Buffet

Saturday Dinner and Sunday Lunch Hot Roast Buffet | The Glasshouse, The Prestige Hotel, Penang

1/07/2020 01:09:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ada peminat ayam panggang, daging panggang atau kambing panggang?

Jika korang salah seorang peminat hidangan ini, korang bolehlah berkunjung ke The Glasshouse, The Prestige Hotel, Penang untuk menikmati Saturday Dinner atau Sunday Lunch Hot Roast Buffet.

The Glasshouse


HOT ROAST BUFFET MENU

Menu Utama Hot Roast 

Menu utama Hot Roast Buffet ini semestinya hidangan yang dipanggang. Di sini korang boleh pilih sama ada Roasted Herb Whole Chicken, Roasted Beef Sirloin atau pun Roasted Lamb Leg. Yang pastinya hidangan ini dapat memenuhi selera korang.

Roasted Herb Whole Chicken, Roasted Beef Sirloin dan Roasted Lamb Leg



Menu Sampingan

Selain menu panggang, korang juga dapat menikmati hidangan lain seperti Spaghetti Agilo Olio, Mac and Cheese, Roasted Potato dan Pancake with Maple Syrup.

Spaghetti Agilo Olio

Mac and Cheese

Roast Potato
Pancake with Male Syrup

Di sini juga ada hidangan Soup of The Day yang menghidangkan hidangan sup bersama pelbagai jenis roti untuk dinikmati bersama.


Cajun Stick and Assorted Bread

Malah bagi yang berdiet Mixed Salad dan Condiment juga ada untuk korang nikmati di sini.

Mixed Salad


Desert

Pelbagai jenis desert turut ada di sini seperti Bread Butter Pudding, Banana Cake, Tart, pelbagai jenis puding dan tidak ketinggalan buah-buahan.

Bread Butter Pudding







HARGA DAN WAKTU

Harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu untuk Saturday Dinner Hot Roast Buffet hanya RM68+ bagi Dewasa, RM58+ (Warga Emas) dan kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah 50% diskaun. Ianya ditawarkan dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam.

Manakala bagi Sunday Lunch Hot Roast Buffet pula hanya RM58+ bagi Dewasa, RM48+ (Warga Emas) kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah 50% diskaun. Ianya ditawarkan dari jam 12.00 tengahari hingga 2.30 petang.

Korang dinasihatkan untuk menempah dahulu untuk mengelakkan tempat duduk penuh. Korang boleh hubungi The Glasshouse di talian +604-2175888 (Ext : 8024)



Saturday Dinner Hot Roast Buffet
Every Saturday
7.00 pm - 10.00 pm
RM68+ (Adult), RM58+ (Senior Citizen) and Discount 50% (Kids below 12 years)


Sunday Lunch Hot Roast Buffet
Every Sunday
12.00 pm - 2.30 pm
RM58+ (Adult), RM48+ (Senior Citizen) and Discount 50% (Kids below 12 years)


LOKASI THE GLASSHOUSE




THE GLASSHOUSE, THE PRESTIGE HOTEL

8, Gat Lebuh Gereja (Church Street Ghaut)
10300, Pulau Pinang
+604 - 217 5888 (Ext. 8024)

GPS : 5.416087, 100.343313


       

selamat tahun baru

Berakhir Sudah Tahun 2019

12/31/2019 04:36:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lagi beberapa jam saja lagi kita akan meninggalkan tahun 2019 dan akan melangkah ke tahun 2020.

kredit


Fuh mesti banyak cerita suka duka di tahun 2019 ni kan. Eyda pun tak terkecuali ada suka duka sepanjang tahun 2019.

Apapun yang gembira Eyda lakarkan dalam memori, yang sedih-sedih tu apa lagi cuba campak jauh-jauh agar tak memakan diri. Buat apa nak sedih kan, hidup mestilah ceria dan gembira.

Sebenarnya banyak coretan tahun ini yang belum sempat Eyda karang. In shaa Allah, nanti Eyda akan coretkan kenangan tu di blog Eyda yang dah banyak sawang nih.

Harap korang jangan laa bosan plak baca coretan yang dah basi nanti.


Blog yang Diikuti