review

Dark Mansion Penang | The First 3D Glow In The Dark Museum in Malaysia

1/26/2017 11:29:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada yang suka bergambar dan minat dengan muzium? Di Pulau Pinang bayak menawarkan tempat sebagini.

Dark Mansion Penang ini merupakan museum yang pertama menawarkan 3D Glow In The Dark. Mesti ada yang tertanya apa istimewanya tempat ini. Jom Eyda tunjukkan apa yang menarik ada di sini.




MY TOY STORY

Memasuki ke dalam Dark Mansion, anda akan memasuki ruangan My Toy Story. Rasa macam kanak-kanak pula bila berada di sini.

Di sini kita dapat bergambar dengan lukisan 3D yang mengisahkan permainan terkenal di zaman 80-an dan 90-an. Ada jugak bermacam jenis watak kartun antaranya Jigsaw Puzzle, Super Mario Bros,Tamagotchi, Army Men, Snakes and Ladders, Lego, Table Football, Barbie Doll dan banyak lagi.






 



TROPICAL PANDORA

Sampai saja di sini, anda akan merasai seperti berada di dalam hutan atau rimba yang mempunyai pelbagai warna warni. Bergambar di satu tempat anda boleh merasai 3 suasana yang berlainan kerana effect lampu yang ada di situ.



Kalau boleh bawa rakan bergambar kat sini, baru mudah nak posing kan. Jom tengok salah satu aksi yang sama dengan effect lampu yang berlainan.




STAR & MOONLIGHT

Kat sini korang boleh posing ala-ala buat filem Star Wars.. Hehehe.. Nak dating hingga ke bulan pun boleh.. Acah-acah dok kat bulan sambil menikmati kecantikan bintang.





INFINITY ROOM

Bergelap bila berposing di sini, tapi best..



ROXANNE

Sebelum balik, jom acah-acah ke The Butterfly Fairy. Rasa macam kanak-kanak jap di sini. Apapun menarik bila bergambar di sini.




TERIMA KASIH DARK MANSION PENANG

Terima kasih buat Dark Mansion kerana sudi menjemput team Projek Blogger Utara ke sini. Tempat ini memang sesuai untuk yang sukakan bergambar. Ada kelainan berbanding muzium art dan sebgainya yang lain.



LOKASI DAN WAKTU PERNIAGAAN






Untuk info lanjut boleh ke: 
Facebook : Dark Mansion  
Website : www.darkmansionpenang.com




Harga tiket  Dewasa: RM20
Kanak-kanak / Warga Emas: RM12 Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6.30 petang. 
Waktu masuk terakhir 5.30 petang.

info

Tookar Menawarkan Angpau Sempena Tahun Baru Cina

1/14/2017 10:15:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada yang sedang mencari kereta baru atau tukar kereta baru? Inilah masa yang terbaik untuk anda membeli kereta baru.


Tookar satu-satunya pengendali perkhidmatan atas talian untuk pembelian kereta baru atau penukaran kereta baru. Tookar membantu anda dengan menawarkan perkhidmatan dari A hingga Z untuk pembelian kereta baru buat anda.

Anda dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga dalam membuat pembelian kereta baru, bukan?

Sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, pihak Tookar menawarkan promosi red hot. Promosi ini membolehkan anda mendapat rebat dan diskaun untuk pembelian atau penukaran kereta baru anda. Selain itu, anda boleh mendapatkan angpau sebanyak RM1000.

Memang banyak kelebihannya jika anda menggunakan perkhidmatan pembelian atau penukaran kereta baru anda dengan Tookar ini.

Berminat? Jom tengok langkah mudah ini untuk mendapatkan kereta idaman anda.



  1. Log masuk dengan menggunakan nombor telefon bimbit atau akaun facebook.
  2. Pilih jenama kereta yang menjadi idaman.
  3. Pilih warna kegemaran anda. Spesifikasi pilihan model kereta pilihan turut disenaraikan.
  4. Pilih tawaran terbaik yang diberikan.
  5. Bersedia untuk membuat tempahan kereta anda.
  6. Tunggu panggilan daripada penjual.
  7. Semua urusan termasuk pinjaman kereta akan diuruskan sehingga kereta baru diterima.




Sebelum anda meneruskan tempahan kereta baru anda, jangan lupa menggunakan promo code SL1E8PC2 bagi mendapatkan harga terbaik untuk kereta baru anda.

Promosi Tahun Baru Cina ini akan tamat pada 31 Januari 2017. Cepat, jangan ketinggalan mendapatkan kereta baru anda hari ini.






Blog yang Diikuti