kimie

Kejohanan Hoki MSSK DKBB 2019

3/22/2019 02:56:00 PM


Semua orang mempunyai minat dan kecenderungan masing-masing. Tidak kiralah dalam bentuk sukan, kemahiran atau pun hobi. Eyda pun tidak ketinggalan mempunyai minat dan kecenderungan iaitu dalam bidang sukan.

Pada mulanya, Eyda hanya bermain karom itu pun sebab tidak cukup orang untuk bermain dalam sukan jabatan. Ianya berlarutan lebih 10 tahun dalam perkhidmatan awam.

Cuma dalam 3 tahun kebelakangan ini, ianya mula berubah menjadikan sukan larian menjadi sukan yang Eyda minat.

Tahu kenapa? Ianya dapat mengurangkan rasa tekanan dan serabut dalam kepala Eyda. Lama-lama Eyda pun jadi seronok untuk berlari atau jogging nih.

Tak sangka minat bersukan nih turun pada anak kedua Eyda iaitu Kimie. Dia dari darjah 4 sehingga sekarang macam-macam permainan dia pernah terlibat. Walaupun hanya latihan di sekolah saja.

Bermula dengan sepak takraw pada darjah 4, kemudian bola tampar, bola sepak, futsal dan akhir sekali di awal tahun ini terlibat dengan hoki.

Ini kerana pada tahun ini perlawanan bola diadakan sedikit lambat berbanding sukan bola baling, hoki dan bola tampar.

 
Makanya majoriti pemain bola terlibat dengan pemilihan ketiga-tiga sukan tersebut. Kimie akhirnya nama tersenarai dalam pemain hoki.

Majoriti yang terlibat dalam pemilihan pemain hoki kali ini memang baru, hanya 2 orang saja yang pernah bermain sebelum ini. Tapi ianya tidak mematahkan semangat cikgu Rais untuk mengajar mereka dalam masa kurang sebulan dari tarikh perlawanan.
 
Tahun ini barulah sukan hoki kembali aktif setelah setahun sukan hoki sepi tanpa guru pengajar. Ini kerana pada tahun ini sekolah anak mendapat guru yang pernah menjadi pengadil hoki sehingga peringkat antarabangsa.

Wah bukan calang-calang kan guru diaorang. Memandangkan awal bulan Februari ada Kejohanan Hoki MSSK DKBB 2019 makanya bermula minggu kedua bulan Januari cikgu mengadakan latihan hoki setiap petang selepas sesi persekolahan.

Hari yang ditunggu telah pun tiba, pada 2 Februari 2019 yang lalu Kimie dan pasukan sekolah menyertai Kejohanan Hoki MSSK DKBB 2019.


Alhamdulillah usaha cikgu Rais tidak sia-sia bila mana pasukan hoki sekolah Kimie berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Hoki MSSK DKBB 2019 Bawah 12 Tahun.



  
Tahniah buat Kimie dan seluruh pasukan dan tidak ketinggalan buat tenaga pengajar yang bersusah payah mencurahkan ilmu dan kemahiran pada pasukan ini.




Ini merupakan perlawanan pertama Kimie dalam peringkat tinggi selain di sekolah. Semoga ianya menyuntik semangat Kimie untuk sentiasa aktif.

 
Kimie pernah menyatakan hasrat untuk ke sekolah sukan selepas ini. Semoga impian dan cita-citanya berjaya suatu hari nanti.



Kredit gambar daripada Norlee dan Maswadi


berlari

Kekal Aktif Bersukan Semasa Ramadhan?

6/02/2018 10:07:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam Nuzul Al-Quran.

Sekejap saja dah separuh bulan  kita berpuasa pada tahun ini. Bagi pengiat sukan terutamanya larian, korang masih meneruskan aktiviti larian atau turut sama berehat seketika?

Eyda berehat seketika sepanjang bulan Ramadhan ini. Rasa tidak mampu nak aktif macam bulan yang lain.

Tapi sebenarnya kita masih boleh kekal aktif seperti mana bulan yang lain.

Mari Eyda kongsikan hasil perkongsian penulisan Dr Fadly Khairie berkaitan aktiviti sukan ketika berpuasa.



KEKAL AKTIF SEMASA RAMADHAN: BAHAYA ATAU TIDAK?

