al-fatihah

Al-Fatihah

9/22/2015 01:49:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ni baru sempat singgah sini setelah beberapa hari sibuk dengan pelbagai urusan..




Semalam 21 September 2015 (Isnin) perkhabaran berita yang sedih untuk Seluruh Rakyat Kedah Darul Aman.


1. DYTM Raja Puan Muda Kedah Mangkat awal pagi semalam. Menteri Besar Kedah mengumumkan tempoh berkabung sehingga 27 September 2015.



Berita Harian Online


2. Dato' Mursyid DiRaja Tan Sri Syeikh Abdul Majid Bin Mohd Noor (Mufti Kedah Pertama) telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Menara Zakat setelah menghadiri mesyuarat zakat pagi semalam.

3. Dua orang Jemaah Haji dari Kedah yang hilang semasa tragedi Kren tumbang di Makkah disahkan Meninggal dunia berdasarkan pengecaman indentiti keduanya oleh keluarga mangsa.



Al Fatihah buat semua..



Sumber daripada whatsapp dan berita harian..





al-fatihah

BaLiK KaMPuNG

2/15/2013 05:22:00 PM

Assalamualaikum semua.. Macam mana cuti Tahun Baru Cina baru ni??? Ada bercuti di mana2 ke???

Aku tak ada la bercuti di mana2 pun.. Cuma balik kampung ari Ahad ngan Isnin.. Ari Ahad balik kampung kerana Tok (Nenek) ku telah meninggal dunia pada malam sebelumnya.. Ari Sabtu malam jam 7.30malam.. Al-Fatihah buat arwah Tok Rahmah.. Semoga dicucuri rahmat.. Amin..

Ari Isnin balik jugak kerana anak2ku masih berada di kampung dan diadakan kenduri tahlil Tok pada hari berkenaan memandangkan masih ramai sepupu yang ada di sana.. Meh layan aktiviti anak2ku dengan sedara di kampung..


Gambar dicilok dari FB..hehehe.. Ni baru sebahagian dari mak sedara, sepupu2 dan anak masing2.. Kalau kumpul semua, mau tak muat dalam nih..


Aku ngan sepupu yang sebaya.. Dah pregnant 8 bulan sepupu aku nih..

Kambing pak teh ku bela..


Kimie ngan anak sepupuku..



Izzat ntah apa2 la budak sorang nih..

Ambik dari balkoni rumah Tok..


Semua gambar dari kamera, semua anak2 ku yang snap.. Macam2 gambar ada.. Ni aku ambik ciput jer dari semua gambar2 tuh.. Sekian entry balik kampung..

al-fatihah

Takziah Kepada Mohamad Faizi

1/16/2012 02:51:00 PM

Assalamualaikum semua..agak lama tak berceloteh di sini, bukan apa baru lepas sembuh dari demam campak dan banyak keja di pejabat yang perlu disiapkan..


Takziah diatas kembalinya kerahmatullah Mohamad Faizi pada 14 Januari 2012 jam 1 pagi, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah..

Memang terkejut bila mendapat mesej dari member dari pejabat yang sama dengan Faizi.. Rasa macam baru lagi jumpa dia.. Boleh kenai dengan dia pun sebab kami masuk keja sama.. Jadi sedikit sebanyak memang kenai laa.. Last jumpa dia kat lif pun penghujung tahun 2011.. Tu la kali terakhir jumpa.. Ishh macam tak percaya bila dapat mesej yang dia dah meninggal.. Khabarnya dia meninggal kerana sakit buah pinggang.. Umurnya dalam 30++, masih muda lagi.. Tapi itulah, bila dah sampai masanya tak kira muda atau tua kita akan menemui Allah pencipta segala makhluk di dunia ini.. Cuma masanya kita tak tau..

Blog yang Diikuti