segmen & GA

Giveaway Review Tepung Ajaib Kek Coklat

12/30/2015 11:59:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Baru nih masa kami join Jump Street Trampoline Park Penang, Eyda ada berikan memasing 1 bekas sampel kek coklat dan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat kepada rakan blogger yang berminat nak review..

Ini adalah hasil usahasama antara Eyda dan pihak BME Enterprise.. Terima kasih Puan Sakina yang sudi memberikan Tepung Ajaib nih untuk kami review beramai-ramai..

Tak susah sebenarnya nak hasilkan kek menggunakan Tepung Ajaib Kek Coklat nih.. Hanya perlukan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat dan 2 biji telur.. Mudah dan senangkan.. Kita boleh memilih samada nak kukus atau bakar..


Jom tengok bahan-bahan dan cara memasaknya..

Pertama sekali kita perlukan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat dan 2 biji telur.. Sebaiknya guna telur gred A ya.. 



Bahan adunan A dan B yang berada di dalam pek Tepung Ajaib..



Bahan hiasan / topping bahan C dan D untuk Kek Coklat..



Mula sekali masukkan 2 biji telur dan pukul dengan mixer / handwisk / senduk pun boleh ya.. Apapun boleh guna asalkan telur tuh kembang elok.. Pukul sampai ia memutih..



Kemudian masukkan bahan A dan mixed lagi sehingga sebati.. Selepas itu, masukkan bahan B dan gaul rata..



Dah siap, boleh laa masukkan ke dalam acuan dan bekas yang diingini dan boleh laa mula mengukus selama 35 minit (guna loyang).. Eyda hanya kukus sekitar 20 minit.. Kalau anda ingin bakar, boleh laa bakar selama 50 minit dengan suhu 150 C (bergantung kepada jenis oven)..
 


 
Untuk menghasilkan kek coklat yang lebih moist, boleh laa diletakkan 1 bekas berisi air dibawah loyang yang dibakar di dalam oven.. Jika anda ingin kukus kek anda, sila panaskan air di dalam periuk kukus sebelum memulakan proses mix semua bahan.. Baru cepat proses mengukus kek anda..
 
 
Hasil Kek Coklat Eyda dan anak-anak tukar guna
coklat rice warna warni
 
Memang mudah sangat buat kek menggunakan Tepung Ajaib Kek Coklat, bukan saja budak-budak pun boleh buat, kita pun tak perlu nak sukat bagai bahan.. Paling penting ia menjimatkan masa penyediaan..
 
Jom tengok hasil review dan rupa kek yang dihasilkan oleh rakan blogger yang sudi review Tepung Ajaib Kek Coklat nih.. Ada yang menggunakan kreativiti sendiri menambah hiasan agar lebih cantik.. Baca tau, ada hadiah menanti pembaca bertuah.. Klik link kat bawah setiap gambar..

EL
 








ZARUL FARHANA


ARYSHAFAYYADH




Tepung Kek Ajaib
CIKPINZ



ZAFIRAH



ZAI

 
 
Giveaway Review Tepung Ajaib Kek Coklat

Memandangkan bulan ini merupakan birthday pemilik Tepung Ajaib.. Hari ini Eyda berbesar hati nak hadiahkan 1 pek Tepung Ajaib Kek Coklat kepada pembaca yang bertuah dan juga kepada review yang paling menarik di mata pembaca..

Syaratnya:
1. Follow blog Eyda (bagi yang belum pernah follow)
2. Tinggalkan di dalam ruangan komen di bawah, review dan kek mana yang menjadi pilihan hati (boleh jugak nak nyatakan sebab)
3. Tarikh tutup penyertaan pada 30 Disember 2015
4. Keputusan akan diumumkan pada 31 Disember 2015



Tepung ajaib

TePuNG aJaiB - KeK CoKLaT KeJu

10/13/2015 12:26:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Seperti yang Eyda janjikan semalam, hari nih Eyda gigihkan diri menyiapkan entry pasal Tepung Ajaib Kek Coklat Keju..

Kek Coklat Keju kali nih anak Eyda yang kecik laa yang buat.. Dia laa yang menyibukkan diri nak buat.. Okey, Eyda hanya memerhati dan bantu apa yang boleh..

Sebelum nak buat Kek Coklat Keju nih, pastikan ada telur 2 biji dan peralatan yang sepatutnya laa..



Pek Kek Coklat Keju

Inilah pek Kek Coklat Keju yang Eyda gunakan untuk menghasilkan Kek Coklat Keju yang mudah dan sedap..


Dalam pek siap ada cara penyediaannya

Mula sekali baca laa dulu cara penyediaannya.. Pastikan jangan salah masukkan bahan pulak ya..

1 Panaskan periuk kukus yang berisi air di bahagian bawah. (Kalau nak bakar, pastikan oven dipanaskan dengan suhu 170 C)

2 Pukul 2 biji telur hingga kembang, memutih dan kental untuk menghasilkan kek yang gebu.



Bahan A dan B dalam pek


3 Masukkan Bahan A, kemudian Bahan B dan gaul sehingga sebati. ( Macam chef Kimie nih, hehehe )




4 Masukkan adunan ke dalam bekas 6" x 6". Kukus selama 35 minit. Pastikan air mendidih dan lapik kain di bawah penutup periuk. (Eyda guna bekas tepawe yang kecil-kecil macam yang orang guna jual kat kedai kek tu. Eyda kukus sekitar 20 minit jer)


Bahan C dalam pek

5 Tambah 60 g air (lebih kurang 1/2 cawan & 3 sudu besar krim UHT / krim putar (jika perlu) ke dalam Bahan C. Kacau hingga larut dan tuang ke atas kek yang telah sejuk.
* Bahan tambahan dalam Bahan C boleh diubahsuai. (Eyda tambah susu UHT ke dalam Bahan C dan Eyda taburkan lebihan coklat rice Kek Coklat ke atas kek)




Inilah hasilnya kek milik Kimie

Ini plak milik Izzat yang tak mau curahan keju di atas keknya..


