3 minit sahaja. Bahan pun agak mudah, ikut kepada selera masing-masing.

Kalau ikutkan, resepi ini sesuai untuk kanak-kanak yang minat untuk belajar memasak. Sebagai perangsang untuk dia masak lagi di masa akan datang.


RESEPI NASI GORENG 3 MINIT



Bahan-bahan
Nasi 
Seulas Bawang Besar (saiz kecil) / Bawang Merah
3 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Chili Flakes (ikut kesukaan)
Minyak 
* Tambahkan ayam, daging dan sebagainya jika suka.

Cara-caranya
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak ke dalam kuali.
2. Masukkan bawang besar / bawang merah yang dipotong halus ke dalam minyak yang dipanaskan.
3. Setelah bawang telah naik bau, masukkan sos tiram ke dalam kuali dan kacau rata (tambahkan ayam dan daging sekiranya suka).
4. Masukkan nasi ke dalam kuali dan gaul hingga sebati.
5. Masukkan chili flakes dan gaul sebati bersama nasi tadi.
6. Siap! Nasi goreng sedia untuk dinikmati.





Mudah sangat nasi goreng nih, tak memerlukan bahan yang banyak dalam penyediaannya. Kanak-kanak pun mampu memasak dengan pengawasan orang dewasa.



info

Resepi Jus Susu Kurma Nabeez

5/31/2017 12:35:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah kita masih dapat menjalani ibadah puasa lagi pada hari ini. Sahur apa pagi tadi? Moga ianya mampu memberikan tenaga buat kita untuk berpuasa sepanjang hari.



AIR NABEEZ

Pernah dengar Air Nabeez? Mungkin ada yang pernah dengar dan amalkan, tidak ketinggalan yang tak pernah dengar tapi tahu fungsinya.

Okaylah, hari ini Eyda nak kongsikan apa itu air nabeez. Selain itu, Eyda akan kongsikan kenapa ia sesuai untuk anda amalkan.

Air Nabeez Kurma dan Air Nabeez Kismis


Air Nabeez merupakan air rendaman semalaman kurma atau kismis dan merupakan salah satu amalan pemakanan Rasulullah S.A.W. Ianya sunah untuk diamalkan.

Air Nabeez ini mengandungi alkali yang berkhasiat untuk mengeluarkan racun berbahaya dari dalam tubuh serta membantu proses pembuangan asid berlebihan dalam perut dan mampu memperbaiki sistem pencernaan tubuh.

Kandungan serat yang ada di dalam air nabeez ini dapat melancarkan proses pencernaan, menajamkan akal fikiran agar sentiasa fokus pada sesuatu dan menguatkan ingatan agar tidak mudah lupa.


Cara Membuat Air Nabeez Dengan Kurma

Air Nabeez Kurma


1  Ambil beberapa biji buah kurma (disarankan dalam jumlah yang ganjil)
Air suam segelas untuk rendam buah kurma (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum air rendaman kurma ini ketika sahur keesokkan harinya. Buah kurma ini mudah untuk dimakan kerana ianya menjadi lembut.


Cara Membuat Air Nabeez Dengan Kismis

 
Air Nabeez Kismis


1  Ambil segenggam buah kismis
Air suam segelas untuk rendam buah kismis (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum air rendaman kismis ini ketika sahur keesokkan harinya.



JUS SUSU KURMA DENGAN AIR NABEEZ

Jus Susu Kurma Dengan Air Nabeez ini merupakan gabungan air Nabeez dan Jus Susu Kurma. Fungsinya sama dengan air nabeez tapi ianya memberi lebih tenaga pada pengamalnya. Sesuai diamalkan ketika berpuasa untuk memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari.



