Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Setelah beberapa hari bercuti, hari nih Eyda kembali bekerja.. Huhuhu mood malas masih menyelubungi diri.. Harap mood rajin akan menjelma tak lama lagi..
Nak tau apa Eyda buat cuti nih? Ada beberapa aktiviti yang Eyda buat bersama anak-anak Eyda.. Apapun lebih kepada memenuhi permintaan dan kehendak anak-anak.. Layankan jelah..
Memandangkan filem Jurassic World keluar time Eyda cuti.. Apa lagi, ambik kesempatan yang ada untuk menonton bersama anak-anak.. Lama betul Eyda tak menonton wayang bersama anak-anak.. Lebih setahun rasanya..
Makanya tahun nih, bawak jelah anak-anak tengok filem aksi nih.. Memang tak rugi tengok filem nih.. Menarik dari awal filem hingga tamat.. Eyda bagi 4.5 / 5 bintang.. Berbintang-bintang Eyda bagi.. Sesuai laa bagi sesiapa yang nak bawak anak-anak menonton filem nih..
![]() |
| Tiket kami |
![]() |
| Selepas menonton filem ada saja aksi depan kamera.. |
![]() |
| Lagi.. |
Memang best kan bila anak-anak pun melayan dengan filem yang ditonton.. Siap ada permintaan nak tengok lagi.. Nampaknya kena cari CD plak laa nanti..




































