info

FaLSaFaH BuaH-BuaHaN

8/18/2015 01:28:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Menarik pulak bila Eyda baca mesej WhatsApp nih.. Cerita mengenai falsafah buah-buahan..

Semoga kita mendapat sedikit pengajaran daripada falsafah nih..


Falsafah Buah-buahan
Oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man



Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

Jadilah POKOK PISANG
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan.

Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
MAKSUDNYA : Don't Judge a Book by The Cover. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA.

Jadilah UBI KAYU
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tempat yang penuh kekotoran.

Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yang kecil dan ada yang besar.
MAKSUDNYA : Selalulah bersikap adil.

Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua semakin pekat santannya.
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.

Jadilah seperti MANGGIS
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi di dalamnya.
MAKSUDNYA : Kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.



Sumber daripada WhatsApp



info

oRaNG SeDaNG BeRDoa?

8/18/2015 08:21:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Kalau ikutkan perkara dan mesej nih dah beberapa hari berlalu.. Tapi baru hari nih Eyda dapat coretkan di sini..

Eyda ada dapat mesej dan gambar awan yang membentuk seperti orang tengah berdoa.. Kejadian ini dikatakan berlaku di Tawau pada 13 Ogos 2015 sekitar jam 6.13 petang.. Tak sangka ada insan yang tergerak hati untuk berkongsi kejadian ini..






Subhanallah memang betul-betul jelas awan tu membentuk seorang lelaki yang sedang berdoa..

Semoga kita akan lebih mendekatiNya dan sentiasa memanjatkan doa tidak kira di kala susah atau pun senang.. Hanya Dia yang dapat memakbulkan doa kita pada masa dan waktu yang tepat.. Hanya Dia yang tahu apa yang kita perlukan pada masanya..



Blog yang Diikuti