berjalan

Penang Sihat @ Zumba, Walk & Ride 2017

4/03/2017 10:59:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini Eyda nak bercerita sesuatu yang ada kaitan dengan rupa baru blog Eyda. Ianya memang berkait rapat dengan diri Eyda sekarang.

Alhamdulillah semalam Eyda dah berjaya menyertai aktiviti ke 6. Eyda banyak sertai pelbagai jenis aktiviti seperti larian, mendaki dan berjalan untuk tahun 2017 ini. Sehingga kini Eyda dah berjaya mengumpul 5 medal.

Banyak kan? Memang tak sangka, bila tiba-tiba mood untuk sertai lebih banyak larian meresap dalam diri. Eyda sekarang nih pantang jer buka satu blog yang ada senarai acara larian, mau ada yang tersangkut untuk daftar.

Cerita pasal macam mana Eyda boleh terjebak dalam aktiviti larian bagai nih, nanti Eyda tulis ya. Hari ni nak cerita pasal walk semalam.

Sebenarnya aktiviti semalam tu tercetus bila aktiviti zumba yang dibuat setiap hari Ahad pertama setiap bulan sempena MPSP Car Free Morning mendapat sambutan penduduk setempat. Bagi memberi kelainan, maka aktiviti walk dan ride ditambah daripada aktiviti zumba yang dibuat setiap bulan.

Banner mengenai Penang Sihat @ Zumba, Walk & Ride 2017 sempena Hari Kesihatan Sedunia 2017 dengan tajuk "Depression : Let's Talk"


Berpagian di perkarangan Jalan Todak 2, Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Yeay dah sampai ke garisan penamat. Lengang kan. 


Dah sampai tu, boleh sertai zumba yang sedang berlangsung. Habis kalori dibakarnya.


Jangan tak tahu, YB Seberang Jaya pun sertai acara berbasikal dan YDP MPSP sertai aktiviti zumba.


Bagi merekodkan setiap aktiviti, Eyda menggunakan aplikasi Runkeeper. Aplikasi ini dapat merekodkan jarak, masa, purata setiap 1km dan kalori yang dibakar sepanjang aktiviti dijalankan.

Laju la plak tengok rekod Eyda berjalan nih. Macam tak percaya rekod berjalan. Selalu lari / jalan dengan anak-anak hancur lebur rekod nih.
 

Kenangan menyertai Penang Sihat @ Zumba, Walk & Ride 2017. Medal dan nombor bib.


Eyda siap buat tempat gantung medal dan nombor bib kat dalam bilik di rumah Eyda. Bukan koleksi peribadi Eyda sahaja, malah koleksi anak-anak pun Eyda simpan bersama.

Seronok bila sertai aktiviti macam ni, dapat juga menyihatkan badan, kalau rasa tak mampu nak lari, jalan pun okey. Untuk permulaan sertai Fun Run sekitar 5km, tak perlu banyak lari, mulakan dengan sedikit larian selang seli dengan berjalan. In shaa Allah, nanti korang mesti seronok nak sertai lebih banyak larian. Buat setakat mampu, jangan paksa diri ikut orang yang mempunyai stamina yang bagus tau.


info

Perasmian Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A

3/30/2017 05:13:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Pada 27 Mac 2017 yang lalu, Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A telah pun dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md. Hanipah, Menteri Besar Kedah.

Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A ini berlangsung dari 20 Mac hingga 19 April 2017 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.





Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md. Hanipah, Menteri Besar Kedah berbesar hati menandatangani buku pelawat Muzium Negeri Kedah.


Beliau turut meluangkan masa untuk melawat Pameran Artifak Rasulullah S.A.W & Para Sahabat R.A yang diadakan.


Pameran Artifak Rasulullah S.A.W & Para Sahabat R.A kini dipamerkan di Muzium Negeri Kedah di atas usahasama Kerajaan Negeri Kedah, Lembaga Muzium Negeri Kedah dan Dragon Heart Sdn. Bhd.

Pameran ini telah memberi peluang kepada para pengunjung untuk melihat dengan lebih jelas artifak-artifak peninggalan baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

Sebanyak 27 artifak dipamerkan termasuklah Rambut Rasulullah S.A.W, Penutup Makam Rasulullah S.A.W, Tapak Kaki Rasulullah S.A.W, Tanah Makam Rasulullah S.A.W, Cop Mohor Rasulullah S.A.W, Serban Rasulullah S.A.W, Tongkat Rasulullah S.A.W, Busur (panah) Rasulullah S.A.W dan pedang-pedang Sahabat Khalid Ibni Al Walid, Umar Al Aas, Saidina Hamzah dan Mu'adz bin Jabal.

Capal Rasulullah S.A.W

Cop Mohor Rasulullah S.A.W

Serban Rasulullah S.A.W

Tapak Kaki Rasulullah S.A.W

Tanah Makam Rasulullah S.A.W
 
Artifak lain yang ada di sini seperti Kiswah Dalam Kaabah, Kunci Kaabah, Al-Quran Emas Kerajaan Uthmani, Jam Matahari, Batu Tertera Ayat Al-Quran dari Masjid Kubaa.

Al-Quran Emas Kerajaan Uthmani

Batu Tertera Ayat Al-Quran dari Masjid Kubaa


Alhamdulillah setelah 10 hari Pameran Artifak Rasulullah S.A.W & Para Sahabat R.A ini berlangsung di Muzium Negeri Kedah, kini telah pun mencecah 16 ribu pengunjung.

Pengunjung bertuah yang ke 16,000

Antara blogger yang hadir untuk majlis Perasmian Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A



Bagi yang ingin berkunjung ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A ini anda boleh membeli tiket secara atas talian (online) di www.tamadunislam.com

20 Mac 2017 hingga 19 April 2017
Setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam
(Jumaat pameran ditutup dari 12.00 tengahari - 3.00 petang)

Harga tiket adalah seperti berikut

* Dewasa - RM 20.00 seorang
* Pelajar - RM 10.00 seorang
* Warga Emas - RM 10.00 seorang
* OKU - RM 10.00 seorang
* Kanak-kanak 6 tahun ke atas - RM 10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma

Website : http://www.tamadunislam.com
Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak
Instagram : http://www.instagram.com/pameranartifak
Twitter : http://www.twitter.com/PameranArtifak





Jom ramai-ramai kita berkunjung ke Muzium Negeri Kedah.




Blog yang Diikuti