wordless wednesday

WoRdLeSS WeDNeSDaY #50

5/18/2016 10:51:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah hari Rabu.. Hari untuk kurang berkata-kata.. Tapi nak selit jugak kata-kata..



LOVE 
ini Eyda hadiahkan buat anak-anak Eyda
Izzat dan juga Kimie.. 
Semoga kasih sayang kita lebih utuh hendakNya..



cuti-cuti

Backpackers Bersama Anak-Anak Ke Pulau Langkawi Part 2

5/16/2016 02:28:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Bila difikirkan seronok juga bawa anak-anak bercuti nih.. Kena plak anak-anak dah besar dan pandai bawa diri sendiri..

Okey laa hari ini Eyda nak sambung balik cerita percutian Eyda dan anak-anak di Pulau Langkawi..

Entry lepas boleh baca di SINI


Penginapan Di HiG Hotel

Selepas dah dapat kereta apa lagi, Eyda terus drive kereta ke HiG Hotel.. Kalau ikutkan kami sampai awal, sekitar jam 12.20 tengahari.. Belum lagi boleh check in.. Hotel kan selalu jam 3 petang baru boleh check in..

Eyda pun sesaja laa tanya masa sampai kat reception hotel tu samada boleh check in awal masuk hotel.. Nasib okey jer tak ada apa masalah.. Lega laa dapat juga berehat-rehat sekejap setelah hampir sepanjang pagi dalam perjalanan..

Jom tengok sikit bilik kami..

Nasib dapat katil saiz king, selesa kami bertiga tidur





Beg yang kami bawa ke sana

Bilik kami

Alhamdulillah Eyda dapat bilik yang selesa dan sesuai untuk kami bertiga menginap di situ selama 3 hari 2 malam.. Cukup kelengkapan yang ada..

Peti ais, seterika termasuk iron board pun ada.. Okey laa tu, seterika tu yang penting.. Biasa laa orang perempuan nih, kurang-kurang pun mau nak iron tudung.. Kalau tudung berkedut mau mood kelaut nak jenjalan.. Hehehe..


Lokasi pertama - Cable Car Langkawi

Memang perancangan Eyda ke Pulau Langkawi nak jejak dan naik Cable Car.. Jadinya Eyda rancang pada petang hari kami sampai tu.. Bukan apa, takut hari esoknya penuh sesak dengan orang plak kan.. Al maklum sajalah Eyda pilih cuti panjang yang bersambung dengan cuti Hari Pekerja..

Alhamdulillah walaupun orang ramai, tapi tak laa ramai mana sangat.. Masa menunggu nak beli tiket naik Cable Car tu pun tak laa sampai setengah jam..

Sebelum nak naik Cable Car jom kita masuk SkyDome dulu sambil tengok nih..




Macam naik roller coaster plak bila layan gambar-gambar nih..

Selesai jer show tuh baru la boleh naik Cable Car.. Memandangkan hanya kami bertiga, jadinya Eyda dan anak-anak kena naik dengan satu keluarga dari Johor.. Sebuah Cable Car boleh memuatkan 6 orang..

Ada dua persinggahan yang kita boleh turun sambil melihat pemandangan.. Eyda sarankan korang turun jer platform yang kedua atau yang paling atas.. Kat situ boleh laa ke SkyBridge..

Budak yang penakut

Ni terlebih berani

Dah sampai kat puncak Gunung Mat Chinchang tu, kami turun ke SkyBridge.. Kami guna perkhidmatan train rupanya ala-ala lif pun ada.. Hehehe..

Nak turun guna tangga pun boleh.. Tapi jangan bising plak tak larat nanti.. 

Banyak gambar pemandangan dan wefie kami kat SkyBridge tu.. Jom ushar sikit.. Jangan muntah sudah laa ya..

Wefie pertama selepas naik train..


 




Buat-buat berani duduk atas cermin tu







Suka hati jer nak posing

Duduk berdua

Nak juga posing atas cermin

Suka tengok kabus kat belakang

Setelah puas berposing dan menikmati angin sejuk berkabus kat Skybridge tu, jom naik balik kat Cable Car..



Masa kami nak sampai kat atas tu, Eyda nampak Cable Car mengalami sedikit masalah.. Tetiba jer Cable Car berhenti.. Dalam hati sudah, macam mana nak turun nanti.. Tapi masalah nih cepat ditangani, dalam beberapa minit, Cable Car bergerak seperti biasa.. 

Apapun Eyda dan anak-anak rehat-rehat dulu sambil minum air.. Bukan apa, bagi Cable Car tu betul-betul okey baru berani turun.. Penakut jugak ya.. Hahaha..




Masa turun dari Gunung Mat Chinchang nih best... Yelah, kami bertiga jer dalam Cable Car tu.. Bukan apa, orang sebelum Eyda dan selepas Eyda jenis datang dalam berkumpulan.. Mestilah diaorang nak naik sekali kan.. Lega laa rasa, relax skit hanya kami jer..

Izzat macam mana pun masa nak turun tu masih takut-takut.. Eyda dan Kimie jer yang excited lebih.. Turun dari situ kami terjah ke satu lokasi lain.. Nak tahu ke mana, tunggu entry seterusnya.. Penat dah nak citer nih.. Tunggu..



Blog yang Diikuti