Cara Membuat Susu Kurma Nabeez

1  Ambil beberapa biji buah kurma (disarankan dalam jumlah yang ganjil)
Air suam segelas untuk rendam buah kurma (rendamlah sekitar 8-12 jam atau rendam sebelum tidur)
3  Tutup gelas tersebut dengan penutup gelas atau penutup plastik
4  Minum separuh gelas air rendaman kurma ini ketika sahur keesokkan harinya.
5  Kisarkan atau blender lebihan air nabeez tadi. Anda boleh tambahkan susu untuk menjadikannya segelas sebelum kisar atau anda juga boleh tambah susu selepas kisar air nabeez tadi.
Anda boleh menggunakan sebarang jenis susu segar, susu UHT atau susu kambing. Tidak digalakkan menggunakan susu tepung atau susu pekat manis.


Tips!

Anda disarankan minum air jus susu kurma dengan air nabeez ini selepas sahur. Anda juga boleh menambah serbuk kulit kayu manis atau kacang almond cincang untuk menambahkan kesedapan jus susu kurma dengan air nabeez.



Rujukan :
http://www.tribunnews.com/ramadan/2015/07/07/air-nabeez-infused-water-kurma-kegemaran-rasulullah
http://www.aktualita.co/keutamaan-manfaat-dan-cara-membuat-nabeez-air-rendaman-kurma-kesukaan-rasulullah-saw/4164/
https://inkesehatan.blogspot.my/2015/07/manfaat-air-nabeez-minuman-kesehatan.html
Facebook

Gambar :
Sumber dari Mr. Google



resepi

Resepi Ringkas Daging Masak Merah

9/29/2016 04:42:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama kan tak cerita pasal makan bahkan kongsi resepi.. Hari ini memandangkan Hari Raya Aidiladha baru dua minggu berlalu, Eyda nak berkongsi resepi ringkas dan mudah.

Resepi ini sesuai untuk yang bujang dan tidak mempunyai banyak masa untuk memasak di rumah..


RESEPI MUDAH DAGING MASAK MERAH


Bahan-bahan

500gm daging (dipotong nipis atau kecil)
1 labu bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
11-13 batang cili kering (dikisar) - ikut citarasa dan tahap kepedasan anda suka
Sedikit air (untuk kisar)
Minyak masak
Garam secukup rasa 
2 tangkai daun kari (untuk mewangikan masakan)
1 batang serai - diketuk (jika ada)


Cara-cara

1. Kisarkan bawang besar, bawang putih dan cili kering.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi. Biarkan seketika.
3. Kemudian masukkan daging yang telah dipotong tadi.
4. Setelah kuah telah mendidih, masukkan garam dan serai.
5. Masak sehingga kering atau ikut citarasa anda.
6. Sebelum tutup api, masukkan daun kari.
7. Siap.



Selamat mencuba.. Anak-anak Eyda punya suka hidangan nih, siap ulang beberapa kali masak menu yang sama.. Gambar di atas pun dah tinggal sikit, nasib dapat snap juga.


makan

Resepi Tomyam Kaki Ayam

3/30/2015 10:17:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Salam Isnin buat semua.. Mesti ada yang tak berapa ada mood hari nih.. Biasa laa hari pertama mula kerja..

Ermm minggu lepas Eyda banyak berkongsi resepi apa bagai kan.. Hari nih pun Eyda nak sambung lagi.. Nih laa menu yang menaikkan selera Eyda di hari minggu baru nih..

Bukan Eyda jer yang berselera.. Abis sekeluarga berselera makan.. Sampai ada sesi ratah meratah lagi.. Itu tak kira bab ulang makan apa bagai.. Hehehe..

Korang tengok gambar pun dah tau kan apa menunya.. Apa lagi kalau bukan Tom Yam.. Ini menu tomyam kaki ayam ya.. Eyda tau ada kat sini mungkin tak suka makan kaki ayam nih, boleh jer tukar dengan bahan yang lain.. Eyda guna kaki ayam sebab anak-anak dan husband suka..


