I Love Penang Run Seberang Perai 2017

4/12/2017 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah Eyda sekali lagi berjaya menyertai aktiviti sihat iaitu larian. Rasanya dah 4 minggu direct Eyda sertai larian.

Sebenarnya pada 12  Mac 2017 yang lalu telah pun diadakan larian I Love Penang tapi masa tu ianya diadakan di bahagian pulau. Eyda pula rasa terlalu banyak larian Eyda daftar, jadinya minggu tu rasa nak rehat dan tak daftar sebarang larian.

Selepas tamatnya larian I Love Penang, Eyda dapat info kali ini ianya akan diadakan di sebelah Seberang Perai pula iaitu pada 9 April 2017. Memandangkan tarikh tu tak ada apa-apa aktiviti, makanya Eyda terus daftarkan diri. Baju pun nampak cantik, warna hitam gitu. Yang kat pulau sebelumnya warna putih.

Pamplet I Love Penang Run Seberang

Tengok sikit baju Eyda. Semua yang daftar akan menerima sehelai t-shirt dan wristband.


Wristband ini perlu dipakai oleh semua peserta sebagai ganti kepada nombor bib. Masa sampai ke garisan penamat wristband ini akan diambil dan medal akan diberikan kepada peserta yang berjaya sampai ke garisan penamat.


Pendaftaran peserta larian I Love Penang - Seberang Perai 2017 kali ini adalah seramai 16,023 orang. Tapi seramai 15,942 orang telah hadir menjayakan larian I Love Penang Seberang Perai 2017. Fuhh memang ramai, penuh orang kat padang Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi, Butterworth pagi tu.

Ketua Menteri Pulau Pinang menerima sijil daripada pihak The Book of Records
 
Untuk pengetahuan, ianya telah dicatatkan didalam buku The Malaysia Book Of Records sebagai pemegang rekod Malaysia iaitu LARGEST PARTICIPATION IN A FUN RUN EVENT

Rasa bangga pula Eyda sebab menjadi salah seorang peserta yang menyumbang untuk dicatatkan di dalam The Malaysia Book Of Records.

Eyda rasa sebab harga pendaftaran yang berpatutan menyebabkan ramai yang mendaftar untuk sertai larian ini. Lagipun banyak kemudahan kepada peserta disediakan oleh penganjur.


Eyda dan kawan Eyda naik Free Shuttle Bus untuk ke lokasi larian. Memandangkan Eyda sampai lewat, pastinya sukar nak mencari parking yang hampir ke lokasi larian. Apa lagi Eyda guna jer perkhidmatan yang ada. Senang dan mudah konsepnya.

Okeylah jom tengok betapa meriahnya larian I Love Penang Run Seberang Perai 2017 nih. Muka Eyda sendiri ler yang ada, hehehe..

Mula kat sini ya

Sahabat yang kenal ketika baru terjebak dalam larian. Thanks Miza.

Inilah trek laluan larian I Love Penang Seberang Perai 2017.


Gambar kredit FB I Love Penang - Seberang

Larian kali ini juga Eyda dapat memperbaiki tempoh masa larian berbanding larian yang sebelumnya. Rupanya orang yang ramai nih sedikit sebanyak membantu Eyda untuk memperbaiki rekod masa sehingga mencatatkan masa yang terbaik. 


Dah habis larian, apa lagi masa untuk swafoto dan posing.


 





Sebagai penghargaan, semua peserta diberikan e-certificate. Sila download e-certificate I Love Penang Run Seberang Perai 2017 anda sendiri dengan memasukkan nombor kad pengenalan bagi yang berdaftar ya.
 
Sijil Penyertaan Eyda

Memandangkan selepas Eyda post gambar larian I Love Penang Run Seberang Perai 2017 di dalam Facebook dan Instagram, ada yang komen, PM kat FB Eyda dan tidak kurang juga yang DM Eyda bertanya mengenai rujukan Eyda join larian bagai nih.

Sebenarnya sekarang, majoriti Eyda banyak rujuk dengan blog Runnerific nih. Di dalam blog ini penuh dengan senarai larian yang ada di dalam Malaysia. Korang pilihlah larian mana yang menjadi idaman kalbu.

Bukan itu saja, boleh juga singgah ke laman web Howei nih. Larian mana yang menggunakan howei untuk urusan pandaftaran secara online, pasti akan ada di dalam web ini.

Kalau nak tengok senarai larian di Pulau Pinang jer boleh rujuk FB group Jom P Lari ...Harap info Eyda ini dapat membantu sesiapa yang ingin sertai larian untuk sihat.



You Might Also Like

20 comments

  1. Salam kenal dari Kak Atie...bstnya dapat join larian ni.Klu ada kawan sama2 join..mmg semangat sikit..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan kak Atie.. memang best kak Atie, cubalah.. yup, bila ada kawan atau keluarga pastinya lebih bersemangat..

      Delete
  2. 1, 15 ribu peserta, meriahnya.
    2. Baju cantik. Kalau ada jual best.
    3. Gambar cantik2. Gambar eyda dekat start tu cantik.Yg lain pun cantik.

    Bestlah ada event macam tu. Dapat kenalan dgn sihat.

    Thanks sudi kongsi dgn pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. yup hampir 16 ribu peserta, memang meriah dan ramai.
      2. ya memang cantik baju tu, warna tu rasanya yang membuatkannya tambah cantik.
      3. terima kasih.

      memang best, tak sabar nak daftar next run.

      sama-sama moga ianya bermanfaat kepada yang ingin menyertai aktiviti sebegini.

      Delete
  3. tengok ramai kawan2 yang join.. masa singgah market seberang jaya pagi tu pun ramai yang tengah makan and nak cari makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai sungguh Zaf.. kesian kat Zaf tak sempat daftar.. kedai mamak kat bandar sunway pun ramai, penuh dengan orang yang join larian tu..

      Delete
  4. Wahhh..macam bes je, teringin nak join
    https://tarotthefool.blogspot.my/
    followback.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best, apa kata cuba join fun run yang 3km atau 5km dulu.. jangan paksa diri kalau tak mampu nak lari.. ok nanti saya followback..

      Delete
  5. Wow ramai nya yang join larian ni. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai.. ini kali pertama join larian seramai ini..

      Delete
  6. Wahhhhh ramai juga peserta yang turut serta! memang meriah la kan
    baju dia bagi pun macam cantik ja :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai dan meriah.. yup baju dia memang cantik..

      Delete
  7. seronoknya...hrp diberi kekuatan utk join...ihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok Zai.. in shaa Allah kekuatan tu ada, jom kita join ramai-ramai lagi bersemangat..

      Delete
  8. timing tu payah sikit
    kena plan dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. timing tu tak dapat laa nak tolong.. kalau fun run, ada jer ibu bapa yang usung anak kecil.. ada yang dukung, guna stroller macam-macam lagi..

      Delete
  9. Rajin betul kak eyda joint run cengginie.. dulu Sha rajin teman sepupu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetiba mood rajin tersangkut di jiwa.. syok bila time dapat medal tuh.. sesekali join laa shahida, dapat juga sihatkan badan..

      Delete
  10. bestnya.... klau dekat mmg join dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang syok, tak apa nanti kita jumpa di larian akan datang.. tengah semangat nak daftar nih..

      Delete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Blog yang Diikuti