Bulan puasa ini nak sambung aktiviti sukan ke tidak? Kalau bersukan waktu puasa tak bahaya ke nanti? Bila waktu sesuai untuk bersenam? pagi, petang atau malam? Ini semua antara soalan yang sentiasa berlegar antara pengiat-pengiat sukan semasa bulan Ramadhan. Perkara ini juga semakin mendapat perhatian terutama selepas sukan olimpik 2012 yang memperlihatkan temasya sukan tersebut jatuh pada bulan Ramadhan.

Mungkin kalau dibandingkan atlit dengan orang biasa adalah keperluan itu terlalu jauh. Namun pastinya, sebilangan besar masyarakat masih tertanya sama ada mereka masih boleh bergerak aktif atau hanya perlu berehat selama satu bulan ini.

Sepanjang bulan ramadhan, badan kita mengalami perubahan untuk melakukan adaptasi terhadap perubahan gaya makan dan keadaan tanpa makanan dan air pada waktu siang. Badan akan cuba menyimpan seberapa banyak air yang boleh. Simpanan glycogen akan mula habis setelah 12 jam berpuasa dan badan kita mula mengunakan lemak sebagai sumber tenaga juga memperlihatkan kenaikan hormon adrenalin, noradrenalin dan interleukin.

Beberapa kajian menunjukkan pencapaian/ performance mereka yang berpuasa akan turun sedikit terutamanya ketika minggu awal dan pertengahan bulan ramadhan. Yang menariknya performance ini akan kembali seperti sebelum puasa pada hujung ramadhan dan setelah habis ramadhan berkemungkinan kerana badan telah melakukan adaptasi kepada perubahan keadaan. Performance juga dikatakan kurang pada waktu tengahhari dan petang tetapi tidak berubah pada waktu pagi beberapa jam selepas waktu sahur.

Selain itu, kemampuan mereka yang berpuasa untuk melakukan aktiviti juga menurun kerana kekurangan air pada siang hari walaupun kadar kehilangan air mereka yang berpuasa kurang daripada mereka yang tidak berpuasa. Kekurangan air akan menyebabkan kadar degupan jantung lebih mudah naik dan kadar VO2 max berkurangan.

Semua keadaan ini dan juga waktu tidur yang tidak seperti biasa menyebabkan mereka yang berpuasa lebih cepat dan mudah untuk merasa penat dan kurang konsentrasi fikiran ketika berpuasa meskipun kajian-kajian mengatakan perkara ini subjektif dari satu individu ke satu individu yang lain.

Saranan saya, sekiranya anda mahu kekal aktif sewaktu bulan Ramadhan:

1. Pilih waktu yang sesuai, petang beberapa minit sebelum berbuka atau malam selepas terawih atau pagi sebelum sahur.

2. Sekiranya anda ingin melakukan aktiviti sukan ketika berpuasa lakukan langkah-langkah yang mengurangkan kehilangan air seperti tidak mengambil kopi atau teh, bersukan dalam bangunan atau ditempat teduh, atau mandi sebelum bersukan.

3. Aktiviti sukan dilakukan dalam intensi rendah atau sederhana bertujuan untuk mengekalkan stamina terutama pada awal dan pertengahan Ramadhan. Intensiti boleh dinaikkan sedikit demi sedikit menuju ke arah hujung Ramadhan.

4. Makan makanan yang seimbang, kurang makanan gula ringkas dan berkolestrol tinggi serta banyakkan minum air di malam hari dan sewaktu sahur.

Selamat berpuasa dan selamat beramal

Dr Fadly Khairie
Doktor Kesihatan Awam

Reference

1. Anis, C., Leiper, J. B., Nizar, S., Coutts, A. J., & Karim, C. (2009). Effects of Ramadan intermittent fasting on sports performance and training: a review. International Journal of Sports Physiology and Performance, 4(4), 419-434
2. Chaouachi, A., Coutts, A. J., Chamari, K., Wong, D. P., Chaouachi, M., Chtara, M., ... & Amri, M. (2009). Effect of Ramadan intermittent fasting on aerobic and anaerobic performance and perception of fatigue in male elite judo athletes. The Journal of Strength & Conditioning Research, 23(9), 2702-2709.
3. Memari, A. H., Kordi, R., Panahi, N., Nikookar, L. R., Abdollahi, M., & Akbarnejad, A. (2011). Effect of Ramadan fasting on body composition and physical performance in female athletes. Asian journal of sports medicine, 2(3), 161.

berjalan

Pendaftaran Penang Starwalk 2017

6/23/2017 10:03:00 AM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Ramai telah bercuti pada hari ini. Bagi yang akan pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya.