Tom Yam Kaki Ayam


Bahan-bahan

* 1 kg kaki ayam

* 2 peket perencah tomyam

* 2 kiub tomyam

* 2 biji tomato bersaiz besar (boleh tambah jika suka)

* 1 peket jagung muda

* 2 biji lobak merah

* 1/4 bunga kobis

* 3 batang serai

* 5 helai daun limau purut

* 1 biji bawang besar (dipotong 4)

* 5 biji cili padi (diketuk)

* Garam secukup rasa


Cara-caranya

# Buangkan bahagian kuku ayam dan bersihkan. Kemudian rebus kaki ayam tersebut ke dalam periuk sehingga mendidih untuk memudahkan membuang lebihan kulit yang berwarna kuning dan mengurangkan lemak pada kaki ayam tersebut.

* Masukkan kaki ayam yang telah dibersihkan sepenuhnya ke dalam periuk.. Eyda guna periuk nasi elektrik.

* Masukkan air sehingga menenggelamkan kaki ayam tersebut. Masukkan perencah tomyam, kiub tomyam, serai, daun limau purut dan tomato.

* Biarkan sehingga mendidih atau kaki ayam lembut.

* Baru masukkan bawang besar, cili padi, jagung muda, lobak merah, bunga kobis.

*  Biarkan seketika. Kemudian boleh angkat untuk dihidangkan.

* Selamat mencuba!


# Boleh tambah sayuran yang lain seperti kobis. Eyda letak yang menjadi pilihan keluarga dan Eyda boleh makan sahaja.


Untuk menu ni jer, memang bertambah-tambah laa diaorang makan.. Lastly, makan tomyam nih bersama dengan megi.. Huhuhu memang terbaik laaa..




 


resepi

Resepi Nasi Goreng Simple

3/27/2015 03:18:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Minggu nih Eyda banyak story pasal makan jer kan.. Mungkin selera dah ke laut, mungkin dengan up entry sebegini dapat mengembalikan selera Eyda yang ntah menghilang ke mana..

Semalam pun Eyda dah story yang Eyda kurang selera makan.. Sebenarnya dah banyak hari Eyda hilang selera nak makan nih.. Siang ok lagi masih makan, bila malam menjelma, selera makan ntah hilang ke mana.. Tak terasa nak makan pun.. 

Jom share menu-menu yang menarik ngan Eyda, manalah tau dengan menu-menu yang simple dan sedap boleh menambahkan selera Eyda nih..

Okey laa, Eyda nak share resepi nasi goreng simple dengan korang.. Anak-anak selalu mintak Eyda masak nasi goreng nih.. Simple, sedap dan cepat..


Nasi Goreng Simple



Bahan-bahan

* Nasi putih

* Sambal belacan (Eyda guna lebihan beli nasi bawal)

* Kicap

* Minyak masak untuk menggoreng


Cara-caranya

* Gaulkan sambal belacan dengan nasi putih sehingga rata ke semua nasi

* Panaskan minyak masak, dan sedia untuk menggoreng nasi yang telah digaulkan dengan sambal belacan tadi

* Tuangkan kicap, gaul lagi sehingga rata

* Angkat dan sedia untuk dimakan


# Boleh dimakan bersama ikan bilis goreng dan telur mata.. Anak-anak siap bagitau tak mau ikan bilis.. Cuma nak makan dengan telur mata jer..







resepi

Resepi Ayam Masak Kicap

3/24/2015 04:33:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sehari Eyda tak bersiaran ya.. Tak sempat nak buat autopublish entry dan memang tak sempat nak menaip entry..

Memandangkan semalam Eyda masak ayam masak kicap jadinya hari nih Eyda nak kongsi resepi ayam masak kicap.. Alaa resepi simple-simple jer pun..


Ayam Masak Kicap

Sori pinggan agak comot untuk tontonan.. Almaklum sajalah dah lepas makan nasi baru terhegeh-hegeh nak snap gambar..


Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)

* 1/4 ekor ayam atau ikut kesesuaian family korang

* 1 biji bawang besar (dipotong halus)

* 3 ulas bawang putih (dicincang halus)

* 1 1/2 sudu cili giling (ikut tahap kepedasan yang anda ingini)

* Sos tiram secukup rasa

* Kicap secukup rasa

* 3 biji cili padi - dipotong kecil (ikut tahap kepedasan yang anda inginkan)

* Air (ikut banyak mana kuah yang anda ingini)



Untuk menggoreng ayam

* Garam

* Serbuk kunyit

* Minyak masak


Cara-caranya

* Gorengkan ayam sehingga masak dan ketepikan

* Tumiskan bwang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

* Masukkan cili giling dan gaulkan seketika.

