berlari

JomRun Merdeka 5km Fun Run

9/09/2019 01:06:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Baru-baru ini pada 1 September yang lalu, Eyda dan kawan-kawan ada sertai larian sempena Kemerdekaan.

Larian ini asalnya dijadualkan pada 31 Ogos 2019 terpaksa ditukarkan ke 1 September 2019 disebabkan pertembungan acara perarakan Kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang diadakan di Dataran Padang Pemuda, Butterworth.

Manakala acara larian ini diadakan di De Garden Hotel, Butterworth. Jadinya acara ini diubah ke tarikh baru lebih kurang sebulan sebelum acara.



Larian yang Eyda sertai kali ini anjuran JomRun iaitu JomRun Merdeka 5km Fun Run. Masa Eyda daftar hari tu hanya serendah rm38.


Larian dimulakan jam 7.30 pagi. Larian yang sepatutnya diadakan sejauh 5km menjadi hampir 6km. Fuhh jauh jugak kami berlari hari tu.


Medal dia pun cantik siap boleh berputar bintang di tengahnya.




Seperti biasa mestilah bergambar dengan kawan-kawan yang jumpa di sana.





Semasa event kadangkala ada juga jurugambar acara yang diupah untuk mengambil gambar peserta. Jadi kena laa rajin-rajinkan diri mencari macam ni. Banyak juga gambar Eyda dalam lensa kamera jurugambar.








Seronok sebenarnya sertai larian sebegini ,selain dapat membakar kalori bahkan dapat berjumpa kawan-kawan seangkatan dalam larian.


larian

The Colourful Run 2.0 2017

9/11/2017 04:47:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Rajin betul kan Eyda sertai larian semenjak dua menjak ni. Semangat berlari Eyda ini diteruskan lagi dengan The Colourful Run 2.0. Kiranya larian kali ini melibatkan peserta normal dan juga yang mengalami masalah pendengaran.



Larian The Colourful Run 2.0 telah pun diadakan pada 27 Ogos 2017 yang lalu. Larian ini merupakan kali kedua diadakan setelah diadakan buat pertama kali pada tahun 2016.

The Colourful Run ini diadakan dan dianjurkan oleh Persatuan Pekak Pulau Pinang (PDA) untuk projek mengumpul dana bagi menyokong pendidikan dan pembangunan masyarakat pekak. Acara laria ini juga diadakan bersempena Minggu Orang Pekak Antarabangsa.

Sebenarnya Eyda agak teragak-agak untuk sertai larian ini. Beberapa kali Eyda tengok larian ini dalam senarai, tapi Eyda tak juga mendaftar.

Tapi akhirnya, ada rakan sepejabat Eyda yang melanjutkan pelajaran teringin nak sertai, maka akhirnya Eyda daftar juga larian ini bagi menemaninya berlari bersama.

Posing jangan tak posing

Macam biasa, acara posing haruslah ada dalam kamera kan. Kali pertama Eyda berlari dengan sahabat Eyda nih, tanya lagi bab larian ni. Eyda nih pantang ajak jer, in shaa Allah jadi kalau tak ada clash dengan jadual larian atau aktiviti yang lain.

Inilah sahabat yang Eyda nak teman

Sebahagian peserta larian The Colourful Run 2.0 ini. Jangan tak tahu, majoriti peserta yang berada di kiri gambar tu merupakan peserta OKU masalah pendengaran. Boleh tengok diaorang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. 

Sebahagian peserta The Colourful Run 2.0

Run Happy, jadi larilah dengan gembira sepanjang perjalanan ini. Seronok sebenarnya berlari sambil tengok bangunan lama dan pemandangan indah sepanjang laluan larian.

Ni jalan ke lari dik?

Eyda suka tengok pemandangan di Padang Kota Lama nih, tenang jer rasa suasana ketika itu, sini banyak jalan laju sambil ambil gambar.