Penang Starwalk 2017


Berita baik buat sesiapa yang meminati aktiviti sukan atau yang menyihatkan. Penang Starwalk 2017 akan diadakan pada 10 September 2017 hari Ahad yang bertempat di Gurney Paragon Mall.

Acara ini merupakan acara tahunan yang diadakan dan dianjurkan oleh The Star. Pada tahun ini, acara ini akan bertukar ke lokasi baru sempena meraikan edisi ke 40 tahun Penang Starwalk 2017.

Jarak dan laluan Penang Starwalk 2017 telah pun ditetapkan dan ianya adalah sejauh 7km. Di sini Eyda sertakan laluan Penang Starwalk 2017 ini.
 
Laluan Penang Starwalk 2017

Pendaftaran boleh dilakukan secara manual atau online. Pendaftaran secara manual bolehlah berkunjung ke lokasi ini.

lokasi pendaftaran manual


Bagi pendaftaran secara online, sila layari http://sites.thestar.com.my/starwalk/ . Bayaran yang dikenakan untuk pendaftaran ini ialah RM20 untuk dewasa dan RM15 bagi pelajar yang mendaftar melalui sekolah masing-masing.

Bayaran pendaftaran

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Facebook : http://www.facebook.com/StarWalk.my
Contact : janicetan@thestar.com.my
04-6473388 ext 3122


Eyda

Mood Bersukan

7/13/2016 03:55:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Mood raya tak sempat habis sepenuhnya, terpaksa mulakan mood bersukan pulak..

Maaf ya, terpaksa abaikan sedikit blog nih untuk memberi tumpuan serta menambah mood bersukan tu..





Ini semua sebagai persediaan ke sukan jabatan dalam masa terdekat nih.. Fuhh stamina entah ke mana, jenuh jugak laa buat latihan cukup-cukup..

Doakan semoga Eyda beroleh kemenangan dalam sukan yang Eyda masuk bertanding nanti ya..



sukan

MaiN BoWLiNG?

4/03/2015 12:18:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah hari Jumaat kan? Esok lusa hari cuti.. Yahooo.. Lega, boleh laa Eyda berehat-rehat skit.. Tak banyak, skit pun jadi laa kan..

Okey laa, baru nih opis ada laa tanya sesapa nak main bowling.. Mulanya macam malas, yelah Eyda nih bukan terror pun main bowling nih.. Kalau bab nak jadi juara masuk longkang terbanyak, boleh laa Eyda join.. Hehehe nampak sangat tak terror kan..

Member pujuk-pujuk, okey laa.. Lagipun ada jugak member yang agak seangkatan dengan Eyda main jugak.. Hehehe.. Jadi tak laa rasa sangat diri nih tak terror.. Hahaha..


sumber


Korang nak tau tak, Eyda sebenarnya dah lama sesangat tak main bowling.. Yelah dah tau diri tak terror, buat apa nak abiskan duit main kan.. Guna untuk benda lain pun berbaloi jugak.. Betul tak?

Memandangkan petang nih nak main beramai-ramai, apa salahnya Eyda support walaupun diri tak laa terror mana kan.. Boleh jugak tengok tahap permainan Eyda kali nih makin ok ke ko.. Dah lama tak main laa katakan.. Harap-harap menjadi laa Eyda main bowling petang nih..

Kalau tak menjadi pun tak pa, Eyda tak kisah.. Sekurang-kurangnya, boleh jugak Eyda lepaskan rasa tension dan penat bekerja kan.. Betul tak? Ala Eyda main ni pun suka-suka jer.. Tak harap nak menang apa bagai pun.. Okey laa korang, jom kita beriadah petang nih..


 



izzat

PiNGaT SeMPeNa SuKaN TaHuNaN SKPB 2014

9/29/2014 12:09:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Sekejap jer dah hari Isnin.. Anak-anak hari nih cuti peristiwa.. Esok pun cuti juga sebab budak tahun 6 ada peperiksaan semula UPSR.. Cuti sakan la diaorang..

