Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Semoga semua sahabat Eyda berada dalam keadaan yang baik dan sihat hendakNya. Lama tak menulis, jadi kekok pula ya..
Baru-baru ini Eyda ada join Contest Abang Brian melalui instagram Abang Brian. Itu pun Eyda sesaja join selepas Eyda tengok Cikpinz join dan repost. Tanpa menaruh sebarang perasaan akan menang, Eyda ikut semua syarat yang diperlukan dan jawab soalan yang diberikan.
![]() |
| Ni laa penyertaan Eyda kat Instagram |
Penyertaan suka suki Eyda yang telah terpilih sebagai salah seorang pemenang Contest Abang Brian. Tengok laa Eyda join hari Rabu minggu lepas.
![]() |
| Direct Messages dari Abang Brian |
![]() |
| Pengumuman Pemenang Contest Abang Brian |
Punya tak puas hati, Eyda tengok kat Instagram Abang Brian pula. Alhamdulillah rezeki di hari Jumaat. Dah lama tak menang sebarang giveaway, segmen atau contest. Kiranya rezeki Eyda join contest pertama di tahun 2017.
![]() |
| Hadiah yang selamat diterima |
Inilah hadiah Contest Abang Brian yang Eyda terima. Memang best hadiah nih. Terima kasih Abang Brian kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang contest.







