info

EL NINO : Sekolah di Perlis dan Kedah Ditutup Kali Kedua

3/31/2016 09:31:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. El-Nino atau suhu panas melampau masih lagi melanda negara kita.. Negeri yang berada di utara semenanjung masih menunjukkan suhu yang tinggi sehingga menyebabkan sekolah di dua negeri di utara iaitu Perlis dan Kedah ditutup lagi..

Penutupan ini adalah bermula hari ini 31 Mac 2016 (Kedah dan Perlis) dan 1 April 2016 (Perlis)..


kredit



GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di Perlis dan Kedah ditutup mulai hari ini selepas suhu di kedua-dua negeri itu melebihi 37 darjah Celsius.

Ini merupakan penutupan kali kedua bagi sekolah-sekolah di Perlis dan Kedah ekoran suhu panas melampau yang me­landa kedua-dua negeri berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, arahan penutupan kali kedua itu dilaksanakan berikutan fenomena El Nino yang melanda negeri itu sehingga menyebabkan cuaca panas berterusan selama tempoh 72 jam sejak Isnin lalu.

“Berikutan keadaan cuaca yang melampau di dua negeri ini, kita memutuskan supaya semua sekolah di Perlis ditutup selama dua hari mulai hari ini (31 Mac dan 1 April 2016) manakala di Kedah ditutup hanya sehari (31 Mac 2016).

“Penutupan hanya melibatkan ketidak­hadiran pelajar ke sekolah manakala guru dan petadbir sekolah dikehendaki datang ke sekolah seperti biasa. Penutupan ini juga tidak perlu diganti,” kata beliau selepas mengadakan lawatan di Jabatan Pendidikan Negeri di Bukit Jambul di sini semalam.

Penutupan sekolah itu melibatkan 853 buah sekolah iaitu 232 buah sekolah menengah dan 621 buah sekolah rendah yang kesemuanya melibatkan 413,786 pelajar termasuk 15,954 orang murid prasekolah di kedua-dua buah negeri itu.

Menurut beliau, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Perlis digesa supaya mengadakan pemantauan setiap masa bagi memastikan pematuhan terhadap arahan penutupan tersebut.

Kosmo! pada 22 Mac lalu, melaporkan sebanyak 413,786 di Kedah dan Perlis diberi cuti khas dua hari apabila 853 buah sekolah di kedua-dua negeri berkenaan diarah tutup ekoran suhu panas melampau melanda di negeri-negeri itu.


Sumber KOSMO




segmen & GA

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

3/28/2016 03:46:00 PM


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Jom ramai-ramai kita join GA nih.. Mana tau rezeki dapat t-shirt..

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY


[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka xcelltravel.com

Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016



Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Ok, selamat bergiveaway !



Blog yang Diikuti