Suka tengok view ni di pagi hari

Gigih nak ambil gambar mercu tanda menarik pada bulatan tu. Maaf gambar kurang jelas, sebab tak betul-betul berhenti. 
Posing dulu sambil nampak mercu tanda di belakang tu

Alhamdulillah berjaya juga habiskan larian mengikut target masa yang Eyda tetapkan untuk diri sendiri. Walaupun dalam 2km terakhir Eyda dan beberapa peserta hampir dilanggar kereta yang tiba-tiba membelok masuk ke arah laluan kami berlari.

Bawah sejam, purata sekitar 8min/km

Posing terus lepas sampai ke garisan penamat bersama dengan medal ke-11 untuk tahun ini. Ermm Eyda memang tak sangka, asalnya dari suka-suka dah jadi sebahagian hobi Eyda untuk aktif dan sihat. Masih ada beberapa larian lagi yang telah didaftarkan dalam tahun ini.

Alhamdulillah medal ke 11

Larian kali ini ada sijil selain dari medal. Sebenarnya ada juga larian yang tidak memberikan sebarang sijil, hanya mendapat medal sahaja. Tidak kurang juga yang memberikan e-certificate, itu okay juga boleh cetak sendiri.

Medal dan sijil The Colourful Run 2.0

Punya tak tahu nak posing kat mana, dalam kereta juga yang jadi kerja kami berdua. Ada juga kenangan bergambar berdua bersama dengan medal.

Posing dalam kereta pun jadi

Sebenarnya Eyda ketika itu agak mengejar masa, dah kena tinggal untuk ikut lawatan kerja. Terpaksa berkejaran untuk pickup point seterusnya. Destinasinya, tunggu entry akan datang.



larian

I Love Penang Run Seberang Perai 2017

4/12/2017 10:01:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah Eyda sekali lagi berjaya menyertai aktiviti sihat iaitu larian. Rasanya dah 4 minggu direct Eyda sertai larian.

Sebenarnya pada 12  Mac 2017 yang lalu telah pun diadakan larian I Love Penang tapi masa tu ianya diadakan di bahagian pulau. Eyda pula rasa terlalu banyak larian Eyda daftar, jadinya minggu tu rasa nak rehat dan tak daftar sebarang larian.

Selepas tamatnya larian I Love Penang, Eyda dapat info kali ini ianya akan diadakan di sebelah Seberang Perai pula iaitu pada 9 April 2017. Memandangkan tarikh tu tak ada apa-apa aktiviti, makanya Eyda terus daftarkan diri. Baju pun nampak cantik, warna hitam gitu. Yang kat pulau sebelumnya warna putih.

Pamplet I Love Penang Run Seberang

Tengok sikit baju Eyda. Semua yang daftar akan menerima sehelai t-shirt dan wristband.


Wristband ini perlu dipakai oleh semua peserta sebagai ganti kepada nombor bib. Masa sampai ke garisan penamat wristband ini akan diambil dan medal akan diberikan kepada peserta yang berjaya sampai ke garisan penamat.


Pendaftaran peserta larian I Love Penang - Seberang Perai 2017 kali ini adalah seramai 16,023 orang. Tapi seramai 15,942 orang telah hadir menjayakan larian I Love Penang Seberang Perai 2017. Fuhh memang ramai, penuh orang kat padang Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi, Butterworth pagi tu.

Ketua Menteri Pulau Pinang menerima sijil daripada pihak The Book of Records
 
Untuk pengetahuan, ianya telah dicatatkan didalam buku The Malaysia Book Of Records sebagai pemegang rekod Malaysia iaitu LARGEST PARTICIPATION IN A FUN RUN EVENT

Rasa bangga pula Eyda sebab menjadi salah seorang peserta yang menyumbang untuk dicatatkan di dalam The Malaysia Book Of Records.

Eyda rasa sebab harga pendaftaran yang berpatutan menyebabkan ramai yang mendaftar untuk sertai larian ini. Lagipun banyak kemudahan kepada peserta disediakan oleh penganjur.


Eyda dan kawan Eyda naik Free Shuttle Bus untuk ke lokasi larian. Memandangkan Eyda sampai lewat, pastinya sukar nak mencari parking yang hampir ke lokasi larian. Apa lagi Eyda guna jer perkhidmatan yang ada. Senang dan mudah konsepnya.