Okeylah nak sambung citer pasal sukan hari tuh.. Suka betul kan buat part by part.. Kali nih tukar skit tajuk sebab nak citer pasal pingat yang dapat jer..

Jom tengok dari dekat pingat yang Kimie terima.. Jadi ciwi kejap ye.. Sempat lagi nak snap masa dok dalam keta.. Nih sapa yang ciwi lebih nih.. Hehehe..


Hoyehhh tahniah Kimie dapat 2 pingat kali nih..

Koleksi pingat yang dibawa balik..


Ehhh korang rasa ada pelik tak tengok pingat-pingat nih? Rasa-rasa apa yang peliknya? Jeng jeng jeng.. Jawapannya ada di bawah ya..


V


V


V


V


V




Haa inilah pingat yang extra tadi.. Acara Guru dan Ibu Bapa..
Acara Mana Kasut Saya?


Kita orang kena lari sejauh 50 meter tanpa kasut, kena cari kasut masing-masing dan lari sejauh 50 meter ke garisan penamat.. Lawak kan? Acara yang diberitahu masa nak kena lawan..

Tak sangka plak dapat pingat.. First medal dalam hidup nih.. Selama bersukan, tak pernah dapat pingat.. Selalu dapat hadiah selain medal ja.. Seronok plak rasa..

Jadi terlebih ciwi daripada anak-anak.. Siap gantung kat pingat-pingat anak kat rumah.. Hahaha ciwi tak?




izzat

KeJoHaNaN SuKaN TaHuNaN SKPB 2014 PaRt 2

9/28/2014 10:26:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lanjutan dari kejohanan sukan sekolah anak, hari nih nak citer acara yang Kimie masuk ya..

Mulanya dia masuk acara 80 meter kategori lelaki bagi tahun 1.. Alhamdulillah ada juga pingat yang dia perolehi, kalau tak jenuh si ibu nih nak kena pujuk..


Acara 80m lelaki tahun 1.. Cari mana Kimie?

No.3.. Jadilah kan.. Kalah kat garisan penamat,
kalau tak boleh dapat no.2..

Pingat untuk acara 80m..

Jom kita ke acara kedua yang Kimie masuk.. Acara larian 8 x 50m.. Tengok baton pun besar daripada diaorang..

Larian Kimie untuk acara 8x50m.. Peserta terakhir.

Acara penyampaian pingat acara larian 8x50m..

Suka laa tu.. Ibu yang excited lebih kan..

Kontrol muka la plak time orang nak snap gambar..

Suka laa Kimie dapat 2 pingat..

Acara sukan belum berakhir lagi tau.. Ada lagi acara special sebelum upacara penutup sukan.. Nak tau acaranya, tunggu entry akan datang.. Huhuhu suka bagi suspen dan tertunggu kan.. Tak pelah sekali sekala, bila internet slow, terpaksa laa buat part by part..






izzat

KeJoHaNaN SuKaN TaHuNaN SKPB 2014 PaRt 1

9/27/2014 07:21:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Excited nih nak citer pasal karnival sukan sekolah anak.. Izzat tak masuk sebarang acara, sebabnya tahun 1 dan 2 hanya ada acara larian.. Acara lain hanya untuk tahun 3-6..

Tapi untuk acara pada hari nih hanya acara larian yang diadakan.. Acara lain telah pun berlangsung di sekolah.. Hanya upacara penyampaian hadiah jer diadakan pada hari nih..

Sebelum tuh jom kita tengok tentatif program dan upacara pembukaan.. Huhuhu macam sukan hebat plak bunyinya..


Lama tu penat tau

Senarai acara sukan tahun ni

Tentatif program



Rumah Delima

Rumah Mutiara

Rumah Zamrud


Rumah Nilam


Selesai jer upacara pembukaan macam biasa laa ada nyanyian lagu Negaraku, Negeri dan Sekolah.. Bacaan ikrar sekali.. Barulah bacaan doa..

Ucapan aluan apa bagai, lastly ucapan perasmian daripada Adun Bertam.. Okey, barulah acara dimulakan.. Matahari dah memancar mengenai kulit.. Huhuhu boleh tahan juga kena sauna free kat sini..

