izzat

HaNdKerCHieF CaMPaiGN

4/24/2014 10:49:00 AM


Assalamualaikum semua.. Korang penah tak dengar handkerchief campaign??? Saya dah penah dengar sebelum nih.. Masa keja di ibu pejabat.. Masa tuh banyak terlibat dengan program berkaitan dengan penjagaan sungai dan alam sekitar..

Tetiba teringat zaman sekolah rendah dulu.. Letak duit dalam sapu tangan.. Memang hari2 la bawak sapu tangan ke sekolah.. Pernah jugak duit hilang, mungkin sebab seluk poket ambik sapu tangan.. Masa tu baru darjah satu.. Teriak jelah, dah duit hilang.. Sedih kan.. Huhuhu..

Ermm ok lah nak citer satu contoh sekolah yang mengadakan kempen seperti ni.. Dulu penah la ke Methodist Girl School kat Penang.. Sekolah tuh mengamalkan tiada penggunaan tisu di sekolah.. 

Hanya sapu tangan dibenarkan digunakan di sekolah.. Hasilnya sekolah ni memang bersih dari sampah sarap.. Sekolah ini juga menjalankan kitar semula makanan yang tidak abis dimakan dengan menjadikannya sebagai baja.. Sekolah ini mengadakan sudut yang menempatkan pokok2 buah2an dan sayur2an....

Baguskan kempen yang diaorang adakan.. Kali nih nampaknya sekolah anak2 jugak ingin mengamalkan program seperti ini.. Memang bagus mewajibkan kanak2 membawa sapu tangan ke sekolah.. Diaorang boleh lap tangan, mulut selepas makan.. Lebih bersih kan..


Sapu tangan sorang satu ye.. Yang warna kuning, Izzat punya.. Yang warna hijau, Kimie punya..ok la senang nak beza kan???
 

Surat arahan dari sekolah tentang sapu tangan nih..



Ok lah sekian saja cerita berkaitan bebudak tuh.. Jumpa lagi ye..


hujung minggu

RiO 2 @ SuNShiNe BeRTaM

4/22/2014 07:34:00 AM

Assalamualaikum semua.. Korang dah tengok filem Rio 2??? Kami dah, jadinya ari nih nak citer pasal kami terjah filem Rio 2.. Dah janji nak bawak anak2 tengok citer Rio 2 kan.. Makanya ari Sabtu lepas, dah tunaikan hasrat diaorang nak tengok filem Rio 2..



 Gambar dari Mr. Google


  Gambar dari Mr. Google
  

Menarik jugak citer nih.. Apapun meh layan kerenah bebudak nih sebelum terjah panggung wayang.. Macam2 hal ada..



Muka suka.. Yang sebelah tuh budak merajuk.. Marah2 snap gambar.. Hehehe..


 
 
   Inilah hasil pujukan.. Posing sakan.. Macam2 gaya ada..
 

Akhirnya dapat jugak snap gambar berdua.. Ni pun sebelum nak masuk panggung wayang kat sebelah tuh..
 


Sinopsis citer Rio 2..
 
Rio 2

Blu, Jewel dan tiga orang anaknya tinggal di sebuah kilang ternakan di ladang ajaib. Sewaktu Jewel membuat kepututsan untuk mengajar mereka tentang erti kehidupan sebenar seekor burung, dia telah membawa keluarganya ke Amazon. Blu cuba menyesuaikan diri dengan jiran barunya, dia risau akan kehilangan Jewel dan juga anaknya.

Klasifikasi: U
Genre: Pengembaraan / Komedi / Animasi
Tarikh Tayangan: 10 April 2014
Bahasa: English
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Carlos Saldanha
Pelakon: Jesse Eisenberg, Anne Hathaway, Leslie Mann, Jemaine Clement, George Lopez, Jamie Foxx, will.i.am


 
Sumber dari YouTube..


Sekian saja kisah hujung minggu kami.. Ada lagi agenda yang disusun untuk minggu2 akan datang.. Harapnya segala perancangan yang diatur menjadi kenyataan..

Apakah perancangannya??? Tunggu..




Blog yang Diikuti