Okeylah jom tengok betapa meriahnya larian I Love Penang Run Seberang Perai 2017 nih. Muka Eyda sendiri ler yang ada, hehehe..

Mula kat sini ya

Sahabat yang kenal ketika baru terjebak dalam larian. Thanks Miza.

Inilah trek laluan larian I Love Penang Seberang Perai 2017.


Gambar kredit FB I Love Penang - Seberang

Larian kali ini juga Eyda dapat memperbaiki tempoh masa larian berbanding larian yang sebelumnya. Rupanya orang yang ramai nih sedikit sebanyak membantu Eyda untuk memperbaiki rekod masa sehingga mencatatkan masa yang terbaik. 


Dah habis larian, apa lagi masa untuk swafoto dan posing.


 





Sebagai penghargaan, semua peserta diberikan e-certificate. Sila download e-certificate I Love Penang Run Seberang Perai 2017 anda sendiri dengan memasukkan nombor kad pengenalan bagi yang berdaftar ya.
 
Sijil Penyertaan Eyda

Memandangkan selepas Eyda post gambar larian I Love Penang Run Seberang Perai 2017 di dalam Facebook dan Instagram, ada yang komen, PM kat FB Eyda dan tidak kurang juga yang DM Eyda bertanya mengenai rujukan Eyda join larian bagai nih.

Sebenarnya sekarang, majoriti Eyda banyak rujuk dengan blog Runnerific nih. Di dalam blog ini penuh dengan senarai larian yang ada di dalam Malaysia. Korang pilihlah larian mana yang menjadi idaman kalbu.

Bukan itu saja, boleh juga singgah ke laman web Howei nih. Larian mana yang menggunakan howei untuk urusan pandaftaran secara online, pasti akan ada di dalam web ini.

Kalau nak tengok senarai larian di Pulau Pinang jer boleh rujuk FB group Jom P Lari ...Harap info Eyda ini dapat membantu sesiapa yang ingin sertai larian untuk sihat.



larian

Pelancaran IJM Land Half Marathon 2017

4/05/2017 10:08:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Berita baik kepada peminat larian marathon. Kini acara IJM Land Half Marathon 2017 kembali lagi dengan lebih besar, lebih gah dan lebih meriah daripada tahun sebelumnya.


IJM LAND HALF MARATHON 2017


Majlis pelancaran IJM Land Half Marathon 2017 telah diadakan pada 31 Mac yang lalu. Majlis ini dimulakan dengan sidang media yang disampaikan oleh Dato' Hoo Kim See, Pengurus Besar IJM Land Berhad (central region) dan Mr Minoru Osada, Pengarah Jualan dan Pemasaran Yakult (Malaysia) Sdn Bhd. Yakult merupakan Platinum Sponsor IJM Land Half Marathon 2017.

Menurut Dato, Hoo, acara marathon ini semakin mendapat sokongan menggalakkan daripada seluruh komuniti dan juga masyarakat. Ia juga menjadi platform mengumpul dana amal bagi tahun ke-3 berturut-turut untuk disalurkan kepada 2 pertubuhan kebajikan iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Disease Association (MLDA).



Pada hari tersebut, Dato, Hoo Kim See (kiri), Senior General Manager, IJM Land Berhad menyerahkan t-shirt rasmi IJM Land Half Marathon 2017 kepada Mr. Lim Khon Seng (tengah) iaitu peserta terpantas dalam acara IJM Land Half Marathon 2016 dan juga peserta terawal mendaftar untuk IJM Land Half Marathon 2017. Turut bersama ialah Mr. Minoru Osada (kanan), Sales and Marketing Director Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. Platinum Sponsor of IJM Land Half Marathon 2017.

Misi dan visi penganjuran IJM Land Half Marathon 2017 juga masih sama seperti sebelumnya dan diharapkan ianya menjadi platform untuk mengetengahkan gaya hidup sihat dengan semangat perpaduan disamping keprihatinan membantu pertubuhan amal sebagai tanggungjawab sosio-komuniti dan masyarakat.

