Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Menarik pulak bila Eyda baca mesej WhatsApp nih.. Cerita mengenai falsafah buah-buahan..
Semoga kita mendapat sedikit pengajaran daripada falsafah nih..
Falsafah Buah-buahan
Oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Jadilah buah JAGUNG, jangan jadi buah GAJUS
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
MAKSUDNYA : Jangan suka menunjuk nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.
Jadilah POKOK PISANG
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
MAKSUDNYA : Kesetiaan dalam perkahwinan.
Jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
MAKSUDNYA : Don't Judge a Book by The Cover. JANGAN MENILAI ORANG DARI LUARNYA SAHAJA.
Jadilah UBI KAYU
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
MAKSUDNYA : Jagalah hati walau di mana kita berada, walau di tempat yang penuh kekotoran.
Jadilah seperti tangkai PETAI, bukan tangkai MEMPELAM
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti mempelam, ada yang kecil dan ada yang besar.
MAKSUDNYA : Selalulah bersikap adil.
Jadilah seperti KELAPA
Semakin tua semakin pekat santannya.
MAKSUDNYA : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.
Jadilah seperti MANGGIS
Berapa banyak kelopak bunga di luar kulit, sebanyak itulah juga ulas isi di dalamnya.
MAKSUDNYA : Kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.
Sumber daripada WhatsApp



