Pelancaran KoolFM

3/01/2016 10:37:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Mesti ada yang dah perasankan kehadiran stesen radio yang baru kan.. Yelah dalam instagram dan page facebook Hot FM dah banyak hint tentangnya..

Pengunduran AG, Liza dan Ikhwan secara serentak lagi menguatkan tanggapan bahawa ada stesen radio baru akan hadir..

Untuk pengetahuan semua, hari ini tanggal 1 Mac 2016, pihak Media Prima telah melancarkan sebuah stesen radio baru iaitu Kool FM.. Ianya hadir selepas rangkaian stesen radio sedia ada di bawah naungan Mdia Prima iaitu FlyFM, HotFM dan One FM..





Unik kan nama stesen radio baru nih.. Hehehe kiranya bertentangan dengan HotFM laa kan.. Apapun Kool FM ini menampilkan AG, Liza dan Ikhwan daripada penyampai Hot FM, Haiza, Farid dan Ezaq sebagai muka baru.. Tidak ketinggalan Sealan Paul sebagai bos Kool FM..

Stesen radio Kool FM akan memulakan siarannya secara rasmi bersama penyampai baru ini pada 3 Mac 2016 di frekuensi 101.3 fm bagi penduduk Lembah Klang dan 90.2 fm bagi penduduk sekitar Pulau Pinang..


Penyampai Kool FM bersama Sealan PAul selaku bos Kool FM

Jom kita berkenalan dengan penyampai Kool FM..

Barisan penyampai di Kool FM

Penyampai yang akan ke udara di Pagi Hari Kool ialah AG dan Haiza.. Mereka akan ke udara dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi..



Penyampai Liza akan mengendalikan Segmen Muzik yang akan ke udara dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang..


Bagi Petang Kool, penyampai Ikhwan dan Farid akan mengendalikan dari jam 3.00 petang hingga 8.00 malam..


Akhir sekali memperkenalkan penyampai Ezaq yang akan mengendalikan Malam Kool.. Beliau akan ke udara dari jam 8.00 malam sehingga tengah malam..


Eyda dah cuba dengar siaran baru nih hari ni.. Lagu-lagunya best untuk didengar.. Tak percaya? Cuba dengar..

Untuk melihat lebih banyak gambar di majlis pelancaran Kool FM anda boleh layari instagram Kool FM di @koolfmmy atau di facebook Hot FM.. Anda juga boleh mencarinya dengan menggunakan hashtag #flyhotonekool atau #koolfmmy



Info dan gambar kredit daripada IG KoolFM..







You Might Also Like

11 comments

  1. dia ganti Pi Mai FM.. rindu Pi Mai FM... sobbbb

    ReplyDelete
  2. masuk kete radio ni lah yg sllu dok dengaq heheh lagu2 pun up to date

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Eyda selalu dengar Hot FM.. ni baru try dengar stesen baru nih..

      Delete
  3. wahhhh...bru tau radio ni wujud. kikiki. ketinggalan jugak sya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru lagi radio ni Najwa, baru dua hari bersama penyampai.. dengar melalui streaming pun boleh tau..

      Delete
  4. Replies
    1. Eyda try dapat.. CP try buka 90.2fm kot dapat.. nak streaming pun boleh..

      Delete
  5. oiye?
    seelan paul pun kuar hotfm la ekk?
    melaka lom dpt siaran nyer...

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti