keluarga kecilku

Bergembira Bersama Kesayangan

10/26/2017 11:51:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Kalau ada yang ingin bertanyakan kesihatan Eyda, masih belum sihat sepenuhnya. Batuk dan suara serak masih membelenggu diri. In shaa Allah, Eyda akan jaga diri Eyda sebaiknya.

Pernah tak korang rasa dalam hari yang sama, orang yang jarang hubungi korang, yang selalu hubungi korang bersilih ganti menghubungi korang. Macam sesuatu pula kan rasa hari tersebut.

Eyda merasa laa juga semalam, macam-macam orang yang menghubungi Eyda. Majoritinya Eyda jawab, tak ketinggalan ada yang tak sebab tak perasan. Hahaha macam Hari Rindu Sedunia pula.

Okeylah, lupakan hal tu, tukar topik keluarga kecil Eyda pula. Ermm memandangkan anak-anak masih dalam minggu peperiksaan. Makanya sesi melayan laa kerenah anak-anak kan. Yelah siapa lagi nak melayan kalau bukan ibu dia orang nih kan.

Biasalah kan Eyda nih, ada saja nak rakamkan gambar. Macam biasa laa, ajak anak-anak wefie. Padahal bateri telefon nak habis sesangat. Siap naik amaran tak boleh guna lampu flash. Tapi gigih nak wefie juga.

Sesi wefie bersama

Susah betul nak dapatkan semua muka cantik, hensem, kiut muit. Alang-alang korang nak rosakkan gambar, jom kita rosakkan gambar bersama-sama.


Bila bosan menunggu

Ehh ehh sibuk korang ya main game, tak apa, ibu selfie sorang-sorang. Kusyuk ja tengok diaorang main game, ibu tak mampu nak buat apa selain selfie. Bateri dah nazak.


Buat aktiviti masing-masing

Tengok laa, macam-macam rupa bila ajak welfie. Sampai ada part, gelak bila tengok muka memasing. Sampai pekerja kat situ pun tersengih-sengih tengok kami.


Muka ceria, masam, iklan gigi semua ada

Yeay, menu yang di minta sudah sampai. Lauk pauk semua habis, cuma nasi jer tak habis. Eyda masih belum mampu menghabiskan makanan yang dijamah. Jenuh nak menelan makanan tu. Nasib laa hero Eyda, Izzat ada. Mampu juga dia makan walaupun tak habis semuanya.


Nasi Ayam Panggang

Nasi Ayam Chicken Chop Black Papper

Hot Lemon Tea

Ice Lemon Tea

Iced Chocolate Blended

Alhamdulillah semuanya memenuhi tekak seperti sebelumnya. Entry makanan di sini Eyda pernah kongsikan di MONrods




sakit

Bila Eyda Tidak Sihat

10/23/2017 12:54:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Macam mana semua, sihat? Eyda macam mana pun kurang sihat sikit sebenarnya.

Hampir seminggu kesihatan kurang memuaskan, harap semuanya cepat sembuh sepenuhnya. Banyak aktiviti sendiri dan tugasan yang perlu dihadkan di atas faktor kesihatan Eyda ini.

sumber mr.google

Sebenarnya Eyda nih jarang sekali nak sakit dan sebagainya. Tapi bila mula sakit, memang akan memakan masa untuk sembuh sepenuhnya.

Kalau ikutkan lebih daripada 2 tahun Eyda tak berkunjung ke mana-mana klinik untuk rawatan diri sendiri, tapi bila terasa badan tak mampu lagi bertahan, Eyda terpaksa berserah saja.

Lewat malam 18 Oktober 2017, bermulalah sesi kurang sihat yang melibatkan cirit birit berlaku. Beberapa kali Eyda berulang ke bilik air.

Memang teruk Eyda cirit birit, seperti membuka pili air jer. Rasa badan kekurangan bendalir akibat cirit birit yang berlaku sehinggakan Eyda membeli air Cool Rhino untuk sejukkan badan.

Pagi hari 19 Oktober 2017, Eyda ke pejabat seperti biasa. Rasanya seperti mampu bertahan kerana ada janji temu kerja. Tapi sangkaan Eyda meleset, ianya masih berlarutan selepas Eyda bersarapan dan berlanjutan seharian Eyda di pejabat.

Tengahari tu Eyda dah mula rasa tidak berselera untuk makan bila dah mula muntah, Eyda ada beli set happy meal McDonalds. Kononnya nak makan bubur ayam bagi mengembalikan selera yang tiba-tiba hilang. Rupanya selera memang hilang terus. Eyda makan saja apa yang mampu dan terus mendapatkan ubat di farmasi yang berdekatan.

Bukan main menu, tapi tak mampu habiskan

Petang tu, Eyda masih cirit birit dan muntah-muntah. Kali ini muntah teruk sehingga muntah keluar dari hidung. Ya Allah, memang makin teruk kesihatan Eyda. Badan pun macam nak demam. Eyda terpaksa minta tolong rakan pejabat untuk hantarkan Eyda ke klinik.

Vitamin hadiah dari doktor

Alhamdulillah Eyda dapat juga cuti sakit untuk sehari dan dapat juga berehat di rumah. Tapi cuti pun kena ganggu dengan anak-anak. Macam-macam permintaan ada. Haishh laa anak.

Disebabkan selera makan dah menghilang, Eyda hanya mampu menelan roti sekeping, cicah dengan air coklat separuh mug. Huarghh tu pun, puas nak telan. Terpaksa makan untuk makan ubat kan.

Seronok pula bila si Kimie buatkan air coklat dan bawakan roti yang ada lukisan bentuk love nih. Sayang juga dia dengan ibu yang tak sihat nih.

Sweetnya Kimie

Hari Sabtu barulah Eyda ada selera skit, Eyda masakkan Ikan Masak Asam. Alhamdulillah dapat juga menelan nasi walaupun sikit.

Nasi pertama selepas tidak sihat

Alhamdulillah tiada lagi muntah dan cirit birit berlaku. Tapi ianya tak berpanjangan, ianya berulang kembali bila diri terlalu teruja dan ikut sama anak-anak makan. Akibatnya, Eyda muntah kembali setelah sampai ke kereta.

Muka dah ada senyum skit

Ianya berhenti, setelah habis semua makanan yang Eyda makan bersama anak-anak. Letih kembali menguasai diri. Malamnya Eyda habiskan lauk Ikan Masak Asam, alhamdulillah kali ini Eyda tidak muntah. Lega rasa hati.

Badan kembali down bila Eyda ke pejabat hari ini. Suara Eyda dah mula serak, selera ntah ke mana. Hari ini hanya mampu menelan kuih talam dua potong dan sekeping murtabak mini beserta secawan air milo.

Eyda harap ianya kembali sembuh seperti sediakala dan tiada lagi drama cirit birit dan muntah seperti sebelumnya. Memang Eyda rasa dalam badan sedikit panas. Rasanya faktor cuaca juga mengganggu.


Blog yang Diikuti