* Masukkan sos tiram, kicap dan air. Biarkan mendidih seketika.

* Masukkan ayam goreng dan biarkan mendidih dan tutup api..

* Angkat dan sedia untuk dimakan. 







makan

ReSePi SaMBaL JeRiNG iKaN BiLiS

3/08/2015 03:13:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada sesiapa suka makan jering tak kat sini? Eyda nih nak kata suka sangat tuh tak laa. Tapi dalam kategori makan jugak jering nih kalau ada.. Kalau tak ada memang tak mencari laa..

Okey, baru nih ada kawan Eyda bagi jering, Eyda pun punya memikir nak masak apa dengan jering nih.. Yelah sepanjang Eyda kawin tak pernah masak jering nih.. Kalau petai tuh dah banyak kali laa..

Setelah digodek mencari resepi di internet.. Makanya inilah hasilnya menu yang berasaskan jering.. Ini merupakan kali kedua Eyda mencuba resepi nih, alhamdulillah hasilnya tidak menghampakan..




Bahan-bahan

2 ulas bawang putih -dipotong halus

1 biji bawang merah atau bawang besar -dipotong halus (Eyda guna bawang besar jer)

Beberapa biji jering - dipotong nipis

Segenggam ikan bilis (sesuaikan dengan jering yang akan dimasak)

5 Sudu cili giling - ikut kepada kepedasan yang diingini

Secubit garam atau sesedap rasa

2 1/2 sudu gula

Air (ikut pada kesukaan masing-masing)

Sedikit minyak untuk menggoreng dan masak


Cara-caranya

* Jering digoreng sehingga separuh masak dan diketepikan

* Ikan bilis digoreng sehingga garing dan diketepikan

* Tumiskan bawang besar dan bawang putih

* Bila dah naik bau, masukkan cili giling sehingga pecah minyak

* Masukkan gula, garam, dan air.. Biarkan mendidih..

* Masukkan kering dan ikan bilis..Biarkan seketika, boleh angkat dan hidangkan..

* Sedia untuk dimakan..




makan

AiSkRiM VaNiLa KaRi

3/07/2015 05:52:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih Eyda nak kongsi hasil percubaan Eyda mencuba resepi yang dikongsikan oleh kak Farrah MF.. Ini entry dari kak Farrah..

Sedap rupanya aiskrim vanilla kari nih.. Walaupun batuk, gatal tangan dan mulut jugak nak buat dan merasa keenakannya.. Amboii ayat tak ingat dunia, tak padan dok batuk.. Hehehe..



Aiskrim vanila kari


Inilah hasil percubaan Eyda.. Anak-anak pun turut merasai kesedapannya.. Okey selamat mencuba ya pada yang ingin merasai kesedapannya.. Sedap makan time cuaca panas macam sekarang nih..





makan

Resepi Puyuh Goreng Spicy

10/25/2014 01:19:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari nih Eyda nak story mory pasal puyuh.. Dah dua hari beli puyuh frozen.. Beli hari Khamis dan semalam hari Jumaat..

Harga pun okey jer untuk sepeket, puyuh nih siap proses tau.. Balik boleh masak jer.. Beli pun sebab tau anak-anak suka makan puyuh goreng..

Ada 5 ekor burung puyuh dalam satu peket.. Okeylah dengan harga hanya rm11 jer sepeket tuh.. Meh ushar skit rupa puyuh yang dah siap diproses dan difrozenkan..


