May 13, 2016

Backpackers Bersama Anak-Anak ke Pulau Langkawi Part 1


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah setelah hampir dua bulan perancangan membawa anak-anak bercuti ke Pulau Langkawi, akhirnya Eyda dapat juga membawa mereka menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi..


Persiapan Percutian Di Pulau Langkawi

Sebenarnya dah lama Eyda nak bawa anak-anak ke Pulau Langkawi selepas reunion sekolah Eyda di Pulau Pangkor yang lalu..

Eyda pernah berjanji nak bawa anak-anak ke Pulau Langkawi.. Alhamdulillah tahun ini tercapai jugak hasrat anak-anak nak menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi..

Mulanya Eyda survey hotel-hotel di sana.. Setelah bertanyakan kengkawan yang biasa dan pernah ke sana, Eyda akhirnya memilih HiG Hotel, Kuah.. Bukan apa, senang nak mencari makan dan juga membeli coklat sebagai buah tangan balik ke sini..

Eyda menempah HiG Hotel menggunakan perkhidmatan Booking.com.. Alhamdulillah selesai satu bab.. Memandangkan anak-anak Eyda teringin nak naik keretapi ETS, makanya Eyda rancang nak ke sana  dengan menggunakan perkhidmatan ETS jer..

Bila buka laman web KTMB, tiket ETS hanya boleh beli sebulan sebelum tarikh bertolak.. Apa lagi, terpaksa menangguhkan urusan membeli tiket ETS sehingga tarikh yang membolehkan pembelian.. Cukup sebulan, terus Eyda beli tiket dua hala pergi dan balik.. Senang tak payah nak pikir dah..

Dalam masa yang sama Eyda survey laman web Online Langkawi Ferry Ticket untuk pembelian tiket feri secara online..Tiket feri ni Eyda beli selepas membeli tiket ETS.. Baru laa boleh atur masa kan.. Apapun Eyda beli tiket feri dengan jarak masa yang panjang sedikit, bukan apa takut jadi sesuatu yang tidak diingini.. Tiket ni pun Eyda beli dua hala pergi dan balik juga..

Kiranya urusan Eyda ke Pulau Langkawi ini hanyalah dihujung jari.. Senang dan mudah kan.. Okeylah jom kita teruskan kisah ke hari kejadian..


Perjalanan Ke Pulau Langkawi

Malam sebelum bertolak ke Pulau Langkawi baru siap kemas baju dalam beg memasing.. Kali ini Eyda biarkan anak-anak memilih sendiri pakaian yang diaorang nak bawa dan pakai semasa berada di sana..

Semangat betul Izzat dan Kimie, nama nak jenjalan boleh bangun awal tanpa sebarang drama.. Biasa laa kan dah nama pun jenjalan..

Kami bertolak awal dari rumah sekitar jam 6.50 pagi pada 29 April 2016 yang lalu.. Awal betul, punya semangat kan.. Yelah , Eyda plak tak pernah ke Stesen KTMB, jadinya kena laa keluar awal..

Apapun memang awal laa kami sampai kat Stesen KTMB tu.. Sempat laa posing skit-skit.. Jom ushar skit.. Eyda letak sikit jer, kalau banyak-banyak penuh plak entry nih..

Semangat bangun awal nak naik ETS

Nasib laa ada juga gambar kat sini

Awal tak kami kat situ

Wefie sebelum naik ETS

Yeay, ETS kami dah sampai

Okey laa sesekali naik ETS nih.. Yelah, tempat duduk lebih selesa jika dibandingkan naik komuter kan.. Lagipun  memenuhi kehendak anak-anak nak naik ETS..

Sejuk mata memandang pemandangan di luar jendela

Setelah menempuh perjalanan selama sejam, sampai la kami ke Stesen KTMB Arau.. Ambil teksi untuk ke Jeti Kuala Perlis..

Sampainya kami kat sana, orang memang ramai dan termasuk rombongan pun tidak ketinggalan ramai.. Memang penuh laa Jeti Kuala Perlis masa tu.. Nasib beli tiket online, kalau tak ntah kul brapa baru dapat feri..




Kalau ikutkan feri dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi hanya mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit sahaja.. Tapi pada hari berkenaan, feri tiba sedikit lewat kerana feri tak dapat masuk ke Jeti Pulau Langkawi berikutan ada pertambahan feri pada hari tersebut.. Terpaksa menunggu feri yang berada di jeti keluar dulu baru boleh feri kami masuk ke jeti.. Lebih kurang 10 minit jugak laa feri tu menunggu..

Apapun Alhamdulillah kami sampai dengan selamatnya di Pulau Langkawi.. Dah sampai sana, apa lagi, cari kereta laa.. Senang nak jenjalan dengan kesayangan Eyda nih..