Zoom sikit hasil kek yang dah dihias dengan cantik nih..
 


Pandangan atas


Pandangan sisi



Apapun kek nih tinggal sorang satu bekas jer lagi.. Punya makan laa bebudak nih.. Malas-malas pun masih boleh buat untuk anak-anak.. Sesuai jugak menjamu kepada tetamu yang datang.. Rasanya tak terlalu manis.. Sesedap rasa jer..


Entri yang berkaitan Tepung Ajaib - Kek Coklat


Bagi yang ingin mendapatkan Tepung Ajaib - Kek Coklat Keju nih boleh
SMS / WHATSAPP Eyda 017-4597615



Tepung ajaib

TePuNG aJaiB - KeK CoKLaT

10/12/2015 01:18:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Niat di hati nak update cerita Kek Coklat Keju yang si Kimie buat sendiri semalam.. Tapi memandangkan gambar yang ada kat Eyda sekarang tak lengkap, kita update citer kek Coklat Moist jelah dulu..

Bagi sesiapa yang dah mencuba, pastinya dah tahu kesenangan dan kesedapan yang ada.. Meh ushar sikit mudahnya membuat kek Coklat Moist menggunakan Tepung Ajaib Kek Coklat nih..

Ianya memang mudah, hanya sediakan pek Tepung Ajaib Kek Coklat dan dua biji telur.. Peralatan untuk membuat kek pun kena ada laa.. Hehehe.. Mesti menjadi kek korang.. Tak percaya, cubalah..

Paket Tepung Ajaib Kek Coklat


Cara Menyediakan Kek Coklat Moist menggunakan Tepung Ajaib Kek Coklat


Memang semudah ABC untuk menyediakannya.. Jangan tak tahu, semalam anak Eyda yang kecik, menyediakan sendiri Kek Coklat Keju sendiri.. Eyda ada laa bantu skit terutamanya untuk mengukus..


Senarai produk Tepung Ajaib
_________________________
Tepung Kek
_________________________
1  Kek Coklat
 harga : RM 14.90
➕ 2 Biji Telur Sahaja
 boleh dibakar/kukus

2 Coklat Cheese leleh
harga : RM 18.90
➕ 2 biji telur sahaja
 boleh dibakar/kukus

3 Kek Keju Strawberi
harga : RM 28.90
➕ susu  sahaja
 tak perlu masak /bakar
 simpan dipeti ais sahaja

4 Kek Keju blueberi
harga  : RM 28.90
 ➕susu  sahaja
 tak perlu masak /bakar
 simpan dipeti ais sahaja

5 Choco Black Forest
 harga : RM 14.90
 ➕ 2 Biji Telur Sahaja
➕  1 tin Pitted Cherry
 boleh dibakar/kukus

6 Kek Buah
Harga :RM 18.90
➕125 gram butter
➕2 biji telur
 boleh dibakar/dikukus
______________________________
 Tepung Roti 
_____________________________
7 Tepung sweet bun
 harga  : RM 12.90
 ➕Yis
➕ ais/air sejuk
➕ 2 kuning telur
➕ shortening

______________________________
 Tepung Biskut
_________________________

8 Choc-AlmondKiss
Harga  :  RM 15.90
➕ Butter ➕kuning telur

_________________________
 Tepung Donut 
_________________________
9 Premium Donut
 harga  : RM12.90
 ➕Yis
 ➕ais/air sejuk
➕ 2 kuning telur
➕ shortening

10 Dadih aiskrim
Harga: rm15.90
➕1000 ml air
Masak dan sejukkan dalam peti ais

11 Aiskrim coklat
Harga:15.90
➕susu
Dapat 1.5 liter aiskrim

12 Tepung goreng ayam/serbaguna
Harga:rm9.90
➕telur
Sebagai salutan



Bagi yang ingin mendapatkan Tepung Ajaib nih boleh
SMS / WHATSAPP Eyda 017-4597615


Kek

TePuNg aJaiB

9/01/2014 04:25:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Petang nih nak citer pasal tepung kek yang best sangat nih.. Korang boleh masak untuk dijamu kepada tetamu pada bila2 masa yang diperlukan..

Rasanyanya mestilah sehebat chef baking membaking.. Anda yang first time membaking pastinya boleh masak kek nih..


Contoh tepung yang sedia ada dalam stok..


Tepung untuk kek coklat tuh teramatlah mudah..  Just tambah 2 biji telur ja tau.. Yang lain ikut ja arahan yang diberikan.. Boleh dikukus atau dibakar dalam oven.. Dah banyak kali cuba kek nih.. Yang kukus semalam pun sempat rasa sepotong jer..

Tepung kek keju strawberi sama juga caranya dengan tepung kek keju blueberi.. Cuma tambah susu UHT jer.. Ala susu yang dalam kotak tuh.. Yang nih memang senang tak payah kukus atau bakar.. Hanya simple jer, simpan dalam peti ais selama 4 jam ja.. Sedia untuk dinikmati..

Harga tepung kek coklat hanya rm12.90..  Manakala kek keju strawberi dan kek keju blueberi rm28.90..





Blog yang Diikuti