Acara seterusnya akan sambung dalam entry seterusnya.. Lebih kepada acara Kimie join laa.. Ada acara special juga tau.. Nak tau acaranya, nantikan entry seterusnya.. Penat tunggu upload gambar.. Internet slow teramatnya..





sukan

PeRSiaPaN Ke SuKaN Dwi TaHuNaN

8/21/2014 10:14:00 PM


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Terlalu busy dua hari nih gara-gara dalam persiapan sukan jabatan di UKM, Bangi.. Sukan Dwi Tahunan nih akan berlangsung dari 22 Ogos 2014 hingga 24 Ogos 2014..

Hari nih training terakhir sebelum game hari Sabtu nih.. Huhuhu takut pun ada nih.. Korang tau ke sukan apa yang saya masuk? Rasanya ada yang tau dengan hanya tengok gambar nih kan..


My Pinky Striker

Cute tak striker karom nih.. Hahaha inilah rupanya striker yang akan menentukan menang kalah pertandingan karom nanti..

Time kemas-kemas barang nih pun sempat lagi nak buat entry.. Dah mula rasa kecut perut gara-gara dah lama sangat tinggal game nih.. Baru dalam 3 minggu jer training.. Hari nih yang training habis-habisan..

Doakan saya dapat mengharungi pertandingan ini dengan hati yang tenang.. UKM esok saya sampai..

Doakan juga kami dapat tiba ke destinasi  dengan selamat.. Esok pagi baru nak bertolak ke UKM.. Ada yang dah bertolak petang tadi ada malam nih.. Yang selebihnya esok pagi..




sukan

MeReNTaS DeSa

3/04/2014 11:10:00 AM

Assalamualaikum semua.. Amboi tajuk merentas desa yer.. Kuat ke nak merentas antara desa.. Nama jer merentas desa, at last merentas dalam trek stadium jer pun.. Hehehe..

Nak story al kisah ari Sabtu yang lepas bersamaan 1 Mac 2014 nih.. Ermm kalau korang nak tau, aku sebenarnya sesaja jer masuk acara nih.. Yelah, lama tak berlari, sesaja nak berlari plak tahun nih.. Semua nih gara2 ajakan member dan ada sukan..  Pertandingan ini diadakan untuk pemilihan mewakili negeri untuk jabatan kami saja yer..

Mulanya masuk pertandingan nih memang tak mengharapkan sebarang kemenangan.. Yelah, mana taknya, kaki dah sakit terutamanya kat bahagian lutut gara2 latihan pada hari Isnin dan ari Khamis sebelumnya.. Hari Sabtu plak merupakan hari pertandingan.. Apa lagi lari jelah sekadar memenuhi penyertaan.. Nasib masih boleh berlari walaupun rentak larian entah ke mana..

Mulanya lari, aku dah berada di no.2.. Tapi bila larian hampir memasuki pusingan ke-3, aku telah dipintas oleh member yang ada masuk sukan nih 2 tahun lepas.. Aku cuba untuk merapatkan jurang, tapi ternyata tak boleh kerana kakiku makin sakit.. Aku bertahan dengan berjalan cepat dan adakalanya berlari perlahan.. 

Tak sangka, akhirnya aku dapat menamatkan larian sejauh 2km dengan mendapat no.3.. Syukur Alhamdulillah.. Tak pernah lagilah masuk sukan nak dapat nombor yang elok nih..

Meh layan gambar sekitar pertandingan merentas desa.. Gambar nih kredit dari FB opis yang menganjurkan pertandingan nih..


.
  
Acara pemanasan badan dulu ye.
 

 Dengar dulu penerangan berkaitan pertandingan merentas desa.. 



Okey dah nak mula..



 Meh berlari..



Tengok masa pusingan pertama, masih boleh merapatkan jurang.. Masa nih masih mengekalkan tempat kedua acara wanita yer..



 Lastly hanya dapat no.3 ye.. Di kira dari kanan tempat pertama.. 




Bergambar selepas selesai semuanya..



Apapun hadiah belum dapat lagi ye.. Tunggu Mesyuarat Kelab Sukan dan Kebajikan nanti.. Cuma kedudukan dah tau kan.. Lawak pun ada bila kata menang jugak walaupun di tempat ketiga.. Hehehe.. 

Okeylah nanti kita sambung story selepas abis acara nih.. Sesaja nak menghiburkan ati anak2.. Tunggu di entry akan datang..



Blog yang Diikuti