top komentar

Eyda Sini Sana Situ

9/07/2015 04:23:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Asalnya nak buat entry yang lain, tapi masalah nak upload gambar, jadinya Eyda siapkan entry nih..

Sebenarnya banyak entry yang tersadai belum siap lagi.. Semuanya gara-gara belum edit gambar yang ada.. Jadi agak kemalasan nak edit gambar yang ada, menyebabkan banyak story yang masih berada dalam simpanan..

Eyda harap dapat siapkannya secepat mungkin.. Akan ada citer basi bulan lepas akan muncul di sini.. Jangan menyampah sudah laa ya.. Hehehe..

Eyda tak sangka dalam kesibukan yang melanda saban hari, minggu dan bulan menyebabkan kedudukan Eyda dalam beberapa carta dah merudum jatuh tergolek-golek.. Sehinggakan nama terkeluar daripada carta.. Hehehe..

Tapi ada lagi carta yang memperlihatkan nama Eyda masih berada dalam carta.. Walaupun tak sebanyak mana, tapi ada laa jugak Eyda singgah menyinggah kan..

Jom tengok carta yang Eyda berjaya mencatatkan nama di situ..




Farrah MF

aRz MoHa


Zai Zamree



Timm Bill

Yun Sing



Scdha Sein



Nak berkenalan dengan mereka? Klik jer kat nama bawah carta yang ada.. Nak blogwalking pun boleh.. Semuanya ramah tamah orangnya..




info

Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca

9/04/2015 12:06:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Tahukah anda bahawa kebanyakan negeri telah memulakan pengasingan sisa pepejal dari rumah dan juga premis..

Pengasingan sisa pepejal ini bermula 1 September 2015 di beberapa negeri seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. Kegagalan melakukan pengasingan sisa pepejal boleh menyebabkan anda dikompaun sebanyak RM50.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/17670
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/17670
Walaubagaimanapun, penguatkuasaan kompaun ini akan bermula Jun 2016.. Maknanya kita masih ada masa untuk belajar untuk mengasingkan sisa pepejal ini sepertimana yang dikehendaki..




Di sini Eyda senaraikan Sisa Pepejal mengikut kategori yang telah ditetapkan.. Ini bagi memudahkan kita untuk mengasingkan sisa pepejal yang berkenaan mengikut kategori yang ditetapkan..



Sisa Baki
Sisa yang tidak boleh dikitar semula dan akan dilupuskan di pusat pelupusan. Ikat sisa dengan kemas kemudian letakkan ke dalam tong sampah, kutipan akan dilakukan 2 kali seminggu.








Sisa Kertas
Sisa yang dihasilkan daripada kertas dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan di tepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu.




Sisa Plastik
Sisa yang dihasilkan daripada plastik dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan di tepi tong sampah, kutipan akan dilakukan seminggu sekali.

 
 


Sisa Lain-lain
Sisa selain daripada sisa baki, kertas, dan plastik. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik, jika terlalu besar, letakkan dengan kemas di tepi tong sampah. Kutipan akan dilakukan sekali seminggu.






Sumber gambar dan senarai kategori SWCorp Malaysia



Blog yang Diikuti