selamat hari guru

Selamat Hari Guru 2016

5/16/2016 10:29:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar Eyda dari tadika sehingga ke politeknik..

Tanpa anda Eyda tak mampu menjadi seperti mana Eyda sekarang.. Terima kasih cikgu.. Jasa anda amatlah Eyda hargai..


kredit

Hari ni macam-macam persiapan Eyda buat untuk memenuhi kehendak anak-anak terutamanya Kimie yang sememangnya banyak kerenah sikit..

Semoga cikgu mereka gembira dengan hadiah yang diterima..



cuti-cuti

Backpackers Bersama Anak-Anak ke Pulau Langkawi Part 1

5/13/2016 11:37:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Alhamdulillah setelah hampir dua bulan perancangan membawa anak-anak bercuti ke Pulau Langkawi, akhirnya Eyda dapat juga membawa mereka menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi..


Persiapan Percutian Di Pulau Langkawi

Sebenarnya dah lama Eyda nak bawa anak-anak ke Pulau Langkawi selepas reunion sekolah Eyda di Pulau Pangkor yang lalu..

Eyda pernah berjanji nak bawa anak-anak ke Pulau Langkawi.. Alhamdulillah tahun ini tercapai jugak hasrat anak-anak nak menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi..

Mulanya Eyda survey hotel-hotel di sana.. Setelah bertanyakan kengkawan yang biasa dan pernah ke sana, Eyda akhirnya memilih HiG Hotel, Kuah.. Bukan apa, senang nak mencari makan dan juga membeli coklat sebagai buah tangan balik ke sini..

Eyda menempah HiG Hotel menggunakan perkhidmatan Booking.com.. Alhamdulillah selesai satu bab.. Memandangkan anak-anak Eyda teringin nak naik keretapi ETS, makanya Eyda rancang nak ke sana  dengan menggunakan perkhidmatan ETS jer..

Bila buka laman web KTMB, tiket ETS hanya boleh beli sebulan sebelum tarikh bertolak.. Apa lagi, terpaksa menangguhkan urusan membeli tiket ETS sehingga tarikh yang membolehkan pembelian.. Cukup sebulan, terus Eyda beli tiket dua hala pergi dan balik.. Senang tak payah nak pikir dah..

Dalam masa yang sama Eyda survey laman web Online Langkawi Ferry Ticket untuk pembelian tiket feri secara online..Tiket feri ni Eyda beli selepas membeli tiket ETS.. Baru laa boleh atur masa kan.. Apapun Eyda beli tiket feri dengan jarak masa yang panjang sedikit, bukan apa takut jadi sesuatu yang tidak diingini.. Tiket ni pun Eyda beli dua hala pergi dan balik juga..

Kiranya urusan Eyda ke Pulau Langkawi ini hanyalah dihujung jari.. Senang dan mudah kan.. Okeylah jom kita teruskan kisah ke hari kejadian..


Perjalanan Ke Pulau Langkawi

Malam sebelum bertolak ke Pulau Langkawi baru siap kemas baju dalam beg memasing.. Kali ini Eyda biarkan anak-anak memilih sendiri pakaian yang diaorang nak bawa dan pakai semasa berada di sana..

Semangat betul Izzat dan Kimie, nama nak jenjalan boleh bangun awal tanpa sebarang drama.. Biasa laa kan dah nama pun jenjalan..

Kami bertolak awal dari rumah sekitar jam 6.50 pagi pada 29 April 2016 yang lalu.. Awal betul, punya semangat kan.. Yelah , Eyda plak tak pernah ke Stesen KTMB, jadinya kena laa keluar awal..

Apapun memang awal laa kami sampai kat Stesen KTMB tu.. Sempat laa posing skit-skit.. Jom ushar skit.. Eyda letak sikit jer, kalau banyak-banyak penuh plak entry nih..

Semangat bangun awal nak naik ETS

Nasib laa ada juga gambar kat sini

Awal tak kami kat situ

Wefie sebelum naik ETS

Yeay, ETS kami dah sampai

Okey laa sesekali naik ETS nih.. Yelah, tempat duduk lebih selesa jika dibandingkan naik komuter kan.. Lagipun  memenuhi kehendak anak-anak nak naik ETS..

Sejuk mata memandang pemandangan di luar jendela

Setelah menempuh perjalanan selama sejam, sampai la kami ke Stesen KTMB Arau.. Ambil teksi untuk ke Jeti Kuala Perlis..

Sampainya kami kat sana, orang memang ramai dan termasuk rombongan pun tidak ketinggalan ramai.. Memang penuh laa Jeti Kuala Perlis masa tu.. Nasib beli tiket online, kalau tak ntah kul brapa baru dapat feri..




Kalau ikutkan feri dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi hanya mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit sahaja.. Tapi pada hari berkenaan, feri tiba sedikit lewat kerana feri tak dapat masuk ke Jeti Pulau Langkawi berikutan ada pertambahan feri pada hari tersebut.. Terpaksa menunggu feri yang berada di jeti keluar dulu baru boleh feri kami masuk ke jeti.. Lebih kurang 10 minit jugak laa feri tu menunggu..

Apapun Alhamdulillah kami sampai dengan selamatnya di Pulau Langkawi.. Dah sampai sana, apa lagi, cari kereta laa.. Senang nak jenjalan dengan kesayangan Eyda nih..

Sampai jer kat jeti jangan risau, banyak jer kereta sewa yang ada.. Pilih jer yang mana korang suka.. Kalau dah tempah dari awal lagi senang..Sampai jer boleh terus ambil kereta yang disewa..

Eyda memang tak sempat nak tempah kereta, memang rembat jer kereta apa yang dapat masa sampai kat sana.. Eyda memilih kereta Myvi jer.. Padan laa dengan kami bertiga kan..

Dah dapat kereta apa lagi, check in terus ke hotel ler..

Okey laa nanti Eyda sambung cerita kami kat sana dan juga hotel kami.. Rasa macam dah panjang berjela plak citer mukadimah nih.. Mau penat siapa yang membacanya..




Blog yang Diikuti