Puyuh Frozen


Resepi Puyuh Goreng Spicy

Puyuh Goreng Spicy


Bahan-bahan

2 Ekor Puyuh (lebih pun boleh ikut korang laa)
Garam
Serbuk Kunyit
Serbuk Kari Daging
Tepung Jagung


Cara-cara Penyediaan

* 2 Ekor Puyuh dipotong 4 atau lebih (ikut korang nak potong besar mana)

* Gaulkan puyuh dengan garam, serbuk kunyit, serbuk kari daging dan tepung jagung sesuaikan dengan puyuh

* Panaskan minyak dalam kuali

* Pastikan minyak betul-betul panas barulah goreng puyuh sehingga garing.. Goreng dengan api yang sederhana

* Angkat dan sedia untuk dimakan


Sedap tau korang, cuba laa.. Rasa macam ayam goreng KFC tuh.. Yang nih lagi sedap.. Siap makan dengan sos cili lagi.. Hehehe..




event

JaMuaN KeLaHiRaN & ReSePi PuDiNG MaRbLe

8/28/2013 11:15:00 AM

Assalamualaikum semua.. Jamuan apa plak nih kan.. Ni lah lebih kurang tajuk surat yang cikgu bagi untuk Kimie dan kengkawan dia yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Julai-Disember..

Memandangkan birthday Kimie kena pada 13 Julai 2013 bersamaan bulan  Ramadhan yang lepas makanya kali nih prepare apa yang patut untuk dibawa ke sekolah pada hari ganti sekolah ari Sabtu yang lepas..

Meh la layan hasil buah tangan yang dihasilkan malam sebelum nak bawak kat sekolah.. Oppss terlupa nak snap hasil bungkusan puding marble ngan sumi laici ngan strawberi.. Kalut nak bawak pegi sekolah punya pasal, sampai terlupa nak snap.. Hehehe..




Ni lah hasil Puding Marble.. Buat dua kali tau sebabnya tak cukup.. Hehehe salah kiraan..




Adiah dari cikgu.. Terima kasih Cikgu Nor Aishah..



Inilah rupanya adiah dari cikgu..



Meh nak berkongsi resepi Puding Marble yang terhasil dari tangan sendiri.. Resepi ni pun dikorek dan diselongkar dalam internet.. Sori terlupa plak tuan punya resepi nih, maaf ye tuan empunya resepi.. Ermm lama betoi tak buat puding, nasib menjadi.. Hehehe..




RESEPI PUDING MARBLE

Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )

- saya buat semuanya dalam gandaan dua cuma telur saya kurangkan 2 biji untuk gandaan 2 dan sukatan gelas saya guna cawan plastik..
  • 2 gelas air 
  • 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
  • 2 Gelas susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar mentega/majerin
  • 1 sudu besar serbuk koko(sy gn choc emulco)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 gelas gula (sy gna 2/3 gelas)

Cara-cara

  1. Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
  2. Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
  3. Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.


Apapun puding nih memang sedap laa sesedap rasa.. Tak terlalu manis atau tawar.. Memang sedap.. Kalau nak sedap lagi makan bersama susu duch lady full cream @ susu segar atau pun bersama coklat yang dicairkan.. Boleh dibuat pencuci mulut..



Ok la nantikan entry perihal basikal baru Kimie plak.. Banyak sungguh entry baru nak coret kat sini.. Penat karang citer ngan upload gambar.. Hahaha..





resepi

ReSePi PaPRiK AyaM

8/16/2013 04:43:00 PM

Assalamualaikum semua.. Masih dalam mood berpuasa.. Jadi apa lagi mengambil kesempatan yang ada untuk berpuasa.. Alhamdulillah dah banyak ari berpuasa.. Disebabkan dah tak tau nak masak apa, kelmarin mendapat ilham masak paprik ayam.. Tak sangka menjadi plak, yelah resepi pun cilok dari internet..

Tapi edit2 la skit ikut kegemaran sendiri dan anak2.. Anak2 lebih sukakan sayur dan kuah dari ayam.. Tuh yang letak sayur banyak skit.. Kalau makan tomyam pun sama, suka makan sayur dan kuah jer lebih..

Ok la jom tengok resepi yang simple mample kat sini.. Kot lepas nih dah tak payah nak beli kat kedai makan, masak sendiri jer kat umah..





