anugerah perkhidmatan terpuji

Anugerah Perkhidmatan Terpuji 2014

9/17/2015 03:11:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Gigih jugak Eyda siapkan entry nih.. Malas nak edit gambar banyak-banyak, letak yang penting sudah laa kan.. Yang penting kenangan buat diri sendiri ada tersimpan di sini..

Apapun pertama sekali Eyda nak memohon maaf sekiranya ada yang menganggap Eyda nih nak menunjuk atau menunjukkan bahawa diri Eyda hebat atau sebagainya.. Entry nih hanya sebagai kenangan buat diri, yang mana memori diri cepat meresap dan menghilang dari ingatan..

Apapun ini cerita Eyda dua minggu lepas.. Baru hari nih sempat siapkan entry nih.. Tak apa laa, bukan nak menunjuk kat sesiapa pun.. Hanya sebagai memori dan ingatan buat diri sendiri saja..




Anugerah Perkhidmatan Terpuji (APT) ini baru saja jabatan Eyda diadakan bermula pada tahun lepas untuk pekerja yang mendapat LNPT 90% dan ke atas dan tidak layak mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kerana kouta yang terhad.. Anugerah ini jugak diberikan kepada pekerja bertaraf kontrak yang tidak layak menerima APC..

Tahun ini merupakan tahun kedua Eyda menerima APT nih.. Entry terdahulu ada di SINI..




Antara penerima APT.. Cuba cari kat mana Eyda?


 
 
Alhamdulillah kali nih dapat sijil dan plaque.. Selain itu, ada jugak sourvenir yang lain, jadi laa kan ada jugak kenangan.. Hehehe bagus betul pakaian Eyda kali nih.. Yelah, mana taknya jarang pakai kasut bertutup, kali nih kena pakai.. Siap ada garis panduan pemakaian, kena berpakaian formal.. Sebab tu laa Eyda tetiba memborong kasut.. Entry berkaitan ada di SINI..




Blog yang Diikuti