Izzat Berpuasa?

7/24/2012 04:27:00 PM

Assalamualaikum semua.. macam tak percaya plak aku, izzat berpuasa ari ke-3 Ramadhan.. itupun setelah memujuk dia macam2.. yelah, nama pun budak.. umuq plak baru 6 tahun, badan plak memang comei sgt laa and sentiasa suka makan.. kelmarin lepas aku beli lauk kat pasar Ramadhan, macam biasa la pi ambik anak2 dari umah ngasuh..

Sesampainya kat umah area kul 6petang, masing2 trun keta nak p main..aku apa lagi pesan jugak kat izzat jangan lari ngan main yang penat.. dia kat "Ok saya jalan ja, tak lari".. tup2 dalam kul 6.50 petang, dia balik lorat dahaga.. apa lagi pujuk dia la macam2, rugi la bukak posa sekarang.. sekejap ja lagi nak bukak posa dah..

Apa lagi aku suruh dia pi mandi dulu sebelum berbuka, nasib baik makan pujuk.. lepas mandi lorat nak mandi lagi, cakap kat dia tak boleh mandi dah.. klu nak mandi, lepas berbuka boleh laa.. abis tu suruh dia tengok CD citer katon, nasib baik la makan pujuk lagi..

Last nk dekat berbuka asyik dok tanya berapa minit lagi sampai la waktu berbuka.. Alhamdulillah, dapat jugak dia berpuasa kelmarin.. harap2 hari ni dia boleh berpuasa lagi..

al-fatihah

Takziah Kepada Mohamad Faizi

1/16/2012 02:51:00 PM

Assalamualaikum semua..agak lama tak berceloteh di sini, bukan apa baru lepas sembuh dari demam campak dan banyak keja di pejabat yang perlu disiapkan..


Takziah diatas kembalinya kerahmatullah Mohamad Faizi pada 14 Januari 2012 jam 1 pagi, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah..

Memang terkejut bila mendapat mesej dari member dari pejabat yang sama dengan Faizi.. Rasa macam baru lagi jumpa dia.. Boleh kenai dengan dia pun sebab kami masuk keja sama.. Jadi sedikit sebanyak memang kenai laa.. Last jumpa dia kat lif pun penghujung tahun 2011.. Tu la kali terakhir jumpa.. Ishh macam tak percaya bila dapat mesej yang dia dah meninggal.. Khabarnya dia meninggal kerana sakit buah pinggang.. Umurnya dalam 30++, masih muda lagi.. Tapi itulah, bila dah sampai masanya tak kira muda atau tua kita akan menemui Allah pencipta segala makhluk di dunia ini.. Cuma masanya kita tak tau..

Blog yang Diikuti