Bahan-bahan (4-5 orang)
* 150 gram isi ayam - direbus (saya guna dua ketul ayam yang bahagian isi)
* 1.5 inci halia - diracik halus
* 3 ulas bawang merah - diracik halus-halus (saya guna 1 biji bawang besar jer yang saiz sederhana)
* 1 batang serai - diketuk
* 4 sudu cili boh (saya letak cili giling)
* 5 helai daun limau purut - disiat-siat (saya tak siat pun daun limau purut)
* 6-7 biji cili padi - diketuk (saya guna 3 biji saja sebab cili padi yang ada pedas sangat)
* Kubis bunga
* Kacang panjang (saya tukar guna jagung muda - abiskan sayur yang ada)
* Lobak merah (saya guna sebiji bersaiz sederhana)
* Kicap Cap Kipas Udang - Lemak Manis (korang guna la kicap yang ada di rumah ja)
* Sos tiram
* Garam & Pasti Sedap (atau yang korang suka)

Cara-cara
1. Rebuskan isi ayam dengan kuantiti air yang sederhana.. Saya just bagi tenggelam jer ayam tuh dalam periuk kecil. Tujuan rebusan ini untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. Rebus sekejap jer.

2. Tumis halia, bawang besar dan serai sehingga garing dan berbau wangi. Masukkan cili giling. kacau hingga wangi lepas tu masukkan kicap, garam dan pasti sedap secukup rasa.

3. Masukkan isi ayam yang telah direbus dan juga stok ayam ke dalam bahan-bahan yang telah ditumis tadi. (Kalau inginkan kuah pekat, masukkan sedikit tepung jagung). Kacau dan biarakan selama 2 minit. (Kalau nak tukarkan ayam kepada udang, sotong atau daging pun boleh. Ikut kesukaan korang masing-masing).

4. Selepas itu, masukkan pula daun limau purut, cili padi, kubis bunga, jagung muda dan lobak merah. Kacau sehingga sebati. Akhir sekali baru dimasukkan sos tiram.


Ok, sudah siap.. Boleh makan sekarang..





resepi

ReSePi aYaM GoReNG oReGaNo BeRLaDa

2/26/2013 04:58:00 PM

Assalamualaikum semua.. Saja kali ni nak kongsi dengan korang resepi ayam goreng oregano berlada.. Sebenarnya resepi ni tercetus hasil kemerapuan aku baru-baru nih.. Sesaja nak bagi kelainan skit pada menu biasa yang di masak.. Ni hasil kali kedua aku masak menu nih.. Ni dah banyak kena rembat dengan aku ngan Kimie..



Resepi Ayam Goreng Oregano Berlada

Rujukan : Diri sendiri ler


Bahan-bahan

1/4 ekor ayam yang telah dibersihkan dan dipotong mengikut saiz yang korang suka
Oregano (ikut kesukaan masing-masing - boleh tukar dengan Mixed Herb kalau tiada oregano)
Serbuk lada (ikut banyak mana yang korang suka)
Serbuk kunyit (ikut kesesuaian bahan-bahan)
Garam (ikut kesesuaian)

Cara-caranya

Perapkan ayam bersama Oregano, serbuk lada, serbuk kunyit dan garam seketika. Biarkan hasil perapan ini meresap masuk ke dalam ayam.

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing.. Rupanya seperti dalam gambar kat atas nih.

Setelah masak apa lagi, angkat masuk pinggan dan makan ler bersama nasi atau makan begitu saja sementara masih panas-panas.



Aku rasa kalau korang try mesti nak makan lagi nanti.. Sekian entry yang nak menempek jugak dalam blog nih..

Mesti korang menyampah kan asyik nak nyibuk ja dalam blog nih.. Sila abaikan kegilaan aku dalam berceloteh.. Hahaha.. Jumpa lagi dalam entry akan datang..

Sebenarnya ari ni nak publish pasal aktiviti anak-anak kat sekolah ari ni.. Disebabkan ada masalah dengan gambar yang nak ditempekkan di dalam blog ni masih dalam proses penambahan.. Jadi aku akan publishkan dalam entry yang akan datang..






Blog yang Diikuti