Assalamualaikum.. Entry ni kalau ikutkan nak update ari khamis yang lepas, tapi sibuk yang teramatnya terpaksa la postpone jap.. Ari ni sibuk-sibuk pun nak mencelah jap citer adiah sempena hari guru..
Izzat ngan Kimie mintak belikan adiah buat cikgu mereka.. Yelah, bebudak ada2 saja yang diaorang nak buatkan.. Kerana nak adiahkan cikgu pen, terpaksa la kuar beli pen untuk cikgu diaorang.. Dah beli adiah tuh, ibu la orang yang busy body membalut ngan buat kad ucapan untuk cikgu diaorang..
Penat jugak laa, balik dari kedai nak balut adiah ngan buat kad ucapan lagi.. Hehehe.. Jom tengok hasilnya.. Keja last minute..
Assalamualaikum semua.. Lama benar kan tak berceloteh kat sini.. Ari ni just nak share apa yang berlaku minggu lepas..
Tetibanya minggu lepas pegi exam KPSL, ala exam untuk kenaikan pangkat secara lantikan.. Lama betul tak attend exam.. Sebelum nak masuk exam ari first tuh macam2 rasa.. Nak senak perut la, seram sejuk la macam2 ada.. Macam la nak exam masa study dulu2 ngan interview keja.. Mesti korang boleh bayangkan kan.. Hehehe..
Padahal zaman semua tu dah lama pun berlalu, otak dah berkarat tahap ntah apa lagi baru terasa nak attend exam lagi.. Tapi lepas percubaan kali pertama pegi exam, ngeri jugak untuk attend untuk kali kedua dan seterusnya.. Soalan dia mak aii boleh pengsan nak menjawabnya.. Nak refresh balik apa yang belajar 12 tahun dulu.. Bukan senang tuh..
Paper ari memula tuh (14 Mei) memang sakit kepala jugak la, rasa macam dah tak mo attend paper untuk esoknya.. Soalan macam exam masa study dulu.. Memandangkan dah pegi, attend jugak laa.. Apapun alhamdulillah paper untuk ari last (15 Mei) tak la sesusah paper ari mula tuh.. Sebabnya banyak melibatkan soalan berkaitan jabatan.. Sedikit sebanyak ada la bahan untuk menjawab..
Apapun tak mo kongsi pasal exam sangat, nak kongsi tempat hotel kitaorang tinggal.. Nak buat macam mana asrama time tuh penuh la plak ada program lain di tempat yang sama.. Meh layan gambar ciput sebelum check out..