Sampai jer kat jeti jangan risau, banyak jer kereta sewa yang ada.. Pilih jer yang mana korang suka.. Kalau dah tempah dari awal lagi senang..Sampai jer boleh terus ambil kereta yang disewa..

Eyda memang tak sempat nak tempah kereta, memang rembat jer kereta apa yang dapat masa sampai kat sana.. Eyda memilih kereta Myvi jer.. Padan laa dengan kami bertiga kan..

Dah dapat kereta apa lagi, check in terus ke hotel ler..

Okey laa nanti Eyda sambung cerita kami kat sana dan juga hotel kami.. Rasa macam dah panjang berjela plak citer mukadimah nih.. Mau penat siapa yang membacanya..




35 comments:

  1. Wah bestnya abg izzat & abg kimie naik ets..alysa & danish blom cuba lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali boleh laa cuba bawak Alysa dan Danish plak naik ETS..

      Delete
  2. syok nya! tak sabar nak tunggu anak besar..nak backpacker jugak..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak dah besar baru mudah nak berbackpackers nih..

      Delete
  3. Best kan bila guna public transport..tak yah pikir pasal parking kat Kuala Perlis yang mencekik darah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. cuma kena 2-3 kali laa bertukar dari 1 public transport ke public transport yang lain..

      Delete
  4. wahh skrg dah jadi backpacker uols
    nti jd viral pulak kan
    ibu 2 orang anak backpacker ke Langkawi hihi
    tp thorbaek lah travel uols
    anak2 sure seronok ngat ngat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha belum mampu nak jadi viral lagi..

      Delete
  5. Wahh seronok.. lama tak ke langkawi. Antara yg paling saya suka di sana ialah cendol di pekan kuah dan coklat hehee... Selamat makan angin dan ceria sekeluarga... :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa dah lama tak jejak langkawi.. kena plak first time bawa anak-anak ke langkawi..

      Delete
  6. ada ETS dah mudah kan skrg...pantas..berapa lama dari Tasek Gelugur ke Arau tu

    ReplyDelete
  7. HiG tu hotel Hussein ismail Group ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. HiG = Haji Ismail Group namanya..

      Delete
  8. kereta tu tak tempah awal..so Eyda sewa kat mana..berapa harga..eh byk lak soalan ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. turun ja dari feri banyak jer yang akan offer kereta kat kita.. kalau tak ambil kat situ pun, pergi jer kat bangunan depan selepas keluar dari kawasan jeti tu (bangunan ada KFC).. ada jer banyak sewa keta kat situ..

      Delete
    2. Kat sana memang kereta sewa tak ada hal kan. Merata. Cuma mahal murah, dapat kete best dengan tidak je :)

      Delete
    3. betul tu Farrah, banyak kereta.. nasib laa nak dapat harga murah atau mahal.. ok ke tak..

      Delete
  9. masih confius nape suami x ikut...x leh cuti eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak yah laa confius2.. hahaha..

      Delete
    2. Sis JM punya konfius ni nak kena babab ni. Bak kata eyda, tak yah nak konfius hehehe

      Delete
    3. ntah laa sis JM tu, na mengkonfiuskan diri laa plak..

      Delete
  10. Kena rancang awal nak pergi langkawi kan baru best berjalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, better rancang awal Ekin..

      Delete
    2. tu la.. perancangan awal baru best.. tapi ekin memang xpernah nak rancang sebab tak fikir lagi nak g mana2 kak.. faham2 keadaan ekin sekrang loni...

      Delete
  11. ohh naik ETS pun syok gak kalau p langkawi.. xpyh susah2 nk park keta.. awat bulan ni semua pakat dok p langkawi. bf pun bru blik. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Nina, nak naik komuter pun ada.. cumanya kurang selesa skit laa kalau nak komuter.. hehehe bulan cuti-cuti ke Langkawi..

      Delete
  12. Memang excited tiga beranak ni pergi holiday. Nasib baik yang boleh diuruskan online dibuat online kan,..smooth sikit perjalanan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah excited, sebab tak pernah bawa budak-budak nih holiday macam nih.. yup, nasib boleh guna online jer yang penting, tak laa risau abis tiket ke apa.. dah laa kira ramai orang cuti bersambung macam tu..

      Delete
  13. Kiranya ini first time eyda dan anak-anak jejak kaki ke Langkawi lah ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyda dah beberapa kali ke langkawi.. cumanya ini first time beli semua tiket dan uruskan sendiri semuanya.. first time juga bawa budak-budak holiday macam nih..

      Delete
  14. Saya belum pernah naik ETS lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru berkesempatan naik ETS..kiranya first time laa..

      Delete
  15. wah seronoknya backpack dengan anak anak. yelah semua dah besar. senang di angkut ke sana sini

    ReplyDelete

Sudi-sudikanlah tinggalkan sebarang komen dan jejak anda di sini.. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...