info

Traveloka SALE-ABRATION

3/25/2017 10:12:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Siapa di sini suka bercuti? Selalu anda tempah hotel atau penerbangan anda secara terus ke hotel / syarikat penerbangan yang ingin dipilih atau melalui laman web yang disediakan?

Eyda pasti, anda yang kaki melancong dan suka bercuti nih mesti mempunyai laman web pilihan dalam membantu anda menempah hotel dan tiket penerbangan.

Bagi Eyda, dalam banyak laman web yang ada, laman web Traveloka menjadi pilihan hati untuk membuat sebarang tempahan penerbangan dan juga hotel. Memang mudah, menjimatkan masa dan wang anda.




Traveloka

Traveloka ialah satu platform sehenti yang menawarkan carian, menguruskan percutian anda dengan menawarkan tempahan hotel dan penerbangan bagi pelbagai destinasi domestik dan juga antarabangsa. 

Banyak kelebihan yang anda dapat bila berurusan dengan laman web Traveloka ini. Tahukah anda, Traveloka menawarkan lebih daripada 100 000 penerbangan domestik dan juga antarabangsa. Selain itu, anda boleh memilih daripada 70 000 hotel terkemuka. Hotel ini termasuklah dari hotel budget sehinggalah ke hotel bertaraf lima bintang.

Anda juga boleh menempah hotel dan penerbangan anda dengan mudah hanya menggunakan aplikasi Traveloka atau laman web Traveloka.

Di Traveloka anda tidak akan dikenakan pelbagai caj tersembunyi. Harga yang ditawarkan merupakan harga muktamad yang perlu anda bayar untuk bilik hotel dan juga penerbangan anda.


Tawaran Penerbangan

Bandingkan tawaran harga penerbangan melalui pelbagai syarikat penerbangan. Menerusi Traveloka, anda dapat penawaran harga serendah RM40 bagi penerbangan domestik dan RM100 bagi penerbangan antarabangsa. Penerbangan yang anda boleh pilih di sini seperti Malaysia Airlines, Malindo Air, Air Asia, Lion Air, Thai Lion Air dan banyak lagi.


Tawaran Hotel

Tawaran hotel di Traveloka sahaja ada lebih 100 hotel eksklusif untuk destinasi seluruh Asia Tenggara yang sesuai untuk pelbagai tujuan percutian anda. Traveloka juga memilih dengan teliti rakan kongsi hotel bagi memenuhi pelbagai tujuan percutian anda sama ada bagi tujuan membeli belah, melancong, bersantai dan sebagainya bagi memastikan anda mendapat percutian yang hebat bersama Traveloka. Pelbagai hotel yang pastinya anda dapat pilih di Traveloka antaranya Tune Hotel, Sunway Hotel, Bayview Hotel, Favehotel dan banyak lagi.




Traveloka SALE-ABRATION

https://www.traveloka.com/en-my/promotion/sale-abration

Di bulan Mac ini, Traveloka mengadakan promosi SALE-ABRATION yang menawarkan diskaun yang menarik untuk pelbagai tempahan hotel dan penerbangan.

Anda boleh mendapat diskaun sehingga 79% bagi tempahan hotel. Manakala harga tiket penerbangan pula serendah RM39 bagi penerbangan domestik yang terpilih.

Tempahan dengan harga diskaun ini dibuka dari 10 Mac 2017 hingga 31 Mac 2017 untuk sebarang tarikh tempahan hotel dan penerbangan anda dalam tahun ini.


Cara Menempah Hotel Melalui Traveloka


1 Buka ruangan Hotel untuk menempah hotel anda. Masukkan Destinasi / Nama Hotel untuk mencari hotel mengikut pilihan lokasi anda.

2 Masukkan tarikh daftar masuk dan daftar  keluar anda atau tempoh hari anda.

3 Pilih bilangan tetamu yang akan berada termasuk diri anda dan bilangan bilik yang anda perlukan.

4 Tekan Cari Hotel untuk mendapatkan hotel yang mengikut keperluan anda.

5 Senarai hotel mengikut lokasi, tarikh dan keperluan pilihan anda akan tersenarai. Anda boleh tekan butang tempah, akhirkan tempahan anda secara pindahan wang, menggunakan kad debit atau kad kredit. Anda boleh menggunakan kod diskaun yang Traveloka sediakan untuk anda.


Cara Menempah Tiket Penerbangan


1 Buka ruangan Penerbangan untuk menempah tiket penerbangan anda. Masukkan Destinasi Penerbangan dari lapangan terbang mana dan ke lapangan terbang mana, bagi mencari penerbangan ke destinasi pilihan anda.

2 Tarikh penerbangan. Anda perlu memilih tarikh penerbangan. Anda juga boleh memilih tiket penerbangan sama ada sehala atau dua hala.

3 Jika anda memilih tiket sehala, anda tidak akan ditanya tarikh penerbangan balik anda. Jika anda memilih tiket dua hala, anda akan ditanya tarikh bertolak dan tarikh kembali.

4 Pilih Penerbangan dengan memasukkan bilangan penumpang dewasa, kanak-kanak atau bayi serta kelas yang ingin anda duduk sama ada kelas Ekonomi atau kelas Bisnes. Tekan Cari Penerbangan.

5 Pilih syarikat penerbangan dan waktu berlepas yang anda inginkan. Tamatkan pilihan anda dengan bayaran melaui pindahan wang, kad debit atau kredit. Anda juga boleh menggunakan kod diskaun yang Traveloka sediakan sebelum menamatkan urusan tempahan anda.


Memandangkan zaman kini serba canggih, Traveloka membantu memudahkan urusan tempahan hotel dan tiket penerbangan anda dengan menggunakan aplikasi Traveloka. Anda boleh dapatkan aplikasi ini dengan memuat turun Google Play bagi Android atau App Store bagi pengguna iPhone.





Dengan adanya aplikasi Traveloka, anda tidak perlu mencetak e-tiket atau baucar hotel. Anda hanya perlu menunjukkan aplikasi anda sahaja. Mudah kan.

Tunggu apa lagi jom tempah hotel dan penerbangan anda hari ini. Untuk maklumat lanjut sila klik TRAVELOKA .



blog

Make Over Blog

3/21/2017 05:00:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Mesti ada yang baru singgah blog Eyda perasan ada perubahan kat blog Eyda kan. 


Sebenarnya dah lama nak buat touch up tapi tak terbuat pun. Yelah, Eyda tengok blog Eyda ni macam agak serabut dan terlalu simple. Tu yang terasa hati nak make over sikit.

Rupa blog Eyda sebelum di make over

Nak Eyda buat sendiri memang tak laa. Almaklum sajalah Eyda bukan terror bab codding bagai nih. Nanti ntah apa rupa yang keluar kan. Lastly, Eyda upah orang buat juga sementara Eyda kurang aktif menulis.


Rupa blog Eyda yang terkini

Alhamdulillah akhirnya blog Eyda ini telah di make over oleh blogger Mellya. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan hanya RM20 sahaja. Murah tak? Apa, korang tak percaya? Jom tengok info yang nih.


Mellya

Kalau yang nak make over blog, tapi tak mempunyai budget yang banyak, boleh hubungi Mellya seperti info di atas.

In shaa Allah Mellya akan make over blog korang sampai korang puas hati. Eyda pun banyak kali ubah header blog tu. Itulah hasil akhir.

Terima kasih kepada Mellya kerana sudi make over blog Eyda sampai cantik macam tu ya. Suka tengok rupa blog yang baru nih.


Blog yang Diikuti