tazkirah Jumaat

TaZKiRaH JuMaaT #43

3/11/2016 08:43:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Dah Jumaat kedua di bulan Mac.. Sekejap jer masa berlalu, pelajar sekolah pun mula bercuti ya..


KENAPA PERLU BERJEMAAH?

Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, sama seperti serigala kepada kambing. Ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya,
maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama jemaah, orang ramai dan masjid.

(HR Imam Ahmad) 


 

info

Gerhana Matahari Separa | 9 Mac 2016

3/09/2016 08:17:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Siapa kat sini pagi tadi sempat menyaksikan sendiri Gerhana Matahari Separa?

Siapa yang dapat tengok tuh kira kita geng laa.. Hehehe.. Alhamdulillah Eyda pun dapat menyaksikan sendiri fenomena Gerhana Matahari Separa di sepanjang perjalanan ke pejabat dan juga di pejabat..

Tapi malangnya tak dapat merakamkan detik yang indah tu dalam bentuk gambar.. Cuba snap, tapi tak jadi seperti yang dilihat.. Mungkin cara snap yang salah atau kamera yang tak canggih kan..

Apapun meh Eyda kongsikan gambar daripada bos, rakan pejabat dan gambar yang menarik Eyda jumpa di Metro Online.. Lokasi yang dirakamkan berhampiran kawasan Eyda..


GERHANA MATAHARI SEPARA, SEKITAR KEPALA BATAS PULAU PINANG 

Subhanallah cantik betul fenomena Gerhana Matahari Separa tadi..





Gambar dibawah Eyda pinjam dari Harian Metro Online.. Memandangkan lokasinya agak berdekatan dengan Eyda, jadi Eyda pinjam letak kat sini.. Gambar yang cantik dan mempunyai banyak maksud tersirat..


FENOMENA gerhana matahari separa ketika dirakamkan pada jam 7.55 pagi di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang. FOTO Amir Irsyad Omar


Indonesia jer yang bertuah, dapat menyaksikan Gerhana Matahari Penuh.. Tak jumpa pulak gambar nak kongsi kat sini..

Korang macam mana, dapat snap gambar yang terbaik tak? Bagi yang terlepas fenomena ni, In shaa Allah fenomena akan datang ialah pada 26 Disember 2019.. Jika umur panjang, dapatlah kita menyaksikannya lagi..




Blog yang Diikuti