makan

KFC oh KFC

5/25/2011 11:04:00 AM


Petang kelmarin, saja la tanya anak aku nak makan apa malam nih.. "Ibu, kami nak kfc.. Mau tak mau terpaksa la memenuhi permintaan anak2.. Kena plak hubby dah bank in duit.. Hehehe, thanks sayang.. Lagi pun dah dua tiga kali diaorang wat permintaan nak kfc.. Memandangkan masa diaorang wat permintaan tu aku dah masak, terpaksa la menangguhkan permintaan anak2.. Ermm berbalik pada citer kfc, nasib baik la kfc kt sungai dua baru bukak, tak payah la aku nak melanggar kawasan sampai seberang jaya.. Lega sangat, sebenarnya malas jugak aku nak drive jauh2 nih.. Hehehe..


Dalam perjalanan tu aku tanya jugak la nak kfc banyak ke skit??? Dah kata nak banyak, aku beli la 5 ketul ayam goreng bersama dengan kentang putar yang besar dan coslow ambik yang kecik jer.. Mana taknya izzat ja yang makan, aku suka jugak tetapi memandangkan klu aku makan jadi serupa macam baby yang kembung perutnya, aku tak berani nak makan dah.. Ermm pas tu bebudak tu lorat nak mainan plak, mintak la kat cashier tu semua mainan mr.bean yang ada.. Memula tanya jer yang mana yang nak.. Last2 semua diaorang sental.. Nasib baik la ada jugak kad chicky club, beli jugak mainan2 tu semuanya kena la dalam rm12.. Lastly total untuk semua termasuk tax kena rm34.50..

Haa puas ati bebudak tu.. Ayam kfc dapat, mainan pun dapat.. Terkopak jugak ibu dia, nasib baik hubby masuk duit, tak la terasa sangat.. Bagus la jugak bebudak ni makan, ayam tinggai seketul ngan kentang putar dan coslow. Coslow terpaksa jugak aku habiskan, tak pasal2 jadi baby yang kembung perutnya.. Hai sungguh tak selesa dibuatnya, gatai sangat nak makan.. Hehehe padan ngan muka aku.. Ermm kentang putar boleh makan separuh ja, sebab dah tolong anak2ku habiskan ayam bahagian dada.. Sengkak jugak perut aku makan semalam.. Haa kerana sayang tengok makanan yang tak habis, ku gagahkan diri jugak makan.. Lastly merasa la tak selesa perut ni kerana terlalu banyak makan ngan makan benda yang tak boleh makan..


hujung minggu

Cuti panjang

5/20/2011 10:13:00 AM

Minggu lepas merupakan cuti yang cukup panjang.. Mana taknya, cuti ujung minggu dah dua hari ditambah plak ambik cuti ari isnin dan diikuti dengan cuti hari Wesak pada ari selasa.. Disebabkan orang mengasuh anak aku nak pi jalan2 ari isnin lepas, jadi aku terpaksa la memanjangkan cuti ku.. Hehehe.. Cuti panjang punya pasal, jadi malas plak nak bangun pagi2.. Hahaha..

Mulanya hubby cakap nak balik, tanya2 kata tak jadi balik.. Tup..Tup.. mai ari sabtu petang call cakap nak balik plak.. Hehehe ada2 saja hubby aku nih.. Ujung minggu banyak dok umah jer.. Tak ke mana pun.. Dok umah jer.. Isnin malam hubby balik KL.. Meh ari selasa, anak2 aku melorat nak makan mcD plak.. Nasib baik claim dah masuk.. Boleh jugak menunaikan permintaan anak2.. Apa lagi beli set happy meal lerr.. Yang izzat nak makan nugget, yang kimie nak makan burger.. Dapat la adiah cawan ngan straw patrick.. Hehehe, cukup la set untuk anak2 aku.. Lega dah, tak la melorat sangat.

Ari rabu masuk keja balik daa.. Ishh macam malas kan bila dah cuti lama2 nak masuk keja balik.. Hehehe.. Balik petang tu tengok anak2 aku pakai t-shirt baru.. T-shirt langkawi.. Kak ngasuh bagi maa.. Diaorang pi makan angin kat langkawi ujung minggu baru nih.. Sebab tu aku ambik cuti ari isnin.. Kebiasaannya klu kak ngasuh pi jalan mana2 dia mesti ingat belikan apa2 kat anak aku.. Kak ngasuh bagi jugak coklat daim, tobleron, ngan coklat bentuk keta race.. punya suka anak aku makan coklat tu, mana taknya sebab gambar dia laa.. Hehehe kerana kereta memang suka sangat.. Nama pun budak laki, macam tu la kesukaan diaorang.. Hehehe.. Suka2..

Blog yang Diikuti