cuti-cuti

Backpackers Bersama Anak-Anak ke Pulau Langkawi Part 3

5/20/2016 11:34:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Panjang cerita Eyda kat Langkawi ya.. Sebenarnaya cerita tuh tak laa sebanyak gambar.. Bab nak mengedit gambar rasa macam banyak dan panjang satu-satu entri nih..

Okey laa seperti mana yang dijanjikan, Eyda nak sambung balik lokasi seterusnya Eyda dan anak-anak di Pulau Langkawi..

Entry sebelumnya boleh baca di SINI dan SINI..


Lokasi Kedua - Interactive 3D Art Museum 

Turun dari Cable Car, Eyda tengok masih sempat untuk kami masuk ke Interactive 3D Art Museum.. Ianya berada dalam satu kawasan yang sama dengan Cable Car..

Bukan jauh pun, sebelah jer dekat dengan kaunter tiket Cable Car..

Jangan korang tak tahu, inilah Interactive 3D Art Museum yang terbesar di Malaysia dan merupakan yang kedua terbesar di dunia.. Besar tak?

Pelbagai kategori lukisan ada di sini.. Ianya menghasilkan lebih daripada 100 lukisan.. Uishh kalau dah sampai kat sini, silalah sediakan kamera atau telefon yang mempunyai bateri yang mencukupi..

Jangan jadi macam Eyda, telefon dah kehabisan bateri masa turun dari Cable Car.. Bateri kamera plak dah makin kurang gara-gara tertekan butang ON.. Huhuhu bertabah sajalah..

Jom layan gambar yang sempat Eyda snap.. Eyda letak yang comel-comel sudah laa ya.. Kalau ada yang kurang comel tu buat-buat tak nampak sudah laa..

Harap jangan muntah plak tengok gambar yang banyak nih..








Ehh ada ikan duyung budak lelaki laa..


Jom meluncur jap..





"Tolong Kimie nak kena makan nih"










Mari kita panjat pokok buluh dengan panda..






Jom perasan jadi retis jap..



Habis laa kimie kena duduk dalam botol..
















Ehh bear nak bisik apa tu?



Bunga ini Eyda hadiah buat semua pembaca yang sudi singgah ke entri nih..




 


 Jom buat larian obor..


Ni namanya shopping tak ingat dunia..


LOVE ini Eyda nak bagi kat sesiapa yang sudi singgah dan meninggalkan sebarang komen untuk Eyda..


Fuhh penat edit dan upload gambar berkoyan nih.. Gambar jer pun dah penuh entri.. Tu malas nak tulis panjang-panjang.. Hehehe..

Harap terhibur dengan sebahagian gambar di dalam Interactive 3D Art Museum nih.. Memang abis laa bateri handphone dan kamera Eyda.. Apapun memang berbaloi dapat berada kat sini..




review

Bufet Ramadhan 2016 | Nostalgia Sajian Desa di The Light Hotel

5/19/2016 04:36:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Bulan Ramadhan makin menghampiri, jadinya di bulan Ramadhan nanti pastinya ada yang mempunyai perancangan sama ada berbuka di rumah, restoran atau hotel.




Di sini Eyda ada salah satu pilihan lokasi untuk bufet Ramadhan iaitu di The Light Hotel. Tema yang dibawakan The Light Hotel pada tahun ini ialah Nostalgia Sajian Desa..



Menu disajikan membawa kita ke sajian desa yang pastinya mengingatkan kita ke menu kampung. Bukan itu saja, menu yang ditampilkan ini juga mewakili pelbagai kaum, negeri dan citarasa di Malaysia.. Pastinya ia memenuhi selera sesiapa sahaja yang menjamu selera di Bufet Ramadhan ini..

Menu istimewa yang disajikan di sini ialah Beriani Kambing.. Memang sedap menu ini dengan kambingnya yang lembut dan tidak berbau pastinya mengundang selera sesiapa sahaja yang memakannya..
 
Beberapa Chef bersama hidangan istimewa Beriani Kambing

Rendang Daging Tok merupakan menu istimewa negeri Perak.. Rasanya memang sedap makan bersama nasi dan ianya lebih istimewa kalau jamah bersama ketupat atau lemang..

Rendang Daging Tok

Menu Sayur Asin Masak Lemak Labu.. Ini memang mengamit selera kampung..



Menu Ikan Pari Bakar dan Sotong Bakar


Menu Sri Lankan Spring Roll ini rasanya ala-ala murtabak..


Anda juga boleh memilih menu ringan yang lain seperti Char Koey Teow Chinese Style.. Ianya memang sedap, boleh bertambah-tambah kalau dah rasa..



Menu wajib ada di bulan Ramadhan ialah Bubur Lambuk Istimewa.. Kalau orang utara selalu memanggilnya dengan nama kanji..



Menu Pengat Pisang juga pasti dapat menambahkan selera anda..


Tidak ketinggalan Pasembur juga disajikan untuk anda yang berbuka di sini..

Pasembur



Pelbagai jenis kerabu ada disajikan.. Antaranya Kerabu Mangga dan Kerabu Taugeh


Keropok

Seperti biasa pelbagai jenis desert disajikan.. Semuanya sedap..


Buahan-buahan segar turut disajikan..


Di sini turut disediakan kemudahan Surau bagi memudahkan pelanggan-pelanggan yang berbuka untuk menunaikan solat Maghrib dan jugak Isyak (malah terawih pun diadakan dengan menjemput imam terpilih untuk mengimamkan terawih).
 
Selain itu, para pelanggan juga turut dihiburkan dengan persembahan Rayyan Band dengan Nasyid, Arab dan lagu Melayu.





HARGA BIASA
RM79 (Dewasa)
RM48 (Kanak-Kanak)
RM60 (Warga Emas)

EARLY BID
RM70
(sehingga 31 Mei 2016)

PROMOSI 10+1
Bayaran penuh untuk 10 orang dewasa, PERCUMA 1 orang


THE LIGHT HOTEL (M) SDN BHD
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya,
Penang, Malaysia.

Telefon:
+604-3821111

Website:
www.thelighthotelpg.com




Blog yang Diikuti