berita

Penyampai Baru HotFM

3/02/2016 09:24:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Selepas Fara Fauzana berhenti daripada menjadi penyampai radio.. AG, Liza dan Ikhwan berundur daripada HotFM.. Kini Hot FM menampilkan penyampai yang baru menggantikan mereka..

Pengumuman penyampai baru HotFM ini berlangsung pada majlis Pelancaran KoolFM yang diadakan semalam iaitu 1 Mac 2016..

Jom kita tengok barisan penyampai radio Hot FM yang baru.. Mereka akan bermula ke udara esok 3 Mac 2016..




Penyampai yang akan menemani Fizie bagi slot Geng Pagi Hot ialah Haziq dan Ajak.. Segmen ini akan ke uadara bersama anda bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi..


Penyampai yang akan menemani Tun Nadia di dalam slot Muzik Hot ialah Rea.. Mereka akan menemani anda dari jam 10.00 pagi hingga 4 petang..


Manakala Issey dan  Ammar akan menemani Deen di dalam segmen Jam Hot dari jam 4.00 petang hingga 8.00 malam..


Memperkenalkan El akan ke udara di dalam segmen Mega Muzik Hot dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam..


Nak tahu best ke tak best gandingan baru nih? Jom cuba dengar seawal jam 6.00 pagi esok..




Info dan gambar kredit dari IG HotFM976



berita

Pelancaran KoolFM

3/01/2016 10:37:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Mesti ada yang dah perasankan kehadiran stesen radio yang baru kan.. Yelah dalam instagram dan page facebook Hot FM dah banyak hint tentangnya..

Pengunduran AG, Liza dan Ikhwan secara serentak lagi menguatkan tanggapan bahawa ada stesen radio baru akan hadir..

Untuk pengetahuan semua, hari ini tanggal 1 Mac 2016, pihak Media Prima telah melancarkan sebuah stesen radio baru iaitu Kool FM.. Ianya hadir selepas rangkaian stesen radio sedia ada di bawah naungan Mdia Prima iaitu FlyFM, HotFM dan One FM..





Unik kan nama stesen radio baru nih.. Hehehe kiranya bertentangan dengan HotFM laa kan.. Apapun Kool FM ini menampilkan AG, Liza dan Ikhwan daripada penyampai Hot FM, Haiza, Farid dan Ezaq sebagai muka baru.. Tidak ketinggalan Sealan Paul sebagai bos Kool FM..

Stesen radio Kool FM akan memulakan siarannya secara rasmi bersama penyampai baru ini pada 3 Mac 2016 di frekuensi 101.3 fm bagi penduduk Lembah Klang dan 90.2 fm bagi penduduk sekitar Pulau Pinang..


Penyampai Kool FM bersama Sealan PAul selaku bos Kool FM

Jom kita berkenalan dengan penyampai Kool FM..

Barisan penyampai di Kool FM

Penyampai yang akan ke udara di Pagi Hari Kool ialah AG dan Haiza.. Mereka akan ke udara dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi..



Penyampai Liza akan mengendalikan Segmen Muzik yang akan ke udara dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang..


Bagi Petang Kool, penyampai Ikhwan dan Farid akan mengendalikan dari jam 3.00 petang hingga 8.00 malam..


Akhir sekali memperkenalkan penyampai Ezaq yang akan mengendalikan Malam Kool.. Beliau akan ke udara dari jam 8.00 malam sehingga tengah malam..


Eyda dah cuba dengar siaran baru nih hari ni.. Lagu-lagunya best untuk didengar.. Tak percaya? Cuba dengar..

Untuk melihat lebih banyak gambar di majlis pelancaran Kool FM anda boleh layari instagram Kool FM di @koolfmmy atau di facebook Hot FM.. Anda juga boleh mencarinya dengan menggunakan hashtag #flyhotonekool atau #koolfmmy



Info dan gambar kredit daripada IG KoolFM..







berita

Rumah Rosak Ketika Hujan Lebat

9/23/2015 02:03:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Ada yang dah bercuti? Yang mana dah bercuti, selamat bercuti diucapkan.. Yang mana masih bekerja, selamat menjalankan tugas..

Eyda hari nih nak citer peristiwa yang berlaku sekitar waktu Asar hari Ahad (20 September 2015) yang lalu.. Kalau ikutkan waktu itu hanyalah hujan lebat sahaja..

Tak sangka ada angin kuat sehingga menerbangkan sebahagian bumbung nih.. Eyda pun terkejut dan bersimpati dengan apa yang berlaku..

Kejadian ini telah menimpa rumah mak ayah sahabat Eyda masa kecil, dalam erti kata yang lain jiran selang sebuah daripada rumah mak ayah Eyda..

Kejadian itu juga telah merosakkan sebahagian bumbung tingkat atas rumah mak ayah sahabat Eyda nih.. Selain itu, banyak barangan di dalam rumah turut sama rosak.. Ada lantai tingkat atas yang rosak dan berlubang sehingga menyebabkan bahagian bawah rumah turut sama basah..

Kejadian menyebabkan sahabat Eyda terpaksa mengemas rumah, memindahkan sebahagian barang dan tinggal di rumah adik beradiknya yang terdekat..


Dari depan rumah

Sisi yang rosak

Bahagian belakang yang rosak


 
Eyda baru sahaja dapat menghubunginya melalui FB, khabarnya mereka akan meruntuhkan bahagian tingkat atas yang rosak dan membaiki rumah tersebut.. Semoga sahabat Eyda dan keluarganya tabah dalam menghadapi ujian ini..
 




berita

Imam Masjid Negara Ditampar Ketika Solat Jumaat

9/18/2015 05:05:00 PM





Kuala Lumpur: Solat Jumaat di Masjid Negara, di sini, terhenti seketika apabila serang lelaki, dipercayai bangsa Arab tiba-tiba mengamuk.

Kejadian berlaku ketika Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, sedang membacakan surah pada rakaat pertama, apabila lelaki itu datang ke hadapan dan menolaknya, seolah-olah mahu menjadi imam.

Melihat Mohd Zuhairee meneruskan bacaan, lelaki itu menamparnya sebelum pasukan keselamatan tampil mengheret lelaki itu keluar daripada ruang solat utama.

Mohd Zuhairee kemudian meminta makmum mengulangi solat yang diimamkannya.



Sumber berita whatsapp dan astro awani..


Blog yang Diikuti