Acara IJM Land Marathon 2017 ini dijadualkan akan diadakan pada 13 Ogos 2017 di Dataran Centrio, Seremban 2. Untuk pengetahuan, tahun ini merupakan tahun ke-6 ianya diadakan. Acara ini juga mensasarkan penyertaan sehingga 7000 orang dari seluruh negara.



Di dalam sidang media tersebut, para penaja rasmi bagi IJM Land Half Marathon 2017 turut hadir dan bergambar bersama Dato’ Hoo Kim See (empat dari kiri), Senior General Manager IJM Land Berhad bersama IJM Land Half Marathon 2017 dan para penaja rasmi acara (dari kiri) Mr Leong Fook Nyen, Negeri Sembilan Manager of China Press & sebagai rakan media; Mr Damian Cheah, mewakili Ultron penaja rasmi pakaian; Dato’ Chong Khin Sang, Corporate Liason Advisor IJM Land; Mr Minoru Osada, Sales and Marketing Director of Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, penaja Platinum; Mr Nicholas Lee, Head dari Sales of BMW Millenium Welt Seremban, penaja rasmi kenderaan , Encik Muhammad Fauzi Bin Ahmad, mewakili  100 Plus, penaja minuman Isotonic Drink; Mr Lee Yee Fo, Area Manager of Sin Chew Daily juga rakan media; Mr Selverajah dari TDK Malaysia, Gold Sponsor; Ms Christine Wong, Senior Manager - Sales and Marketing of IJM Land dan Ms Iris Yap, Assistant Manager - Brand Communication and CSR of IJM Land. 

Penganjuran marathon kali ini dengan tagline 'Run Together, Bond Stronger' menyediakan beberapa kategori larian iaitu 21KM (Half Marathon), 10KM untuk lelaki dan wanita (18 tahun ke atas) dan 10KM junior untuk lelaki dan perempuan (12 tahun-17 tahun). Selain itu, kategori Fun Run juga dibuka kepada peserta yang berumur 18 tahun ke atas.
 


Pelari terpantas akan dianugerahkan 'Grand IJM Land Half Marathon Trophy', manakala pelari antara terpantas dalam kategori masing-masing untuk 3 tahun berturut-turut akan dianugerahkan "Challenge Trophy'. Tahun 2017 ini merupakan tahun yang ke-2 anugerah ini diberikan.

Selain itu, setiap peserta yang berjaya menamatkan larian akan menerima goodie bag dengan pelbagai cenderahati daripada penaja dan juga Finisher Medal custom-made bersama sijil penyertaan. Bagi peserta yang menamatkan larian 21KM pula akan menerima t-shirt custom-made Ultron- Micro-dry Finisher Tee. Hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM10,000 untuk dimenangi.

Pada hari acara marathon ini diadakan, para peserta dan pengunjung bakal disajikan dengan popcorn, cotton-candy, aiskrim dan belon percuma oleh badut. Pelbagai acara menarik termasuk photo booth dan peluang bergambar bersama selebriti Malaysia dan suta Yakult, Jack Lim.

Pemeriksaan kesihatan percuma juga disediakan yang menawarkan pemeriksaan tekanan darah, Glucose Test, pemeriksaan kolestrol dan rawatan Physio oleh Columbia Asia Hospital Seremban bersama Befrienders Seremban iaitu platform sokongan kepada insan yang tertekan dari aspek emosi, keseorangan yang memerlukan bantuan.

IJM Land Half Marathon 2017 pada kali ini disokong oleh TDK, BMW Millennium Welt Seremban, 100 Plus, Ice Mountain, Ultron, Sin Chew Daily, The China Press, Columbia Asia Hospital Seremban, Alpro Pharmacy, EC Pixels, McDonald's, Spoon Health, 2XU, Biotech USA, Rock Tape, Nestle Milo, Nestle Fitnesse dan Mydin Seremban 2.

Jom ramai-ramai kita daftar dan sertai IJM Land Half Marathon 2017. Pendaftaran kini dibuka sehingga 31 Mei 2017. Info lanjut dan pendaftaran, anda boleh layari www.ijmlandrun.com.


Blog yang Diikuti