info

Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca

9/04/2015 12:06:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Tahukah anda bahawa kebanyakan negeri telah memulakan pengasingan sisa pepejal dari rumah dan juga premis..

Pengasingan sisa pepejal ini bermula 1 September 2015 di beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. Kegagalan melakukan pengasingan sisa pepejal boleh menyebabkan anda dikompaun sebanyak RM50.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/17670
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/17670
Walaubagaimanapun, penguatkuasaan kompaun ini akan bermula Jun 2016.. Maknanya kita masih ada masa untuk belajar untuk mengasingkan sisa pepejal ini sepertimana yang dikehendaki..




Di sini Eyda senaraikan Sisa Pepejal mengikut kategori yang telah ditetapkan.. Ini bagi memudahkan kita untuk mengasingkan sisa pepejal yang berkenaan mengikut kategori yang ditetapkan..



Sisa Baki
Sisa yang tidak boleh dikitar semula dan akan dilupuskan di pusat pelupusan. Ikat sisa dengan kemas kemudian letakkan ke dalam tong sampah, kutipan akan dilakukan 2 kali seminggu.








Sisa Kertas
Sisa yang dihasilkan daripada kertas dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan di tepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu.




Sisa Plastik
Sisa yang dihasilkan daripada plastik dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan di tepi tong sampah, kutipan akan dilakukan seminggu sekali.

 
 


Sisa Lain-lain
Sisa selain daripada sisa baki, kertas, dan plastik. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik, jika terlalu besar, letakkan dengan kemas di tepi tong sampah. Kutipan akan dilakukan sekali seminggu.






Sumber gambar dan senarai kategori SWCorp Malaysia



tazkirah Jumaat

TaZKiRaH JuMaaT #27

9/04/2015 07:51:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Entry autopublish untuk hari nih.. Masa amat mencemburui..




Keringkanlah lidah anda dari umpatan dan cacian..
 
Dan basahkanlah lidah anda dengan zikrullah dan bacaan Al Quran..
 
 
 
 
 
 
 


Blog yang Diikuti